Info : Pertandingan Fotografi 2012 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 DYMM Tuanku Raja Perlis 2012
No Comments »Pertandingan Fotografi 2012
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis dan Kelab Media Perlis (KEMPs) sedang menganjurkan Pertandingan Fotografi sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 DYMM Tuanku Raja Perlis 2012. Bermula pada 24/4/2012 sehingga 14 Mei 2012. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan tiada had umur. Tema pertandingan yang telah dipilih ialah seperti berikut:-
a)Raja Kita (Perlis) dan; b) Panorama Perlis
Peserta pertandingan hanya dibenarkan satu penyertaan sahaja. Setiap penyertaan dikehendaki mengandungi kedua-dua tema dan dianggap terbatal jika menyertai satu tema sahaja. Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh diperolehi pada waktu pejabat di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis atau dimuat turun dari laman sesawang www.pkenps.gov.my. Hadiah wang tunai disediakan mengikut kategori pertandingan seperti berikut:-
Kategori Tema “Raja Kita”
Pertama – RM750
Kedua – RM 500
Ketiga – RM 300
Kategori Tema “Panorama Perlis”
Pertama – RM750
Kedua – RM 500
Ketiga – RM 300
Peserta yang mengambil bahagian akan diberikan sijil penyertaan. Para pemenang akan dimaklumkan melalui telefon atau emel dan akan menerima hadiah pada hari Majlis Jamuan Teh dan Kasih Rakyat Menjunjung Daulat pada 19 Mei 2012. Foto-foto yang terpilih akan dipamerkan dipameran sewaktu majlis tersebut. Penyertaan hendaklah sampai kepada Urusetia Pertandingan pada selewat-lewatnya 12.00 tengahari, 14 Mei 2012 (Isnin).
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urusetia Pertandingan Fotografi di talian 04-9761088/037/616 (En. Hasnan Abdul Kudus). Muat turun Borang Penyertaan dan Syarat Pertandingan DISINI!.
Sumber :- http://www.pkenps.gov.my
Share on Facebook




























