Pegumuman : Perubahan Tarikh Penghantaran Tugasan Semester Jan 2011

No Comments »

Perubahan Tarikh Penghantaran Tugasan Semester Jan 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Untuk makluman semua para pelajar dan tutor, terdapat perubahan pada tarikh akhir penghantaran semua tugasan Semester Januari 2011 iaitu ditukar daripada 7 Mac 2011 kepada 14 Mac 2011.

Mohon pelajar menghantar tugasan mengikut tarikh yang terkini iaitu antara 1 Mac sehingga 14 Mac 2011.

Sumber :- LMS OUM

Share on Facebook
Posted on February 21st 2011 in My Artikel, My Info, My Oum

Mazhab Ahlul Usul : Apakah Itu Usul Fiqh ?

No Comments »

Mengenali apakah itu Usul Fiqh

Ilmu Usul al-Fiqh (Bahasa Arab: أصول الفقه) merupakan merupakan salah satu cabang ilmu yang berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana masalah ini tidak dijumpai sebarang nas-nas dari al-Quran atau as-Sunnah.

Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.

Sejarah Perkembangan Ilmu Usul al-Fiqh

Zaman Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (al-Quran) dan penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendiri. Namun, terdapat sebahagian Sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada para Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran dan as-Sunnah kerana:

1. penguasaan bahasa Arab yang baik;
2. mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab wurud al-hadis;
3. mereka merupakan para Perawi Hadis.

Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengistinbatkan hukum-hukum. Mereka menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias. Inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib. Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma’.

Pada zaman ini, cara ulama’ mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan zaman Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma’, mereka akan merujuk kepada pandangan para Sahabat sebeum berijtihad. Oleh sebab itu idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul ketika itu. Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi’in seperti Sa’id bin al-Musayyib, ‘Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha’i.

Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah. Bilangan umat Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya percampuran antara orang Arab dan bukan Arab. Kesannya, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan orang-orang Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas. Hal ini menyebabkan para ulama’ mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana ilmu Usul al-Fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.

Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam sebuah kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-Syafie. Kitab ini membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.

Antara skop perbahasan dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah:

1. Dalil-dalil syarak: merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak disepakati.
2. Dilalah (دلالة): merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.
3. Ta’arudh dan Tarjih (تعارض وترجيح): perbahasan tantang percanggahan antara dalil-dalil serta Jalan jalan penyelesaiannya.
4. Ijtihad dan Mujtahid: merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.
5. Hukum-hukum Kulli: merangkumi hukum-hukum taklifi dan hukum wad’ie.

Rencana Utama: Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh

Selepas al-Imam as-Syafie, terdapat ramai ulama’ yang menulis ilmu Usul al-Fiqh. Cara penulisan mereka dibahagikan kepada dua: Tariqah al-Mutakallimin dan Tariqah al-Ahnaf.

Rujukan:
* Muhammad bin Ariffin, Muhammad Zaini bin Yahya, Afandi bin Sahi, 2004. Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
* Mohammad Hashim Kamali, 1999. Principles of Islamic Jurisprudence (Second Revised Edition). Selangor Darul Ehsan: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd.

Share on Facebook
Posted on February 8th 2011 in My Artikel, My Info, My Oum

Pengumuman : Kelas Tutorial 1 PENDIDIKAN ISLAM: TAHUN 3 (SMP) (HBIS2203SMP) Ditunda !!

No Comments »

Tutorial 1

Assalamualaikum…

Dimaklumkan kepada semua pelajar HBIS 2203 bahawa Tutorial 1 pada 29 Januari 2011 Slot 1 dan 2 bersama saya ditangguh pada minggu ini kerana saya akan menghadiri satu konvensyen di Melaka.

Tutorial akan diganti pada 5 Februari 2011..

Jam : 9.00 pagi (gabungan 2 kelas)

Sekian, harap maklum.

AHMAD RAHIMI BIN ISHAK

SUmber :- LMS Forum OUM

Share on Facebook
Posted on January 31st 2011 in My Artikel, My Info, My Oum

Kelas TuTorial 1 Sem 5 Pjj OUM @ IPGM Kampus PerliS

No Comments »

Date : 29 Januari 2011
Time : 8.00 a.m – 2.30 p.m
Place : IPGM Kampus Perlis
Info : Pagi nie omaQ ada first kelas tutorial untuk Sem 5 Pjj OUM @ Maktab Perlis..sebelum mai sini.. OmaQ sempat singgah sarapan @ Kuala Perlis .. Pekena roti canai dulu depan Taman Peladang Jaya Depan IKBN Kuala Perlis.. Layan gak roti dia..

Posted by Abu Fawwaz for WordPress by BlackBerry

Share on Facebook
Posted on January 29th 2011 in My Oum

Kuliah + Tutorial SEM 5 OUM 2011

No Comments »

TUTORIAL NAME

DATE OF TUTORIAL

 TUTORIAL 1

 29/01/2011

 TUTORIAL 2

 12/02/2011

 TUTORIAL 3

 26/02/2011

 TUTORIAL 4

 19/03/2011

BAL2203

SAT WEEK 1 AND 3
 

 BANGUNAN PENTADBIRAN TKT 1 BK 5

08:00 AM – 10:00 AM

NAZIROH BT IBRAHIM

HBIS2203

SAT WEEK 1 AND 3

 BANGUNAN PENTADBIRAN TKT 2 BK 14

10:15 AM – 12:15 PM

AHMAD RAHIMI BIN ISHAK

HBQE2203

SAT WEEK 1 AND 3

 BANGUNAN PENTADBIRAN TKT 1 BK 2

12:30 PM – 02:30 PM

MAHAMAD BIN ABDULLAH

Posted by Abu Fawwaz for WordPress by BlackBerry

Share on Facebook
Posted on January 27th 2011 in My Event, My Oum

Last Day Final Exam OUM 2010 : Al Tajwid

No Comments »

Date : 16 Disember 2010
Time : 9.00 a.m
Place : Dewan IPDA Jitra Kedah
Info : hari nie omaQ ada last exam..alhamdulilah omaQ leh gak jawab.. Nak score tu tak tau la.. Janji ada point nak goreng hehehe

Posted by Abu Fawwaz for WordPress by BlackBerry

Share on Facebook
Posted on December 16th 2010 in My Event, My Life, My Oum

Mee Goreng Nasmir Jitra Kedah

No Comments »

Mee Goreng Nasmir yang nampak sedap.. tapi bila rasa.. kureng sikit…

Date : 9 Disember 2010
Time : 5.00 p.m
Place : Nasmir jitra kedah
Rate : 6/10 dari kesedapan
Info : Petang tadi selepas balik dari jawab exam @ IPDA Jitra kedah.. Omaq dan rakan rakan iaitu Ustaz Hadi dan Ustaz Akmal sempat singah makan kat nasmir Jitra..pekena mee goreng mamak dulu.. Tapi x bapa sedap sangat pon .. Biasa biasa aja

omaQ bersama dengan Ustaz Hadi dan Ustaz Akmal @ Nasmir selepas balik dari jawab Exam untuk paper Bahasa Arab

Posted by Abu Fawwaz for WordPress by BlackBerry

Share on Facebook
Posted on December 9th 2010 in My Makan makan, My Oum

Wedding Amin @ Penang

No Comments »

Wedding Amin @ Penang

Date : 21 November 2010
Time : 2.00 p.m
Place : Permatang Pauh Penang
Info : Petang sat sat..slps omaQ keluar dari cuti2 @ zoo Taiping… Sempat omaQ singgah kenduri umah sahabat Ummu Fawwaz kawin.. Sahabatnya semasa @ UTM dulu…. Amin namanya… Kawin dgn org perak..2-2 chekgu….mudahan mereka berbahagia ke Akhir hayat hendaknya amin :p

P/s :- Maaf Gambar Kurang Jelas sbb ambik pakai BB time nie snap segera and terus upload … lepas nie omaQ upload picture yang omaQ ambik pakia Canon G10 plak no….

Posted by Abu Fawwaz for WordPress by BlackBerry

Share on Facebook
Posted on November 21st 2010 in My Info, My Life, My Oum

Toturial 3 PJJ OUM @ IPGM Kampus Perlis

No Comments »

Modul untuk Bahasa Arab

Date : 16 Oktober 2010
Time : 8.00 a.m – 3.00 p.m
Place: IPGM Kampus Perlis
Info : Pagi ni omaQ ada kelas Toturial untuk T3 …kelas awal..kelas bahasa arab… Hehe awat tak pening sat pagi2 ni heheh

Kusyuk dan pening kepala hehehe

Ustazah Naziroh Pakar Bahasa Arab .. lecture IPGM Kampus Perlis

Said hi !!!! :)

Posted by Abu Fawwaz with WordPress for BlackBerry

Share on Facebook
Posted on October 16th 2010 in My Life, My Oum

Kelas PJJ Pertama Sem 4 OUM 2010 @ IPGM Kampus Perlis

No Comments »

Kelas PJJ Pertama Sem 4 OUM 2010

Date : 25 September 2010
Time : 8.00 a.m
Place. : IPGM Kampus Perlis
Info : Pagi ni omaQ ada kelas pertama PJJ OUM di IPGM kampus perlis..kelas awai pagi nie bahasa arab…pastu x sure kls mana satu .. Sbb dlm portal OUM tak letak..mmg lemah betui pengurusan OUM utk kelas pertama utk Sem 4 ni…

Posted by Abu Fawwaz with WordPress for BlackBerry

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on September 25th 2010 in My Life, My Oum