PERLIS SAVE GAZA

No Comments »

PERLIS SAVE GAZA, projek gabungan NGO Perlis untuk mengumpul derma kpd Palestin telah memutuskan untuk mengadakan rapat umum “Perlis Save Gaza” di Dataran Sheikh Ahmad Kangar pd 17 April ini, antara pemidato jemputan wakil Palestin, MB Perlis dan MB Kedah. Semua dijemput hadir dan war-warkan kepada kwn2. *Tertakluk kepada sebarang perubahan.

* Projek ini mensasarkan untuk mengumpulkan derma dari rakyat Perlis sebanyak RM100,000. Konvoi Viva Palestin pada 23 April ke Shah Alam bagi menunjukkan solidariti rakyat Perlis dan Malaysia kepada rakyat Palestin yang tertindas; Derma dari seluruh negara akan dikumpulkan di Shah Alam. Sasaran kutipan RM10 juta dari seluruh negara adalah untuk tujuan barangan keperluan ke GAZA:

1. barangan pembinaan hospital dan kemudahan asas yang berkaitan
2. barangan keperluan perubatan dan ubatan
3. barangan keperluan asas seperti makanan
4. barangan keperluan asas kehidupan yang lain seperti generator dan lain-lain.

Sesiapa yang ingin menderma atau membantu mencari derma atau ingin menyertai konvoi Viva Palestin ke Shah Alam, boleh menghubungi saya di 0124187630 atau Ustaz Zolkarnain Abidin di 0194543002 (Timbalan Pengerusi Projek Perlis Save Gaza)

NGO-NGO Perlis yang terlibat dalam projek ini adalah seperti berikut:
1. Haluan
2. Yayasan Amal Malaysia
3. Gabungan Ilmuan Prihatin
4. Ko-Rahmah
5. Yayasan Matri
6. Majlis Guru Kaunseling Perlis
7. Ko-Al Furqan
8. Jemaah Islah Malaysia cawangan Perlis
9. Institut Ibnu Kathir
10. Seeking Truth Society
11. Hizbur Tahrir Malaysia cawangan Perlis
12. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Perlis
13. Pentas Ilmuan Muda Malaysia cawangan Perlis

Sumber :- Facebook sahabat omaQ.org

P/s :- omaQ pon join dalam gerakan mengumpul dana RM 100 000 untuk selamatkan GAZA !!

Share on Facebook
Posted on April 3rd 2010 in My Event, My IIK

Life Line For Gaza

No Comments »


Pembentangan tentang Projek Kumpul 12 Juta untuk dana Gaza

Date : 26 Mac 2010
Time : 9.30 p.m
Place : Pejabat HPA Jejawi Perlis
Info : Malam ari tu.. omaQ dijemput mewakili NGO IIK untuk ke mesyuarat and taklimat Life Line For Gaza 2010…. so omaQ wakil IIK… Institut Ibnu Katsir untuk ke mesyuarat tu.. sbb omaQ Setiausaha IIK…. Alhamdulilah.. masa omaQ pi tu banyak input yang omaQ dapat … tentang projek yang bakal dilaksanakan nanti…Semua NGO satu Perlis bergabung.. tak kira parti ker.. persatuan ker.. semua gathering together…. buang bendera kepartian.. semua berkump untuk mengutip dana untuk sahabat kita se Islam di GAza yang memerlukan bantuan..


Ustaz Khairul tgh bz set up power point


Sign up


Kusyuk nampak :)


Under one roof !!

Share on Facebook
Posted on March 29th 2010 in My Event, My IIK, My Life

Malaysiakini Serkap Jarang tentang WAHABI !!!

2 Comments »

Aku amat-amat jarang baca Malaysiakini…

Pagi tadi staff aku sms, “Institut Sunnah masuk Malaysiakini”…

Aku yakin bukan sesuatu yang bagus, sebab tak pernah aku buat apa-apa program aku jemput Malaysiakini…aku lebih suka Sinar Harian dan mainstream medias yang lain…

Then aku pun buka la laman web Malaysiakini…

Jumpa la berita ini dan ini…

Berita mengenai pertukaran Imam Masjid Al-A’la Behor Temak, Kangar…dikatakan imam tersebut tak mahu mengikuti ajaran Wahabi maka dia ditukarkan…

Yang menariknya, dalam muka yang sama, penjelasan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, Abdul Malik Hussin dan disiarkan…tu yang aku heran Malaysiakini nih…

Aku tak mau panjangkan cerita tentang Wahabi, Sunnah Perlis atau Salafi kat sini…

Yang aku nak marah ialah pasal ni…

Pertama : Institut As-Sunnah Negeri Perlis bukanlah NGO (Badan Bukan Kerajaan)…Institut As-Sunnah Negeri Perlis ialah unit di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, gaji aku sebagai Pengarah dibayar oleh SUK Perlis, gaji staf aku juga dibayar oleh SUK Perlis…jadi Malaysiakini telah menampakkan kedangkalan diorang kat situ…

Kedua : Institut As-Sunnah Negeri Perlis dikaitkan dengan pengembangan Wahabi di Perlis??? Ko tahu tak apa yang ko tulis ni wahai Jimadie Shah Othman?? Apa yang ko tahu tentang bidang tugas Institut As-Sunnah Negeri Perlis?
Kalau ko nak tahu, kami berperanan menganjurkan program-program keagamaan dan ilmiah di negeri Perlis…dan kami so far bekerjasama dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain…Jabatan Pelajaran, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis, Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Perlis…dan banyak lagi…yang aku sebut tu adalah yang kerap…

Dan selain itu, kami juga berperanan sebagai Institut Integriti Negeri Perlis, di mana kami selalu bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia untuk sebarang program diorang di Perlis…

So tang mana yang kata kami mengembangkan Wahabi?

Aku bukan jenis puak-puak yang akan saman berjuta-juta…(kalau saman best jugak, kot2 aku boleh jadi kaya kan..haha)…tapi aku akan terpaksa mengeluarkan satu kenyataan media kepada mainstream medias hari ni untuk meng-clear-kan nama Institut As-Sunnah Negeri Perlis…kalau tak maka imej aku sebagai Pengarah kat situ akan terjejas…

Lain kali buat kerja wartawan tu biar betul-betul..jangan main quote sumber kosong macam tu saja…aku ni duduk tercongok kat sini ada, kenapa ko tak tanya…damn…dah jadi sibuk aku hari ni..apa nak dikata…

Sumber :- http://azharshafie.blogspot.com/

Share on Facebook
Posted on October 3rd 2009 in My IIK, My Sunnah

Jamuan Perpisahan Dr Juanda Mufti Perlis @ Kola Perlis

No Comments »


~ Liza MAt Ikan Bakaq Kola ~

Date : 29 September 2009
Time : 8.45 p.m
Place : Restoren Liza & Mat Ikan Bakar Kola
Info : Petang tu.. Pengerusi IIK.. CIkgu Sadik sms omaQ.. suh omaQ pi tempah makan ikan bakar @ Kuala Perlis untuk majlis perpisahan Dr Juanda Mufti Perlis yang bakal berangkat ke UK 2-3 hari lagi.. dia kesana sbb ada jemputan kerajaan British.. offer dia untuk buat kajian or something cam tu la.. so kami warga IIK ( Institut Ibnu Katsir) adakan majlis makan untuk meraikan beliau ke UK…. lebih kurang 10 bulan beliau akan kesana… mudahan pemergiaan beliau kesana akan membawa rahmat besar dalam mencari ilmu dan menambah pengetahuannya dan dapat dikongsi bersama-sama selepas beliau pulang nanti… ilal Liqa Dr Juanda….


~ Depan entrance masuk Liza & Mat Ikan Bakar Kola ~


~ Dr Juanda bersama sahabat IIK~


~ Mulakan dengan bismilah ~


~ Dr Juanda Mufti Perlis tengah merasa buah chempedak Mat Libya minal Kanjar ~


~ 3 Stoges yang mengkedarah buah chempedak ~


~ Makan banglong makan…~


~ Lapaq aih..~


~ Kak mila and family ~


~ Sheikh Besar Al Tantawi ~


~ Akhi Kizan tak leh pi dah.. makan banyak sangat nasi + ikan bakaq.. terus kene panggilan ENO ~

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on September 30th 2009 in My IIK, My Sunnah