My Resipi : Spaghetti Bolognese

No Comments »

My Resipi : Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan ( 2 orang )

Untuk Kuah 300 gram daging – dicincang 1/2 biji bawang besar * 3 ulas bawang putih * 1 biji cili merah * 1 sudu besar serbuk cili 3 sudu besar tomato puree Air Garam Gula Bahan-bahan bertanda * dicincang halus.
Untuk Spaghetti Segenggam Spaghetti Air 1 sudu minyak masak

Cara-cara

1. Rebus daging sehingga empuk
2. Tumis bahan-bahan bertanda *
3. Selepas naik bau, masukkan serbuk cili dan tomato puree. Kacau.
4. Masukkan daging bersama air rebusannya. Jika masih pekat, tambah sedikit air.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Kacau sehingga semua sebati dan mendidih. Siap.
7. Panaskan air dan masukkan minyak masak.
8. Tunggu hingga mendidih baru masuk spaghetti.
9. Toskan dan lalukan spaghetti di bawah air sejuk supaya tidak melekat.
10. Sedia dihidang.

Sumber :- http://www.myresipi.com/

Share on Facebook
Posted on November 29th 2011 in My Resipi

My Resipi : Resepi Nasi Kerabu

No Comments »

My Resipi : Resepi Nasi Kerabu

Bahan-bahan (sambal) 5-6 orang

15 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
3 batang serai – diketuk
2 sudu minyak masak
1/2 inci belacan
4 cawan santan
Garam dan gula

Bahan-bahan (ulam kerabu)

Daun kesum
Bunga kantan
Kobis
Kacang panjang
Taugeh

Bahan-bahan (nasi)

Beras
Pewarna biru (resepi asal guna bunga seri pagi)

Bahan-bahan (ikan)

4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah
1 sudu besar lada hitam
Garam dan gula

Bahan-bahan (kerisik)

Kelapa parut

Cara-cara

1. Untuk sambal – kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit, kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat.
2. Untuk ulam kerabu – semua bahan dihiris nipis-nipis kecuali taugeh. Gaul hingga sekata.
3. Untuk nasi – masak nasi seperti biasa, cuma tambah pewarna biru.
4. Untuk ikan – rebus ikan sehingga lembut. Asingkan isi daripada tulang. Goreng isi ikan dan bawang merah tanpa minyak. Masukkan lada hitam, garam dan gula.
5. Untuk kerisi – goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan.

Hidangkan nasi kerabu dengan telur masin, solok lada, ikan kering, ayam goreng atau keropok goreng. Lagi sedap kalau ada budu yang diperah limau nipis/kasturi.

Untuk yang berada di luar negara, tak semua bahan boleh dapat. Tapi boleh guna alternatif lain seperti ikan tuna / sardin ganti ikan kembung.

Sumber :- http://ohmalaysia.com

Share on Facebook
Posted on September 4th 2011 in My Resipi

My Resipi : Nasi Ulam

No Comments »

My Resipi : Nasi Ulam

Bahan-bahan ( beberapa orang )

600 gm nasi yang telah disejukkan

40 gm ikan bilis

40 gm bawang merah

3 helai daun mengkudu

3 helai daun kaduk

5 helai daun pegaga

5 helai daun ulam raja

3 helai daun sekentut

sebatang serai (diracik halus-halus)

1 susu besar kerisik (ditumbuk halus)

1/2 sudu teh serbuk lada

Cara-cara

Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.

masak nasi dan bagi sejuk dulu dan bubuh garam gaulkan.

Mayang bawang merah halus-halus.

Ambil nasi yang sejuk.

Jika ada yang berketul,pecahkan.

Gaul nasi dengan daun-daun,serai,serbuk lada,ikan bilis,kerisik dan bawang.

Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat.

Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya.Lebih banyak lebih sedap.

Sumber : - http://www.myresipi.com

Posted by Abu Fawwaz from my BlackBerry® smartphone

Share on Facebook
Posted on August 16th 2011 in My Makan makan, My Resipi

Pekasam Ikan Puyu

No Comments »

Pekasam Ikan Puyu

Bahan-Bahan:

1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).

Cara:

1)Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.

Cadangan Hidangan:

Untuk lebih ‘kick’ goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar).Ikan tadi dihidangkan bersama perahan limau nipis.

Tambahan:

Jikalau puan-puan tidak gemar ikan air tawar ikan laut pun boleh dijadikan pekasam. ‘SELAMAT MENCUBA’

Sumber : Mesra.net

Posted By Blackberry for WordPress

Share on Facebook
Posted on April 20th 2011 in My Resipi

My Resipi : Pulut Durian

No Comments »

My Resipi : Pulut Durian

Bahan-bahan ( 4 orang )

2 cawan beras pulut (di rendam lebih kurang 3 jam)

1 cawan pati santan

1 cawan air

2 helai daun pandan

Garam secukup rasa

Buah durian

Gula Pasir (Untuk ditabur, jika suka)

Cara-cara

Tos beras pulut yg direndam, kemudian kukus sehingga masak.

Untuk santannya: Masak santan bersama air, daun pandan dan garam. Kacau di atas api yang perlahan sehingga mendidih.

Siap. Boleh di hidang. Cara nk makan: Pulut di gaul dengan santan, isi durian dan sedikit gula.

Sumber : Myresipi.com

Posted By Blackberry for WordPress

Share on Facebook
Posted on April 9th 2011 in My Resipi

My Resipi : Milo Tabur (milo dinousor)

No Comments »

Bahan-bahan ( 1 mug )

* 3sudu milo
* susu/gula ikut rasa msing2 ,
* air panas
* ais ketul
* milo utk tabur

Cara-cara

1. cmpurkan milo,susu/gula dlm stu mug .
2. campur air panas
3. n then kacau air milo tu .
4. letakkan ais di dlm mug
5. taburkan milo .
6. siap simple kan ?!

Sumber :- http://myresipi.com

Share on Facebook
Posted on February 18th 2011 in My Resipi

My Resepi : Kuah Yong Tau Fu

No Comments »

Resepi Kuah Yong Tau Fu

Bahan-bahan

2 sudu petis/otak udang (shrimp paste)
1 sudu tepung jagung
2 biji Gula Melaka
2 ulas bawang putih yang ditumbuk halus
4 sudu sos cili
Gula
Garam

null

Cara-cara

1. Panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan gula Melaka. Masak sehingga agak pekat sedikit.
2. Masukkan petis udang, sos cili, bawang putih, garam dan gula secukup rasa.
3. Kacau tepung jagung sehingga sekata di dalam cawan yang berisi air. Masukkan ke dalam periuk.
4. Kacau sehingga sebati. Biarkan 2-3 minit di atas api.
5. Siap untuk dihidangkan dengan bebola ikan, sotong, ketam dan sebagainya yang telah dicelup dalam air panas.

Selamat Mencuba !!

Sumber :- Ohmalaysia.com

Share on Facebook
Posted on February 9th 2011 in My Resipi

My Resipi : Ikan Yu Masak Kunyit

No Comments »

Ikan Yu Masak Kunyit


Gambar Hiasan

* sesuai dimakan bersama nasi putih

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 2 ekor ikan yu yang sederhana besar
* 2 sudu makan chili giling
* 3 ulas Bawang Merah ( ditumbuk halus)
* 2 ulas Bawang Putih ( ditumbuk halus )
* 1 inci Halia & Lengkuas ( ditumbuk halus )
* 2 sudu besar tepung kunyit
* 1 batang serai (dititik)
* 1 sudu kecil serbuk kari
* 1 keping asam gelugur
* garanm & serbuk perisa

Cara-cara

1. Rebuskan ikan Yu selama 10 minit bagi membuangkan kulit ikan Yu yang ada berpasir sedikit.
2. Lepas itu basuhkan ikan tersebut dan potong ikut sesuka hati anda
3. Tumiskan bahan- bahan diatas bersama asam gelugur sampai naik bau.
4. Lepas itu masukkan serbuk kunyit & kari ..biarkan sekejap
5. Kemudian masukkan ikan dan sedikit air, pastikan air tidak terlampau banyak.
6. Lepas itu masukkan garam dan serbuk perisa.
7. Biarkan selama 10 minit dan biarkan kuahnya nampak pekat sedikit.
8. Selepas itu bolehlah di angkat dan dihidangkan bersama nasi putih yang panas…

Sumber :- http://www.myresipi.com

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on January 28th 2011 in My Resipi