omaQ.org

Story Of Lif3….. !!!

Archive for 'My Event'

Ekspo Pendidikan Islam Pulau Pinang 2010

March 18th, 2010. Published under My Event, My Malaysia. No Comments.

Karnival Malaysia Inovatif 2010

March 1st, 2010. Published under My Event, My Perlis. No Comments.

Date : 27- 28 Februari 2010
Time : 6.30 p.m
Place : Dewan 2020 Kangar Perlis
Info : Semalam omaQ pi tgk event Karnival Malaysia Invovatif 2010 @ Dewan 2020.. nak kata meriah tak la sangat .. tapi boleh la.. cuma gerai gerai pamera yang join tak bapa nak ceria … time omaQ pi tu.. dan lewat petang.. maybe depa dok kalut nak reharsel untuk perasmian oleh DYTM Tunku Faizuddin Raja Muda Perlis untuk malam itu.. apa apa pon.. karnival ini bagus untuk bagi peluang semua lapisan masyarakat mengenal tentang dunia inovatif…


Sebahagian rekacipta yang dipamerkan


Kreatif


Fawwaz & Angkasawan


Reharsel pembukaan


Vanue : Dewan 2020 Kangar Perlis


Inside Dewan 2020


Rekacipta

Pertandingan Wau @ Padang Besar Selatan Perlis

February 17th, 2010. Published under My Event, My Perlis. No Comments.


Barisan Wau yang baru nak dilepaskan

Date : 16 Februari 2010
Time : 6.00 p.m
Place: Kg Padang Besar Selatan berhampiran Kuala Perlis
Info : Petang Semalam semasa ondaway nak pi makan ABC kat tepi pantai Kuala Perlis.. ikut sg berembang.. nampak ada ornag ramai dok berkumpul tepi sawah padi.. bila pi dekat rupanya depa dok ready nak lepaskan wau bulan.. almaklumla.. skrang nie musim timur.. angin kuat.. kering plak tu.. jadi sawah padi dijadikan tempat untuk bermain layang layang… yang menariknya.. siap ada kon polis pagi.. dengan pegawai rela jaga lalu lintas.. ada pertandingan wau rupanya.. ramai gak peserta yang masuk.. maybe depa judge dari segi lama wau itu berada diatas angin… kira berhari hari la gak lawan nie.. sbb ada wau yang boleh bertahan sampai 2-3 hari tak jatuh jatuh…


Apa yang bro tu tgk yek?


OOOooOo tgk bang long dok main wau rupanya.. dok tarik tarik tali tangsi main wau


Ramainya yang mai tgk


Aneka jenis wau yang ada


Wau merah pon ada.. yang nie tinggi


Wau nie releks aja.. and steady

Program Tautan Kasih 2010

February 12th, 2010. Published under My Event, My Matri. No Comments.

Forum Perdana: Kalimah Allah

February 11th, 2010. Published under My Event, My Sunnah. No Comments.

Kuala Lumpur, 7 Feb 2010:- Forum Perdana: Kalimah Allah yang disertai oleh Dr Mohd Asri bersama-sama Ustaz Nasarudin Hasan dan Dato’ Dr Chua Jui Meng semalam membincangkan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam di Malaysia yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Forum yang bermula pada jam 9.30 malam itu diadakan dalam rangka untuk mencari satu jalan penyelesaian dalam membentuk keharmonian di kalangan agama di Malaysia selain untuk memperoleh pandangan dari golongan bukan Islam.

Dr Mohd Asri memberikan ulasan bahawa Islam secara dasarnya tidak menegah orang selain Islam untuk menyebut nama Allah. Katanya lagi, hal ini sudah dibincangkan secara menyeluruh di dalam Islam dan tiada wujud larangan dalam Islam untuk menghalang orang bukan Islam menyebut nama Allah, bahkan wujud berbagai dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut bahawa orang bukan Islam sejak dari dahulu lagi telah menggunakan atau menyebut kalimah Allah di dalam percakapan mereka.

Tindakan untuk mengharamkan penggunaan kalimah Allah ini bagaikan telah mewujudkan satu situasi yang bertentangan dengan apa yang dirincikan oleh al-Quran, dan untuk membenarkannya seratus peratus pula barangkali akan menimbulkan satu kekeliruan serta membangkitkan satu keadaan yang boleh mencabar sensitiviti umat Islam. Sedangkan apa yang sepatutnya berlaku adalah perlu diwujudkan satu garis panduan dalam mewujudkan sesuatu yang selari dengan apa yang disuruh oleh agama.

Tegasnya lagi, perbezaan antara orang Islam dan kafir bukanlah isu nama tuhan, akan tetapi pada tauhid dan syirik. Dan tiada sepatutnya timbul kekeliruan dalam beraqidah walaupun nama Allah digunakan oleh orang Kristian kerana ilmu aqidah yang ada pada umat Islam sepatutnya mampu membezakan Allah yang digunakan oleh umat Islam dan perbezaan oleh orang Kristian.

Ustaz Nasarudin Hasan dalam mengulas isu ini mengatakan bahawa masyarakat perlu membuka pintu diskusi dalam membincangkan serta menyelesaikan isu ini secara terhormat. Katanya, masalah seperti ini memerlukan satu ruang dialog di antara agama terutamanya bagi mengelakkan berlakunya ketegangan di dalam negara ini.

Sementara itu, Dato’ Dr Chua pula menegaskan bahawa perkara ini – penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam – sudah lama berlaku, dan sepatutnya tiada polemik yang timbul akibat perkara ini. Apa yang diperlukan adalah penyelesaian secara harmoni dan bijaksana.

Secara tuntas, forum semalam bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh non-Muslim di Malaysia, namun perlulah diwujudkan satu garis panduan yang sebenar dalam melenturkan semula isu ini.

Pemeriksaan Laluan RUN10 for Jamboree MTB Perlis 2010

February 9th, 2010. Published under My Event, My Hobby, My Info. No Comments.

Pemeriksaan Laluan RUN10 for Jamboree MTB Perlis 2010

Perlis Jamboree 2010
Date: 14 Mac 2010

http://perlismtb.com/blog/?page_id=636

Registration Form: http://perlismtb.com/blog/?page_id=661


Sponser


Bersama dengan Polis Trafik tgk lokasi Jamboree Perlis 2010


Wah wah… askar Wataniah pon join sama.. layan..


Menuju Puncuk!!!


Laluan yang bakal dirempoh


Baru layan.. :)


Start @ Politeknik Perlis.. habis pon kat situ :)

Jom Pi Masjid

February 9th, 2010. Published under My Event, My Info, My Perlis. No Comments.


Program Masjid Kg Perawak Dato kayaman Perlis

Date : 13 Februari 2010 (Sabtu)
Time : 9.00 a.m – 10.00 p.m
Place : Masjid Ibnu Sina Kg perawah Dato’ kayaman Perlis
Program : Pertandingan mewarna, Memasak bubur Asyura, Pameran Agensi kerajaan Swasta, FOrum Perdana


Iklan @ Masjid Ngulang Perlis

Kayuhan Terang Malam 2010

February 7th, 2010. Published under My Event, My Hobby, My Info. No Comments.

Tarikh : 01/may/2010 (16 jamadilawal 1431)
Hari : Sabtu
Jam : 08.15 Malam
Tempat Mula/Tamat : Kulim Hi-Tech Park
Jarak Kayuhan : 35 Km
Jumlah check point: 5
Trek : On road / Off road
Goodies
Bayaran : RM 50.00 Sahaja
Cabutan bertuah :Misteri

Sebarang maklumat lanjut sila email : kulimjamboree@gmail.com
Contact Person
Mizi :- 013-5842668
Razi :- 019-4495265
Zack :- 019-4482867

Sumber :- kulimjamboree.co.cc

Pengajian Aqidah : Kitab Usul Tsalatsah

February 5th, 2010. Published under My Event, My Sunnah. No Comments.

Date : 7 Februari 2010
Time : 11.30 a.m
Place : Masjid Putra Kangar Perlis
Penceramah : Ustaz Abu Islam Fathul Bari Mat Jaya
Info : hari Ahad nie ada pengajian Aqidah.. mmg bagus dan baik untuk kita ikuti… pahami Aqidah dahulu baru beramal… mengenal Allah dengan lebih dekat… baru kita tahu siapakah diri kita yang sebenarnya… ikuti kupasan dari kitab Usul Tsalatsah oleh ABu Islam


Masjid Syed Putra Kangar Perlis

Forum Wacana Aqidah @ Alor Setar

January 27th, 2010. Published under My Event, My Iklan. No Comments.

Date : 28 Januari 2010
Place : masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah
Time : 9.00 p.m