BENARKAH SAF PUTUS APABILA ADA KANAK-KANAK?

/, My Sunnah/BENARKAH SAF PUTUS APABILA ADA KANAK-KANAK?

BENARKAH SAF PUTUS APABILA ADA KANAK-KANAK?

BENARKAH SAF PUTUS APABILA ADA KANAK-KANAK?

Saf kanak terputus saf dewasa

Saf kanak terputus saf dewasa

Assalamualikum Dr ..baru ni masjid kampung saya ada seorang ustaz mengatakan kanak2 yg dok dlm barisan sof dgn org dewasa menyebabkan solat menjadi batal..yg saya tahu sof terputus…dan ada pandagan xmenjejaskan apa2..mintak Dr tlg bagi penjelasan…

Jawapan:

Assalamualaikum.

Itu dakwaan yang tidak benar.

Berikut merupakan huraian isu saf kanak-kanak menurut mazhab Syafie.

لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الأَحْلاَمِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ” .
Daripada Abu Mas’ud radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Hendaklah yang dewasa dan berakal paling hampir dengan ku. Kemudian yang seterusnya, kemudian yang seterusnya. [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Taswiyah as-Sufuf, hadis no: 432].

Apabila jumlah makmum melebihi dua orang dan bercampur antara kanak-kanak dan dewasa, dan mereka hadir pada masa yang sama, maka keutamaan saf hadapan diberikan kepada orang dewasa. Akan tetapi jika ada ruang kosong di hadapan, kanak-kanak hendaklah memenuhkannya.

Sebahagian ulama mazhab Syafie menggalakkan agar kanak-kanak diletakkan antara orang dewasa dalam satu saf dengan tujuan memudahkan mereka belajar solat.

Ini tidak bermaksud kita boleh menarik kanak-kanak ke belakang jika mereka sudah datang awal ke masjid dan duduk di saf hadapan. Imam Al-Khatib Al-Syarbini menyatakan dalam Mughni al-Muhtaj:

وَمَحَلُّ مَا ذَكَرَ مَا إذَا حَضَرَ الْجَمِيعُ دُفْعَةً وَاحِدَةً فَلَوْ سَبَقَ الصِّبْيَانُ بِالْحُضُورِ لَمْ يُؤَخَّرُوا لِلرِّجَالِ اللَّاحِقِينَ كَمَا لَوْ سَبَقُوا إلَى الصَّفِّ الْأَوَّلِ فَإِنَّهُمْ أَحَقُّ بِهِ عَلَى الصَّحِيحِ ، نَقَلَهُ فِي الْكِفَايَةِ عَنْ الْقَاضِي حُسَيْنٍ وَغَيْرِهِ وَأَقَرَّهُ لِأَنَّهُمْ مِنْ جِنْسِهِمْ بِخِلَافِ الْخَنَاثَى وَالنِّسَاءِ ، وَإِنَّمَا تُؤَخَّرُ الصِّبْيَانُ عَنْ الرِّجَالِ كَمَا قَالَ الْأَذْرَعِيُّ إذَا لَمْ يَسَعْهُمْ صَفُّ الرِّجَالِ وَإِلَّا كُمِّلَ بِهِمْ .
Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (iaitu kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Seandainya kanak-kanak telah hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka ke belakang untuk memberi laluan kepada lelaki dewasa sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak pada pendapat yang sahih. Ini sebagaimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya, beliau memperakui hal tersebut. Ini kerana mereka (iaitu kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (iaitu lelaki dewasa) tidak seperti khunsa dan wanita. Sesungguhnya kanak-kanak hanya dikebelakangkan daripada lelaki sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak hendaklah disempurnakan.

Oleh itu, dapat difahami konsep saf kanak-kanak dalam mazhab Syafie adalah seperti berikut:

1- Jika orang dewasa dan kanak-kanak hadir pada masa yang sama, maka diutamakan orang dewasa untuk memenuhi saf hadapan. Jika ada ruang kosong, hendaklah kanak-kanak mengisi ruang kosong saf hadapan itu. Jika sudah penuh, maka kanak-kanak itu berada pada saf seterusnya.

2- Jika kanak-kanak itu datang terlebih dahulu di saf pertama, maka tidak boleh ditarik mereka ke belakang.

3- Dakwaan kanak-kanak tidak berkhatan menanggung najis adalah dakwaan yang tidak benar. Solat berimamkan kanak-kanak adalah sah di sisi mazhab Syafie. Begitu juga Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menyuruh kanak-kanak diajar mendirikan solat sejak umur 7 tahun, tanpa dikhususkan kepada kanak-kanak yang sudah berkhatan sahaja. Adakah kita mahu menyatakan solat kanak-kanak yang tidak berkhatan adalah tidak sah?

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
Suruhlah anak-anak kalian mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun. Pukullah mereka apabila mereka tidak solat ketika mereka berumur sepuluh tahun, dan asinglah tempat tidur antara mereka. [Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, Bab Mata Yu’maru al-Ghulam Bi As-Solat, hadis no: 495].

Jika tidak berkhatan dikatakan menanggung najis, adakah kita mahu katakan solat mualaf dewasa yang belum berkhatan tidak sah dan mereka memutuskan saf solat di masjid?

 

Share on Facebook
By | 2017-07-20T10:09:52+00:00 July 20th, 2017|My Artikel, My Sunnah|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment