Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah Dan Rendah Negeri Perlis 2012

Majlis berjalan lancar.. alhamdulillah…Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah Dan Rendah Negeri Perlis 2012
Date : 3 April 2012
Time : Morning
Place : Dewan Murni Sek Men Vokosional Kangar Perlis
Info : Pagi semalam.. telah diadakan program Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah Dan Rendah Negeri Perlis 2012…Banyak sekolah yang hadir untuk memasuki pertandingan tersebut.. omaQ telah dijemput untuk membaca doa dalam majlis tersebut.. Alhamdulilah.. majlis berjalan dengan lancar.. tahniah kepada para pelajar yang berjaya.. dan yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan…

Alhamdulilah.. baca doa pon dapat sijil
Contoh Doa yang omaQ baca semasa Mjalis berlangsung
Doa Pertandingan Shahiba Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Perlis 2012
Oleh : Ustaz Mohd Umar Bin Ahmad
(Penyelia Data dan Maklumat Sektor Pendidikan Islam JPN Perlis)
Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, selawat dan salam kepada nabi junjungan kita , nabi muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dan mereka yang mencontohinya hingga hari kiamat.
Allah Huma Ya Allah
Pada hari yang berkat lagi bersejarah ini, sempena Pertandingan Shahiba Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Perlis 2012 ini kami menadah tangan dan bersyukur ke hadratmu di atas nikmat limpah kurniamu yang tidak terhingga ke atas kami sehingga kami dapat hidup dengan aman, damai dan harmoni serta dapat melaksanakan tugas-tugas kami di muka bumi ini dan dipohonkan jadikanlah majlis kami ini majlis yang engkau redhai dan berkati.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati Pertandingan Shahiba yang mana para pesertanya terdiri daripada para pelajar sekolah-sekolah rendah dan menengah negeri Perlis, dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami untuk menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar dalam membina kosa kata dalam bahasa melayu ini mencapai kejayaan hendaknya.
Ya Allah Ya Hayu Ya Qoyum
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima anugerah kemenangan dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam apa jua bidang bagi membina ketrampilan peribadi yang luhur..
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّاب
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
www.omaQ.org

Surat perlantikan pembaca doa Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah Dan Rendah Negeri Perlis 2012

Tentatif Program Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah Dan Rendah Negeri Perlis 2012
Share on Facebook