Info Student OUM : Aktiviti Pendaftaran Pelajar Senior Semester Mei 2012

No Comments »

AKTIVITI PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SEMESTER MEI 2012


TARIKH-TARIKH PENTING SEMESTER MEI 2012

Share on Facebook
Posted on May 9th 2012 in My Education, My Oum

HUKUM DEMOSTRASI : Majlis Fatwa, Penyelidikan dan Kajian Islam, Jordan.

No Comments »

HUKUM DEMOSTRASI

Majlis Fatwa, Penyelidikan dan Kajian Islam, Jordan.

Keputusan bilangan (164)(2/2011)

Tarikh (5/4/1432H) bersamaan (10/3/2011M)

Terjemahan: Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perlis

Telah disemak dan diperakui oleh S.S. Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

——————————–

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, Selawat dan Salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda, wa ba’d:

Majlis Fatwa, Penyelidikan dan Kajian Islam dalam pertemuan ke lima (5) yang diadakan pada hari Khamis 5/4/1432H bersamaan 10/3/2011M, menegaskan akan kewajipan beriltizam dengan syariat Allah, menyeru bersama memerangi kerosakan, keperluan mencari penyelesaian dengan berdailog dan berusaha kepada pembaikan yang menyeluruh dalam berbagai lapangan kehidupan, sebagai merealisasikan firman Allah AWJ:

إِنْ أُرِيْدُ إِلَّا الْإصْلَاح مَا اسْتَطَعْتُ وَ مَا تَوْفِيْقِيْ إِلَّا بِاللهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَ إِلَيْهِ أُنِيْبُ

Mafhumnya: “aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah aku kembali.” (Hud: 88)

Demikian juga menegaskan keperluan berdakwa kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik.

Sebagai menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan kepada Bahagian Fatwa Umum (دائرة الإفتاء العام) berkaitan hukum agama tentang beberapa demostrasi, berpicket dan selainnya yang berlaku kebelakangan ini.

Melihat kepada kepelbagaian dan beragam jenis piket dan demonstrasi yang diadakan, berbagai slogan yang dilaungkan, demikian juga berbagai motif, berbagai bendera yang dikibarkan dan akibat serta keputusan yang akan berlaku, maka Majlis Fatwa akan meletakkan himpunan garis-garis ketetapan sebagai panduan yang digali dari مقاصد الشريعة الإسلامية وكلياتها, garis-garis ketetapan tersebut adalah seperti berikut:

Pertama: Bahawa tiada lagi cara lain untuk menyatakan pandangan yang dapat digunakan, seperti dialog harmoni dan nasihat-menasihati antara pemimpin masyarakat dan pembuat-pembuat dasar.

Kedua: Hendaklah tidak membawa kepada penumpahan darah, kehilangan nyawa dan serangan jiwa.

Ketiga: Tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar berbanding manfaat yang diharapkan darinya.

Keempat: Tidak berlaku di dalamnya atau tidak berlaku juga dari penganjurannya pengabaian terhadap kebaikan Negara dan penghuninya.

Kelima: Tidak ada di dalamnya serangan terhadap pusat dan institusi yang memiliki kepentingan umum dan khusus.

Keenam: Tidak dieksploitasi oleh pihak-pihak yang memiliki matlamat-matlamat lain yang boleh membawa kepada berlakunya kekacauan di dalam masyarakat.

Ketujuh: Tidak membawa kepada terbitnya hasutan fitnah dikalangan anggota masyarakat yang satu, menggugat keamanan Negara, mencetuskan keganasan serta persengketaan kaum dan bangsa dan menjadikan terpecahnya Negara Islam.

Kelapan: Tidak berlaku di dalamnya perkara yang menyalahi syarak seperti percampuran lelaki dan perempuan yang tidak diizinkan dan seumpamanya.

Kesembilan: Tidak membawa kepada timbulnya perasaan takut dari orang ramai, disebabkan berlaku serangan kepada harta-benda, rumah dan kenderaan mereka, berleluasanya kecurian dan pencerobohan kehormatan rumah dan keluarga mereka.

Majlis Fatwa meletakkan garis-garis ketetapan syarak ini bertujuan menyeru ulama umat Islam melalui persidangan mereka untuk memberi bimbingan dan pembaikan, dan agar mereka memikirkan di dalam minda mereka kebaikan yang tertinggi untuk umat dan Negara Islam, sambil memohon kepada Tuhan Maha Pelindung AWJ agar memelihara Negara kita dalam keadaan aman dan tenteram, menjauhkannya dari fitnah yang zahir dan tersembunyi demikian juga untuk semua Negara umat Islam, sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik Pemberi Perlindungan dan sebaik-baik Pemberi Bantuan. – tamat terjemahan fatwa –

Sumber :- http://mufti.perlis.gov.my

Share on Facebook
Posted on May 9th 2012 in My Artikel, My Info, My Malaysia, My Politik

Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Kedah Mac 2012

No Comments »

Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012


Inalilahiwainailaihirajiun…pickup Siam yan terlibat dengan kemalangan jalan raya…nampak macam teruk dan remuk..

Date : 17 Mac 2012
Time : Evening
Place : Lebuhraya PLUS Gurun Kedah
Info : Sudah lama omaQ tak masukkan berita kemalangan jalan raya.. sbb banyak kenkangan yangt tak dapat dielakkan… jadi malam nie omaQ dok selak selak hardisk omaQ.. terjumpa gambaq yang lama telah omaQ snap pada bulan mac ari tu.. semasa tu.. omaQ ondaway dari Alor Setar ke Sungai Petani.. untuk tukar suspension kereta Mini Rover omaq.. masa lalu kat R&R Gurun tu.. ada bertembung dengan satu kemalangan jalan raya yang agak teruk dimana kereta kemek dihembab lori… nauzubillah himinzalik.. tak tau plak keadaan driver dan penumpang kereta tu.. nampak macam pickup siam… apa apa pon.. mudahan Allah jauhkan diri kita dengan musibah yang teruk seperti ini.. Amin


Lori yang terlibat dengan kemalangan tersebut


Jalan agak sesak time tu…

Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012 Kemalangan Lebuhraya PLUS Gurun Mac 2012
Share on Facebook
Posted on May 9th 2012 in My Accident

Lelaki : Dengan Siapa Saya Haram Bersalam dan Bercampur

No Comments »

Lelaki : Dengan Siapa Saya Haram Bersalam dan Bercampur

Sumber : Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on May 9th 2012 in My Artikel, My Info, My Tazkirah

Dr Juanda: Melayu pecah kerana ‘gila kuasa’

No Comments »

Dr Juanda: Melayu pecah kerana ‘gila kuasa’

Oleh: NORHASRAM MOHAMAD
5 Mei 2012

KOTA BHARU – Masyarakat Melayu perlu bersatu dalam apa jua keadaan yang mencabar, sebagaimana disaksikan sekarang tetapi sama sekali tidak boleh terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menjadikannya sebagai agenda politik.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, bersatu mesti diusahakan tetapi bebas daripada pengaruh politik kerana parti-parti politik mungkin menggunakan usaha itu untuk kepentingan masing-masing.

Katanya, perpecahan berlaku di mana-mana sahaja kerana ada kezaliman dari satu pihak yang mempunyai kuasa.

“Satu negeri tak diberi royalti, mesti ada pihak yang marah dan ini realitinya, zalim kepada saudara sendiri, puncanya ialah gila kuasa.

“Jangan terpengaruh dengan politik kerana kita semua tahu hala tuju apatah lagi kita ini orang Islam yang mempunyai ajaran yang jelas,” kata beliau yang menjadi ahli panel Wacana D’Raja di Kelantan Trade Centre di sini malam tadi.

Wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf itu diadakan sempena Karnival Walk With Me yang berakhir hari ini.

Wacana dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Peradaban Melayu Malaysia, Datuk A.Aziz Deraman.

Dua ahli panel yang lain ialah Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat dan Pengasas dan Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu.

Wacana kali ini membicarakan tajuk “Bersatu Demi Islam”.

Dr Johari pula menegaskan bahawa umat Islam sememangnya boleh bersatu sekiranya meletakkan Islam sebagai asas dan perpecahan berlaku apabila masyarakat Islam meninggalkan ajaran Islam itu sendiri.

“Semua manusia mempunyai destinasi sama iaitu alam akhirat, jadi ia tidak ada sebab untuk umat Islam berpecah, sejarah membuktikan manusia menjadi lemah kerana tidak berpegang kepada agama,” katanya.

Katanya, generasi yang benar-benar memahami Islam sukar dibentuk kerana sistem pendidikan lebih memberi keutamaan kepada fardhu kifayah berbanding fardhu ain sehingga pelajaran agama bukan menjadi syarat lulus dalam peperiksaan.

“Apabila Islam tidak diikuti dengan betul, maka berleluasalah gejala social, ditambah pula penguatkuasaan yang lemah,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, Melayu diajak bersatu apabila ada desakan dan cabaran dari luar.

“Orang Melayu diajak bersatu bila negara dijajah dan kempen perpaduan juga muncul ketika perayaan tertentu seperti Maal Hijrah dan Maulidur Rasul sedangkan semangat perpaduan sepatutnya sedia tertanam dalam jiwa.

“Kita lebih memberi tumpuan kepada perpaduan nasional berbanding perpaduan Islam sehingga membantutkan usaha ini sehingga kini. Susah sampai masanya idea perpaduan lahir dari sanubari umat Islam itu sendiri,” katanya.

Sumber:- http://www.sinarharian.com.my

Share on Facebook
Posted on May 9th 2012 in My Artikel, My Politik

SPI : Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis

No Comments »

Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis


Mesyuarat sedang berjalan dengan lancarnya

Date : 9 April 2012
Time : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SMKA Arau Perlis
Info : Bulan lepas.. omaQ dan pegawai Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pelajaran Perlis adakan mesyuarat bulanan kami di dewan Sek Men Keb Agama Arau… mesyuarat bulanan itu akan diadakan setiap bulan di lokasi yang berbeza iaitu.. di sekolah sekolah SMKA dan SABK di negeri perlis.. sambil mesyuarat sambil dapat membuat lawatan ke sekolah yang terlibat.. alhamdulillah.. banyak perkara yang dibincangkan.. yang dirangkakan.. untuk melancarkan perjalanan perngurusan Sektor Pendidikan di Negeri Perlis … Mudahan usaha murni dan kerjasama antara pegawai pegawai SPI ini dapat menggerakkan semua perancangan yang telah diaturkan untuk kecemerlangan Pendidikan Islam di Negeri Perlis.. Mudahan Allah memberi keberkatan dalam usaha kami InsyaAllah…


Ustaz Mohammad Bin Abd Ghani Ketua Sektor SPI Perlis sedang memberi taklimat kepada kami


Ustazah Wan yang kusyuk dalam sesi mesyuarat berjalan


Semua tekun mendengar ucapan dari Tn Pengerusi

Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis Mesyuarat Bulanan SPI Perlis April 2012 @ Sek Men Keb Agama Arau Perlis
Share on Facebook
Posted on May 9th 2012 in My Education, My Event, My JPN Perlis

Perjumpaan Pemilik Kereta Mini Utara @ Kulim Mei 2012

No Comments »

Perjumpaan Kereta Mini Utara @ Kulim Mei 2012

Pada : 6 Mei 2012
Hari : AHAD
Jam : Sebelum 11 PAGI
Tempat : Stadium KELADI, Kulim
(diperlukan sebanyak 50 biji kereta MINI untuk pameran dan pertandingan)
Terdapat juga Gerai Jualan, Pameran Kelab Kereta dan Superbike, CABUTAN BERTUAH, MAKAN dan CENDERAHATI disediakan Pihak Penganjur.

Tentatif Program
9.00 – 10.00pagi : Berkumpul di Sayang Acc Kulim &
Jamuan Ringan
10.45 – 10.55pg : Bergerak dalam kumpulan menuju
stadium Keladi, Kulim
11.00pg – 4.30ptg : Pameran Kereta MINI & sessi
Beramah Mesra antara PEMILIK MINI
4.30ptg – 5.00ptg : Bersurai

P/s :- InsyaAllah awai pagi sat lagi omaQ dan family kami 4 anak beranak akan konvoi geng kereta mini perlis ke Kulim untuk join perjumpaan “Program Ketua POLIS NEGARA Turun Padang Bersama KOMUNITI KULIM” di jangka 50 lebih pemilik kereta mini berkumpul disana.. .. doakan kami selamat pergi dan balik….

Share on Facebook
Posted on May 6th 2012 in My Family, My Life, My Mini Rover 1300cc

Dr Juanda : Anak, menjadi punca turunnya rahmat Allah

No Comments »

Anak, menjadi punca turunnya rahmat Allah

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Setelah hadir beberapa orang cahaya mata di tengah sebuah keluarga yang beriman, kehidupan mereka tiba-tiba berubah. Bagaikan malam disimbah cahaya bulan, bebintang pula menambah cantik lukisan alam yang memukau perasaan. Ayah umpama malam, ibu pula purnamanya dan bebintangnya ialah anak-anak. Anak-anak hanya tahu erti bahagia dan gembira, senyum dan tawa. Begitulah hakikat makhluk Tuhan yang dicipta dan tidak menanggung dosa ini. Anak-anak yang suci dan bersih, belum memahami makna kejamnya dunia. Mereka berada di sisi ibu bapa, menjadi punca turunnya rahmat Allah di dalam sebuah rumah, melimpahlah rezeki dan keberkatan. Sepertimana sabda baginda SAW kepada sahabat baginda yang tidak pernah mencium sepuluh anaknya yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak merahmati maka dia tidak dirahmati (Allah).”.

Disebabkan anak-anak, Allah Taala terus menerus mencurahkan pahala dan melipat gandakan ganjaran. Kerana mereka juga banyak dosa yang diampunkan Allah Taala. Atas nama cinta yang tulus kepada mereka ibu bapa menjadi begitu kuat melawan keperitan hidup, kerana wajah mereka ibu bapa menjadi matang dan belajar bertanggungjawab menjadi manusia dewasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Satu dinar yang kamu belanjakan kerana memerdekakan seorang hamba dan satu dinar yang kamu sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluarga kamu, yang paling besar pahalanya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluarga kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Barangsiapa yang sabar menjaga anak-anak mereka dalam kemiskinan sesungguhnya Rasulullah SAW berjanji akan mendekatkan kedudukan mereka di syurga bersama baginda, sesuai dengan sabdanya yang bermaksud: “Seorang perempuan yang telah menjadi janda kerana kematian suaminya tetapi dia bersabar menanggung anaknya, maka aku akan bersama dia di dalam syurga dalam keadaan seperti ini.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Oh anak, jika mereka hadir membawa seribu satu berkat, boleh jadi mereka juga membawa fitnah yang paling merbahaya ke atas diri ibu bapa. Untuk itu Al-Quran menyatakan yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Surah al-Tahrim ayat: 6)

Ujian berkeluarga bukan hanya ditanggung oleh suami seorang diri tetapi isteri pula bersama-sama memikul beban yang sama demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Mereka saling berkongsi tanggungjawab mendidik anak supaya menjadi insan yang beriman. Di tangan ibu dan bapalah masa depan mereka terbina, jiwa mereka dicorakkan. Yahudi, Majusi ataukah Nasrani atau mungkin Islam yang menjadi pilihan. Gaya barat atau timur, kapitalis atau sosialis, sekularis atau islamis tulen. Semuanya akibat didikan kedua ibu bapa. Ramai yang beranggapan bahawa anak kita telah dirosakkan oleh persekitaran yang mempengaruhinya. Bukan kerana tangan ibu bapa, bahkan ibu bapa telah memberi didikan sempurna di rumah tetapi di luar rumah dia terpaksa berdepan dengan hawa nafsunya sendiri untuk memilih, manakah yang buruk dan baik?

Persoalan ini tidak berbangkit dan memberi pembelaan kepada ibu bapa yang merasa tidak bersalah, masalahnya selagimana ibu bapa masih hidup mereka wajib mempengaruhi anak ke jalan Allah dan menjaga pergaulan anak-anak mereka. Jika iman telah kukuh dan sebati dalam jiwa raganya hasil didikan ibu bapa, terlepas ke mana saja dia pergi, Insya Allah didikan iman itu masih mempengaruhi keperibadiannya, sedikit atau banyak itu bergntung kepada pihannya sendiri.

Ramai orang tua yang hanya mengingat keburukan anak-anaknya tetapi lupa dosa-dosa mereka kepada anak. Bukankah mereka berdosa kepada anak-anak jika memberi nafkah dari sumber yang haram, walaupun kemewahan boleh diberi tetapi ia hanya untuk kehidupan yang singkat, di akhirat nanti kedua ibu bapa seolah-olah memberi makan bara api kepada anaknya.

Sesungguhnya jika kejahatan yang dilakukan itu diniatkan kerana anak, ia tetap haram di sisi Allah Taala. Rupanya anak boleh menyebabkan seorang hamba bermaksiat kepada Allah. Hal ini jelas diterangkan di dalam surah Al-Taghabun ayat 14 yang bermaksud: “Wahai orang-orang mukmin, Sesungguhnya di antara Isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu.

Musuh bermaksud menjadi punca kamu mengikut kehendak mereka, yang mahukan kamu melakukan pekerjaan yang haram.

Musim cuti sekolah ini, anak-anak mempunyai bermacam-macam perancangan. Hendak pergi ke luar negara, umrah atau menghabiskan masa di rumah saja. Ibu bapa perlu bersedia dari segi kewangan, masa dan emosi. Jika semuanya sudah sedia dicurahkan, ada satu lagi yang tak kurang pentingnya iaitu soalan yang mesti ibu bapa jawap: “Pengisian apakah yang paling baik untuk meningkatkan iman anak-anak?

Selagi Allah Taala memberi masa yang panjang untuk bermesra dengan anak-anak selagi itulah iman harus ditanam. Kekadang yang diingat hanya mahu menyeronokkan hati mereka saja. Maka melimpahlah kasih sayang itu dalam bentuk hadiah yang mahal, percutian yang melalaikan dan kenikmatan berlebihan mengejar kepuasan hati. Bukan bermakna tidak boleh menyediakan fasiliti kelas terbaik kepada mereka, apa salahnya jika mampu selagimana tidak menjejaskan perhatian kepada anak yatim dan fakir miskin di sekeliling kita.

Seelok-eloknya anak-anak diajar prihatin, disuruh melihat anak-anak yang kurang bernasib baik, keluarga-keluarga miskin dan para pesakit kanak-kanak yang terlantar di hospital. Supaya mereka memiliki jiwa pengasih kepada sesama dan tahu menilai erti hidup agar jangan disia-sia. Kita mahu mendengar anak-anak kita berkata: “Terimakasih ayah atas segala pemberian yang tak sanggup kami membalasnya.” Dan kita tidak mahu mendengar makian dan rungutan daripada mulut-mulut yang tidak pernah diajar cara beradab: “Aku mahu yang terbaik, ayah mesti sediakan dan usahakan juga!” Mereka meminta apa yang tidak mampu kita miliki kerana telah terbiasa hidup senang. Padahal masih ramai insan lain menderita. Marilah bukakan mata hati anak-anak kita untuk melihat kehidupan ini dengan pandangan iman bukan mata syahwat sahaja.

Sumber :- http://drjuanda.com/

Share on Facebook
Posted on May 5th 2012 in My Artikel, My Tazkirah

Mr White Piaggio X9 2012

1 Comment »

Mr White Piaggio X9 2012


Tq Wan.. sbb tolong mai ambik skuter aku… :)

Date : 1 Mei 2012
Time : Evening
Place : Bengkel Bang Shi Sanusi Repoh Kangar Perlis
Info : Alhamdulillah.. skuter omaQ Piaggio X9 baru aja siap di cat dengan color baru.. sebelum nie colour biru.. selepas balik konvoi dari kemboja tempoh hari.. skuter ini berjaya dicat dengan warna baru disamping buat top overhall.. sbb masa balik ari tu.ada beberapa benda yang kena difitkan… mudahan dengan warna baru ini.. bakal menceriakan kehidupan berskuter ini he he he..disamping dapat pergi kerja.. kehulur kehilir… menjadi kenderaan rasmi bermusafir… kenderaan ke majlis ilmu dan bersantai di petang ari. :) mudahan hidup ini diberkati olehNya.. Amin..


Get Ready to Ride :)


Nak macam polis trafic plak tgk skuter daku ini.. ha ha.. habis berselerak kalau lalu sebelah mat rempit :)

Mr White Piaggio X9 2012 Mr White Piaggio X9 2012 Mr White Piaggio X9 2012 Mr White Piaggio X9 2012 Mr White Piaggio X9 2012 (3)
Share on Facebook
Posted on May 5th 2012 in My Life, My Piaggio X9 200cc

Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam

No Comments »

Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam


Permandangan Shah Alam dari tingkat 22 bilik omaQ menginap Quality Hotel Shah Alam

Date : 2 – 5 Mei 2012
Time : All Day Long
Place : Quality Hotel Shah Alam Selangor
Info : Mulai pada hari rabu sehingga sabtu ini .. omaQ berkampung @ Quality Hotel Shah Alam ..mai urusan pertukaran guru guru di Sek SABK dan SMKA … jadi semua pegawai wakil dari semua negeri berkampung disini… pagi.. petang siang malam… kami berkampung.. habis mata pon naik berpinar tgk screen laptop… he he he…alhamdulilah..semuanya berjalan dengan lancar.. mudahan pertukaran yang dihajati oleh semua guru guru satu Malaysia dapat direalisasikan sebaik mungkin.. bagi yang dapat.. tahniah omaQ ucapkan.. bagi yang gagal.. cuba lagi pada hujung tahun ini..


Mesyaurat Bermula…


Jumpa Umar Aiman.. sahabat sem MATRI omaq.. dia bagi omaQ pinjam motosikal dia.. untuk omaQ merempit kesana sini.. sementara dok kat hotel tu… boring aa kalau tak daq transport…tq omaQ Aiman :)


Cari barang sparepart Piaggio X9 kat kedai motor area puduraya


Sempat window shopping barangan gadjet @ Lowyat masa rehat Jumaat tengahari tadi


Masa petang tadi plak.. sempat pi pusing One Utama plak kat Damansara…


Lepas maghrib sat sat.. sahabat omaQ sekolah SMKA Arau dulu..iaitu tetuan Lawyer Apit.. dia mai ziarah omaQ.. lama aih tak jumpa…

Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam Mesyuarat Pertukaran SMKA Dan SABK Mei 2012 @ Quality Hotel Shah Alam
Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on May 4th 2012 in My Life