Baitul Maqdis sejarah panjang umat Islam – Dr Maza

Baitul Maqdis sejarah panjang umat Islam

KANGAR 8 Dis. – Baitul Maqdis mempunyai sejarah yang begitu panjang di sisi umat Islam.

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan khutbah di Masjid Darul Ibadah, Padang Behor Kangar menegaskan bahawa, dunia mengetahui bahawa kota suci tersebut telah menjadi saksi kepada sebahagian perjuangan para Nabi terdahulu dalam menyebarkan islam bahkan merupakan kiblat pertama umat Islam dan ia harus dipertahankan kemerdekaannya.

“Isu Palestin adalah isu yang mesti difahami oleh setiap umat Islam dengan sebaiknya”, jelas beliau.

Sehubungan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis (JAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis akan menganjurkan Program “Raja Memimpin Umat : Isu Palestin” pada 15 Disember 2017 sebagai reaksi bantahan terhadap pengumuman Presiden Amerika mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel.

Berangkat menunaikan solat jumaat di masjid tersebut adalah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.- utusan

Share on Facebook

Leave a Comment