Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar

1 Comment »

Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar


Kedai berhampiran dengan Petronas Bohor Temak Kangar Perlis

Date : 12 September 2011
Time : Petang
Place : Restoran Inouki Bohor Temak Kangar ( Berhampiran Persimpangan Trafik Light Bohor Temak )
Info : Petang sat sat… ada kebakaran berlaku di restoran Inouki Bohor Temak.. omaQ boleh gambar nie pon dari sahabat warga omaQ.org iaitu Paksu Noor punca kebakaran tak dikenalpasti lagi.. mmg wartawan turun ramai masa petang tadi… bomba pon cargas dengan pantas.. Tahniah diucapkan..


Inouki Coner


Tuan Kedai memberi keterangan kepada pihak Wartawan

Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011 Restoran Inouki Bohor Temak Kangar Terbakar 12 September 2011
Sumber :- – Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on September 13th 2011 in My Accident, My Info, My Perlis

Kenyataan Rasmi Berhubung Kejadian Lawatan Ke Ladang Tebu dan Kilang Gula

No Comments »

Kenyataan Rasmi Berhubung Kejadian Lawatan Ke Ladang Tebu dan Kilang Gula

Kematian adalah suatu kepastian bagi setiap yang bernyawa.

Bagi yang masih hidup, pengakhiran seorang insan hanya terbahagi kepada dua, iaitu husnul khatimah ataupun su’ul khatimah. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi, MATRI telah kehilangan tiga butir permata yang amat berharga didalam perjalanan hidup mereka demi memartabatkan ilmu ke tahap yang Allah kehendaki. Kejadian yang berlaku pada pagi ini melibatkan lapan orang pelajar MATRI dan seorang bapa angkat pelajar semestinya termasuk dalam ilmu dan hikmah Allah Taala.

Kumpulan pelajar yang mengikuti program Bapa Angkat yang dianjurkan oleh pihak MATRI sedang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan. Bapa Angkat tersebut iaitu Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang juga merupakan suami kepada guru MATRI, Cikgu Nor Asmah binti Omar, merupakan salah seorang bekas kakitangan Kilang Gula. Hujan lebat yang berterusan semenjak semalam telah melembutkan tanah, menyebabkan sebatang pohon besar yang rendang ditepi jalan telah terbalik dan menghempap kenderaan mereka yang sedang bergerak perlahan disebabkan hujan lebat. Allahyarham Ahmad Izzat bin Ismail dan Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang berada di bahagian hadapan bersama dengan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan yang duduk dibelakang pemandu telah dihimpit teruk oleh bumbung kenderaan tersebut dan meninggal ditempat kejadian.

Muhamad Ahnaf bin Anissofian yang cedera telah dimasukkan ke Unit Kecemasan manakala 5 pelajar lain yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. Menjelang petang tadi, kesemua 6 pelajar tersebut telah dibenarkan pulang. Kesemua jenazah akan disolatkan di Dewan Musolla MATRI selepas Maghrib atau Isya’, bergantung kepada perlepasan oleh pihak hospital. Jenazah Allahyarham Hj Shahidan bin Ali akan disemadikan di Beseri, Perlis, manakala Allahyarham Ahmad Izzat b Ismail dan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan akan disemadikan di Pulau Pinang dan Kulim.

Link berita : http://www.sinarharian.com.my/bterkini/14071.asp

Sumber :- http://www.matri.edu.my

Share on Facebook
Posted on September 12th 2011 in My Accident, My Artikel, My Matri, My Perlis

Tiga maut pokok hempap van

No Comments »

Tiga maut pokok hempap van


ORANG ramai melihat keadaan van yang remuk akibat dihempap sebatang pokok berdekatan Kilang Gula Chuping di Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri maut setelah van yang dinaiki bersama-sama enam pelajar lain dihempap pokok berdekatan Kilang Gula, Chuping di sini semalam.

Mangsa ialah Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah dan Ahmad Izzat Ismail, 17, yang berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu turut meragut nyawa pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri.

Seorang pelajar lain, Muhammad Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur cedera parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar manakala lima lagi penumpang van tersebut mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Deros berkata, ketika kejadian van itu dalam perjalanan membawa mangsa untuk menyiapkan projek sekolah bagi subjek Kajian Tempatan.

Sumber :- http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Share on Facebook
Posted on September 12th 2011 in My Accident, My Artikel, My Matri, My Perlis

Kemalangan Pokok Hempap Pelajar Matri Tunjung 2011

No Comments »

Kemalangan Pokok Hempap Pelajar Matri Tunjung 2011

‘Tolong tarik aku keluar Zul’

PADANG BESAR: “Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul.” Itulah rintihan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok besar hingga meragut tiga nyawa semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, di sini, Hazman bersama tujuh pelajar lain dari Maahad Tarbiyah Islamiyah (Matri) di Beseri dalam perjalanan melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Gula Felda di Chuping.


REMUK…pokok besar yang menghempap van di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Padang Besar, semalam.

Malang menimpa apabila sebatang pokok tumbang lalu menimpa van dinaiki kumpulan pelajar itu kira-kira 50 meter dari pintu masuk kilang berkenaan ketika hujan lebat disertai ribut.

Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.


MERAUNG…ibu bapa seorang mangsa menatap jenazah anak mereka di bilik mayat HTF.

Ahmad Ahnaf Anis Soffian, 14, juga pelajar Matri yang berasal dari Kuala Lumpur, mengalami kecederaan parah.

Sumber :- http://www.hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on September 12th 2011 in My Accident, My Info, My Matri

Gambar Terkini Kejadian Meragut Nyawa Student Matri Awal Pagi Tadi

No Comments »


Gambar Terkini Kejadian Meragut Nyawa Student Matri Awal Pagi Tadi

P/s := Keadaan Van yang remuk akibat dihempap pokok hadapan Kilang Gula Perlis Awal pagi tadi jam 9.30 pagi

Share on Facebook
Posted on September 11th 2011 in My Accident, My Matri

Kemalangan Jalan Raya @ Kuala Perlis Ramadan 2011

No Comments »

Kemalangan Jalan Raya @ Kuala Perlis Ramadan 2011

(Email dari warga omaQ.org )

from syamil abd rahman -langkawisun@yahoo.com
reply-to syamil abd rahman langkawisun@yahoo.com
to “omaq org.” miloki@gmail.com
date Sun, Aug 28, 2011 at 6:45 PM


Kemalangan Jalan raya

Eksiden Satria tu pagi tadi aku amik gmbarnya..(mungkin berlaku semalam)
Pokok tumbang tu petang tadi…highway KP…(masih fresh lagi)
Semuanya berkaitan dengan hujan & angin kuat..
Berhati-hati di musim hujan & perayaan ini.

:-) Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.


Langgar pokok ke camana entah la..


Pokok Tumpang atas highway Kuala Perlis


Ribut sbb perlis 3-4-5 hari nie keja hujan siang malam

p/s: Jangan banjir sudah.(tapi insyaallah tak berlaku kot!)

Share on Facebook
Posted on August 29th 2011 in My Accident, My Perlis

Kangar : Kemalangan Bohor Mali, Mayat Rentung !!

1 Comment »

Kangar : Kemalangan Bohor Mali, Mayat Rentung !!

(Gambar telah diremovedkan atas permintaan kak arwah sendiri.. mayat telah dikenal pasti.. mudahan Allah tempatkannya bersama sama orang beriman Amin!!!)

KANGAR, 18 Ogos — mangsa rentung dekat dengan kilang dibuk berdekatan rumah aku aka behor mali!!
Dalam kejadian pukul 7.40 malam tadi, sebuah kereta Toyota yang datang dari arah Alor Setar merempuh sebuah kereta Myvi dari arah sama yang secara tiba-tiba membuat pusingan U mengakibatkan kedua-dua kereta terbakar.
Identiti mangsa rentung yang memandu kereta jenis Myvi dengan no pendaftaran WRU6657 itu belum dikenal pasti.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai mangsa atau waris mangsa sila hubungi balai polis berhampiran. gmbar – Effendey Harun – Bernama

Sumber :- Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on August 18th 2011 in My Accident, My Info, My Perlis

Kereta Terbakar @ Highway Bandar Darul Aman Jitra

No Comments »

Kereta Terbakar @ Highway Bandar Darul Aman Jitra

Date : 24 Julai 2011
Time : Evening
Place : Highway Plus Utara – Selatan Bandar Darul Aman Jitra kedah
Info : Jem di Bandar Darulaman on the way ke Sbrg Jaya.Accident, kereta terbakar atas highway, Kereta tu jenis proton Gen2.Heavily modified…kereta nampak masih baru…tunggu siasatan polis dan bomba.Pandangan saya kereta tu dimodifikasi tanpa mengambilkira faktor keselamatan, mungkin ada wiring problem
Sumber :- Facebook Akhi Zamri

Share on Facebook
Posted on July 25th 2011 in My Accident

Gambar Tanah Runtuh Timbus Rumah Anak Yatim Ulu Langat 2011

No Comments »

Gambar Tanah Runtuh Timbus Rumah Anak Yatim Ulu Langat 2011


Tanah runtuh: 6 kanak kanak yatim piatu diselamatkan.3 terkorban
Al-Fatihah

KAJANG: Tiga kanak-kanak yatim piatu berusia 11 dan 14 tahun terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Sehingga pukul 7 petang, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.

Sumber : mStar

Share on Facebook
Posted on May 22nd 2011 in My Accident, My Info

Kemalangan Kelisa @ Dewan Warisan Kangar

No Comments »

Kemalangan Kelisa @ Dewan Warisan Kangar


Inalilahiwainailaihirajiun

Date : 16 Mei 2011
Time : 9.00 a.m
Place : Jalan Kolam Air (Berhampiran Dewan Warisan ) Kangar Perlis
Info : Pagi sat sat… omaQ terlalu kat area jalan Kolam Air kangar.. masa lalu tu.. omaQ nampak kereta kelisa yang tersadai celah celah antara tiang elektrik.. nampak mmg teruk sangat.. bila omaq tanya orang yang berada disekeliling tu.. depa cakap.. drive tu mengantuk masa drive.. terlelap semasa memandu.. mmg bahaya sungguh kalau drive time kita mengantuk… alhamdulilah depa cakap.. drive tak cedera teruk… Akhir kata.. berhati-hati dijala raya


Memang teruk gak keadaan kereta ni

Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan
Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on May 16th 2011 in My Accident