Kelantan : Pelajar ponteng kena baca al-Quran

No Comments »

Kelantan : Pelajar ponteng kena baca al-Quran

KOTA BHARU: Seramai 29 pelajar lelaki dari beberapa sekolah menengah di jajahan ini yang ditahan kerana ponteng, semalam diarah mengikuti kaunseling dan membaca al-Quran.

Semua pelajar terbabit ketika ditahan masih beruniform dan mereka dipercayai keluar tanpa pengetahuan sekolah, serta ada sudah membawa pakaian lain untuk menukarnya.
Kebanyakan yang ditahan dipercayai keluar untuk membeli dan menghisap rokok di tempat tersembunyi yang sering kali dijadikan `port’ ponteng bersama rakan lain.
Pengarah Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang, berkata semua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot di sini, untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.

Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun itu ditahan di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

“Kesemua pelajar menjalani ujian air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi mengesan sama ada mereka mengambil dadah.

“Ibu bapa pelajar juga dipanggil untuk datang bagi melihat sendiri keadaan anak mereka supaya tahu apa yang dilakukan pelajar terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.
Hussin berkata pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.

Operasi bersepadu yang dipanggil ‘Ops Ponteng” itu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), AADK serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Sumber :- http://www.bharian.com.my

Share on Facebook
Posted on February 7th 2012 in My Artikel, My Education

Dr Juanda : Hajar Sumber Inspirasi Perjuangan Seorang Ibu

No Comments »

Hajar Sumber Inspirasi Perjuangan Seorang Ibu

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Menyingkap rahasia qada’ dan qadar Allah SWT pada diri Siti Hajar dan anaknya Ismail yang ditinggalkan Nabi Ibrahim as di lembah tandus dan gersang memberi pengajaran pada kita bahawa hidup ini hanya untuk dijalani dengan tabah bukan diisi dengan keluh kesah dan rungutan yang mematikan harapan.

Peranan seorang wanita yang begitu gigih membebaskan dirinya dari keputusasaan hingga nyawa menjadi taruhan, akhirnya menjadi simbol keperkasaan wanita yang beriman untuk menjadi teladan sepanjang sejarah kehidupan di muka bumi ini. Kepada wanita-wanita yang dipuji kerana kesabarannya, janganlah berhenti mencontohi Siti Hajar, pada hati dan perasaannya, pada kekuatan ikhtiarnya, pada keyakinannya dengan pertolongan Allah, pada ketajaman pandangannya merancang masa depan dengan penuh optimis, iaitu didikan yang sempurna pada diri anaknya bakal seorang Nabi. Dan yang paling hebat dari sederet kehebatannya itu adalah cintanya yang terlalu agung kepada Rabb tempat menggantung harapan.

Firman Allah SWT: “Dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.” (Al-Baqarah: 207)
Sejarah Hajar yang gemilang sudah sepatutnya menjadi inspirasi para ibu mendidik anak-anak mereka. Begitu juga dengan para isteri yang mendokong cita-cita suami dan yang paling penting sekali iaitu sebagai hamba Allah dari kalangan wanita yang teguh imannya.

Menjadi Ibu Teladan

Peranan seorang ibu moden amatlah mencabar sehingga pelbagai kepakaran diperlukan bagi mendidik dan menyelami jiwa anak. Jika zaman ini adalah zaman teknologi maklumat yang bagitu canggihnya dapat mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku anak. Maka amat penting bagi seorang ibu menguasai teknologi tersebut. Hal pergaulan dikalangan remaja juga merupakan isu penting yang semestinya diambil kira. Didikan seorang ibu mestilah dengan visi dan misi yang terarah dan berlangsung secara berterusan hingga akhir hayat. Kebanyakan mereka mengambil berat hal anak-anak yang masih kecil. Apabila telah meningkat remaja dibiarkan anak-anak mereka tanpa panduan. Beberapa perkara yang mesti dilakukan seorang ibu teladan adalah:

1. Amat mementingkan pendidikan agama kepada anak-anak.
Mengenal Allah dan Rasul-Nya menjadi asas akidah yang mantap bagi perkembangan ruhani anak. Akhlak yang baik dan ibadah yang sempurna iaitu sembahyang dan puasa akan memberi pengaruh yang amat kuat pada jiwa anak. Sehingga mereka dapat membezakan yang baik dan buruk. Firman Allah SWT: ”Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan munkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.” (Lukman: 17)

2. Mengamalkan sikap disiplin dalam dirinya dan kepada keluarga.
Kadang-kadang ibu bapa hanya suka mengarahkan anak-anaknya melakukan sesuatu tetapi seperti kata pepatah ’cakap tak serupa bikin’. Konsep memberi contoh amatlah baik dalam pendidikan anak. Tak jarang anak-anak yang bermasalah adalah mereka yang melihat ibu bapanya melakukan perbuatan yang tercela. Firman Allah SWT:
”Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.” (Al-Shaff: 2-3)

3. Budaya mencintai ilmu.
Amalan membaca amat mempengaruhi pemikiran anak, kekuatan intelektualnya mesti dipupuk sejak kecil lagi. Perpustakaan keluarga adalah perkara penting yang perlu diwujudkan di tengah-tengah kemewahan perabot rumah. Hiburan adalah selingan untuk merehatkan akal bukan menjadi tumpuan setiap anggota keluarga.

4. Pendedahan kepada daya kepimpinan anak.
Ibu yang cemerlang adalah ibu yang mempersiapkan anak-anaknya menjadi pemimpin. Demikianlah Siti Hajar mendidik Ismail as menjadi pemimpin umatnya. Pendedahan ini bergantung pada usia dan perkembangan anak. Kursus-kursus motivasi dan kem-kem pembinaan sakhsiyah perlu diambil berat. Sikap dan tindakan anak hendaknya dipantau ketika mereka bergaul dengan kawan-kawannya. Ibu bapa disarankan membaca doa ini: ”Wahai Tuhan kami kurniakanlah kami suami (isteri) dan anak-anak yang menyejukkan mata memandang dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Setiap usaha yang dilakukan demi mendidik anak-anak kita adalah amal salih yang akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Kerana pada diri anak kita mendapat keuntungan yang amat bernilai jika ia tumbuh dan berkembang menjadi insan yang salih dan salihah.

Sumber :- Drjuanda.com

Share on Facebook
Posted on February 7th 2012 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

My Volvo V40 Breakdown @ Bohor Mali Last Night

No Comments »

My Volvo V40 Breakdown @ Bohor Mali Last Night


My Wife V40 Breakdown @ Infront SMA Al Islahiyah Menengah Bohor Mali

Date : 6 Februari 2012
Time : 11.30 p.m
Place : Bohor Mali Perlis
Info : Semalam.. semasa omaQ ondaway balik dari Mergong ke rumah mentua @ Kuala Perlis.. kereta Isteri omaQ iaitu Volvo V40 rosak… breakdown kat tepi jalan… tak sure pasai apa.. sbb tgh dok speed dalam 100km pastu terus dia lajak slow down.. tekan minyak tak function .. rasa macam belting putuih.. tapi mustahil..sbb omaQ baru aja tukar masa 90 000 km ari tu.. skrang baru aja 139 000 km.. kira dekat 50 000 aja …. omaQ call pomen omaQ iaitu ..Mr Zahid.. dia mai dengan anaknya Zaki… dia tgk… belting tak putuih.. tapi ada minyak masuk dalam belting.. emm tak sure apa sebabnya… maybe ada linking kat mana mana kot.. mudahan small prob … sbb takut.. kot kene big prob.. duit spend nak simpan untuk Adik Fawwaz masuk Wad bersalin kat PMC nanti dengan Dr Anuar lari budjet plak… Ya Allah.. permudahkan urusan hamba mu ini.. Amin… :)

My Volvo V40 Breakdown @ Bohor Mali Last Night My Volvo V40 Breakdown @ Bohor Mali Last Night My Volvo V40 Breakdown @ Bohor Mali Last Night My Volvo V40 Breakdown @ Bohor Mali Last Night
Share on Facebook
Posted on February 7th 2012 in My Life, My Volvo VOCM

Pendrive Tesco 8GB Just RM 23.90 Lifetime Warantty !!

No Comments »

Pendrive Tesco 8GB


PenDrive 8gb Lifetime Waranty @ tesco Mergong Alor Setar Kedah

Date : 6 Februari 2012
Time: Night
Place : Tesco Mergong
Info : Malam semalam.. omaQpi shopping barang keperluan baby untuk bakal adik Fawwaz @ Tesco and sekitar kedah..star prade…and bla bla…mas api Tesco Mergong tu.. omaQ baca fly promotion…nampak ada Pendrive yang 8gb harga just RM 23.90 aja….kalau kat tempat lain 8gb nie.. mau RM 30 keatas….. apa lagi..omaQ rebat 2 ketui… habuan omaQ satu..and Ummu Fawwaz satu.. :) ada lifetime waranty lagi..mmg terbaaeik!!!


Just Rm 23.90 aja :)


Isi Form Waranty Life Time online @ www.pendrive.com.my

Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB Pendrive Tesco 8GB
Share on Facebook
Posted on February 7th 2012 in My Gadjet, My Internet

Subhanallah…1 dalam sejuta ummat ISLAM…

No Comments »

20120206-194000.jpg

Subhanallah…1 dalam sejuta ummat ISLAM…

بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيْبًا وَسَيَعُودُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأَ. فَطُوْبىَ لِلْغُرَبَاءِ

“Islam itu datang dalam keadaan dagang (asing) dan akan kembali dalam keadaan dagang. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (orang yg tetap istiqamah dalam Islam apabila Islam kembali asing)”
(HR Muslim)

Share on Facebook
Posted on February 6th 2012 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

Info : Paderi AS gesa boikot Starbucks

No Comments »

20120206-190255.jpg

Info : Paderi AS gesa boikot Starbucks

CALIFORNIA 5 Feb. – Seorang paderi Kristian menggesa pengguna supaya memboikot Starbucks ekoran syarikat itu menyokong satu rang undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis di Washington, lapor King 5 News.

Steven Andrew yang juga Presiden Institusi Paderi Kristian Amerika Syarikat (AS) di California berkata, penganut Kristian kecewa dengan tindakan Starbucks yang menentang ajaran Tuhan.

“Starbucks boleh mengikut ajaran Syaitan jika mereka mahu, tetapi paderi-paderi akan membantu menyelamatkan penganut Kristian.

“Adakah anda di pihak Tuhan dan adakah anda sudi membantu AS dirahmati Tuhan?” soal Andrew dalam satu kenyataan.

Menurut Reuters, gesaan memboikot itu dikeluarkan Selasa lalu, sehari sebelum rang undang-undang tersebut dibentang di Dewan Senat Washington.

Institusi Paderi Kristian AS turut meminta penganut Kristian untuk menghentikan penyajian makanan dan minuman jenama itu di majlis-majlis dan kemudahan gereja.

Selain Starbucks, lebih 100 syarikat lain turut menyokong rang undang-undang perkahwinan sejenis itu termasuk Nike, Google dan Microsoft.

Jika rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Perwakilan minggu depan, Washington akan menjadi negeri ketujuh di AS yang mengiktiraf perkahwinan sejenis. – AGENSI

Share on Facebook
Posted on February 6th 2012 in My Artikel

My Video : Mesin Rumput @ Kebun Bukit Merah Beseri Perlis 2012

No Comments »


My Video : Mesin Rumput @ Kebun Bukit Merah Beseri Perlis 2012

Share on Facebook
Posted on February 6th 2012 in My Life

Mesin Rumput Kebun Februari 2012

No Comments »

Mesin Rumput Kebun Februari 2012


Abah + Fawwaz @ Kebun

Date : 6 Februari 2012
Time : 8.30 a.m
Place : kebun @ Bukit Merah Beseri Perlis
Info : Alhamdulillah.. pagi tadi.. omaQ dan famili.. pi menebas @ Kebun di Bukit Merah beseri Perlis.. omaQ mesin rumput yang panjang sekitar dangau kebun tu… parking kereta di sebelah kebun sepupu omaQ… abang Fatah.. kebun depa dah banyak pokok buah buahan.. kebun kami aja yang tungging langang lagi.. tak daq pokok kayu lagi… nak kena tanam lain la jawabnya…. dok rasa nak kene tanam pokok gerah rasanya.. sbb dok tgk.. kalau tanam pokok buah buahan.. nak kene rajin pi kerap.. jirus dan sebagainya.. kalau tanam pokok getah… tak le cerewet sangat he he he he


Mulakan dengan Bismilah..


Rajinnya.. anak Abah sorang ni :)


apa yang penting.. kerjasama :)

Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012 Mesin Rumput Kebun Februari 2012
Share on Facebook
Posted on February 6th 2012 in My Life

Artis Taubat Dalam Penghijrahan : Terima Pelbagai Gelaran

No Comments »

Artis Taubat Dalam Penghijrahan : Terima Pelbagai Gelaran

KUALA LUMPUR: Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.

Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Mereka bukan asing dalam industri hiburan tanah air. Masing-masing pernah merasai dunia glamor dan menyemarakkan dunia lakonan dan muzik melalui genre R&B dan hip-hop hingga menjadi kegilaan ramai, terutama anak gadis.

Cat kini bergelar penceramah bebas, manakala tiga lagi artis lelaki itu menubuhkan kumpulan nasyid Al Mawlid bersama Abdullah Ahmad (Lah VE) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge). Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, keempat-empat artis ini mengambil kesempatan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam mengharungi fasa baru dalam hidup mereka.

Sumber :- Hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on February 5th 2012 in My Artikel

Fatwa : Haji Ekspress HARAM

No Comments »

Fatwa : Haji Ekspress HARAM

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Hukum mendapatkan perkhidmatan sindiket ‘haji ekspres’ adalah haram di sisi agama kerana melibatkan pemberian rasuah serta merampas hak orang lain yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadat tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, peserta haji dan mereka yang bersubahat dalam perbuatan itu menanggung dosa kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

“Perbuatan ini haram kerana ada pihak memberi dan menerima secara rasuah. Ia juga merampas hak dan peluang orang lain.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sistem haji di negara ini mengikut giliran siapa dulu mendaftar dan memohon,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Seperti dilaporkan akhbar ini, sindiket ‘haji ekspres’ menawarkan orang ramai peluang menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut lebih awal daripada jadual dengan membayar ‘suapan’.

Sindiket dikesan beroperasi sejak beberapa tahun lalu itu juga dilapor melibatkan beberapa pegawai Lembaga Tabung Haji (TH) dan beberapa bekas kakitangannya.

Abdul Shukor yang kesal dengan kewujudan sindiket itu menggesa TH supaya bertindak segera bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

“Bilangan peserta haji di negara kita bergantung kepada kuota yang ditentukan Arab Saudi, jadi kita perlu adil dalam soal ini.

“Jangan kerana seseorang itu mempunyai ‘kelebihan’ wang ringgit, dia dapat tunaikan haji tanpa perlu menunggu seperti orang lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pertimbangan untuk mengubah tarikh mengerjakan haji harus dibenar dalam keadaan tertentu seperti bagi mereka sudah lanjut usia dan pasangan haji tidak mendapat giliran serentak.

“Misalnya, kita boleh pertimbangkan pasangan berusia lebih 70 tahun untuk pergi dahulu atau kepada suami isteri yang tidak dapat giliran pergi bersama,” katanya.

Sumber :- Utusan.com.my

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on February 5th 2012 in Uncategorized