Hebahan: Rekreasi Minda Bestari Ke-3 (RiMBA 3) Untuk Murid di Perlis dan Kedah Utara – Haluan

No Comments »

Hebahan: Rekreasi Minda Bestari Ke-3 (RiMBA 3) Untuk Murid di Perlis dan Kedah Utara

Rekreasi Minda Bestari ke-3 (RiMBA 3) akan kembali lagi dengan aktiviti dan program yang lebih menarik untuk murid sekolah rendah berusia antara sembilan hingga 12 tahun. Program tersebut akan diadakan pada 12 dan 13 Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu dan Ahad bertempat di Eagle Park Resort, Bukit Ayer, Perlis.

Antara aktiviti utama dan menarik ialah Jaulah (Kembara) Ibadah wa Sirah, RiMBA Outdoor Activities dan RiMBA Dynamic Games. RiMBA 3 bertemakan Sirah Rasulullah SAW Membentuk Peribadi Muslim bersempena sambutan Maulidur Rasul yang baru berlalu. Program yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Perlis ini, terbuka kepada murid-murid sekolah di sekitar Perlis dan juga Kedah Utara.

RiMBA diadakan pada musim cuti pertengahan sekolah setiap tahun dengan objektif menerapkan akhlak yang baik dan kecintaan kepada ibadah kepada peserta-pesertanya, memberi kesedaran dan kefahaman tentang Islam sebagai satu cara hidup berdasarkan al-Quran dan sunnah serta menanam motivasi untuk menggapai puncak kejayaan di dunia dan akhirat.

Seramai 120 orang peserta telah menyertai program RiMBA yang pertama pada tahun 2009 manakala RiMBA 2 pula telah menerima seramai 165 orang peserta.

Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke program ini, bolehlah berbuat demikian dengan mendaftar sebelum atau pada 5 Mac 2011 dengan menghubungi En. Ghazali Saad (012-4262343) dan Cik Nailah Abd. Kadir (013-6021017). Yuran program ialah RM40.00 seorang. Tempat penginapan dan makanan disediakan.

Bagi yang ingin bersama-sama membantu usaha mendidik dan membina bakal pewaris ummah ini dalam bentuk sumbangan bahan, peralatan atau wang tunai bolehlah menghubungi Ustazah Nawal Abd Kadir di talian 013-2042469 atau emel ke nawalkmn@yahoo.com.

KeARAH adalah salah satu biro di bawah HALUAN Malaysia. (http://kearah.haluan.org.my/)
 

Disediakan oleh,
Taqiyah Khadijah bt. Ghazali

Posted from WordPress by BlackBerry.

Share on Facebook
Posted on March 8th 2011 in My Event, My Haluan

HALUAN TOUR LANGKAWI 2011

No Comments »

HALUAN TOUR LANGKAWI

LANGKAWI, 7 Februari – Kelab Basikal HALUAN Kedah/Perlis telah menganjurkan aktiviti jelajah berbasikal ‘HALUAN Tour Langkawi’ sejauh hampir 100 km mengelilingi Pulau Lagenda Langkawi pada 5 dan 6 Februari yang lalu. Seramai sembilan orang ahli kelab telah terlibat menjayakan program dua hari yang benar-benar menguji ketahanan fizikal peserta.

Menurut pengarah program, Sdr Hairey Hamzah, objektif utama aktiviti tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan ahli-ahli kelab serta merasai kebersamaan dan menyantuni anak-anak yatim disamping mempromosi HALUAN kepada masyarakat.

Kayuhan terbahagi kepada dua peringkat di mana peringkat pertama peserta memulakan kayuhan dari Pekan Kuah menuju ke Kedawang sejauh 65km. Di Kedawang, mereka berhenti bermalam di Kompleks Anak Yatim/Miskin HALUAN. Persinggahan sebentar mereka amat dialu-alukan oleh seluruh penghuni komplek tersebut. Kesempatan berada disitu diisi dengan program makan malam bersama, BBQ dan beramah mesra bersama anak-anak yatim. Keriangan jelas terpancar pada wajah-wajah mereka yang telah lama kehilangan sentuhan kasih sayang dari ibubapa apabila didekati oleh peserta program.

Pada hari kedua, peserta melalui laluan berbukit yang lebih mencabar sejauh 35 km untuk balik ke Pekan Kuah. Semua peserta akhirnya berjaya menamatkan kayuhan peringkat kedua pada jam 10 pagi. Menurut Hairey lagi, jelajah seumpama ini akan dijadikan acara tahunan dan terbuka kepada ahli HALUAN yang berminat. Misi kayuhan berikutnya untuk tahun ini dirancang pada bulan Jun nanti bermula dari Perlis hingga ke Satun, Thailand. Ahli HALUAN yang berminat untuk menyertai program jelajah akan datang boleh menghubungi Hairey bin Hamzah di talian 012-4435711.

Berikut adalah nama-nama peserta yang terlibat dalam jelajah ‘HALUAN Tour Langkawi’: Hairey bin Hamzah, Mohd Akram bin Dahlan, Mohd Fuad Zakiy bin Abd Manaf, Saiful Kareem bin Ariffin, Mohd Shahnaz bin Desa, Shafik bin Shukur, Ahmad Zaini bin Samsudin, Mohd Afif bin Abd Malek dan Johare Harun yang berusia 58 tahun. Jelajah ini diiringi oleh pacuan empat roda yang dipandu oleh Saudara Akhyar.

Sumber :- http://www.haluan.org.my

Gambar :- Afif Facebook

Share on Facebook
Posted on February 14th 2011 in My Event, My Haluan, My Matri

Haluan Palestine : Fakta 2010 – 107 Rakyat Palestin Dibunuh, 154 Rumah Dirobohkan

No Comments »

Fakta 2010: 107 Rakyat Palestin Dibunuh, 154 Rumah Dirobohkan

Unit perhubungan antarabangsa di Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengeluarkan sebuah laporan minggu ini yang mendokumentasikan siri keganasan Israel sepanjang 2010.

Berdasarkan laporan tersebut, 107 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel pada tahun lepas manakala 145 buah rumah telah dirobohkan dan digantikan dengan 16,479 penempatan haram baru di Tebing Barat. Laporan itu turut menyatakan bahawa tentera Israel telah menahan 400 rakyat Palestin dalam pencerobohan mereka yang sememangnya mensasarkan komuniti rakyat Palestin.

Dibunuh oleh Israel

Antara 107 orang rakyat tidak berdosa yang dibunuh tentera Israel sepanjang 2010, laporan yang dikeluarkan oleh PLO menyatakan bahawa 10 daripadanya adalah kanak-kanak, 4 wanita, 2 tahanan politik di penjara Israel dan 9 rakyat Turki yang terbunuh semasa serangan Israel terhadap flotilla bantuan ke Gaza.

Aktiviti Penempatan Haram dan Rampasan Tanah

Sepanjang 2010, tentera Israel telah merampas 4,826 bahagian daripada tanah yang dimiliki rakyat Palestin di merata Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis.Laporan PLO turut menyebut sepanjang tahun 2010, 16,479 buah rumah telah diluluskan di penempatan haram di Tebing Barat. Pembinaan 13,000 buah daripadanya telah pun dimulakan.

Pemusnahan Kediaman

Kerajaan Israel telah memusnahkan 145 kediaman rakyat Palestin di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis. Sebagai tambahan, 190 kawasan ternakan binatang dan takungan air telah diranapkan.

PLO turut menambah bahawa kerajaan Israel telah mengeluarkan arahan untuk memusnahkan 1334 lagi kediaman rakyat Palestin di Tebing Barat dan Timur Baitulmaqdis.

Sumber :- http://haluanpalestin.haluan.org.my

Share on Facebook
Posted on February 9th 2011 in My Artikel, My Haluan, My Info

DANA PEMBANGUNAN SRIM

No Comments »

“DANA PEMBANGUNAN SRIM”

Anggaran Kos Pembinaan RM 2.2 juta. Kutipan / infaq telah berjaya dikumpul RM 500,000.00 (Sumbangan Ibubapa Pelajar, Orang Ramai, Kerajaan Negeri dan Sykt.Swasta)..Jazakallah….semuga Allah memberkati …dan peluang masih terbuka kepada sesiapa untuk berinfaq….. rebutlah peluang ini semasa hidup selagi wisel penamat belum ditiupkan kepada anda. jadikan ianya sebagai saham akhirat …Kerjasama Ibubapa pelajar (PIBG) dan orang ramai dipohon untuk membantu menjayakan projek ini. bantuan berupa buah fikiran, kepakaran, tenaga dan wang ringgit amat diperlukan dan sekurang-kurangnya dapat membantu menyebarkan blog ini untuk memperolehi sasaran RM2.2juta pada tahun 2011 demi keselesaan anak-anak pelajar dan guru SRIM.. InsyaAllah. Sumbangan boleh disalurkan atas nama ” DANA PEMBANGUNAN SRIM ” no.akaun BANK MUAMALAT: 09010001817713 . Maklumat lanjut sila hubungi Ketua sekretariat En.Ahmad Zaini bin Samsuddin (tel 019-4803708).

KERJA CERUCUK DITERUSKAN

Petang ini belum sampai ke rumah dari membawa keluarga bercuti di langkawi sya mendapat panggilan drp. pengurus projek sdr.Ashraf. Beliau mengatakan ada masalah kedudukan cerucuk yang ditanam. berderau darah bila dia menyebut perkara tersebut sebab perkara inilah yang amat tidak diingini berlaku oleh setiap jurukur. Setelah sampai di rumah saya terus membuka komputer untuk dibuat semakan. Alhamdulillah…memang tak salah kerana mengikut pelan yang diemailkan oleh Arkitek haluanReka. Lepastu segera berjumpa dengan Sdr.Ashraf di tapak..yang mana pelan ditangannya menyatakan jarak 36m manakala pelan yang diberi adalah 45m. Syukur kerja penanaman cerucuk pada garis 33m…dan kerja terpaksa dihentikan untuk dibawa perbincangan antara pihak Perunding Jurutera Bersatau dengan pihak Arkitek HaluanReka.


Inilah pelan jurutera yang dibekalkan kepada jurukur tanah Ukur Dimensi.(45M panjang 7.5m lebar)- klik untuk pembesaran image.

Mengikut keadaan ditapak kerja menanam cerucuk telah siap 30%~40%. Ada yang ditanam hanya sekitar 12ka tetapi ada juga cerucuk yang disambung 2x menjadikan kedalamanya sehingga hampir 30′ untuk mencapai tahap disebut “set”(tahap hentakan maksima kepada cerucuk). Keadaan batu keras di bawah tanah agak tidak sekata mungkin disebabkan lokasi di kawasan kaki bukit.

Sumber :- http://srimmatri.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on February 9th 2011 in My Artikel, My Haluan, My Info, My Matri

HALUAN Tour De Langkawi 2011

No Comments »

HALUAN Tour de Langkawi 5-6/2/2011

Share on Facebook
Posted on February 7th 2011 in My Event, My Haluan, My Matri

Program Usrah Minda Kreatif (PeMiKir)

No Comments »

Program Usrah Minda Kreatif (PeMiKir)

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakaatuuh

PROGRAM USRAH MINDA KREATIF (PeMiKir)

Tema: Rasulullah S.A.W Qudwah Hasanah ( Rasulullah S.A.W Contoh Yang Baik)

Tarikh: 15 Februari 2011 (Bersamaan dengan 12 Rabiulawal) (Maulidur Rasul)

Tempat: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh, Perlis.

Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang

Peserta: Remaja Darjah 6 hingga Tingkatan 5

Yuran: RM20.00 seorang

Hubungi:

Nailah: 0136021017

Nabil: 0134679907

Ustaz Ghazali: 0124262343

DAFTAR SEBELUM 10 FEBRUARI 2011

Anjuran: Kelab Remaja Haluan (KeARAH) Perlis.

SUmber :- Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on February 6th 2011 in My Haluan, My Info, My Malaysia, My Matri

Kursus Gambar Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2010/2011

No Comments »

Kursus Gambar Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2010/2011


Video Jati Diri Zon Utara 2010/2011

P/s :- Gambar anak saudara omaQ.. Atiqah dan Anak Kak Tam yang hadir semasa Jatidiri Berjalan @ ILIM Besut Terengganu

Sumber :- Facebook Mohd Nur Ikhwan

Share on Facebook
Posted on January 28th 2011 in My Haluan, My Info

JDK 2010 Mengorak Langkah

No Comments »

JDK 2010 Mengorak Langkah


Majlis Perasmian Kursus JDK Zon Timur yang dirasmikan oleh Yang Mulia Pegawai Daerah Besut

Oleh : BroHamzah

Salam penuh kemuliaan dan penghormatan Islam. Buat sahabat-sahabat pembaca yang budiman. Semoga kehidupan kalian, dilimpahi kurniaan hidayah-Nya dan dipayungi kasih sayang-Nya.

Pertamanya, saya memohon maaf kepada semua yang berkunjung ke pondok teduhan saya ini saban hari, tetapi tuan rumahnya “tiada” meninggalkan pesan. Afwan ya.

Saya kini berkampung selama 22 hari di Institut Latihan Islam Malaysia, Besut Terengganu kerana diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai kem komandan bagi Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2010/2011. Tempoh seminggu yang lepas adalah tempoh fasa pertama untuk saya membiasakan diri dengan suasana kursus. Tempoh untuk menyelami jiwa, perasaan dan rasa hati para peserta JDK 2010/2011. Alhamdulillah, tempoh itu sudah berlalu. Dan jika ditanyakan perasaan saya saat ini, saya sangat bahagia, tenang dan benar-benar selesa di sini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah SWT yang memberikan peluang, kesempatan, ruang dan keizinan kepada saya untuk berada di sini. Inilah pemilihan yang sangat berbekas dan mengesani hati saya.

Sekitar JDK 2010/2011

Coretan ringkas berkaitan JDK 2010/2011 di Zon Timur.

(1) Apa itu JDK ? Anda boleh layari laman ini http://jdk2010.haluan.org.my . Penerangan ringkas boleh dilihat pada brosur yang disediakan di sini.

(2) Gabungan Urusetia dan fasilitator sekitar Zon Timur telah melancarkan perjalanan kursus ini. Alhamdulillah, usahasama & komitmen itulah yang akan menjayakan kursus ini.

(3) Peserta seramai 79 orang dengan pecahan lelaki seramai 37 orang dan perempuan 39 orang. Saya memanggil mereka dengan panggilan khas! – Adik-adik Syabab dan Adik-adik Nisa’. Melihat wajah mereka, jiwa saya terus dan sentiasa bersemangat.

(4) Kemudahan di ILIM ini sangat membantu saya mengendalikan kursus JDK ini. Alhamdulillah, bilik kuliah yang selesa, penginapan yang baik, dewan makan yang bersih dan kawasan persekitaran yang kondusif.

(5) Kerjasama, sikap tolak ansur, sikap proaktif, prihatin, sentuhan kasih sayang, pengorbanan dan komitmen para urusetia dan fasilitator sangat menonjol sepanjang saya bersama-sama mereka. Alhamdulillah.


Adik-adik Syabab & Nisa’, bergerak proaktif merentas modul-modul JDK

Adik-adik Syabab dan Nisa’

Ada beberapa perkara yang menarik yang ingin saya kongsikan tentang mereka.

(1) Di dalam kursus ini ramai di kalangan adik-adik Syabab adalah mereka yang sangat mahir dalam ilmu Al-Quran. Bacaan mereka, masyaAllah sangat merdu. Yang lebih menyejukan hati adalah dikalangan mereka yang menghafal 30 juzuk, 20 juzuk dan beberapa juzuk daripada Al-Quran. Bersama mereka, jiwa dan hati saya tenang. Ruh Al-Quran mengalir dengan lembut dan tenang dalam kursus JDK 2010/2011. Ada yang datang dari Mahad Tahfiz Quran, Pulai Condong dan juga dari Sekolah Imtiaz, Dungun dan sekolah-sekolah yang lain.

(2) Di kalangan mereka juga kebanyakannya adalah kepimpinan pelajar semasa di sekolah menengah. Antaranya ialah Ketua Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaa Bukit Mentok, Kemaman. Ketua Umum, Sekolah Menengah Agama Kampung Laut( SMAKL), Ketua Pelajar Sekolah Menengah Ibnu Khaldun (SMIK) dan timbalan Ketua Pelajar Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah ( MATRI).

(3) Alhamdulillah, para peserta memberikan komitmen yang terbaik dari segala aspek. Setiap pagi kami berkumpul seawall 5.30 pagi di Dataran JDK untuk sesi Rolecall. Alhamdulillah, penghulu Muhammad Hazmin bin Zolkapli dan Penghuluwati Yumni Amirah Bt Ahmad Ghazali telah melakukan tugas dengan baik. Begitu juga dengan ketua-ketua kumpulan Syabab dan Nisaa’. Alhamdulillah – kita akan teruskan sehingga ke akhirnya.

(4) Di dalam Kursus ini para peserta diwajibkan menghafal Surah As-Sajdah dan 3 buah hadis pilihan. MasyaAllah, hampir kesemua sudah menghafalnya. Dan – jiwa mereka ini begitu mudah menghafal hadis yang diberikan walapun agak panjang. Saya yakin jiwa dan hati mereka begitu bersih.

Penutup Komentar seorang hamba

(1)- Memandang wajah-wajah adik Syabab dan Nisa’ memberikan ruh semangat yang berkobar-kobar bagi saya untuk memberikan yang terbaik dalam kursus JDK kali ini.

(2)- Ketika Dr Abdullah Sudin datang ke sini dalam siri lawatannya, beliau berpesan kepada saya, urusetia dan fasilitator : “ Berimanlah dengan Allah SWT, dan jangan beriman dengan perancangan dan usaha kita.” Tambahnya lagi : “ Banyakan doa dan mohon bantuan serta pertolongan daripada Allah SWT dalam setiap gerak kerja kita.” InsyaAllah.

(3)- Setiap hari, kami mulakan pagi kami dengan bangun Subuh awal sebelum subuh. Dihiasi dengan zolat tahajud dan kami sama-sama membaca Zikir Al-Mathurat yang diselang-selikan dengan Sughra dan Kubra. Alhamdulillah, inilah kekuatan kami menghadapi hari-hari mendatang di dalam kursus ini.

(4)- Ya Ilahi, Aku memohon kepada-Mu agar berikanlah kekuatan kepada kami untuk sentiasa mendahulu suruhan, perintah dan arahan-Mu dalam mengendalikan kursus ini. Tiada pengharapan kecuali kepada-Mu. Ya Allah, ampunilah segala kelalaian, kealpaan dan ketidakupayaan kami dalam mengikut neraca syara-Mu.

(5)- Dalam Kursus ini motto kami ialah : “Syara Di Depan, Allah is number One!.”

Sumber :- BroHamzah

Share on Facebook
Posted on January 4th 2011 in My Artikel, My Haluan, My Info

Jom Sambut Tahun Baru 2011 @ Masjid

No Comments »

Jom Sambut Tahun Baru 2011 @ Masjid

Share on Facebook
Posted on December 31st 2010 in My Event, My Haluan, My Info

Banjir Perlis 2010 : Laporan Misi Bantuan Banjir HALUAN Negeri Perlis

No Comments »

Laporan Misi Bantuan Banjir HALUAN Negeri Perlis

PERLIS, 8 November – HALUAN Malaysia menerusi Biro Kemanusiaan HALUAN telah memberikan khidmat misi bantuan banjir untuk mangsa-mangsa banjir di negeri Perlis bermula pada 1 November sehingga 8 November 2010. Hujan yang berterusan selama 2 hari telah menyebabkan kebanyakan kawasan ditenggelami air, bermula dengan kawasan Padang Besar sehinggalah meliputi hampir sebahagian besar kawasan di negeri Perlis.

Banjir juga telah menyebabkan bandar Arau dan Kangar lumpuh sepenuhnya, manakala pejabat-pejabat kerajaan, pihak swasta dan bank-bank telah ditutup memandangkan kedalaman air di kawasan tersebut mencecah hampir 1 meter dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat atau bot pihak keselamatan sahaja. Jaringan pengangkutan dan jalanraya telah terputus sepenuhnya di beberapa tempat akibat limpahan air banjir, menyebabkan kesukaran pengagihan bantuan. Keadaan diburukkan lagi oleh perlepasan air daripada Empangan Tasoh bagi mengelakkannya daripada pecah, sekaligus meningkatkan lagi paras air dan jumlah kawasan yang ditenggelami air.

HALUAN telah mengaktifkan Bilik Gerakan Negeri seawal hari pertama lagi, dimana tumpuan utama relawan pada fasa awal misi bantuan ini adalah untuk menyelamat dan mengangkat barang serta peralatan rumah dan premis perniagaan ke tempat yang lebih tinggi memandangkan paras air meningkat dengan pantas. Dua pasukan peninjau (Pasukan TindakBalas Kecemasan Relawan HALUAN) telah digerakkan mengikut kawasan bencana iaitu Arau dan Kangar. Semua maklumat mangsa dikumpulkan di Bilik Gerakan manakala penghuni kawasan yang diramal akan ditenggelami air telah diberikan amaran banjir, memandangkan terdapat kawasan yang tidak dapat dilalui oleh pasukan relawan HALUAN. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan situasi menjadi semakin sukar apabila 3 buah motosikal pasukan Tindak Balas Kecemasan Relawan HALUAN sendiri telah terkandas di 2 kawasan banjir disebabkan paras air yang meningkat dengan cepat, sekaligus menghalang bantuan dan maklumat disalurkan. Relawan HALUAN juga bertindak mengawal lalulintas dan membantu kenderaan yang terkandas di dalam banjir di beberapa kawasan berarus deras yang berisiko menghanyutkan kenderaan di Arau. Misi bantuan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Relawan HALUAN akhirnya ditumpukan di kawasan Kangar memandangkan Arau telah terputus hubungan dengan kawasan lain dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan para relawan lain.

Pada hari kedua, hujan telah berhenti, namun situasi semakin buruk apabila pintu air Empangan Tasoh dibuka, menyebabkan hampir sebahagian besar kawasan Kangar ditenggelami air. Peningkatan paras air yang berlaku dengan cepat di Kangar yang meliputi kawasan yang luas menyebabkan kesukaran untuk Pasukan Relawan HALUAN untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi menjalankan misi menyelamatkan barangan dan peralatan. Situasi yang semakin kritikal menjelang petang menyebabkan misi menyelamatkan barangan dan peralatan digantikan dengan misi memindahkan mangsa keluar dari rumah kediaman masing-masing. Paras air yang meningkat menyebabkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan sebuah lori relawan HALUAN terkandas di dalam banjir. Di beberapa tempat seperti Behor Pulai, misi pemindahan akhirnya berjaya dilakukan dengan bantuan traktor dan kenderaan berat seperti lori tanah, sebelum misi memindahkan mangsa banjir diambil alih oleh pasukan keselamatan. Mangsa-mangsa yang berjaya dipindahkan keluar ditempatkan di beberapa penempatan dan rumah ahli HALUAN yang tidak dinaiki air. Keadaan diburukkan lagi dengan ketiadaan bekalan elektrik dan air bersih. Menjelang malam sehingga awal pagi, Pasukan Tindak Balas Kecemasan Relawan HALUAN digerakkan dengan motosikal dan berjalan kaki meredah air banjir di dalam gelap separas paha ke rumah mangsa-mangsa banjir membawa bekalan lilin dan tong air bersih ke kediaman mangsa-mangsa banjir.

Keadaan jalan raya di Perlis yang dibina lebih tinggi dari paras tanah dan sawah menyebabkan paras banjir surut dengan agak perlahan pada hari ketiga dan keempat. Hampir sebahagian besar jalanraya Perlis tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan dan pacuan 4 roda, sekaligus menyukarkan pergerakan relawan HALUAN dan pengagihan bantuan. Bilangan ahli HALUAN yang melapor diri sebagai relawan misi banjir semakin meningkat, dimana hampir 1/3 daripada senarai relawan terdiri daripada mangsa banjir dimana kediaman mereka sendiri turut dinaik air. Aktiviti ziarah mangsa dan pemberian hamper barangan keperluan dilakukan ke rumah-rumah mangsa. Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa misi memindahkan mangsa-mangsa banjir keluar dari kediaman masing-masing menggunakan pacuan 4 roda ke tempat yang lebih selamat dan selesa.

Air mulai surut di Arau dan mulai cetek di beberapa tempat di Kangar pada hari kelima memudahkan bantuan relawan HALUAN digerakkan. Bilangan relawan HALUAN mula bertambah dengan bantuan daripada relawan Pulau Pinang, Selangor dan Pahang. Melalui maklumbalas daripada bilik gerakan bencana negeri Perlis, misi bantuan fasa akhir relawan HALUAN dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu aktiviti pembersihan, rawatan kesihatan di pusat pemindahan oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan perlaksanaan program dan aktiviti di pusat-pusat pemindahan banjir melalui usahasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelab Rakan Muda Pulau Pinang, Kelab Kaunselor Perlis dan Angkatan Belia Islam Malaysia. Bagi aktiviti pembersihan, kerja-kerja pembersihan dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan Kangar dan Arau. Dalam setiap kawasan, relawan HALUAN dipecahkan mengikut beberapa kumpulan, dimana setiap kumpulan bertanggungjawab untuk membersihkan setiap rumah-rumah mangsa yang telah disenaraikan. Keadaan rumah mangsa yang berlumpur, perabot yang berselerak dan dipenuhi sampah dan ranting kayu menyukarkan kerja-kerja pembersihan. Selain itu, relawan HALUAN juga bertanggungjawab untuk menangkap haiwan berbisa seperti ular yang masuk kedalam rumah mangsa-mangsa banjir. Antara kawasan awam yang menjadi tumpuan relawan HALUAN ialah untuk aktiviti pembersihan ialah masjid dan klinik.

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan klinik sementara di beberapa pusat pemindahan yang mempunyai bilangan penghuni melebihi 700 orang, iaitu pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ali dan Sekolah Kebangsaan Sena. Selain itu, rawatan kesihatan melalui klinik bergerak juga dilakukan daripada satu pusat pemindahan ke pusat pemindahan yang lain. Seramai 6 orang doktor dan seorang ahli farmasi daripada Kelab Kesihatan HALUAN telah terlibat dalam aktiviti rawatan kesihatan kali ini. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, relawan HALUAN dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program-program pengisian kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah tayangan multimedia, sukaneka, gotong royong dan ceramah motivasi dan kesedaran kepada semua lapisan mangsa penempatan banjir.

Air banjir akhirnya surut pada hari kelapan kecuali di beberapa tempat. Setelah menilai situasi semasa, misi bantuan banjir HALUAN Perlis ditamatkan pada petang 8 November 2010 memandang semakin banyak pusat pemindahan yang ditutup dan bagi memberi bantuan kepada misi bantuan banjir HALUAN Kedah. Misi bantuan banjir HALUAN Perlis melibatkan 54 orang relawan HALUAN daripada Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Sumber :- Haluan.org.my

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on November 12th 2010 in My Artikel, My Haluan, My Info, My Perlis