JDK 2010 Mengorak Langkah

No Comments »

JDK 2010 Mengorak Langkah


Majlis Perasmian Kursus JDK Zon Timur yang dirasmikan oleh Yang Mulia Pegawai Daerah Besut

Oleh : BroHamzah

Salam penuh kemuliaan dan penghormatan Islam. Buat sahabat-sahabat pembaca yang budiman. Semoga kehidupan kalian, dilimpahi kurniaan hidayah-Nya dan dipayungi kasih sayang-Nya.

Pertamanya, saya memohon maaf kepada semua yang berkunjung ke pondok teduhan saya ini saban hari, tetapi tuan rumahnya “tiada” meninggalkan pesan. Afwan ya.

Saya kini berkampung selama 22 hari di Institut Latihan Islam Malaysia, Besut Terengganu kerana diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai kem komandan bagi Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK) 2010/2011. Tempoh seminggu yang lepas adalah tempoh fasa pertama untuk saya membiasakan diri dengan suasana kursus. Tempoh untuk menyelami jiwa, perasaan dan rasa hati para peserta JDK 2010/2011. Alhamdulillah, tempoh itu sudah berlalu. Dan jika ditanyakan perasaan saya saat ini, saya sangat bahagia, tenang dan benar-benar selesa di sini.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah SWT yang memberikan peluang, kesempatan, ruang dan keizinan kepada saya untuk berada di sini. Inilah pemilihan yang sangat berbekas dan mengesani hati saya.

Sekitar JDK 2010/2011

Coretan ringkas berkaitan JDK 2010/2011 di Zon Timur.

(1) Apa itu JDK ? Anda boleh layari laman ini http://jdk2010.haluan.org.my . Penerangan ringkas boleh dilihat pada brosur yang disediakan di sini.

(2) Gabungan Urusetia dan fasilitator sekitar Zon Timur telah melancarkan perjalanan kursus ini. Alhamdulillah, usahasama & komitmen itulah yang akan menjayakan kursus ini.

(3) Peserta seramai 79 orang dengan pecahan lelaki seramai 37 orang dan perempuan 39 orang. Saya memanggil mereka dengan panggilan khas! – Adik-adik Syabab dan Adik-adik Nisa’. Melihat wajah mereka, jiwa saya terus dan sentiasa bersemangat.

(4) Kemudahan di ILIM ini sangat membantu saya mengendalikan kursus JDK ini. Alhamdulillah, bilik kuliah yang selesa, penginapan yang baik, dewan makan yang bersih dan kawasan persekitaran yang kondusif.

(5) Kerjasama, sikap tolak ansur, sikap proaktif, prihatin, sentuhan kasih sayang, pengorbanan dan komitmen para urusetia dan fasilitator sangat menonjol sepanjang saya bersama-sama mereka. Alhamdulillah.


Adik-adik Syabab & Nisa’, bergerak proaktif merentas modul-modul JDK

Adik-adik Syabab dan Nisa’

Ada beberapa perkara yang menarik yang ingin saya kongsikan tentang mereka.

(1) Di dalam kursus ini ramai di kalangan adik-adik Syabab adalah mereka yang sangat mahir dalam ilmu Al-Quran. Bacaan mereka, masyaAllah sangat merdu. Yang lebih menyejukan hati adalah dikalangan mereka yang menghafal 30 juzuk, 20 juzuk dan beberapa juzuk daripada Al-Quran. Bersama mereka, jiwa dan hati saya tenang. Ruh Al-Quran mengalir dengan lembut dan tenang dalam kursus JDK 2010/2011. Ada yang datang dari Mahad Tahfiz Quran, Pulai Condong dan juga dari Sekolah Imtiaz, Dungun dan sekolah-sekolah yang lain.

(2) Di kalangan mereka juga kebanyakannya adalah kepimpinan pelajar semasa di sekolah menengah. Antaranya ialah Ketua Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaa Bukit Mentok, Kemaman. Ketua Umum, Sekolah Menengah Agama Kampung Laut( SMAKL), Ketua Pelajar Sekolah Menengah Ibnu Khaldun (SMIK) dan timbalan Ketua Pelajar Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah ( MATRI).

(3) Alhamdulillah, para peserta memberikan komitmen yang terbaik dari segala aspek. Setiap pagi kami berkumpul seawall 5.30 pagi di Dataran JDK untuk sesi Rolecall. Alhamdulillah, penghulu Muhammad Hazmin bin Zolkapli dan Penghuluwati Yumni Amirah Bt Ahmad Ghazali telah melakukan tugas dengan baik. Begitu juga dengan ketua-ketua kumpulan Syabab dan Nisaa’. Alhamdulillah – kita akan teruskan sehingga ke akhirnya.

(4) Di dalam Kursus ini para peserta diwajibkan menghafal Surah As-Sajdah dan 3 buah hadis pilihan. MasyaAllah, hampir kesemua sudah menghafalnya. Dan – jiwa mereka ini begitu mudah menghafal hadis yang diberikan walapun agak panjang. Saya yakin jiwa dan hati mereka begitu bersih.

Penutup Komentar seorang hamba

(1)- Memandang wajah-wajah adik Syabab dan Nisa’ memberikan ruh semangat yang berkobar-kobar bagi saya untuk memberikan yang terbaik dalam kursus JDK kali ini.

(2)- Ketika Dr Abdullah Sudin datang ke sini dalam siri lawatannya, beliau berpesan kepada saya, urusetia dan fasilitator : “ Berimanlah dengan Allah SWT, dan jangan beriman dengan perancangan dan usaha kita.” Tambahnya lagi : “ Banyakan doa dan mohon bantuan serta pertolongan daripada Allah SWT dalam setiap gerak kerja kita.” InsyaAllah.

(3)- Setiap hari, kami mulakan pagi kami dengan bangun Subuh awal sebelum subuh. Dihiasi dengan zolat tahajud dan kami sama-sama membaca Zikir Al-Mathurat yang diselang-selikan dengan Sughra dan Kubra. Alhamdulillah, inilah kekuatan kami menghadapi hari-hari mendatang di dalam kursus ini.

(4)- Ya Ilahi, Aku memohon kepada-Mu agar berikanlah kekuatan kepada kami untuk sentiasa mendahulu suruhan, perintah dan arahan-Mu dalam mengendalikan kursus ini. Tiada pengharapan kecuali kepada-Mu. Ya Allah, ampunilah segala kelalaian, kealpaan dan ketidakupayaan kami dalam mengikut neraca syara-Mu.

(5)- Dalam Kursus ini motto kami ialah : “Syara Di Depan, Allah is number One!.”

Sumber :- BroHamzah

Share on Facebook
Posted on January 4th 2011 in My Artikel, My Haluan, My Info

Jom Sambut Tahun Baru 2011 @ Masjid

No Comments »

Jom Sambut Tahun Baru 2011 @ Masjid

Share on Facebook
Posted on December 31st 2010 in My Event, My Haluan, My Info

Banjir Perlis 2010 : Laporan Misi Bantuan Banjir HALUAN Negeri Perlis

No Comments »

Laporan Misi Bantuan Banjir HALUAN Negeri Perlis

PERLIS, 8 November – HALUAN Malaysia menerusi Biro Kemanusiaan HALUAN telah memberikan khidmat misi bantuan banjir untuk mangsa-mangsa banjir di negeri Perlis bermula pada 1 November sehingga 8 November 2010. Hujan yang berterusan selama 2 hari telah menyebabkan kebanyakan kawasan ditenggelami air, bermula dengan kawasan Padang Besar sehinggalah meliputi hampir sebahagian besar kawasan di negeri Perlis.

Banjir juga telah menyebabkan bandar Arau dan Kangar lumpuh sepenuhnya, manakala pejabat-pejabat kerajaan, pihak swasta dan bank-bank telah ditutup memandangkan kedalaman air di kawasan tersebut mencecah hampir 1 meter dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat atau bot pihak keselamatan sahaja. Jaringan pengangkutan dan jalanraya telah terputus sepenuhnya di beberapa tempat akibat limpahan air banjir, menyebabkan kesukaran pengagihan bantuan. Keadaan diburukkan lagi oleh perlepasan air daripada Empangan Tasoh bagi mengelakkannya daripada pecah, sekaligus meningkatkan lagi paras air dan jumlah kawasan yang ditenggelami air.

HALUAN telah mengaktifkan Bilik Gerakan Negeri seawal hari pertama lagi, dimana tumpuan utama relawan pada fasa awal misi bantuan ini adalah untuk menyelamat dan mengangkat barang serta peralatan rumah dan premis perniagaan ke tempat yang lebih tinggi memandangkan paras air meningkat dengan pantas. Dua pasukan peninjau (Pasukan TindakBalas Kecemasan Relawan HALUAN) telah digerakkan mengikut kawasan bencana iaitu Arau dan Kangar. Semua maklumat mangsa dikumpulkan di Bilik Gerakan manakala penghuni kawasan yang diramal akan ditenggelami air telah diberikan amaran banjir, memandangkan terdapat kawasan yang tidak dapat dilalui oleh pasukan relawan HALUAN. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan situasi menjadi semakin sukar apabila 3 buah motosikal pasukan Tindak Balas Kecemasan Relawan HALUAN sendiri telah terkandas di 2 kawasan banjir disebabkan paras air yang meningkat dengan cepat, sekaligus menghalang bantuan dan maklumat disalurkan. Relawan HALUAN juga bertindak mengawal lalulintas dan membantu kenderaan yang terkandas di dalam banjir di beberapa kawasan berarus deras yang berisiko menghanyutkan kenderaan di Arau. Misi bantuan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Relawan HALUAN akhirnya ditumpukan di kawasan Kangar memandangkan Arau telah terputus hubungan dengan kawasan lain dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan para relawan lain.

Pada hari kedua, hujan telah berhenti, namun situasi semakin buruk apabila pintu air Empangan Tasoh dibuka, menyebabkan hampir sebahagian besar kawasan Kangar ditenggelami air. Peningkatan paras air yang berlaku dengan cepat di Kangar yang meliputi kawasan yang luas menyebabkan kesukaran untuk Pasukan Relawan HALUAN untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi menjalankan misi menyelamatkan barangan dan peralatan. Situasi yang semakin kritikal menjelang petang menyebabkan misi menyelamatkan barangan dan peralatan digantikan dengan misi memindahkan mangsa keluar dari rumah kediaman masing-masing. Paras air yang meningkat menyebabkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan sebuah lori relawan HALUAN terkandas di dalam banjir. Di beberapa tempat seperti Behor Pulai, misi pemindahan akhirnya berjaya dilakukan dengan bantuan traktor dan kenderaan berat seperti lori tanah, sebelum misi memindahkan mangsa banjir diambil alih oleh pasukan keselamatan. Mangsa-mangsa yang berjaya dipindahkan keluar ditempatkan di beberapa penempatan dan rumah ahli HALUAN yang tidak dinaiki air. Keadaan diburukkan lagi dengan ketiadaan bekalan elektrik dan air bersih. Menjelang malam sehingga awal pagi, Pasukan Tindak Balas Kecemasan Relawan HALUAN digerakkan dengan motosikal dan berjalan kaki meredah air banjir di dalam gelap separas paha ke rumah mangsa-mangsa banjir membawa bekalan lilin dan tong air bersih ke kediaman mangsa-mangsa banjir.

Keadaan jalan raya di Perlis yang dibina lebih tinggi dari paras tanah dan sawah menyebabkan paras banjir surut dengan agak perlahan pada hari ketiga dan keempat. Hampir sebahagian besar jalanraya Perlis tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan dan pacuan 4 roda, sekaligus menyukarkan pergerakan relawan HALUAN dan pengagihan bantuan. Bilangan ahli HALUAN yang melapor diri sebagai relawan misi banjir semakin meningkat, dimana hampir 1/3 daripada senarai relawan terdiri daripada mangsa banjir dimana kediaman mereka sendiri turut dinaik air. Aktiviti ziarah mangsa dan pemberian hamper barangan keperluan dilakukan ke rumah-rumah mangsa. Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa misi memindahkan mangsa-mangsa banjir keluar dari kediaman masing-masing menggunakan pacuan 4 roda ke tempat yang lebih selamat dan selesa.

Air mulai surut di Arau dan mulai cetek di beberapa tempat di Kangar pada hari kelima memudahkan bantuan relawan HALUAN digerakkan. Bilangan relawan HALUAN mula bertambah dengan bantuan daripada relawan Pulau Pinang, Selangor dan Pahang. Melalui maklumbalas daripada bilik gerakan bencana negeri Perlis, misi bantuan fasa akhir relawan HALUAN dibahagi kepada 3 bahagian, iaitu aktiviti pembersihan, rawatan kesihatan di pusat pemindahan oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan perlaksanaan program dan aktiviti di pusat-pusat pemindahan banjir melalui usahasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelab Rakan Muda Pulau Pinang, Kelab Kaunselor Perlis dan Angkatan Belia Islam Malaysia. Bagi aktiviti pembersihan, kerja-kerja pembersihan dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan Kangar dan Arau. Dalam setiap kawasan, relawan HALUAN dipecahkan mengikut beberapa kumpulan, dimana setiap kumpulan bertanggungjawab untuk membersihkan setiap rumah-rumah mangsa yang telah disenaraikan. Keadaan rumah mangsa yang berlumpur, perabot yang berselerak dan dipenuhi sampah dan ranting kayu menyukarkan kerja-kerja pembersihan. Selain itu, relawan HALUAN juga bertanggungjawab untuk menangkap haiwan berbisa seperti ular yang masuk kedalam rumah mangsa-mangsa banjir. Antara kawasan awam yang menjadi tumpuan relawan HALUAN ialah untuk aktiviti pembersihan ialah masjid dan klinik.

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis telah mengadakan klinik sementara di beberapa pusat pemindahan yang mempunyai bilangan penghuni melebihi 700 orang, iaitu pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ali dan Sekolah Kebangsaan Sena. Selain itu, rawatan kesihatan melalui klinik bergerak juga dilakukan daripada satu pusat pemindahan ke pusat pemindahan yang lain. Seramai 6 orang doktor dan seorang ahli farmasi daripada Kelab Kesihatan HALUAN telah terlibat dalam aktiviti rawatan kesihatan kali ini. Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, relawan HALUAN dipertanggungjawabkan untuk mengadakan program-program pengisian kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah tayangan multimedia, sukaneka, gotong royong dan ceramah motivasi dan kesedaran kepada semua lapisan mangsa penempatan banjir.

Air banjir akhirnya surut pada hari kelapan kecuali di beberapa tempat. Setelah menilai situasi semasa, misi bantuan banjir HALUAN Perlis ditamatkan pada petang 8 November 2010 memandang semakin banyak pusat pemindahan yang ditutup dan bagi memberi bantuan kepada misi bantuan banjir HALUAN Kedah. Misi bantuan banjir HALUAN Perlis melibatkan 54 orang relawan HALUAN daripada Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Pahang.

Sumber :- Haluan.org.my

Share on Facebook
Posted on November 12th 2010 in My Artikel, My Haluan, My Info, My Perlis

Day 7 Banjir Perlis 2010 : Aktiviti Haluan @ Penempatan Banjir SMK Dato Ali Ahmad Perlis

No Comments »


Gambar ramai ramai bersama sama anak anak mangsa banjir @ Penempatan Banjir SMK Dato Ali 2010

Date : 7 November 2010
Time : All Day Long
Place : Penempatan Banjir SMK Dato Ali Ahmad Seriab Perlis
Info : Barisan Sukarelawan Haluan Malaysia yang dianggotai cawangan Perlis dan Pahang datang mengadakan aktiviti bagi mengisi mangsa banjir dengan pengisian yang bermanfaat… antaranya mengadakan aktiviti bersama anak anak banjir… tayangan video dan sebagainya… ini bertujuan bagi mengisi masa terluang masa masa banjir dengan aktiviti bermanfaat disampiang pengisian rohani dan aktiviti fizikal yang menyeronokkan…..Alhamdulilah.. omaQ dah rakan rakan NGo yang hadir.. dapat menjalankan aktiviti dengan jayanya …


Persiapan dari sahabat Pahang yang membawa peralatan untuk pembersihan


Aktiviti di sekolah Menengan Dato Ali Ahmad bermula.. oleh Akhi Bashir


Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan…


Antara acara dan aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan meniup belon..


1….2….Tiup…


LDK dalam kumpulan..


Aktiviti mewarna


Bekerjasama :)


Kanak Kanak keriangan :)


Pertandingan baling ROket Kertas :)


Game Lawan baling belon


Baling belon dengan jayanya


Dr Noram bersama sahabat Dr yang lain semasa lawatan misi banjir


Dr Noram bergerak ke penempatan yang baru plak


Senaraikan nama nama Allah… dok ingat nama Artis aja….


PErtandingan kutip Sampah terbanyak :)


Kumpulan yang berjaya :)


Ye ye.. lepas kutip sampah ada habuan hadiah!! yE YE…


Kamilah juara !!


Barisan AJK Penempatan banjir 2010 @ SMK Dato’ Ali

Share on Facebook
Posted on November 10th 2010 in My Haluan, My Info, My Malaysia

Day 6 Banjir Perlis 2010 : Program Kemanusiaan Haluan Malaysia

1 Comment »

Day 6 Banjir Perlis 2010 : Program Kemanusiaan Haluan Malaysia


Haluan Malaysia

Date : 6 November 2010
TIme : 9.00 a.m – 11.00 p.m
Time : Sekitar Kawasan Kangar Perlis
Info : omaQ dan Badan NGO Haluan Malaysia telah mengadakan aktiviti kebajikan iaitu membantu mangsa banjir di Perlis dengan memberi sumbangan tenaga dalam memberi motivasi trauma mangsa banjir.. memberi pengisian rohani.. aktiviti kepada kanak kanak mangsa banjir.. tayangan video…aktiviti membersih rumah .. masjid.. sekolah yang dilanda banjir dan sebagainya… kira pada hari ke 6 banjir tu.. omaQ ditugaskan untuk pergi kebeberapa sekolah dan penempatan mangsa banjir bagi menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh mereka….


Haluan Siswa


Bermula dengan Sekolah Menengah Abi… penempatan disitu sudah berkurangan.. banyak penghuninya yang dah pulang sbb air dah surut


Akhi Cikgu Hadi yang tgh berbincang dengan ahli Jawatan Kuasa Sek Men Keb Dato” Ali Ahmad


Mengisi Guest Book Lawatan


Para Penghuni Penempatan banjir di SMK Dato Ali Ahmad bergotong royong untuk memasak


Berbincang untuk program yang bakal dilakukan petang nanti untuk kanak kanak mangsa banjir yang terlibat


Jumpa Sheikh Azmi Abu Sukat… so tumpang masuk ke sek Panggau dengan 4x4nya


Akhi Hadi dan Cikgu Din Kaunselor SMK Dato Ali Ahmad


omaQ semasa tumpang pickup Sheikh Abu Sukat


Sek Keb Panggau Perlis


Meranduk Air Banjir ke Sek Keb Panggau Perlis


Kawasan Sek Panggau yang masih banjir


Program yang dilakukan oleh NGO ABIM Perlis


CIkgu Najib.. Naib President Kuanselor perlis (President ABIM Perlis).. dan Cikgu Hadi President Kaunselor Perlis… dan masing masing berada dalam NGo yang berkerja sama erat dalam program Banjir 2010


Bayi yang baru berumur 26 hari ketika banjir tersebut


Ibunya yang masih dalam pantang 26 hari..


Baby kembar banjir 2010


Tak silap omaQ.. baby ini baru berusia 3 bulan


omaQ dan Qayyim semasa ziarah block penempatan banjir di sk panggau


Sempat study walaupon berada dalam penempatan banjir.. SPM x lama dah :)


Jumpa dengan Dato’ Bahari … Pengerusi Bulan Sabit Malaysia Perlis… yang datang memberi bantuan…


4×4 bulan sabit merah yang turut serta


Semasa omaQ dan Qayyim meranduk air banjir di panggau


Surau Polis Seriab


Ada pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan Kangar


Bekalan ubat yang dibekalkan


Jabatan Kesihatan Padang Besar yangt turun memberi bantuan


Taman Seri Embun


Masih ada saki baki air dihadapan taman


Sempat bergambar


Tadika Embun Sejati


Singgah makan dulu.. lapaq.. @ Restoran Kina 2 Bohor Pulai


Ziarah Rumah Sahabat yang kena banjir @ Kangar


Program diadakan di SMK Dato” Ali Ahmad pada jam 5.00 petang


Dibahagikan dalam Kumpulan


Bergambar bersama fasi…


Anak anak kecil dibahagikan kepada beberapa kumpulan


Senyum…


Ceria…


Meriah :)


En Ayob.. bagi hadiah kepada para peserta..


Cikgu Ghazali pon hadir memberi hadiah kepada pemenang kumpulan


Aktiviti oleh En Ayob dan Cikgu Din


LDK dijalankan


Pelajar kusyuk nyanyikan nasyid


Semuanya riang ria :)


Program Malam diadakan di SMK Syed Alwi Kangar


Cikgu Azmi memberi pengisian kepada penempatan di SMK Syed Alwi Kangar


Cikgu Ghazali dan Ustaz hairey


Naim berbincang dengan Cikgu idris


Barisan Pemuda Haluan yang mantop !!


Cikgu Azmi mmg famous malam tu.. kanak kanak keramun sbb nak ambik belon hehe


omaQ bersama dengan CIkgu Azmi dan Akhi Bashir dari Haluan Pahang

Share on Facebook
Posted on November 8th 2010 in My Haluan, My Info, My Matri, My Perlis

Minum Air Dalam Jug @ Bertam Penang

No Comments »

Akram, Hery, Cikgu Razak dgn Naim singgah makan di medan selera Bertam sebelum keluar highway lepas mai mengunjung Mak Ustaz Mahadzir MATRI yang meninggal dunia tengahari kelmarin. 

Sumber : Email warga omaQ.org

Posted by Abu Fawwaz with WordPress for BlackBerry

Share on Facebook
Posted on August 5th 2010 in My Haluan, My Makan makan, My Matri

Jom ke Program HALUANSiswa-Perantau

No Comments »

Jom ke Program HALUANSiswa-Perantau

Bersempena dengan cuti semester sebahagian Institusi Pengajian Tinggi di luar Negara yang kini sedang berlangsung, HALUANSiswa Nasional menganjurkan satu program khusus buat ahli HALUANSiswa di luar Negara yang pulang bercuti di Malaysia dan ahli HALUANSiswa yang akan menyambung pengajian ke luar Negara .

Program ini dinamakan HALUANSiswa Nasional- Perantau yang akan diadakan pada 7-8 OGOS 2010 yang bertempat di Ma`had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah ( MATRI ), Tunjong, Beseri,Perlis. Yuran yang dikenakan hanya RM20 sahaja.

Program ini merupakan program tahunan HALUANSiswa di peringkat kebangsaan. Antara objektif yang ingin dicapai, antara ialah·

- Membentuk dan mengukuhkan lagi ukhuwah islamiyah di kalangan mahasiswa muslim.
- Perkongsian pengalaman dan saranan antara mahasiswa-mahasiswa senior dan junior di luar Negara.
- Menyuntik kesedaran mahasiswa akan peranan dan tanggungjawab sebagai pelajar muslim.
- Memantapkan lagi jati diri mahasiswa supaya lebih berdikari dan berdisiplin.

Ahli – ahli HALUANSiswa di luar Negara yang pulang bercuti di Malaysia dan ahli HALUANSiswa yang akan menyambung pengajian ke luar Negara yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah mendaftarkan diri sebelum 2 Ogos 2010 pada :

Penyertaan dan maklumat lanjut boleh hubungi :

- Ust Wan Nahar (0192403227), nhrjordan@yahoo.com
- Muhammad Sahel Bin Nordin (0194725861) Rijalraqaiz_89@yahoo.com,
- Sh.Nurul Hidayah Binti Syed Murzaki (0133575234) shanuh_prof51@yahoo.com

Share on Facebook
Posted on July 30th 2010 in My Event, My Haluan, My Matri

My Gaza : “Misi Menerobos Tembok Kematian Akan Diteruskan Lagi”

No Comments »

“Misi Menerobos Tembok Kematian Akan Diteruskan Lagi”

Kota Bharu, 15 Jun – HALUAN Kelantan mengaktifkan skuad roadshow Palestin bersama aktivis HALUANPalestin Hj Noorazman Shamsudin. Beliau yang merupakan ketua misi LL4G Malaysia telah menyertai konvoi bantuan kemanusiaan bersama 11 lagi wakil Malaysia menaiki kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza bersama lebih 700 orang relawan antarabangsa. Walaubagaimanapun kapal tersebut telah diserang oleh komando Israel di perairan antarabangsa pada 31 Mei yang lalu. Sejumlah 9 orang warga Turki telah terkorban dan puluhan cedera akibat serangan kejam Israel terhadap konvoi bantuan tersebut. Seluruh dunia termasuk PBB, Kesatuan Eropah dan Liga Arab mengutuk dengan sekerasnya tindakan Israel tersebut.

Roadshow pertama telah diadakan pada 11 Jun 2010, antara lokasi yang menjadi medan perkongsian Hj Noorazman bertemu masyarakat Kelantan ialah di:

1. Masjid Pintu Geng, Kota Bharu, selepas solat Jumaat.
2. Masjid Langgar Kota Bharu, selepas solat Maghrib
3. Masjid Pendek, Kota Bharu, selepas solat Subuh.

Hj Noorazman sekali lagi turun ke Kelantan bagi menjayakan roadshow kedua HALUAN Kelantan pada 13 Jun 2010, kali ini beliau telah berada di lokasi:

1. Dewan PKINK pada jam 9.00pagi
2. Surau Hospital Raja Perempuan Zainab II pada jam 12.30tgh
3. Dewan Kuliah 8, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian jam 2.30ptg anjuran Pusat Islam HUSM.
4. Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, selepas Maghrib
5. Dewan Besar UM Nilam Puri, selepas solat Isyak.
6. Masjid Kadok, selepas solat Subuh

Alhamdulillah di sepanjang program, masyarakat yang hadir dapat mendengar sendiri pengalaman Hj Norazman saat beliau dan aktivis lain dari Malaysia mempersiapkan diri menyertai misi Life Line For Gaza (LL4G) sehinggalah kapal bantuan yang mereka naiki di serang oleh lanun Israel. Hj Noorazman turut berkongsi pengalaman bertempur dengan komando tentera laut Israel menggunakan air pili bomba kapal bagi mengusir komando laut Israel menghampiri kapal mereka. Namun akhirnya seperti yang kita ketahui Israel telah berjaya merampas kapal kemanusiaan tersebut dan menangkap semua aktivis.

Hj Noorazman juga turut mengajak masyarakat yang hadir agar bersama menggiatkan usaha menyedarkan masyarakat akan peri pentingnya permasalahan Palestin difahami dan dihayati dan memainkan peranan masing-masing untuk membantu Palestin dan menzahirkan sikap cemuhan kita ke atas Israel seperti memboikot produk Israel dan sekutunya, menyampaikan infak dan sumbangan wang ringgit untuk tabung Palestin dan sentiasa berdoa tanpa henti kepada Allah swt. agar Palestin dibebaskan cari cengkaman Yahudi Israel.

Menurut Hj Noorazman lagi, peristiwa 31 Mei lalu telah membuka mata masyarakat dan pemimoin seluruh dunia mengenali siapa Israel sebenarnya. Israel kini bukan sekadar bertempur dengan pejuang pembebasan Palestin, sebaliknya mereka juga akan berhadapan dengan seluruh aktivis kemasyarakatan dari seluruh dunia yang menolak sikap agresif Israel. InsyaAllah misi seterusnya konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza akan menyusul dan kali ini akan lebih besar dari sebelumnya.

InsyaAllah, HALUAN Kelantan akan berusaha menyusun jadual yang seterusnya, bergantung kepada kelapangan masa yang ada pada aktivis HALUANPalestin. Orang ramai yang berhasrat untuk menjemput aktivis HALUANPalestin untuk menyampaikan ceramah perkongsian pengalaman mereka di masjid, surau, sekolah, universiti atau di mana sahaja, boleh menghubungi YDP HALUAN Kelantan, Hj Mohd Nasir Saat – 0129001009.

Sumber :- Haluan.com.my

Share on Facebook
Posted on June 22nd 2010 in My Artikel, My Haluan

My Gaza : Konvoi Lautan Ke Gaza Seterusnya Pada Bulan Julai-IHH

No Comments »

Konvoi Lautan Ke Gaza Seterusnya Pada Bulan Julai – IHH

17 Jun – Kumpulan bantuan kemanusiaan Turki mengatakan pada hari Rabu (16/6) kelmarin bahawa mereka akan menghantar satu lagi armada bantuan ke Gaza pada bulan hadapan, sekali lagi konvoi ini berusaha untuk memecahkan kepungan Israel selepas konvoi mereka yang lalu menjadi sasaran serangan berdarah Israel pada 31 Mei lepas.
Yayasan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) berkata kepada ahli Parlimen Eropah mereka akan menghimpunkan enam buah kapal untuk konvoi armada seterusnya dan mempelawa pihak lain untuk menyertai.

Serangan Israel pada 31 Mei menyerang sebuah konvoi enam kapal kemanusiaan di perairan antarabangsa yang membawa barang-barang kemanusiaan dan aktivis yang menuju ke Gaza mengorbankan sembilan warga awam Turki dan puluhan lagi tercedera.

Konvoi armada yang seterusnya akan belayar pada pertengahan bulan Julai, kata wakil IHH. Pada kali ini sekretariat konvoi akan mengundang media antarabangsa untuk menyemak semua barang di atas kapal sebelum belayar bagi menunjukkan komitmen mereka adalah telus dan transperensi”.

Richard Howitt, ahli Parlimen Eropah dari Britain telah membantu mengadakan sidang akhbar tersebut untuk pertubuhan IHH membuat kenyataan di parlimen Strasbourg. Beliau berkata Kesatuan Eropah punya kewajipan untuk menjamin penghormatan terhadap undang-undang kemanusiaan dan perjalanan konvoi seterusnya.

Israel mengatakan sedang mempertimbangkan untuk bersikap lunak terhadap sekatan yang mereka kenakan pada Gaza selepas menerima kutukan antarabangsa atas serangan tentera mereka pada konvoi lautan bantuan kemanusiaan. Kesatuan Eropah berkata pada hari Isnin lalu agar sikap lunak Israel diharapkan akan bermula “pada hari-hari berikutnya”.

Tetapi, Israel menolak cadangan siasatan antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat ke atas serangan berdarah itu dan mengumumkan penubuhan suruhajaya siasatan mereka sendiri ke atas serangan yang mereka sendiri lakukan. (wbn)

Sumber :- Haluanpalestin.haluan.org.my

Share on Facebook
Posted on June 20th 2010 in My Artikel, My Haluan

Mesyuarat Pemuda Haluan @ Alor Setar Kedah

No Comments »

Date : 17 Jun 2010
Time : 9.00 p.m
Place : Alor Setar Kedah
Info : Pagi nie omaQ ada meeting pemuda haluan @ Alor Setar Kedah.. perkara akan dibincangkan ialah pengubalan dasar Pemuda Haluan Malaysia.. so omaQ wakil ketua Setiausaha Pemuda Haluan perlis akan pergi bersama dengan Ketua Pemuda Perlis iaitu Munaim di mesyuarat tersebut.. mudahan Allah permudahkan urusan kami kesana hendaknya amin !!

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on June 17th 2010 in My Haluan