Kemalangan Pokok Hempap Pelajar Matri Tunjung 2011

No Comments »

Kemalangan Pokok Hempap Pelajar Matri Tunjung 2011

‘Tolong tarik aku keluar Zul’

PADANG BESAR: “Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul.” Itulah rintihan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok besar hingga meragut tiga nyawa semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, di sini, Hazman bersama tujuh pelajar lain dari Maahad Tarbiyah Islamiyah (Matri) di Beseri dalam perjalanan melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Gula Felda di Chuping.


REMUK…pokok besar yang menghempap van di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Padang Besar, semalam.

Malang menimpa apabila sebatang pokok tumbang lalu menimpa van dinaiki kumpulan pelajar itu kira-kira 50 meter dari pintu masuk kilang berkenaan ketika hujan lebat disertai ribut.

Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.


MERAUNG…ibu bapa seorang mangsa menatap jenazah anak mereka di bilik mayat HTF.

Ahmad Ahnaf Anis Soffian, 14, juga pelajar Matri yang berasal dari Kuala Lumpur, mengalami kecederaan parah.

Sumber :- http://www.hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on September 12th 2011 in My Accident, My Info, My Matri

Gambar Terkini Kejadian Meragut Nyawa Student Matri Awal Pagi Tadi

No Comments »


Gambar Terkini Kejadian Meragut Nyawa Student Matri Awal Pagi Tadi

P/s := Keadaan Van yang remuk akibat dihempap pokok hadapan Kilang Gula Perlis Awal pagi tadi jam 9.30 pagi

Share on Facebook
Posted on September 11th 2011 in My Accident, My Matri

Kemalangan Jalan Raya @ Kuala Perlis Ramadan 2011

No Comments »

Kemalangan Jalan Raya @ Kuala Perlis Ramadan 2011

(Email dari warga omaQ.org )

from syamil abd rahman -langkawisun@yahoo.com
reply-to syamil abd rahman langkawisun@yahoo.com
to “omaq org.” miloki@gmail.com
date Sun, Aug 28, 2011 at 6:45 PM


Kemalangan Jalan raya

Eksiden Satria tu pagi tadi aku amik gmbarnya..(mungkin berlaku semalam)
Pokok tumbang tu petang tadi…highway KP…(masih fresh lagi)
Semuanya berkaitan dengan hujan & angin kuat..
Berhati-hati di musim hujan & perayaan ini.

:-) Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.


Langgar pokok ke camana entah la..


Pokok Tumpang atas highway Kuala Perlis


Ribut sbb perlis 3-4-5 hari nie keja hujan siang malam

p/s: Jangan banjir sudah.(tapi insyaallah tak berlaku kot!)

Share on Facebook
Posted on August 29th 2011 in My Accident, My Perlis

Kangar : Kemalangan Bohor Mali, Mayat Rentung !!

1 Comment »

Kangar : Kemalangan Bohor Mali, Mayat Rentung !!

(Gambar telah diremovedkan atas permintaan kak arwah sendiri.. mayat telah dikenal pasti.. mudahan Allah tempatkannya bersama sama orang beriman Amin!!!)

KANGAR, 18 Ogos — mangsa rentung dekat dengan kilang dibuk berdekatan rumah aku aka behor mali!!
Dalam kejadian pukul 7.40 malam tadi, sebuah kereta Toyota yang datang dari arah Alor Setar merempuh sebuah kereta Myvi dari arah sama yang secara tiba-tiba membuat pusingan U mengakibatkan kedua-dua kereta terbakar.
Identiti mangsa rentung yang memandu kereta jenis Myvi dengan no pendaftaran WRU6657 itu belum dikenal pasti.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai mangsa atau waris mangsa sila hubungi balai polis berhampiran. gmbar – Effendey Harun – Bernama

Sumber :- Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on August 18th 2011 in My Accident, My Info, My Perlis

Kereta Terbakar @ Highway Bandar Darul Aman Jitra

No Comments »

Kereta Terbakar @ Highway Bandar Darul Aman Jitra

Date : 24 Julai 2011
Time : Evening
Place : Highway Plus Utara – Selatan Bandar Darul Aman Jitra kedah
Info : Jem di Bandar Darulaman on the way ke Sbrg Jaya.Accident, kereta terbakar atas highway, Kereta tu jenis proton Gen2.Heavily modified…kereta nampak masih baru…tunggu siasatan polis dan bomba.Pandangan saya kereta tu dimodifikasi tanpa mengambilkira faktor keselamatan, mungkin ada wiring problem
Sumber :- Facebook Akhi Zamri

Share on Facebook
Posted on July 25th 2011 in My Accident

Gambar Tanah Runtuh Timbus Rumah Anak Yatim Ulu Langat 2011

No Comments »

Gambar Tanah Runtuh Timbus Rumah Anak Yatim Ulu Langat 2011


Tanah runtuh: 6 kanak kanak yatim piatu diselamatkan.3 terkorban
Al-Fatihah

KAJANG: Tiga kanak-kanak yatim piatu berusia 11 dan 14 tahun terkorban ekoran tertimbus dalam tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Sehingga pukul 7 petang, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira 30 penghuni.

Sumber : mStar

Share on Facebook
Posted on May 22nd 2011 in My Accident, My Info

Kemalangan Kelisa @ Dewan Warisan Kangar

No Comments »

Kemalangan Kelisa @ Dewan Warisan Kangar


Inalilahiwainailaihirajiun

Date : 16 Mei 2011
Time : 9.00 a.m
Place : Jalan Kolam Air (Berhampiran Dewan Warisan ) Kangar Perlis
Info : Pagi sat sat… omaQ terlalu kat area jalan Kolam Air kangar.. masa lalu tu.. omaQ nampak kereta kelisa yang tersadai celah celah antara tiang elektrik.. nampak mmg teruk sangat.. bila omaq tanya orang yang berada disekeliling tu.. depa cakap.. drive tu mengantuk masa drive.. terlelap semasa memandu.. mmg bahaya sungguh kalau drive time kita mengantuk… alhamdulilah depa cakap.. drive tak cedera teruk… Akhir kata.. berhati-hati dijala raya


Memang teruk gak keadaan kereta ni

Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan Kemalangan Kelisa  Jalan Kolam Air Dewan Warisan
Share on Facebook
Posted on May 16th 2011 in My Accident

Kemalangan Persimpangan JKR Utan Aji Kangar

No Comments »

Kemalangan Persimpangan JKR Utan Aji Kangar

Date : 7 Mei 2011
Time : 3.00 p.m
Place : Persimpangan JKR Utan Aji Kangar
Info : Semasa omaQ lalu dikawasan trafic light area JKR Utan aji..omaQ jumpa satu kemalangan yang melibatkan kereta waja dan kereta proton saga.. Tak sure cam mana leh jadi camtu.. Sbb sebuah kereta waja tu berada dalam kawasan bendang…

Posted By Abu Fawwaz With Blackberry for WordPress

Share on Facebook
Posted on May 7th 2011 in My Accident

Kemalangan Jalan Putra Alor Setar Kedah

No Comments »

Kemalangan Jalan Putra Alor Setar Kedah

Date : 4 Mei 2011
Time : 7.00 p.m
Place : Jalan Putra Alor Setar berhampiran dengan persimpangan Pizzahut Alor Setar
Info : Semasa omaQ balik dari pemeriksaan Fawwaz yang demam kat klinik Pakar Kanak kanak Dr Yeoh Alor Setar .. omaQ balik ikut laluan jalan Putra Alor Setar.. bila lepas saja dengan bangunan sentosa area sungai berhampiran tempat kedai bergerak duplicate kunci tu.. nampak sebuah kereta Proton perdana telah berlanggar dengan sebuah motorsikal yang sedang membonceng motosikal.. dua orang terlibat dalam kemalangan tu.. sorang tu cedera ringan.. sorang lagi patah yann kikinya dan terlucut sendi rasanya ..mmg omaQ jadi polis sementara la time tu sat.. letak kereta belakang kereta proton perdana tu.. buka lampu amber… mudahan mangsa tak mengalami kecederaan serius

P/s :- Kesimpulannya berhati hati dijalan raya…

Share on Facebook
Posted on May 5th 2011 in My Accident

Faktor Jalan : Kemalangan Jalan Kaki Bukit Kangar Perlis

3 Comments »


Lori terbalik @ Depan De Sena Restoran Kangar

Date : 6 April 2011
Time : 1.30 p.m
Place : Jalan Kaki Bukit selepas restoran De Sena (Taman Dato Setia ) kangar Perlis
Info : Tengahari sat sat.. omaQ balik rehat di rumah mak omaQ @ Padang Pauh.. ondaway balik dari tempat keja dari kangar jalan ke padang besar.. omaQ jumpa dengan satu kemalangan jalan raya iaitu melibatkan lori yang membawa air kotak.. mmg teruk gak la kemalangan tu.. sampai pusing terbalik lori tu.. kawasan tu mmg kerap berlaku aksident.. sbb apa jadi kemalangan? faktor terbesar adalah design jalan tu yang merbahayakan pengguna.. sbb apa omaQ kata macam tu. bayangkan jalan itu jalan utama… dari kangar ke padang besar… dari dua lorang dia jadikan 3 lorong.. kemudian 4 lorong kemudian 2 lorong balik.. sbb apa jadi lagu tu? sbb semasa buat jalan tu.. duit pampasan yang diminta oleh tuan tanah dibahu jalan tak dapat dibayar.. so jalan tempat yang boleh bayar dibesarkan.. tempat yang tak dibayar.. dikecilkan.. yang jadi mangsa sapa?pengguna jalan tu sendiri… dari nak sip or jimat beratus ratus ribu tak nak bayar kat tuan tanah.. banyak la mangsa yang terlibat.. tak tau la ada mangsa yang dah meninggal dunia ke belum lagi.. saya menyeru pihak yang bertanggungjawab supaya meneliti semula struktur jalan raya ini.. kalau tak selesai di dunia.. menjawablah anda di Akhirat kelak!!!


Lori yang membawa air kotak


Tak jauh dengan Taman Dato Setia Kangar Perlis


Jalan 4 lorong


Jalan 3 lorong yang hujungnya jadi 2 lorong.. macam nie jalan tak bahaya ka?


Yang jadi mangsa pengguna jalan raya yang tak bersalah….sedih tinggal di Malaysia.. bertindak selepas aksident.. bukan bertindak sebelum aksident… dah jadi baru kalau nak ubah jalan tu la.. ini la.. :(


Malam malam.. kereta akan letak dibahu jalan hadapan restoran De Sena ini… dah la kat situ jadi 2 lorong.. bila letak kereta.. tinggal la 1 1/2 lorong saja …. fikirlah wahai pemimpinku :(

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on April 6th 2011 in My Accident, My Perlis