Aduan Tayar Troli Rosak @ Tesco Mergong Alor Setar Kedah 2011

No Comments »

Aduan Tayar Troli Rosak @ Tesco Mergong Alor Setar Kedah 2011


Aduan @ Kaunter Tesco Mergong

Date : Minggu lepas
Place : Tesco Mergong Alor Setar Kedah
Info : Minggu lepas.. omaQ dan famili pi shopping barang kat Tesco.. yang menyedihkan.. tiap kali omaQ pi shopping kat sana.. omaQ terpaksa tukar troli berkali kali. sbbnya.. tayar troli yang gelong.. rosak… bila tolak aja.. akan senget ke kanan or ke kiri.. omaQ minta pihak pengurusan TESCO Mergong untuk baik pulih tayar troli tu dengan kadar segera.. tau la.. ramai customer yang datang shopping.. dah UNTUNG banyak.. takan keselesaan pengguna pon tak leh nak tackle.? harap dapat ambik tindakan segera…


Aduan yang telah omaQ buat

Aduan Tesco Mergong Mergong 2011 Aduan Tesco Mergong Mergong 2011 Aduan Tesco Mergong Mergong 2011 Aduan Tesco Mergong Mergong 2011 Aduan Tesco Mergong Mergong 2011
Share on Facebook
Posted on December 21st 2011 in My Aduan Rakyat, My Info

Aduan Rakyat : Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis Kehabisan Bantal !!! – selimut jadi bantal..

3 Comments »

Aduan Rakyat : Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis Kehabisan Bantal !!!


Daif : Kesian tgk makcik ni…. kelalaian mengurus… jangankan nak menolong negara lain.. rakyat dinegara sendiri pon terlepas pandang… benda kecil macam nie tak dapat diurus… tak heran la benda lain yang besar lagi…

Date : 21 Oktober 2011
Time : 6.00 p.m
Place : Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis
Info : Petang semalam.. selepas kerja.. omaQ jalan jalan sekitar bandar kangar.. then.. teringat nak pi ziarah ibu kepada sahabat omaQ pegawai @ Sektor Pendidikan Islam .. iaitu ibu kepada Ustaz Khouruddin yang sakit… masa pi ziarah tu.. omaQ pusing pusing sekitar wad lain sama.. masa pi ziarah kat tingkat 5 wad baru tu.. omaQ terjumpa dengan ibu kawan omaQ… ibunya tu.. dimasukkan semalam.. tapi yang menyedihkan.. dah la kehabisan katil… siap duduk katil tambahan.. bantal pon tak ada.. dia orang ambik selimut 2-3 helai and alas jadi bantal.. kalau semalam boleh terima.. ( beranggapan baik maybe bantal habis.. ) tapi bila mai time petang .. nak masuk 2 hari… masih tak ada bantal.. pi mana semua bantal yang ada.. nak kata tak ada… mustahil.. sbb ada bangunan lama dirobohkan… so mesti ada banyak bantal yang lebih…. so omaQ harap.. kepada pihak pentadbiran Hospital.. pls la seatle kan masalah masalah kecil macam nie.. kalau masalah kecil macam ni pon gagal diseatle… tak heran la.. banyak aduan orang ramai tentang kecekapan mengurus hospital kerajaan berbanding dengan hospital swasta.. saya pon keja gomen gak.. so sama sama la peringat memperingati… keluarga yang sakit tu pon komen tentang masalah yang terjadi kat ibu mereka.. mereka pon kebanyakkan terdiri dari pekerja kerajaan.. so pls la ambik tindakan yang pantas…Mudahan Allah permudahkan urusan kita semua.. Amin!!


Lokasi berlaku…

Pesakit Berbantalkan Selimut @  Hospital Tuanku Fauziah HTF Kangar Perlis Pesakit Berbantalkan Selimut @  Hospital Tuanku Fauziah HTF Kangar Perlis Pesakit Berbantalkan Selimut @  Hospital Tuanku Fauziah HTF Kangar Perlis Pesakit Berbantalkan Selimut @  Hospital Tuanku Fauziah HTF Kangar Perlis
Share on Facebook
Posted on October 23rd 2011 in My Aduan Rakyat, My Info, My Perlis

Isu Prepaid : PM minta kaji semula caj 6% cukai perkhidmatan prabayar

1 Comment »

Isu Prepaid : PM minta kaji semula caj 6% cukai perkhidmatan prabayar



Pendapat omaQ.org :-

Geng Geng syarikat telekomunikasi mmg tak patut naikkan cukai perkhidmatan.. dah le cas yang dikenakan mahal.. kalau dibandingkan dengan negara yang membangun.. depa jauh murah dari kita… kita dah la cas mahai.. service pon bukan hebat tara mana pon.. negara lain dah 4g.. 5g and 6g dah.. kita dok 3g lagi.. tu pon bukan semua tempat ada coverage… pihak atasan yang bertanggungjawab.. tolong la jaga kebajikan rakyat.. anda dilantik untuk menjaga kebajikan rakyat.. bukan dok perhentam rakyat :(

Artikel :-

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan 6.0 peratus ke atas produk tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

“Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

“Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di ibunegara ari ini.

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

“Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya.

Perdana Menteri, yang juga menteri kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu, Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.

- Bernama

Share on Facebook
Posted on September 9th 2011 in My Aduan Rakyat, My Artikel

Aduan Rakyat :Awas !! The Store Kangar Penipu – Shopping Raya

No Comments »

Aduan Rakyat : Awas Perangkap Shopping RAYA.. Iklan Harga lain.. Bayar Harga Lain @ The Store Kangar

kepada penguna di perlis berhati2 bila pi shoping dekat2 nak raya nii, tu perati betui2 harga dalam brocha dia tulis lain bila bayaq harga lain saya dah kena kemarin di supa mereket kangar saya keluaq pi beli di lain.

P/s :- omaQ pon pernah terkena..lepas nie pakat pakat berhati2 ketika shopping… jom kita pi beli kat siam la .. tesco siam mmg murah.. siap dapat hadiah macammacam lagi.. insap.. ingatkan dok malaysia.. depa nak sayangkan rakyat depa.. sekali.. dok pekena hidup hidup.. angpa ingat kami nie apa ka? ma gaya minda kelas pertama.. dah rakyat minda kelas pertama.. ang dok pekena cam nie no… penguat kuasa tolong la jalankan kerja anda!!! demi rakyat terchenta… !!

Sumber :- Facebook sahabat omaQ.org

Share on Facebook
Posted on August 14th 2011 in My Aduan Rakyat, My Perlis

Aduan : Kain Telekung Surau tesco Mergong Kedah KOTOR!!

1 Comment »

Aduan : Kain Telekung Surau tesco Mergong Kedah KOTOR!!

Date : 31 Julai 2011
Time : Evening
Place :Tesco Mergong Alor Setar Kedah
Info : Hujung minggu baru baru ini.. omaQ dah family pi shopping @ Tesco untuk membeli barangan keperluan dapur.. sekali.. masa isteri omaQ nak solat zohor @ Surau tesco… dia bagi tau.. sejak 3-4 kali dok mai solat kat surau tu.. kebersihan telekungnya mmg kotor…so omaQ dah buat laporan tentang masalah tersebut kat kaunter pertanyaan dan aduan.. so omaQ dah isi form.. kalau lepas nie tak ada tindakan apa apa.. mmg nak kene panjangkan lagi la jawabnya.. omaQ pikir .. sbb tesco mergong nie ramai yang hadir untuk shopping.. kami di perlis nie tak daq tesco.. so tumpang la tesco kedah… orang kedah sendiri pon dah ramai.. so mmg ramai orang akan solat disitu.. mereka boleh ambik pendekatan ganti telekung tu setiap waktu peak time seperti zohor..asar dan maghrib…

Share on Facebook
Posted on August 2nd 2011 in My Aduan Rakyat, My Info

Aduan Rakyat : Siling Sk Oran Rosak Teruk

1 Comment »


Surau Al Ikhwan

Date : Sepanjang minggu ini
Time : Waktu persekolahan
Place : Surau Al Ikhwan Sek keb Oran Perlis
Info : Surau Sk Oran baru baru nie..siling tertanggal.. tak tau pasai apa.. ribut tak daq.. angin pon tak daq.. abis tertanggal… maybe tukang yang mai pasang dulu tu.. tak bapa nak kemas.. so omaQ ambik gambaq untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran negeri untuk tindakan selanjutnya..kalau depa pon tak mai seatle kan masalah nie. mau masuk ADUAN RAKYAT la jawabnya.. baru ketahwan hala…. nyawa anak anak yang mai mengaji dalam surau tu dalam bahaya….


Pelajar tengah membuat latihan @ Surau


Sarang penutup lampu pon tertanggal


Berlubang disana sini


Bahaya.. hanya menunggu masa saja

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on April 30th 2010 in My Aduan Rakyat, My Oran