
Cucu & Atok
“Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?” Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: “Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???” (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: “Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.”
Atuk: “Tak sama apanyerr???”
Cucu: “Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?”
Atuk: “?…?…?…?…?…?”
Share on Facebook
Posted on August 31st 2009 in
My Lawak
Beruang : “sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil.”

Singa : “ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan.”

Babi kata: “Wa La Weh…. sekali je aku batuk, satu dunia panik!”

Share on Facebook
Posted on August 30th 2009 in
My Lawak

Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita
oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba
di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM
1.00..mesin komputer menjawab: “47 kg!”
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer
menjawab: “52 kg!”
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang
cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
“Tolong naik sorang-sorang. . jangan ramai-ramai! “
Share on Facebook
Posted on August 28th 2009 in
My Lawak

Ada sepasang suami isteri, baru jua berkahwin, menjalani puasa first time as a couple. Hendak dijadikan ceta, mereka ni pun bergaduh ntah pasal apa.
Si suami pun ngan merajuk nya bagi cold shoulder kat si isteri ngan nda mau becakap dengan bininya. Jadi malam harinya ia pun menulis note untuk si isteri: “Sahur nanti bangunkan abang” dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.
Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: “Bang, bangun bang, makan sahur.” Kuang kuang kuang~
p/s : Miss-communication !!!
Share on Facebook
Posted on August 28th 2009 in
My Lawak
Fakta sejarah – asal usul perkataan ‘elektrik’

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan
Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu
diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.
Ceritanya… . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison
mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang
menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu
mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang
bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan
Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah
Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata
dengan kuat.
“Ele..trick aje tu… ele..trick aje… ele trick!”. ( Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu
menyala disebabkan oleh kuasa “ele..trick” . Jadi digunakanlah
perkataan “ELE..TRICK” yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih.
Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu,
maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang.
Share on Facebook
Posted on August 26th 2009 in
My Lawak

Pinjam Duit
Suki: Apa hal ni Joi? , macam ada masalah aja.
Ajoi: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.
Suki: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?
Ajoi: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,
Suki: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?
Ajoi: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).
Share on Facebook
Posted on August 25th 2009 in
My Lawak