Facebook : Anda Kategori Yang Mana ?

No Comments »

Facebook : Anda Kategori Yang Mana ?

Share on Facebook
Posted on October 28th 2011 in My Info, My Internet

AWAS : Roti Gardenia Sambal IBLIS !!!

No Comments »

AWAS : Roti Gardenia Sambal IBLIS !!!

P/s :- Berhati hati bila mengeja !!

Sumber :- Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on October 24th 2011 in My Artikel, My Info, My Internet

Isu Libya : Pemuda 17 tahun didakwa tembak Muammar Gaddafi

No Comments »

Isu Libya : Pemuda 17 tahun didakwa tembak Muammar Gaddafi

SEORANG pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan mengacukan sepucuk pistol ke arah Muammar Gaddafi di Sirte dalam rakaman video yang disiarkan kelmarin. – Reuters

TRIPOLI – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh seorang pejuang antipemerintahannya yang berusia di bawah umur, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya.

Gaddafi membawa pistol itu semasa dia ditangkap oleh para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di dalam saluran pembentungan di luar bandar kelahirannya di Sirte pada Khamis lalu selepas beberapa pengikutnya turut terbunuh.

Dalam kejadian itu, konvoi Gaddafi diserang oleh jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyebabkan dia melarikan diri ke dalam saluran pembentungan tersebut.

“Gaddafi pada mulanya ditangkap oleh para pejuang dari timur,” kata satu sumber.

“Kemudian, kumpulan pejuang Misrata muncul untuk membawanya.

“Kumpulan pejuang dari timur tidak suka dengan (tindakan itu) menyebabkan seorang pejuang menarik pistol Gaddafi dan menembaknya. Kumpulan itu memberitahu kumpulan dari Misrata bahawa anda boleh mengambilnya sekarang,” tambah sumber tersebut.

Sumber itu memuji pemuda yang membunuh Gaddafi sebagai wira Libya.

“Kami tahu siapa yang membunuhnya. Dia merupakan seorang rakyat Libya. Justeru, kami akan melindunginya. Dia di bawah umur, justeru, dia tidak boleh dihadapkan ke mahkamah,” kata sumber tersebut.

Akhbar Mail Online melaporkan bahawa pemuda yang menembak Gaddafi itu berumur 17 tahun. – Agensi

Sumber :- Kosmo.com.my

Share on Facebook
Posted on October 24th 2011 in My Artikel, My Internet

Peri KEBINATANGAN Vs Peri KEMANUSIAAN !!!!

No Comments »

Peri KEBINATANGAN Vs Peri KEMANUSIAAN !!!!

Share on Facebook
Posted on October 23rd 2011 in My Artikel, My Info, My Internet

Isu Libya : Tembakan di kepala Muammar Gaddafi punca kematian

No Comments »

Isu Libya : Tembakan di kepala Muammar Gaddafi punca kematian

MISRATA: Seorang saksi berkata, kesan peluru boleh dilihat dengan jelas di sisi kepala bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Selain kesan tembakan di kepala, mayat Gaddafi yang ditunjukkan kepada pemberontak dan seorang saksi Reuters juga mempunyai kesan calar, juga di kepala.

Ada beberapa kesan darah pada tubuhnya meskipun ia tidak sebanyak seperti yang diilihat pada video sejurus beliau ditangkap.

Sementara itu, terdapat tanda-tanda pertelagahan antara pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dengan pejuang dari Misrata mengenai tempat pengebumian Gaddafi.

Tidak dapat dipastikan sama ada pejuang di Misrata merasakan mereka mempunyai kata putus untuk menentukan pengebumian bekas pemimpin Libya itu memandangkan mereka yang berjuang untuk menggulingkannya dan kemudian memburunya hingga kepada kematiannya.

“Mereka tidak bersependapat mengenai tempat pengebumian,” kata seorang pegawai NTC yang enggan namanya disiarkan.

“Menurut Islam, Gaddafi sepatutnya dikebumi segera tetapi sehingga ini masih belum ada persetujuan dicapai sama ada mayatnya akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain,” katanya.


Gaddafi masih hidup ketika ditangkap tetapi kemudian mati di tangan pemberontak dalam keadaan yang masih tidak jelas.

Pegawai NTC, Ali Tarhouni yang juga Menteri Minyak dalam kerajaan sementara berkata, keputusan mengenai tempat pengebumian masih belum dicapai. “Saya mengarah mereka menyimpan mayat itu dalam setor beku selama beberapa hari bagi memastikan semua orang tahu Gaddafi sudah mati,” katanya kepada Reuters.

Ketika ditanya mengenai urusan pengebumian, termasuk di mana bekas pemimpin itu akan dikebumikan, dia berkata: “Belum ada keputusan lagi.” Ali juga memberitahu, satu keputusan mengenai siapa yang akan menjadi perdana menteri kerajaan sementara Libya akan ditentukan, kemungkinan minggu depan. — Reuters

Sumber :- Hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on October 22nd 2011 in My Artikel, My Internet

Isu Libya : 7 Perangai Pelik Gaddafi

No Comments »

Isu Libya : 7 Perangai Pelik Gaddafi
CARA HIDUP LUAR BIASA…selain sentiasa dikawal sehingga 40 anggota keselamatan khas terdiri daripada anak dara

TRIPOLI: Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar.

Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.

Laman sesawang ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan Gaddafi.

Khemah kalis peluru: Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri.

Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai.

Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi.

Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

Pengawal anak dara: Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa.

Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.

Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

Jururawat seksi: Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi.

Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit.

Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

Jatuh hati kepada Condoleezza Rice: Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.”

Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.

Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli.

Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

Takut menaiki pesawat dan lif: Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel.

Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam.

Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal.

Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

Bunga Bunga: Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi.

Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

Pakaian aneh: Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain.

Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika. – ABC

Sumber : – hmetro.com.my

Posted by Abu Fawwaz from my BlackBerry® smartphone

Share on Facebook
Posted on October 22nd 2011 in My Artikel, My Internet

Indahnya Mekah 2011

No Comments »

20111022-001018.jpg

Share on Facebook
Posted on October 22nd 2011 in My Info, My Internet, My Tazkirah

Gadjet : Samsung Keluar Telefon Galaxy

No Comments »

Samsung keluar telefon Galaxy

DUA model wanita menunjukkan telefon bimbit Galaxy Nexus
Android di Hong Kong semalam.

HONG KONG – Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus.

Ia merupakan telefon pintar pertama menggunakan versi terkini sistem pengoperasian Android keluaran Google.

Galaxy Nexus merupakan hasil kerjasama Samsung-Google.

Pengeluaran itu adalah reaksi terhadap telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iPhone 4S yang sudah dijual melebihi empat juta unit selepas kurang seminggu ia dipasarkan.

Dalam satu majlis pelancarannya di sini, Eksekutif Google, Andy Rubin berkata, sistem pengoperasian terkini Android itu yang dikenali sebagai Sandwich Ais Krim boleh digunakan pada telefon bimbit, komputer tablet dan pelbagai gajet lain.

Telefon itu turut memiliki teknologi pengecaman muka dan bukan kata laluan untuk mengaktifkannya.

Ia akan mula dijual pada bulan depan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia termasuk China serta Jepun.

Harga telefon pintar tersebut bagaimanapun tidak didedahkan. – Agensi

Posted by Abu Fawwaz from my BlackBerry® smartphone

Share on Facebook
Posted on October 20th 2011 in My Artikel, My Gadjet, My Internet

My Video : Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China

No Comments »

My Video : Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China

Inalilahiwainailaihirajiun…. walaupon 20 orang yang lalu lalang… buat tak nampak saja.. Ujian dari Allah untuk memperlihatkan bagaimana manusia yang hidup pentingkan diri.. tiada perasaan belas kasihan… binatang mati pon.. si ibu akan sayang pada anaknya.. inikan MANUSIA.. yang ALLAH cipta sebaik baik kejadian.. mempunyai harga diri dan maruah…. tak kira bangsa apa agama apa… dalam kes ini.. Nilai kemanusian telah hilang dalam hati itu sendiri….

Tengok gambar screenshot di bawah:


Kanak kanak ini berjalan jalan sekitar lorong


Van ini mungkin tak perasan. terus langgar…


Dah perasan langgar sesuatu.. terus blah macam tu sahaja.. kalau awal ada rasa peri kemanusiaan dan ambil hal… sahih budak tu dapat diselamatkan lagi.. tapi gilisan tayar ke dua itu menderitakan lagi keadaan


Kejam… lalu buat buat tak nampak..


orang ke 2 lalu pon buat tak nampak aja…


Lebih menyayat hati… bila ramai yang buat buat tak nampak.. lori plak yang langgar kali ke 2… Ya Allah.. sakitnya derita budak ini.. engkaulah yang maha mengetahui… :(


Mai makcik nie yang ke 20 lebih baru perasan dan ambik tindakan…Ya Allah… jauhilah bencana ini pada diriku dan ahli keluarga ku.. Amin!!!


Gambarnya dihospital.. tak pasti sama ada masih hidup or tidak… Allah lebih mengetahui.. Wallah Huaklam…

Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China Kejam Budak 2 Tahun di Langgar Dan Digilis Van Di China
Share on Facebook
Posted on October 19th 2011 in My Accident, My Info, My Internet, My Video

Ya Allah: Bayi Dikelar, Kejamnya Dunia !!

No Comments »

Ya Allah: Bayi Dikelar, Kejamnya Dunia !!

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on October 18th 2011 in My Artikel, My Internet