Probiotik

No Comments »

Probiotik

Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem gastrousus anda:

* Ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria
* Terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat
* Bakteria baik ialah penghuni normal di dalam usus dan tidak membawa mudarat kepada badan. Ia membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih berkesan ke dalam tubuh
* Baktenia baik membantu menghalang atau mengawal pembiakan bakteria jahat yang tidak diingini atau patogen yang turut hidup di sana. Disebabkan wujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut kita, maka kita mestilah memastikan keseimbangan populasi mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dan keadaan yang boleh mengganggu populasi bakteria baik ini iaitu penuaan, stres, pengambilan antibiotik, pil pencegah kehamilan, gaya hidup yang tidak sihat dan diet tidak seimbang.

Gangguan keseimbangan di dalam sistem gastrousus boleh menggalakkan pembiakan bakteria jahat dan meningkatkan risiko penyakit keradangan, penyakit berjangkit dan bermacam penyakit lain lagi.

Apakah yang terjadi apabila keseimbangan mikroflora usus terganggu?
Gejala yang perlu diperhatikan ialah kembung perut, senak perut, sakit perut, cirit-birit dan sembelit. Hilang selera makan, jangkitan dan alahan kulit juga menjadi petanda masalah keseimbangan mikroflora usus.

Kajian menunjukkan bahawa probiotik memberikan perlindungan terhadap penyakit gastro-usus seperti sindrom usus terganggu, penyakit Crohn, ulser kolitis, dan alahan makanan.

Kebaikan probiotik untuk kesihatan yang terbukti secara klinikal:

* Meringankan serta mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa (susu)
Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh kita. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus rnengurangkan gejala alahan ini.

* Meningkatkan penghadaman
Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.

* Meningkatkan penyerapan mineral
Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.

* Menghasilkan vitamin
Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.

* Melegakan gejala cirit-birit
Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

* Menguatkan sistem ketahanan badan
Sistem gastrousus ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang baktenia dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat.
Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari baktena jahat) juga telah dibuktikan.
Probiotik juga didapati meniberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.

* Hidup sihat dengan vitamin dan mineral
Vitamin ialah faktor bersama bagi mekanisme enzim dan hormon, mempengaruhi perkernbangan dan fungsi organ yang berlainan, menjadikannya faktor pelindung penting bagi sel.
Mineral ialah komponen struktur bagi makro-molekul (tulang hormon) dan merupakan sebahagian daripada cecair tubuh. Ia juga adalah sebahagian daripada enzim dan tindak balas berenzim, iaitu sebagai penghubung serta membantu memindahkan dan membebaskan oksigen (seperti unsur besi dalam eritrosit dan sel otot).

P/s :- Alhamdulilah… sejak fawwaz rajin makan probiotik nie.. antibody dia pon banyak sihat berbanding dulu.. :)

Sumber :- http://e-kesihatan.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on January 13th 2012 in My Artikel, My Info

Kemalangan : Perodua MyVi Terbang Superman :)

No Comments »

KOTA BHARU – Siapa saja yang melalui Jalan Long Yunus di sini pasti terfikir bagaimana sebuah kereta jenis
berada dalam keadaan yang elok (seolah-olah diletak) di atas sebuah van.

Bagaimanapun tidak siapa yang tahu bagaimana saat cemas yang dialami jurujual berumur 30-an itu apabila kereta yang dipandunya itu secara tiba-tiba pancit dan melayang ke udara ‘sebelum’ tersangkut di atas bumbung van.
Pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk ke tempat kira-kira pukul 7.50 pagi ini.

Menurut saksi kejadian, kereta itu hilang kawalan apabila tayar kiri di bahagian depan kereta itu tiba-tiba sahaja pancit dan ketika berusaha menghentikannya dia melanggar longgokan batu dan pasir sebelum terbang tinggi. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Rempuhan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu mangsa melompat dan berada di atas van berkenaan. “Mangsa dibantu orang ramai untuk turun ke bawah,” katanya.

Sumber :- http://www.facebook.com

Share on Facebook
Posted on January 12th 2012 in My Accident, My Info, My Malaysia

Info : Fakta KHINZIR yang patut kita tahu

No Comments »

Info : Fakta KHINZIR yang patut kita tahu

Istilah babi yg perlu anda tahu….

Pork: Istlah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi

Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg

Hog: Istlah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg

Porcine: Istlah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

Boar: Babi liar

Sow: Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan

Lard: Lemak babi yang biasanya digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun

Bacon: Istilah yang digunakan untuk daging babi salai, atau daging babi yang diperap dengan garam. Istilah bacon juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi

Ham: Daging paha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan.

P/s :- Mudahan selepas ini kalau terjumpa perkataan itu dimana mana.. ia berkaitan dengan Khinzir …

Share on Facebook
Posted on January 12th 2012 in My Artikel, My Info

Macam – Macam : Pak Arab jual anak menerusi Facebook

No Comments »

Pak Arab jual anak menerusi Facebook

RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.

Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.

Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.

Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.

Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.

Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.

Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.

Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.

Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.

Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi. – AN

Sumber :- http://www.hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on January 11th 2012 in My Artikel, My Info

Korban Pelita : Cucu 5 Tahun Dimamah Api

No Comments »

Jeritan cucu dimamah api

BELURAN: Seorang datuk hanya mampu mendengar jeritan cucunya bergelut dengan maut sebelum kanak-kanak itu rentung di dalam biliknya selepas rumah mereka di Kampung Kuala Sapi, di sini, terbakar pada jam 8.30 malam kelmarin.

Selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba dan penyelamat, Antang Angkut, 68, tidak mampu menahan sebak dan air matanya bercucuran sebaik melihat jasad cucunya, Eveyuna Elze John, 5, dalam keadaan tidak sempurna.

Menurut Antang, ketika kejadian, dia dan ibu bapa serta dua adik Eveyuna menikmati makan malam, manakala kanak-kanak itu tidur di dalam bilik.

“Tiba-tiba saya terdengar letupan dari dalam bilik Eveyuna. Apabila saya pergi ke bilik untuk mengetahui apa berlaku, saya terkejut melihat api sudah marak.

“Saya cuba masuk ke dalam bilik, tapi gagal. Saya beberapa kali memanggil Eveyuna, namun tiada sahutan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Share on Facebook
Posted on January 11th 2012 in My Artikel, My Info, My Malaysia

Info : Bayaran gaji Januari berdasarkan SSM ( SKIM SBPA ditangguhkan ke 31 Januari 2012)

No Comments »

Info : Bayaran gaji Januari berdasarkan SSM ( SKIM SBPA ditangguhkan ke 31 Januari 2012)

KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.
“Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. – BERNAMA

Sumber :- Bharian.com.my

Share on Facebook
Posted on January 10th 2012 in My Artikel, My Info

Info : Ayah Juble X SMKAA SPM 99 Meninggal Dunia

No Comments »


Jubli berbaju putih semasa hadir Reunion Batch SPM99 @ KFC kangar 4-5 tahun yang lepas

Date : 9 Januari 2012
Time : Evening
Place : Hospital Kangar
Info : Lewat Maghrib sat sat.. omaQ terima call dari sahabat omaQ Kayon yang bagitau.. ayah kepada sahabat kami iaitu Ayah Jubli telah kembali kerahmatul pada petang tadi di hospital Besar Kangar.. punca kematian tak dapat dikenal pasti.. omaQ sms Jubli malam sat sat.. di bagi tau yang ayahnya akan disemadikan sebelum jam 11 pagi esok di kg Ujung Bukit Bintong Kangar Perlis .. kalau sapa yang nak pi ziarah.. lorong umahnya.. ikut tepi ( Sekolah Kebangsaan Padang Kota) Kangar Perlis.. insyaAllah.. esok kalau tak ada apa apa.. omaQ akan ziarah.. mudahan rohnya ditempatkan bersama sama orang yang beriman hendaknya amin..

Share on Facebook
Posted on January 10th 2012 in My Friends, My Info, My Smkaa

Facebook : Laman sosial jerat murtad

No Comments »

Facebook : Laman sosial jerat murtad

SEREMBAN: Kes murtad turut dikesan berlaku melalui hubungan cinta di laman sosial yang dianggap sebagai trend terbaru menjerat umat Islam, terutama wanita muda.

Mendedahkan perkara itu, Setiausaha Agung Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Aminudin Yahaya berkata, perkara itu dikesan melalui pengakuan mangsa rata-ratanya golongan wanita berusia lingkungan 20-an.

“Ia dikatakan bermula melalui sesi perkenalan di laman sosial berkenaan sebelum ada antara mereka jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk murtad dengan memeluk Kristian.

“Namun, melalui bantuan dan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, mereka berjaya dipulihkan kembali kepada ajaran Islam,” katanya pada sidang media selepas program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Tertutup Paroi, di sini, semalam.

Kira-kira 3,500 orang menghadiri program bermula jam 9 pagi itu bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam negara ini daripada terjerumus dengan usaha pihak tertentu supaya murtad.

Perhimpunan kali ketiga itu menampilkan penceramah antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Murtadza Ahmad; Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Pengerusi Bersama Himpun, Azmi Abdul Hamid.

Program lebih tiga jam itu disertai dengan alunan zikir munajat dan persembahan nasyid, dan disusuli deklarasi Himpun serta laungan takbir sebanyak tiga kali oleh hadirin.

Menurut Aminudin, pemerhatian pihaknya mendapati kebanyakan kes murtad dilaporkan berlaku berpunca akibat dibelenggu kemiskinan dan keretakan keluarga, termasuk ‘saudara baru’ memeluk semula agama asal.

Justeru, pihaknya akan terus memperhebatkan program Himpun yang merangkumi langkah pencegahan, antaranya melalui penganjuran kuliah dan advokasi.

Kata Aminudin, perhimpunan Himpun keempat dijangka berlangsung di Pulau Pinang pada 28 Januari ini.

Hasan berkata, beberapa pemimpin Kristian mendakwa beliau sengaja membangkit isu murtad tanpa mengemukakan bukti dan ada kepentingan lain.

“Bagi tujuan pembuktian, saya mencadangkan satu pertemuan secara tertutup diadakan di antara pemimpin Kristian dan Islam,” katanya.

Sumber :- http://www.hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on January 8th 2012 in My Artikel, My Info, My Malaysia

Bilik RM 15 Sejam : Inspirasi hotel bajet Jepun @ Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS)

No Comments »

Bilik RM 15 Sejam : Inspirasi hotel bajet Jepun @ Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS)

KUALA LUMPUR: Pernahkah anda terfikir untuk menginap di tempat yang tidak menyediakan kemudahan bilik air? Mungkin konsep hotel atau motel jenis ini begitu asing bagi kita.

Namun, itulah kemudahan baru yang disediakan di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini khusus untuk orang ramai tidur atau merehatkan tubuh buat seketika sebelum menaiki bas bagi perjalanan jauh.

Motel bajet yang ringkas itu disediakan oleh Southest Poineer Rest & Go (SPRG) dengan menyediakan 13 bilik dan beroperasi di dalam bangunan kompleks TBS-BTS yang serba canggih itu.

Pengurusnya, Noorizan Abd Shukor berkata, idea menyediakan motel itu diinspirasikan daripada hotel bajet yang mudah dan ringkas di luar negara.

“Seperti Jepun, permintaan terhadap percutian ringkas yang menjimatkan semakin menjadi pilihan sehingga membawa kepada kewujudan hotel bajet.

“Malah, di negara kita juga, hotel bajet berkembang begitu pantas dengan perkhidmatan hampir sama dengan hotel lain.

“Bagi memberi kelainan, kami memikirkan satu konsep yang dapat memudahkan orang ramai dan dalam masa sama menjimatkan,” katanya.

Idea itu dilihat selaras dengan pembukaan TBS-BTS sebagai terminal bas baru yang moden dan menjadi tumpuan orang ramai bermula 1 Januari lalu.

Walaupun berkonsepkan ‘rest & go’ dan tidak menyediakan bilik air seperti hotel bajet lain, bagi Noorizan ia bukan masalah utama sebaliknya menganggap konsep itu lebih relevan terutama di kawasan hub transit moden seperti di TBS-BTS.

Orang ramai boleh menggunakan kemudahan tandas awam di dalam terminal dan terletak tidak jauh dari motel berkenaan.

Dalam masa sama, kebersihan SPRG juga dijaga dengan baik. Ini kerana dengan tiadanya tandas, maka tiada kerja menguruskan tempat basah di dalam motel lebih-lebih lagi dengan keadaan motel yang tertutup dan berada di dalam terminal.

“Saya melihat keperluan orang ramai yang tiba di sini sekitar tengah malam dan awal pagi, mereka tiada tempat berehat sementara menunggu waktu siang dan pengangkutan awam lain seperti sistem transit aliran ringan (LRT) atau komuter mula beroperasi.

“Oleh itu, mereka boleh datang menginap di sini untuk berehat dengan selesa sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya,” katanya.

Walaupun tidak seperti hotel bajet lain, SPRG masih lagi mengutamakan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan setanding hotel terkemuka.

Dengan menggunakan tilam, katil, cadar yang berkualiti serta disusun mengikut dekorasi menarik, pemiliknya dilihat cuba memberi kepuasan pelanggan yang maksimum dengan kadar bayaran minimum.

Bayaran RM70 sehari atau RM15 sejam, motel yang beroperasi 24 jam ini mempunyai 13 bilik, terdiri daripada ‘standard room’ (memuatkan maksimum dua orang dewasa) dan ‘family room’ (dua dewasa dan dua kanak-kanak atau tiga orang dewasa).

Selain itu, motel ini turut menyediakan kemudahan kafe untuk melayari Internet, simpanan bagasi serta khidmat refleksologi.

Sumber :- http://www.hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on January 7th 2012 in My Artikel, My Info, My Malaysia

Konsert Muhammad Al-Ameen 2012 @ Terengganu

No Comments »

Konsert Muhammad Al-Ameen 2012 @ Terengganu

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on January 6th 2012 in My Event, My Info