HANYA MELAYU TERPILIH YANG BERJAYA.
by Ybhg Auzani Johari

Aku terpanggil untuk menaip notes ini kerana aku merasakan yg aku sememangnya sudah benci, meluat & tidak lagi berminat utk membantu bangsaku sendiri utk berjaya. Aku yakin sebagai melayu millennium ramai yang tidak lagi yakin dengan slogan ‘bersatu kita teguh bercerai kita roboh’.
Apa yang dimaksudkan dengan slogan tersebut? Apa yg aku percaya ramai melayu terlalu ghairah dalam menjatuhkan sesama melayu dari bertindak menjayakan bangsa yang mulia ini sendiri. Kita lihat sahaja senario dalam perniagaan. Berapa ramai yang sanggup memberikan sokongan moral kepada usahawan melayu utk berjaya? Aku yakin dimana rationya hanya 8% dari 100% mengapa?
Ini terjadi kerana melayu itu sendiri tidak pernah diberikan minda yg positif dari kecil lagi? Contoh minda yg tidak diasuh; diusia yg kecil kita dimomokkan dengan segala mistik sekiranya pergi kekawasan yg x dibenarkan oleh ahli keluarga kita (iaitu org yg paling dekat dengan kita). Kita ditakutkan dengan hantu yang menggangu, kucing yg datang menggigit hingga ayam datang patuk pon ditakutkan.
Ini sedikit sebanyak merubah peribadi kendiri seseorang dari kental kepada lemah, takut serta tiada keyakinan diri. Hasil dari inilah yg mencorakkan bangsa yg digelar MELAYU mudah takut, tiada keyakinan, tikam belakang serta susah nak berjaya.
Kejayaan bukannya diatas bangsa tetapi terletak pada minda yang didokong oleh seseorang individu tersebut. Contoh paling senang, mengapa Singapura, Amerika serta negara asing berjaya? Ini kerana mereka meletakkan kepentingan bangsa disebelah maka secara x langsung kejayaan negara didokong oleh berbilang kaum.
Melayu akan irihati bila melihat bangsa lain berjaya dan paling bodoh selalu dikatakan ‘Bangsa tersebut bolehlah berjaya kerana mereka urusan halal pun buat haram pun buat’. Apa sajalah minda orang Melayu ni? Mesti usahawan bangsa lain buat benda haram untuk berjayakah? Disitu sahaja telah melihatkan minda Melayu yg terlalu kotor serta mmg banyak negativenya dari positif.
Disyarikat aku sendiri banyak suka duka dalam menjayakan sesebuah perniagaan ini. Aku sering melatih perkerjaku untuk memahami konsep perniagaan semoga suatu masa nanti mereka mampu menjalankan perusahaan mereka sendiri. Kenapa harus aku melatih mereka? Kerana aku mmg sudah masak dengan sifat org melayu yang tak suka bertanya atau melihat. Apa yang mereka tahu mengikut sahaja, jadi aku mengambil inisiatif untuk mengajar dari membiarkan mereka bertanya sebab aku tahu kalau tunggu mereka nak tanya sampai mati x akan tanya.
Aku rangkumkan disini MELAYU YANG TERPILIH HANYA BERJAYA. Dan sini aku sudah malas membimbing melayu, saudara-maraku serta rakan-rakanku untuk berjaya. Lebih baik aku berjaya sesama rakan yang inginkan kejayaan dari aku mencipta kejayaan utk org lain yang sememangnya x mahu berjaya serta x layak berjaya.
P/S: Walaubagaimanapun ramai org melayu diluar sana telah berjaya kerana; sila rujuk tajuk diatas. Dan aku tak mahukan komen yg negatif terhadap notes ini kerana ini adalah pendapat peribadiku dan sekiranya komen negatif masih diberikan anda sememangnya terdiri dari golongan dalam notes ini.
AKU SEORANG USAHAWAN MELAYU DAN AKU BERJAYA!
Sumber :- Facebook Auzani Johari
Share on Facebook
Posted on March 17th 2011 in
My Artikel,
My RedFrame