Hebohan : Wacana & Kenduri PLM 2012 @ Matri Perlis
Date : 23 Januari 2012
Time : 8.30 a.m – 5.00 p.m
Place : Matri Tunjung Beseri Perlis
Info : Wacana & Kenduri Pelajar Lepasan Matri ( PLM) 2012
Bayaran : RM 10 Seorang
Latar Belakang
Terdapat sekitar 450 ribu orang pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 2011. Di kalangan pelajar tersebut ada yang akan mengikuti latihan PLKN dan ada di antara mereka yang bekerja. Sebahagian besar mereka tidak berpeluang untuk mengisi masa cuti secara berfaedah dan memungkinkan mereka terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang negatif.
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangun modal insan yang seimbang dan mempunyai jatidiri, maka satu bentuk pengisian dari sudut aqli, jasmani, ruhani dan emosi perlu dirancangkan. Oleh itu Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darul Naim (KTD), Pengkalan Chepa, Kelantan akan melaksanakan Kursus Jatidiri dan Kesukarelawan Remaja. Kursus ini adalah sangat relevan dan mampu menyumbang untuk membantu kerajaan dalam mencapai matlamat tersebut.
Objektif
Menyediakan program-program yang memberikan penekanan aspek pembentukan jatidiri dan kesukarelawan kepada pelajar lepasan SPM.
Mendedahkan pelajar kepada kemahiran berorganisasi, pengurusan dan komunikasi.
Membina kemahiran pengurusan diri.
Melahirkan individu yang sayang dan sanggup berbakti kepada masyarakat.
Melahirkan kepimpinan pelajar berwibawa dan berketerampilan.
Sasaran Peserta
Kursus ini terbuka kepada semua lepasan SPM 2011 diseluruh negara.
Kandungan Kursus
Modul Anjakan Paradigma
Modul Kemahiran Insan dan Profesional
Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
Modul Kemahiran Asas Kewanitaan
Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi
Tarikh
24 Disember 2011 sehingga 14 Januari 2012
Tempat
Zon Tengah
Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam
Zon Timur
ILIM, Besut Terengganu
Zon Utara
Batu Ampar Resort, Kg Paya Lintah, Kuala Kangsar
Zon Selatan
Tiram Indah Village, Ulu Tiram, Johor
Program Khidmat Masyarakat @ Kubang Gajah Perlis By Haluan
Tarikh : 27 November 2011
Place : Masjid Abrar Kubang Gajah Arau Perlis
Info : Program Khidmat Masyarakat akan diadakan di masjid Abrar Kubang Gajah nanti.. sempena cuti sambutan Awal Muharam …program itu dibuat dengan kerjasama Haluan Perlis / kedah dan masyarakat setempat
Program : Pemeriksaan Mata Percuma , Forum Agama , Sepak Raga Bulat , Tayangan Slaid
MATRI atau nama penuhnya, Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah, adalah sebuah institusi pendidikan Islam yang didaftarkan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Pelajaran Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis sebagai sebuah sekolah antarabangsa dan sekolah swasta.
MATRI membawa syiar “Ulama’ Pewaris Nabi” dengan bermatlamatkan untuk menyediakan ilmu Islam secara meluas dan teratur hingga mampu memahami kitab Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW dan kitab-kitab berbahasa Arab, disamping mendidik dengan sistem tarbiyah Islam yang sempurna melalui beberapa aktiviti, dengan harapan dapat melahirkan pendakwah dan pemimpin yang bersahsiah Islam dan berwibawa dalam pelbagai bidang dengan memiliki ilmu syara dan ilmu-ilmu semasa. Mereka juga akan menjadi anggota masyarakat yang iltizam dengan ajaran Islam serta melaksana dan meneruskan kerja-kerja Islam yang diamanahkan oleh Allah SWT.
Ma’had ini yang terletak di Perkampungan Tunjung, Beseri, Perlis ini telah diasaskan oleh Al-Fadhil Dato’ Dahlan bin Mohd. Zain dan mula beroperasi pada 2 haribulan Ogos 1987 bersamaan 17 haribulan Zulhijjah 1407H. Bermula dengan 17 orang pelajar (8 lelaki dan 9 perempuan) dan sekarang MATRI mempunyai lebih daripada 66 orang guru dan kakitangan serta lebih 800 orang pelajar. MATRI menyediakan sistem pendidikan Islam melalui saluran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Peringkat Khas Pra Universiti dengan penekanan dalam matapelajaran Agama Islam dan Bahasa Arab.
Dari segi perjalanannya, MATRI pada mulanya didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) pada 8 haribulan April 1990 dan rujukan pendaftaran: JAIPs-AM-1/8/(8), juga pada masa yang sama telah didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) dan mendapat kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Ogos 1994 dengan No. Pendaftaran: JPPs. 24/98. MATRI juga pada hari ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sekolah antarabangsa (International School) No. Rujukan kelulusan: KP (JPS) 5181/20/01/Jld.2(47).
MATRI berwawasan untuk membangun dan berkembang hingga menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi dalam pelbagai bidang ilmu seperti Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Usuludin dan Syariah serta sains dan teknologi.
Sesungguhnya, setiap insan diuji oleh Allah Taala pada kadar kemampuannya. Ujian ini samada untuk memantapkan iman, kafarah dosa, atau mengangkat martabat seorang mukmin ke tahap yang lebih tinggi adalah merupakan hak mutlak Allah swt.
Pada 21 September yang lalu, seorang guru MATRI, iaitu Ustaz Rizal Faiz bin Abdul Malek telah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya di persimpangan Jalan Pengkalan Asam dan Seriab. Kejadian yang berlaku pada jam 8.45 malam itu menyebabkan kenderaan yang mereka naiki kemik dan remuk dibahagian hadapan kenderaan akibat terlanggar pembahagi jalan.
Meskipun kejadian berlaku sekelip mata, namun Ustaz Rijal Faiz dan isteri yang menaiki kenderaan tersebut selamat daripada sebarang kecederaan. Menurut Ustaz Rijal Faiz, kejadian dipercayai berpunca daripada lapisan batu-batu kerikil kecil yang menyebabkan tayar belakang hilang cengkaman dan menyebabkannya hilang kawalan. Marilah kita bersama-sama berdoa supaya Ustaz Rijal Faiz dan keluarga agar tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.
P/s : selepas kemalangan ni…omaq lalu kawasan aksident…kira baru lagi la jadi..time tu omaq ondaway nak ke kangar….tapi omaq tak sempat snap gambaq…sbb omaq tgk..sahabat omaq dah tangkap gambaq….baru malam ni perasan ada gambar ni dalam potral matri….alhamdulilah…ustaz rizal sihat dan selamat
Kenyataan Rasmi Berhubung Kejadian Lawatan Ke Ladang Tebu dan Kilang Gula
Kematian adalah suatu kepastian bagi setiap yang bernyawa.
Bagi yang masih hidup, pengakhiran seorang insan hanya terbahagi kepada dua, iaitu husnul khatimah ataupun su’ul khatimah. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi, MATRI telah kehilangan tiga butir permata yang amat berharga didalam perjalanan hidup mereka demi memartabatkan ilmu ke tahap yang Allah kehendaki. Kejadian yang berlaku pada pagi ini melibatkan lapan orang pelajar MATRI dan seorang bapa angkat pelajar semestinya termasuk dalam ilmu dan hikmah Allah Taala.
Kumpulan pelajar yang mengikuti program Bapa Angkat yang dianjurkan oleh pihak MATRI sedang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan. Bapa Angkat tersebut iaitu Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang juga merupakan suami kepada guru MATRI, Cikgu Nor Asmah binti Omar, merupakan salah seorang bekas kakitangan Kilang Gula. Hujan lebat yang berterusan semenjak semalam telah melembutkan tanah, menyebabkan sebatang pohon besar yang rendang ditepi jalan telah terbalik dan menghempap kenderaan mereka yang sedang bergerak perlahan disebabkan hujan lebat. Allahyarham Ahmad Izzat bin Ismail dan Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang berada di bahagian hadapan bersama dengan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan yang duduk dibelakang pemandu telah dihimpit teruk oleh bumbung kenderaan tersebut dan meninggal ditempat kejadian.
Muhamad Ahnaf bin Anissofian yang cedera telah dimasukkan ke Unit Kecemasan manakala 5 pelajar lain yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. Menjelang petang tadi, kesemua 6 pelajar tersebut telah dibenarkan pulang. Kesemua jenazah akan disolatkan di Dewan Musolla MATRI selepas Maghrib atau Isya’, bergantung kepada perlepasan oleh pihak hospital. Jenazah Allahyarham Hj Shahidan bin Ali akan disemadikan di Beseri, Perlis, manakala Allahyarham Ahmad Izzat b Ismail dan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan akan disemadikan di Pulau Pinang dan Kulim.