Kuliah Maulid Nabi Menurut Sunnah by Ustaz mohd Rizal @ Islah Mata Ayer Perlis

No Comments »

20130124-072801.jpg

Date : 24 Januari 2013
Time : Subuh
Place : Islah Mata Ayer Perlis
Info : Hari ni ada kuliah subuh sempena sambutan cuti Maulidur Rasul @ Islah Mata Ayer Perlis .. Alhamdulillah ramai yang hadir.. Pencerahan tentang sambutan maulid disisi sunnah yang jelas telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rizal (Mat Malaya) .. Kuliah start selepas Solat Subuh berjemaah .. dan berakhir pada jam 8.00 pagi… alhamdulillah.. ada sedikit sarapan disediakan oleh pihak Islah.. iaitu.. Nasi Ayam.. ROti Canai… kari kambing… dan lain lain.. mamang marvelous… disamping santapan rohani yang lazat.. santapan jasmani pon mantop… Syukur alhamdulillah…

20130124-072829.jpg
Belon yang kusyuk mendengar kuliah yang disampaikan oleh UStaz Mohd RIzal

20130124-072851.jpg
Alhamdulillah.. ramai yang hadir…

20130124-072910.jpg
Kaum Hawa pon ramai gak yang mai dengaq.. :)

Share on Facebook
Posted on January 24th 2013 in My Info, My Islah, My Kuliah

Kuliah Subuh Maulidurasul Perlis : MEMBETULKAN YANG “TERBIASA”, MEMBIASAKAN YANG BETUL

No Comments »

20130124-002819.jpg

JEMPUTAN HADIR KE KULIAH SUBUH
ASSALAMUALAIKUM, kepada muslimin dan muslimah. Pada hari khamis 24 januari 2013, Persatuan Al-Islah Perlis akan mengadakan kuliah subuh dan sarapan pagi. Kuliah ini, akan disampaikan oleh ustaz Mohd Rizal yang bertajuk MEMBIASAKAN YANG BETUL, MEMBETULKAN YANG “TERBIASA”. Bertempat di Pusat Pengajian Al-Islah Perlis. Semua dijemput hadir.

Share on Facebook
Posted on January 24th 2013 in My Event, My Info, My Islah, My Sunnah, Uncategorized

TERHIMPIT : Teratak Rahmat Perlukan RM 50 000 !

No Comments »

TERHIMPIT:Teratak Rahmat Perlukan RM 50 000 !

Alhamdulillah pelbagai usaha telah dilakukan oleh sukarelawan dan barisan kepimpinan selepas Teratak Rahmat diberi peluang selama tiga (3) bulan untuk kumpulkan wang sebanyak RM 50 000, wang tersebut akan digunakan untuk memenuhi kehendak bomba seperti yang terkandung dalam akta UBBL 1984 (Asrama dan Dormintori). Antara yang diperlukan mengikut akta tersebut ialah:
Sistem hos gelung yang diperlukan.

a) Sistem hos gelung (Hose Reel System)
b) Sistem Pecah kaca
c) Sistem Penggera Kebakaran
d) Lampu tanda keluar
e) Lampu kecemasan
Tambahan:
f) Tukarkan bilik asrama yang berdinding kayu kepada dinding batu.

Selepas mendapat kelulusan 2 daripada 3 agensi, iaitu kelulusan Jabatan Kesihatan Perlis(6 Januari 2011) dan Majlis Perbandaran Kangar(2 Febuari 2011). Pada 7 Mac 2011, pihak bomba keluarkan surat rasmi berhubung kegagalan Teratak Rahmat memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) sentiasa memberi nasihat agar Teratak Rahmat dapat memenuhi piawaian bomba tersebut. Untuk makluman kepada para penderma, premis asal ini bukanlah dibina khas untuk asrama tetapi telah diubahsuai menjadi asrama. Oleh kerana syarat kelulusan bomba untuk sebuah asrama dan dewan dua(2) tingkat adalah berbeza, maka bomba meminta Teratak Rahmat membuat penambahbaikkan dengan kehendak-kehendak pihak bomba agar ciri-ciri keselamatan yang diperlukan dapat dipenuhi. Tambahan pula, cadangan pihak JKM Perlis supaya membina bangunan baru tidak mampu diusahakan, maka Teratak Rahmat memilih untuk menambah baik keperluan yang ada, kerana kos yang perlu diusahakan adalah tidak sebanyak kos pembinaan asrama baru.


Bilik air yang baru disiapkan.

Namun disebabkan kesibukan memenuhi keperluan harian anak-anak Teratak Rahmat, maka pembinaan bilik air yang baru, kantin, bilik rawatan dan ‘dorm’ diberikan keutamaan terlebih dahulu. Untuk keselamatan di Asrama Teratak Rahmat sistem keselamatan lama tetap dikekalkan. Malangnya selepas setahun berusaha, jumlah RM 40 000 (anggaran pihak bomba) masih juga gagal dicapai kerana pelbagai urusan lain perlu diutamakan.

Disangkakan mencecah RM 40 ribu, rupa-rupanya melebihi RM 50 ribu

Setelah peristiwa tersebut, usaha untuk mendapat bantuan diteruskan. Pada 20 Mac 2012, JKM Perlis memberi tempoh 3 bulan agar keperluan keselamatan Bomba yang bernilai RM 40 000(anggaran pihak bomba) dapat disiapkan dalam masa tiga(3) bulan. Apabila berusaha memulakan projek, pihak Teratak Rahmat dimaklumkan oleh arkitek bahawa jumlah anggaran sebenar ialah melebihi RM 50 ribu tetapi dengan rayuan yang bakal dibuat mungkin dapat dikurangkan sehingga RM 50 000.

Sekarang Teratak Rahmat dan para sukarelawan sedang berusaha keras mengumpul RM 50 000, walaupun hanya RM 3000 yang dapat dikumpul buat masa sekarang, usaha sukarelawan tetap patut dijadikan teladan kerana mereka berusaha sebaik mungkin untuk membantu anak-anak yatim dan miskin.

Apapun diharap perjuangan murni akan diteruskan hingga saat akhir, mari kita buktikan kemampuan rakyat Malaysia dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, inilah perjuangan yang dapat membela nasib anak muda dan dituntut oleh agama Islam sepanjang zaman serta pemangkin kepada generasi akan datang.

AKAUN TERATAK RAHMAT

http://teratakrahmat.blogspot.com/2009/04/akaun-teratak-rahmat-yang-baru.html

Sumber :- http://teratakrahmat.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on April 9th 2012 in My Artikel, My Islah, My Perlis

Info : Rumah Anak2 Yatim/Miskin Teratak Rahmat perlukan bantuan segera

2 Comments »

Rumah Anak2 Yatim/Miskin Teratak Rahmat perlukan bantuan segera

Ah…ianya sekadar bantuan biasa yang kebanyakan rumah anak2 yatim perlukan. Saya hanya membaca sekilas pandang tagged note sahabat baik saya di UK, Puan Hazlina Md Yusof kepada saya di wall facebook.

“Ibu, awat ibu rumah anak2 yatim tu?”, tanya Irdina anak perempuan saya berusia 9tahun. Tersentap seketika saya. Tidak saya sangka Irdina memberi perhatian ke skrin notebook saya sambil menyiapkan homeworknya. Saya ceritakan kepada Irdina, Rumah Anak2 Yatim Teratak Rahmat perlukan sekitar 60ribu utk siapkan bangunan dan penuhi piawaian BOMBA. “Kalau tak cukup duit macammana depa nak buat ibu?”. Saya diam saja tanpa jawapan. “Kalau tak buat tak boleh ka. Duduk la macam la ni”, tanya Irdina lagi. Nampaknya bersungguh Irdina nak tau. “Kalau tak boleh buat semua tu, rumah anak2 yatim tu kena tutup sebab tak ikut undang2″. Saya cuba jelaskan dengan bahasa yg paling senang Irdina faham. “Anak yatim ni bukan ka ibu dan abah depa dah mati? Kalau tutup depa nak duduk mana?”. Belum sempat saya jawab, “Ibu, depa tak buleh sekolah kan ibu kalau tak dok situ. Depa nak duduk mana ibu? Ibu ambik depa buat anak angkat buleh dak?”, tanya Irdina dengan penuh ikhlas. Airmata kasih saya sudah mula bergenang. Saya peluk Irdina. “Ibu akan buat sesuatu kakak! Ibu janji!”. Saya tewas dengan permata hati saya. Saya juga malu dengan sikap tak endah saya. Saya sibuk siapkan kerja tadi dan hanya pandang sebelah mata pintaan bantuan di facebook saya. “Ibu, depa kat situ mesti macam orang dengan Irfan, Irsyad, Isyraf kan. Main sama2. Makan sama2. Bergaduh sama2. Pi sekolah sama2. Kalau tak boleh dok situ depa tak buleh dok sama2 lagi lah kan ibu”. Aduh! Anakku…”Kalau orang, ibu abah dah mati pun orang takmau pisah dengan Irfan, Irsyad dengan adik. Orang nak dok sama2. Tapi orang takmau ibu abah mati. Anak yatim tu nanti jumpa ibu abah depa kat syurga kan?”…kau runtun hati ibu lagi anakku. “Esok ibu talipon rumah anak yatim tu. Ibu cuba carikan bantuan. Ibu janji. Nanti bila kita berjaya selesaikan hal ni kita pi melawat depa ok”. Irdina tersenyum puas. “Ok ibu. Orang nak tidoq dah. Orang sayang ibu.”, sambil mencium + peluk saya. Saya tewas lagi…air mata keibuan saya menitis tanpa saya sedar.

Sahabat sekalian, dengan merendah diri saya pohon dibukakan lah hati dan minda kita untuk selamatkan Teratak Rahmat. Selamatkan anak2 yatim ini. Jangan kita pisahkan mereka seperti kata Irdina. Marilah kita pastikan anak2 ini berpeluang teruskan persekolah mereka. Saya berpeluang berbicara melalui telefon dgn Encik Azwar, urusetia Teratak Rahmat. Jika segala usaha gagal Encik Azwar akan cuba dapatkan pinjaman peribadi utk membantu anak2 ini. Itu jalan terakhir si insan berhati mulia ini. Sahabat sekalian, marilah kita cuba elakkan insan berhati mulia ini daripada menuju ke option terakhir itu kerana sesungguhnya insan berhati mulia ini juga punya tanggungjawab wajib kepada keluarga sendiri. Apa yang beliau dan rakan2 lakukan sekarang adalah cukup mahahebat dipandangan mata saya. Warden tetap Teratak Rahmat hanya menerima elaun RM300 sebulan menabur bakti di Teratak Rahmat. Saya tidak nampak dimanakah relevannya jumlah RM300 di zaman ini, tetapi hati insan2 mulia ini merelevankannya. Kita masih boleh terukan perjuangan mencari wang ringgit dengan kerjaya kita, tetapi saya pinta sediakanlah sedikit bahagian yang kadang2 kita hanya bazirkan dengan membeli barang yg tidak kita perlukan untuk anak2 ini.

Buat masa ini kita perlu focus untuk bantu Teratak Rahmat mendapat kelulusan pihak bomba dengan memastikan prasarana keselamatan tersedia dan ianya bakal menelan kos RM60,000. Teratak Rahmat mempunyai masa yang terhad sehingga May2012 untuk memastikan prasarana ini sedia atau menghadapi risiko penutupan. Berikut adalah maklumat Teratak Rahmat dan cara saluran bantuan.

> Encik Azwar Bin Rahmat, Setiausaha Kerja Teratak Rahmat – 0194776482
> http://teratakrahmat.blogspot.com/
> No account Teratak Rahmat: 0901-0019362-72-9 Bank Muammalat

Saya pinta para para sahabat sekalian dapat copy saya secara offline (zurra_abdul@yahoo.com) jumlah derma sahabat sekalian untuk tracking. Juga mohon disebarkan maklumat ini.

Moga Allah swt murahkan rezeki sahabat sekalian. Dan moga kita berjumpa disyurga dengan anak2 kita sebagaimana kata Irdina.

Wassalam.

Azura
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sumber :- http://comeybelako.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on April 4th 2012 in My Artikel, My Info, My Islah, My Perlis

Ceramah Asyura Perlis @ Masjid Ngulang By Dr Hazman

1 Comment »

Ceramah Asyura Perlis @ Masjid Ngulang By Dr Hazman


Dr Hazman sedang memberi penjelasan berbantukan presentation Powerpoint untuk memberi kefahaman bahayanya SYIAH kepada hadirin yang hadir

Tajuk : ASYURA DALAM TIMBANGAN SEJARAH
Oleh: Dr. Hazman Hassan(UUM)
Date : 7 Disember 2011
Time : Maghrib Isyak
Place : Masjid Al-Islah, NgulangPerlis
Info : Minggu lepas telah diadakan ceramah Asyura Perlis oleh Dr Hazman Penysarah UUM SIntok… alhamdulilah.. penerangan yang jelas melalui Powerpoint… syukran diucapkan


Ramai juga hadirin yang hadir…

Ceramah Asyura 1433 Dr Hazman Masjid Islah Ngulang Perlis Ceramah Asyura 1433 Dr Hazman Masjid Islah Ngulang Perlis Ceramah Asyura 1433 Dr Hazman Masjid Islah Ngulang Perlis Ceramah Asyura 1433 Dr Hazman Masjid Islah Ngulang Perlis Ceramah Asyura 1433 Dr Hazman Masjid Islah Ngulang Perlis

P/s :- Maaf kualiti gambar yang kurang .. guna Blackberry 9700 sambil curi curi snap :)

Share on Facebook
Posted on December 16th 2011 in My Islah, My Kuliah

Gambar Majlis Ambang ‘Aidil ‘Adha Anak-anak Perantauan Perlis 2011

No Comments »

Gambar Majlis Ambang ‘Aidil ‘Adha Anak-anak Perantauan Perlis 2011


Majlis bermula…

Majlis Ambang ‘Aidil ‘Adha
Anak-anak Perantauan Perlis
5 November 2011
Dimulakan dengan solat Isyak berjemaah
di Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis
Km 1.2, Jalan Mata Ayer

Saudara dan saudari :
ANAK PERLIS MENETAP DI PERLIS,
ANAK PERLIS BELAJAR/BEKERJA DI LUAR PERLIS,
ANAK LUAR PERLIS MENETAP DI PERLIS,
DAN
ANAK LUAR PERLIS BERKAHWIN DENGAN ANAK PERLIS
Dijemput hadir beramai-ramai


Ucapan Hj Othman Hussin YDP Islah


Ucapan Dr Juanda Jaya yang dirakam ketika beliau bertolak mengerjakan Haji @ Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas Kedah


Jamuan bermula…

Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer Ambang Aidil Adha Anak Perantauan Perlis 2011 @ Islah Mata Ayer

P/s :- Alhamdulilah.. majlis berjalan dengan lancar.. ramai pemuda pemudi yang hadir…. Maaf gambar kurang jelas.. omaQ tertinggal Camera G10 omaQ @ Pejabat.. yang digunakan camera blackberry hp .. dan olympus lama Ummu Fawwaz.. Tq Ummu Fawwaz bagi pinjam he he he

Sumber :- http://islahperlis.blogspot.com

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on November 6th 2011 in My Event, My Islah, My Sunnah