Antara bentuk kesyirikan adalah memohon pertolongan, perlindungan, syafaat, berdoa kepada SELAIN ALLAH.

Antara bentuk kesyirikan adalah memohon pertolongan, perlindungan, syafaat, berdoa kepada SELAIN ALLAH.

IMG_6594.JPG

Soalan: Bolehkah Tuan Syaikh sebutkan beberapa kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh habib-habib?

Jawapan:

Hakikatnya kalau kita lihat penyimpangan-penyimpangan mereka, tidak ada benda yang baru sebaliknya kebanyakan penyimpangan-penyimpangan yang mereka lakukan adalah hasil dari apa yang mereka pelajari daripada generasi sebelum mereka.

Dan musibah paling besar yang mereka lakukan adalah ketidak tahuan mereka tentang hakikat Tauhid. Mereka memahami bahawa barangsiapa beriman bahawa Allah adalah pencipta, pentadbir dan pemberi rezki, maka itulah Tauhid di sisi mereka. Ini menyaksikan mereka banyak melakukan penyimpangan di dalam Tauhid Uluhiyah di mana mereka mengagungkan kubur, menyeru, meminta kepada selain Allah ‘Azza wa Jal dan mereka melihat hal ini tidak bercanggah dengan hakikat Tauhid.

Mereka beranggapan bahawa apa yang mereka seru itu adalah sebagai perantara, pemberi syafaat dan pertolongan serta jalan kepada Allah ‘Azza wa Jal. Hal ini jelas disebutkan oleh Allah di dalam surah Al-Zumar di mana Allah berfirman,

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

“Dan mereka yang menyeru kepada selain Allah (berkata): “Kami tidak menyeru mereka melainkan agar mereka menghampirkan kami kepada Allah”. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka perselisihkan. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang pendusta dan sangat ingkar.” (Surah Al-Zumar: 3)

Terdapat di kalangan mereka yang telah melampau sehingga mereka telah mencemarkan hakikat Rububiyah (ketuhanan) Allah. Mereka telah menulis di dalam kitab-kitab mereka dan menyebutkan bahawa para wali mereka termasuk yang memberi mereka rezeki dan mempunyai kuasa-kuasa yang tertentu di mana mereka boleh membantu mereka yang susah, dan menyelamatkan kapal-kapal yang berdepan kesusahan di tengah laut, dan mempunyai kuasa di dalam alam ini, dan boleh mengenalpasti siapa yang bahagia dan siapa yang sengsara. Dan mereka boleh mengatakan kun fayakun (jadilah, maka jadilah ia).

Bahkan di dalam bab Tauhid Asma was Sifat (Nama-nama dan sifat-sifat Allah) juga mereka telah melakukan penyimpangan. Akhirnya mereka memberikan sebahagian sifat-sifat Allah kepada wali-wali dan syaikh-syaikh mereka.

Dan mereka juga telah membatalkan (mengingkari) sifat-sifat perbuatan bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Mereka menulis di dalam kitab-kitab mereka syair-syair dan kata-kata istighatsah (meminta bantuan supaya diangkat kesusahan) dan doa kepada selain Allah Jalla wa ‘Ala, dan berdoa melalui perantaraan para wali.

Mereka menjadikan rujukan yang bukan rujukan Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka menjadikan kasyaf sebagai salah satu sumber mereka di mana para wali mereka kononnya boleh mengetahui apa yang ghaib, dan mereka juga menjadikan ilham sebagai rujukan, dan syaikh mereka boleh bertemu dengan Nabi secara yaqadzah (bertemu Nabi dalam keadaan jaga) dan mengambil terus dari Baginda ilmu dan hukum hakam, dan bertanya terus kepada Baginda untuk mensahihkan atau mendaifkan hadis.

Mereka juga mendakwa bertemu dengan Khidir, Ilyas, dan mengambil ilmu yang banyak dari mereka.

Mereka juga melampaui batas di dalam percaya kepada perkuburan. Ini menyaksikan banyak kubur-kubur yang diagung-agungkan oleh mereka, maka banyak kubur-kubur ini diletakkan binaan yang tinggi, dan banyaklah ziarah-ziarah ke kubur dilakukan dengan perkara-perkara bid’ah dan syirik, dan mereka mengarang kitab-kitab yang menyebutkan fadilat-fadilatnya (mengagungkan kubur) bahkan mendakwa barang siapa yang meninggalkannya (tidak datang ke kubur) akan ditimpa musibah-musibah yang banyak. Mereka menulis di dalam kitab-kitab, surat khabar, majalah-majalah, dan apa juga media, semua ini untuk menyebar luaskan fahaman batil mereka.

Ini menuntut kepada kita supaya memberi amaran dan peringatan kepada manusia supaya menjauhi jalan ini, dan perlunya kita mengetahui kebenaran. Kita mohon daripada Allah keselamatan dan ketetapan di atas kebenaran. Wallahu a’lam.

(Disalin dari rakaman sesi soal jawab Seminar Sejarah Sufi, 07.06.2013, Shah Alam)

Share on Facebook

Leave a Comment