Boy Iman direman lagi, kali ini di Perlis

Boy Iman direman lagi, kali ini

KANGAR 13 Okt. – Buat kali keenam, Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman dikenakan perintah reman dan kali ini di Perlis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah di negeri ini melibatkan syarikat berkaitan dengannya.

Selepas negeri ini, pelakon berusia 37 tahun itu dijangka dibawa ke Pulau Pinang dan Pahang bagi tujuan yang sama.

Dia sebelum ini turut direman di Ampang, Selangor; Muar, Johor; Shah Alam, Selangor; Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah.

Di negeri ini, perintah reman selama dua hari mulai hari ini terhadap Boy Iman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Yang turut direman bagi tempoh yang sama ialah tiga pengarah Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita bergelar Datuk.

Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dalam projek pembinaan rumah banglo.

Boy Iman diwakili peguam, Rosman Azwan Osman manakala tiga suspek lain diwakili peguam Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.

Akhbar sebelum ini melaporkan Boy Iman ditahan pada 3 Oktober lalu di Balai Polis Bukit Indah, Ampang bagi membantu siasatan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta.

Share on Facebook

Leave a Comment