Kenyataan Rasmi Berhubung Kejadian Lawatan Ke Ladang Tebu dan Kilang Gula

No Comments »

Kenyataan Rasmi Berhubung Kejadian Lawatan Ke Ladang Tebu dan Kilang Gula

Kematian adalah suatu kepastian bagi setiap yang bernyawa.

Bagi yang masih hidup, pengakhiran seorang insan hanya terbahagi kepada dua, iaitu husnul khatimah ataupun su’ul khatimah. Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi tadi, MATRI telah kehilangan tiga butir permata yang amat berharga didalam perjalanan hidup mereka demi memartabatkan ilmu ke tahap yang Allah kehendaki. Kejadian yang berlaku pada pagi ini melibatkan lapan orang pelajar MATRI dan seorang bapa angkat pelajar semestinya termasuk dalam ilmu dan hikmah Allah Taala.

Kumpulan pelajar yang mengikuti program Bapa Angkat yang dianjurkan oleh pihak MATRI sedang dalam perjalanan pulang dari melawat Ladang Tebu dan Kilang Gula di Chuping, Perlis untuk kajian tugasan tempatan. Bapa Angkat tersebut iaitu Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang juga merupakan suami kepada guru MATRI, Cikgu Nor Asmah binti Omar, merupakan salah seorang bekas kakitangan Kilang Gula. Hujan lebat yang berterusan semenjak semalam telah melembutkan tanah, menyebabkan sebatang pohon besar yang rendang ditepi jalan telah terbalik dan menghempap kenderaan mereka yang sedang bergerak perlahan disebabkan hujan lebat. Allahyarham Ahmad Izzat bin Ismail dan Allahyarham Hj Shahidan bin Ali yang berada di bahagian hadapan bersama dengan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan yang duduk dibelakang pemandu telah dihimpit teruk oleh bumbung kenderaan tersebut dan meninggal ditempat kejadian.

Muhamad Ahnaf bin Anissofian yang cedera telah dimasukkan ke Unit Kecemasan manakala 5 pelajar lain yang cedera ringan hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar. Menjelang petang tadi, kesemua 6 pelajar tersebut telah dibenarkan pulang. Kesemua jenazah akan disolatkan di Dewan Musolla MATRI selepas Maghrib atau Isya’, bergantung kepada perlepasan oleh pihak hospital. Jenazah Allahyarham Hj Shahidan bin Ali akan disemadikan di Beseri, Perlis, manakala Allahyarham Ahmad Izzat b Ismail dan Allahyarham Hazman Bakhtiar bin Sharizan akan disemadikan di Pulau Pinang dan Kulim.

Link berita : http://www.sinarharian.com.my/bterkini/14071.asp

Sumber :- http://www.matri.edu.my

Share on Facebook
Posted on September 12th 2011 in My Accident, My Artikel, My Matri, My Perlis

Tiga maut pokok hempap van

No Comments »

Tiga maut pokok hempap van


ORANG ramai melihat keadaan van yang remuk akibat dihempap sebatang pokok berdekatan Kilang Gula Chuping di Padang Besar semalam.

PADANG BESAR – Dua pelajar Sekolah Menengah Agama Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Beseri maut setelah van yang dinaiki bersama-sama enam pelajar lain dihempap pokok berdekatan Kilang Gula, Chuping di sini semalam.

Mangsa ialah Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah dan Ahmad Izzat Ismail, 17, yang berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu turut meragut nyawa pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri.

Seorang pelajar lain, Muhammad Ahnaf Anissofian, 14, dari Kuala Lumpur cedera parah dan kini mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar manakala lima lagi penumpang van tersebut mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Deros berkata, ketika kejadian van itu dalam perjalanan membawa mangsa untuk menyiapkan projek sekolah bagi subjek Kajian Tempatan.

Sumber :- http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Share on Facebook
Posted on September 12th 2011 in My Accident, My Artikel, My Matri, My Perlis

Kemalangan Pokok Hempap Pelajar Matri Tunjung 2011

No Comments »

Kemalangan Pokok Hempap Pelajar Matri Tunjung 2011

‘Tolong tarik aku keluar Zul’

PADANG BESAR: “Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul.” Itulah rintihan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok besar hingga meragut tiga nyawa semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, di sini, Hazman bersama tujuh pelajar lain dari Maahad Tarbiyah Islamiyah (Matri) di Beseri dalam perjalanan melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Gula Felda di Chuping.


REMUK…pokok besar yang menghempap van di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, Padang Besar, semalam.

Malang menimpa apabila sebatang pokok tumbang lalu menimpa van dinaiki kumpulan pelajar itu kira-kira 50 meter dari pintu masuk kilang berkenaan ketika hujan lebat disertai ribut.

Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.


MERAUNG…ibu bapa seorang mangsa menatap jenazah anak mereka di bilik mayat HTF.

Ahmad Ahnaf Anis Soffian, 14, juga pelajar Matri yang berasal dari Kuala Lumpur, mengalami kecederaan parah.

Sumber :- http://www.hmetro.com.my

Share on Facebook
Posted on September 12th 2011 in My Accident, My Info, My Matri

Kemalangan Perlis : 3 Termasuk 2 pelajar Matri terbunuh van dihempap pokok besar

No Comments »

Kemalangan Perlis : 3 Termasuk 2 pelajar Matri terbunuh van dihempap pokok besar

PADANG BESAR 11 Sept – Tiga termasuk dua pelajar sekolah agama rakyat terbunuh apabila van yang mereka naiki dihempap sebatang pokok besar berhampiran Kilang Gula Felda Perlis, Chuping hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, kejadian berlaku kira-kira 9.15 pagi ketika kenderaan yang membawa lapan pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun itu dalam perjalanan ke kilang berkenaan dari arah Beseri.

Pokok besar yang tiba-tiba tumbang dan menghempap bahagian depan van menyebabkan pemandu dan dua pelajar Ma”ahad Attarbiyah Al Islamiyah (Matri) Tunjong terbunuh.

Mereka dikenali sebagai Shahidan Ali, 67, dari Beseri; Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang; dan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, dari Taman Kenanga, Kulim, Kedah.

Seorang lagi pelajar, Mohd Ahnaf Anissofian, 14, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), manakala lima lagi penumpang hanya cedera ringan.

Kejadian berlaku ketika hujan dan mereka dikatakan dalam perjalanan dari Matri untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah di kawasan kilang itu. – Bernama

Posted by Abu Fawwaz from my BlackBerry® smartphone

Share on Facebook
Posted on September 11th 2011 in My Artikel, My Info, My Matri, My Perlis

Gambar Terkini Kejadian Meragut Nyawa Student Matri Awal Pagi Tadi

No Comments »


Gambar Terkini Kejadian Meragut Nyawa Student Matri Awal Pagi Tadi

P/s := Keadaan Van yang remuk akibat dihempap pokok hadapan Kilang Gula Perlis Awal pagi tadi jam 9.30 pagi

Share on Facebook
Posted on September 11th 2011 in My Accident, My Matri

Terkini : 2 Pelajar Matri Tunjung dihempap Pokok @ Kilang Gula Perlis

No Comments »

Salam, 2 pljr matri dan pakcik shahidan Suami cikgu asmah meninggal dunia dihempap pokok hdpn kilang gula, baki 5 orang pelajar cedera parah skrg brada di hospital kgr, kjadian jam 9.30 pg tadi menaiki van, mudahan mereka dtmpatkan brsama org beriman .. Amin..

Posted by Abu Fawwaz from my BlackBerry® smartphone

Share on Facebook
Posted on September 11th 2011 in My Info, My Matri, My Politik

Ali Karimi Back Sabah Ogos 2011

No Comments »

Ali Karimi Back Sabah Ogos 2011


Ustaz Ali karimi bergaya dengan penampilan barunya.. dari 115kg.. kepada 70 kg rasanya..

Date : 4 Ogos 2011
Time : 6.30 p.m
Place : Kg kersik Mata Ayer – Nasi Ayam Jitra – Airport Kepala Batas Alor Setar
Info : Petang Semalam.. omaQ pi hantar sahabat omaQ iaitu Ustaz Ali Karimi balik ke Sabah.. ambik dia kat kgnya @ Mata Ayer… pastu.. singgah ambik basikal Giantnya yang telah siap dipasang.. then singgah Jitra untuk berbuka puasa.. pastu baru check in kat airport Alor Setar Jam 8.30 malam… flightnya 9.50 .. naik air asia… basikal air asia charge RM 70 … alhamdulilah.. semua berjalan lancar.. mudahan Allah memberi kemudahan kepadanya untuk sampai di Sabah.. Amin…


Basikal Akhi Akram Giant @ Mata Ayer


Sam … kedai basikal @ Jelempok Arau.. murah and berbaloi baloi

null
Ready untuk dibawa pulang ke sabah 1 set basikal Giant milik Ali Karimi


Wan Nasi Ayam.. tpt kami berbuka puasa :)


Boarding Time …. check in by E Ticketing

Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011 Ali  Balik Sabah Ogos 2011
Share on Facebook
Posted on August 5th 2011 in My Friends, My Matri, My Mpi

Laporan Julai Pembangunan Srim 2011

No Comments »

Laporan Julai Pembangunan Srim 2011

Laporan bergambar pembangunan bangunan 4 tingkat (16/Julai/ 2011)

Kerja-kerja pembinaan diteruskan ke tingkat 4.
Di tingkat bawah(tingkat 1)telah mula dibina dinding bata, sistem pendawaian elektrik, dan kerangka pintu. Lokasi tangga terletak di bhg tepi bangunan telah siap dibina dengan kecerunan yang bersesuaian.
Sistem pendawaian elektrik di dalam paip berkonkrit untuk lampu,kipas dan lain-lain soket. Di tingkat 2 dan 3 telah dimulakan kerja dinding bata dan memasang kerangka pintu dan tingkap yang diperbuat dari besi. Kerangka besi ini dapat mengelakan masalah dimakan anai-anai, frame kecut dan lasak. Di tingkat empat telah disiapkan lantai dan tetulang konkrit untuk dibina bumbung.


Susunan bata yang diletak di bahagian lantai koridor tingkat 2.


Pendawaian elektrik siap ditanam dalam konkrit.


Tingkat 4. Telah siap Tetulang Konkrit untuk dibina bumbung.

.
Kecerunan tangga yang bersesuaian

Sumber :- http://srimmatri.blogspot.com/

Artikel :-

Assalamualaikum.

MATRI Maahad Attarbiyah AlIslamiyah (MATRI) pada asalnya merupakan Sekolah Agama Rakyat(SAR)dibina hasil sumbangan/wakaf dermawan namun kini telah dikategorikan sebagai sekolah swasta. SRIM Sekolah Rendah (A) Seri Melati pula adalah sebahagian pembangunan Matri. Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs Pend 09(48). Sekolah ini ditubuhkan atas inisiatif ibubapa untuk melihat anak-anak mereka terdidik dengan asuhan Islam tanpa meninggalkan pelajaran akademik arus Perdana.

Projek terkini adalah membina bangunan 4 tingkat bagi kegunaan pentadbiran , bilik guru dan 16 bilik darjah demi keselesaan pelajar dan guru.. Kos dianggarkan melebihi RM2.2juta. Ketika ini kutipan yang telah berjaya dikumpul l/k RM500k sahaja dan masih banyak diperlukan untuk memenuhi hasrat sebenar. Oleh itu marilah kita sama-sama menyumbang bagi tujuan sebagai saham akhirat samada berbentuk material atau wang tunai bagi sama-sama menjayakan hasrat murni ini dengan menyebarkan blog ini secara SMS/email /facebook dll. kepada rakan-rakan lain. 2 tabung derma disediakan.

1.Untuk pembangunan MATRI atas nama ” AJRUN ” akaun BIMB No:9010010051460 dan hubungi pejabat 04-9381155 (Ustaz Zainuddin). 2.Untuk pembangunan SRIM atas nama “DANA PEMBANGUNAN SRIM no.akaun BANK MUAMALAT:09010001817713 hubungi sekretariat Dana Pembangunan SRIM En.Zaini Samsuddin tel 019-4803708. atau Guru Besar SRIM En.Ishak Osman 04-9381289 (h/p:012-5672603.

Share on Facebook
Posted on August 2nd 2011 in My Info, My Matri

Sarapan with Razak @ Meli Roti Canai Balai Baru Perlis

No Comments »

Sarapan with Razak @ Meli Roti Canai Balai Baru Perlis

Date : 7 Julai 2011
Time : Morning
Place : Meli Roti Canai Balai Baru Perlis
Info : Awai pagi sat sat.. sebelum omaQ pi Taklimat Bengkel Pengurusan Data Pendidikan Perlis.. sempat omaQ pi sarapan @ Balai baru.. saja nak pekena meli roti canai.. lama tak pekena.. sekali pi. terjumpa plak dengan sahabat lama omaQ iaitu Ustaz Razak.. dia dengan anaknya.. baru hantar orang umahnya .. dia skrang mengajar @ Langkawi.. dia balik awai ari nie.. sbb sekolah dia ada sukan… kena plak dia mengajar petang.. sebelum nie.. dok ngajar kat sabah.. kira lapang banyak la bila dapat tukar langkawi… tiap tiap minggu dia akan berulang alik dari langkawi ke kangar la jawabnya…apa apa pon.. ang mmg ayah yang mithali… :) tq razak. sbb banja aku makan roti tadi :)

Share on Facebook
Posted on July 7th 2011 in My Friends, My Matri, My Mpi

Perkasakan BERSIH 5.0!

No Comments »

Perkasakan BERSIH 5.0!

KOTOR, ia harus dibuang, dihapuskan dan dibersihkan segera.

Wahai Para Pendosa! KOTOR membelenggu kalian

Bagikan tersentak dan terkedu.

Memo ini adalah untukmu wahai pendosa, agar merenungi diri dan mendalami diri yang dikotori dengan kejelekan dan kebusukan dosa yang menjijikan. Anda sedang bersama-sama KOTOR.

Wahai pendosa yang terhina, hancurnya sesuatu bangsa, rosaknya jiwa, berpecahnya hubungan kekeluargaan, retaknya sebuah perhubungan dan bersimpang siurnya pemikiran, hanyalah akibat dari dosa-dosa dan kemaksiatan. KOTOR meruntuhkan keamanan dan keteguhan bangsa kita.

Wahai pendosa yang terbelenggu, terhalangnya rezeki, kerasnya hati, dan mengeringnya air mata, hanyalah akibat dosa-dosa dan kemaksiatan. KOTOR membuatkan kalian hilang kepekaan dan kesensitifan perasaan.

Wahai jiwa-jiwa pendosa yang hitam, besarnya kemurkaan Allah, besarnya kekhuatiran dan ketakutan menimpa manusia, hanyalah akibat dari dosa-dosa noda dan kemaksiatan. KOTOR itu membebankan anda.

Wahai pendosa yang berwajah keruh, ketahuilah bahawa diciptakannya neraka yang dahsyat serta pemandangan seksa yang pedih, hanyalah akibat dari dosa-dosa dan kemaksiatan. KOTOR inilah yang akan mengheret anda ke lembah azab yang memedihkan.

Wahai pendosa yang berhati keras, dosa yang engkau lakukan itu menyebabkan perasaanmu sempit, terhimpit, sedih, resah, cemas dan diselubungi keputus asaan. KOTOR ini membelenggu jiwa anda.

Wahai pendosa yang lalai, ketahuilah kalian berada dalam keadaan Kotor. Jiwa kalian sebenarnya diselubungi kejijikan, kekotoran dan kejelekan. KOTOR adalah hayat dan kehidupan anda. Anda sebenarnya mencintai KOTOR!

Ingatan ini buat sesiapa sahaja termasuk diri ini
Wahai diri dan semua yang menyulusuri kehidupan ini
Tidak dapat lari dari tercalit dengan calitan dosa dan noda
Koreksilah diri, semoga memo ini menjadi ingatan yang sangat berguna

Wahai para pendosa yang menggerakan KOTOR!

Jika kalian terlanjur di dalam lembah dosa, maka bersegeralah. Bersegeralah dengan lafaz taubat dan istighfar. Bertaubatlah wahai diri. Nurani, jiwa dan hati kita harus dibersihkan, dijernihkan dan diputihkan segera.

Titik-titik hitam, calaran dan gurisan terukir dihati kita. Semuanya akibat, perbuatan dosa kita sendiri. Ya. Inilah kesan dosa, noda dan maksiat kita sendiri.

KOTOR : Kotor hati

KOTOR ini sedang digerakan oleh kalian. Kalian mengagung-agungkan KOTOR. Jiwa begitu ghairah dan asyik dengan KOTOR. Nafsu memuja-muja aktiviti KOTOR tanpa rasa bersalah.

KOTOR ini harus dihalang, diboikot dan disekat dalam kehidupan kita semua. KOTOR ini menghancurkan keharmonian, ketenteraman dan kedamaian. KOTOR inilah yang menghilang keaslian keBERSIHan jiwa dan hati kita.

KOTOR bukanlah pilihan kita. Ia tidak memberikan apa-apa manfaatkan kepada kehidupan dan life style kita. Ayuh, marilah kita gantikan KOTOR ini dengan budaya hidup yang menjadi anjuran Islam. Islam suka dan gemarkan BERSIH.

Hapuskan KOTOR dengan BERSIH!

BERSIH inilah yang menjadi pilihan kalian. Kalian perlukan BERSIH di dalam kehidupan. BERSIH inilah yang menjernihkan dan membersihkan hati dan jiwa kalian yang telah kotor, busuk dan jijik.

BERSIH 5.0

adalah

langkah untuk kalian melakukan proses penghapusan KOTOR di dalam jiwa kalian.

BERSIH 5.0

Ia haruslah menjadi agenda utama kehidupan kita.
Ia perlu digerakan secara bersepadu dan bersistem.
Ia adalah nadi kekuatan untuk kita pulihkan jiwa yang ternoda.
Ia bukannya main-mainan.
Ia adalah sesuatu yang serius, penting dan utama.

Ayuh kita teruskan kempen memperkasakan BERSIH 5.0 ini.
Ayuh, tuntutannya perlu ditunaikan segera!

Posted by brohamzh

  • Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
  • Posted on July 3rd 2011 in My Artikel, My Matri, My Tazkirah