Archive for 'My Sunnah'
Kuliah Fathul Bari @ Masjid Padang Katong Perlis
March 16th, 2010. Published under My Sunnah. No Comments.

Ustaz Fathul Bari omaQ snap pakai camera hanset sony.. jauh.. gambar blur sikit
Date : Last 2 Week
Time : 7.30 p.m
Place : Masjid Padang Katong Perlis
Info : Minggu lepas omaQ pi kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Fathul Bari di Masjid Padang Katong Perlis. dia sampaikan kuliah waktu maghrin sampai Isyak.. selepas kuliah nielah Ustaz Fathul Baru kene tangkap mengajar tanpa tauliah @ Negeri Sembilan... mmg tidak dinafikan bahawa gerakan dakwah ini akan lalui liku liku cabaran dan ujian dari Allah… sedangkan Nabi pon banyak halangan yang dilaluinya…mudahan Dakwah menegakkan Sunnah dapat diteruskan..

omaQ membuat nota kecil sepanjang sesi pengajian kuliah berlangsung

Nota untuk bacaan masa mendatang

Ahli jemaah yang hadir
Sunnah Nabi Ketika Bangun dari tidur
March 15th, 2010. Published under My Sunnah. No Comments.
SUNNAH-SUNNAH KETIKA BANGUN DARIPADA TIDUR
Oleh : Syaikh Khalid al Husainan
(a).Mengusap Wajah Dengan Tangan
Hal ini menurut Imam An-Nawawy dan Al Hafidz Ibnu Hajar sebagai sesuatu yang dianjurkan berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
” Ertinya : Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya” ~Hadits Riwayat Muslim no. 763
(b). Doa Ketika Bangun Daripada Tidur
الحمد لله الذي أحيانا بعدما أماتنا، وإليه النشور
“Ertinya : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah ditidurkanNya dan kepadaNya kami dibangkitkan” ~Hadits Riwayat Bukhari no. 6312 dan Muslim no. 2711
(c). Bersiwak (Menggosok Gigi)
“Ertinya : Adalah Rasulullah apabila bangun malam membersihkan mulutnya dengan bersiwak (menggosok gigi) ~Hadits Riwayat Bukhari no. 245 dan Muslim no. 255
(d). Beristintsaar (Mengeluarkan /Menyemburkan Air Dari Hidung Sesudah Menyedutnya)
“Ertinya : Apabila seorang di antara kalian bangun tidur maka beristintsaarlah tiga kali kerana sesungguhnya syaitan bermalam di batang hidungnya”~Hadits Riwayat Bukhari no. 3295 dan Muslim no. 238
(e). Mencuci Kedua Tangan Tiga Kali.
Berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
Ertinya : Bila salah seorang di antara kamu bangun tidur, janganlah dia menyelamkan tangannya ke dalam bekas, sebelum dia mencucinya tiga kali ~Hadits Riwayat Bukhari no. 162 dan Muslim no. 278
(Disalin daripada kitab Aktsaru Min Alfi Sunnatin Fil Yaum Wal Lailah, edisi Indonesia Lebih Dari 1000 Amalan Sunnah Dalam Sehari Semalam, Penulis Khalid Al-Husainan, Penterjemah Zaki Rachmawan)
http://www.almanhaj.or.id/content/938/slash/0
Sumber :- lobaitampin
Kenapa Nabi Muhammad Berkahwin Lebih?
March 5th, 2010. Published under My Sunnah, My Tazkirah. No Comments.
Bismillahirrahman al-rahim.
Demi yang menciptakan hati manusia, demi yang mengurniakan rasa cinta dan kasih, demi yang mengurniakan taufik dan hidayah, tunjukilah kami semua jalan yang benar, jalan para Anbiya’, Siddiqin, Syuhada’ dan Solehin, sesungguhnya engkau Ya Allah maha berkuasa ke atas setiap sesuatu”.
Ramai ulama yang tidak membincangkan perkara ini kecuali untuk menjawap keraguan-keraguan dan tohmahan yang ditimbulkan oleh orientalis dan beberapa anak-anak islam yang liberal @ jahil agama. Sepatutnya semua tindakan Nabi tidak dipertikaikan dan dipersoal jika keimanan kita kepada baginda menebal. Ini kerana Nabi tidak melakukan sesuatu kecuali dengan perintah tuhan. Saya timbulkan persoalan ini sebagai menjawap kepada keraguan-keraguan yang ditimbulkan oleh beberapa golongan yang mahu mencalarkan imej kenabian Muhammad bin Abdullah insan termulia, pemilik syafaat pada hari akhirat dengan izin Allah Ta’ala.
Mari kita fahami kelebihan yang Allah berikan kepada Nabi ini tanpa kita cuba menyeleweng dan menjadikannya hujjah kepada kesesatan sebahagian orang yang berkahwin lebih daripada 4 orang dalam satu masa. Kemulian yang dikurniakan kepada Nabi ini, iaitu kahwin lebih daripada 4 orang adalah perkara yang khusus kepada baginda & tidak dihalalkan kepada umatnya. Demikian juga dibolehkan bagi Nabi mengahwini wanita yang dimahukannya tanpa memberi mahar. Seperti juga permasalahan khumus (1/5) yang diperuntukkan hanya kepada Nabi. Justeru wajar diketahui bahawa disana terdapat beberapa perkara khusus hanya dibolehkan untuk baginda Nabi sahaja berdasarkan kepada dalil-dalil kitab dan sunnah.
Terdapat banyak hikmah yang dapat dikaji daripada keizinan ini kepada Nabi Muhammad Alaihissolatu Wassalam. Nabi tidak pernah bertindak mengikut hawa nafsunya kerana baginda maksum, ditarbiyah dan dipantau oleh Allah Ta’ala. Semua perbuatan baginda adalah terpuji. Nabi tidak pernah marah dan membalas dendam untuk mengambil hak-haknya, akan tetapi marahnya baginda adalah jika hak-hak Allah dicerobohi, marah Nabi adalah jika hak-hak agama ditentang dan dipermainkan. Mari kita lihat beberapa hikmah kepada pernikahan Nabi yang semuanya berjumlah 9 orang dalam satu masa.
Hikmah Mendidik dan Mentarbiyah;
Ini dapat dilihat dengan jelas apabila isteri-isteri nabi yang merupakan ibu-ibu kepada seluruh umat islam menjadi ilmuan yang terkenal dan dihormati oleh para sahabat. Lebih khusus lagi mereka inilah yang mengajarkan kita ilmu-ilmu rumahtangga dan apa-apa permasalahan hukum hakam berkait dengan wanita. Kita mengetahui petunjuk-petunjuk Nabi tatkala Nabi bermuamalah bersama isteri-isterinya melalui Ummahatil Mukminin. Bagaimana cara-cara yang diajarkan baginda dalam masalah perhubungan suami isteri, dalam permasalahan haid dan nifas, dalam permasalahan tandas dan sebagainya. Ummul mukminin Aisyah binti Abu Bakar adalah isteri Nabi yang paling berilmu. Paling dihormati dari sudut keilmuaannya oleh para sahabat yang telah banyak meriwayatkan hadis-hadis Nabi.
Justeru inilah kesan yang dapat dilihat hasil daripada pernikahan baginda yang sebenarnya bertujuan tarbiyah dan mendidik serta melahirkan seorang wanita mukminah yang memahami dan beramal dengan tuntutan agama. Sebagai contoh hadis dalam soheh bukhari dan muslim yang diceritakan oleh Ummu Salamah Radiyallahu anha berkata; “Telah datang seorang perempuan kepada Nabi lalu berkata; “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu daripada perkara-perkara yang hak, adakah seorang wanita wajib mandi jika dia bermimpi?” Nabi menjawap kepadanya; (Ya, jika dia melihat air).
Hikmah Pensyariatan;
Banyak hikmah dan manfaat yang dapat diambil daripada pernikahan Nabi yang ramai itu. Ianya melibatkan pensyariatan kepada agama ini dan menjelaskan kepada beberapa hukum islam itu sendiri. Islam membatalkan beberapa hukum-hukum jahiliyyah yang tersohor ketika itu. Sebagai contoh permasalahan berkaitan dengan anak angkat. Arab jahiliyyah mengaggap bahawa anak angkat menjadi pewaris dan mewariskan, haram dinikahi dan sebagainya yang mengambil hukum seorang anak kandung. Nabi juga pernah mengambil anak angkat bernama Zaid bin Harithah yang akhirnya menceraikan isterinya bernama Zainab binti Jahsyin disebabkan beberapa pertelingkahan rumahtangga diantara mereka.
Nabi meminati Zainab binti Jahsyin setelah diceraikan. Lalu Allah memerintakan agar dinikahi oleh Nabi. Tetapi kerana Nabi risau kepada percakapan orang-orang munafik dan fitnah yang bakal ditimbulkan maka nabi melengah-lengahkannya. Pasti mereka akan mengatakan “Muhammad telah menikahi isteri kepada anaknya (Zaid)”. Akhirnya turun ayat yang menyangkal tindakan Nabi itu. Allah berfirman dalam al-Ahzab ayat 37 yang maksudnya;
“Dan (ingatlah), ketika kamu Berkata kepada orang yang Allah Telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu (juga) Telah memberi nikmat kepadanya: “Tahanlah terus isterimu dan bertakwalah kepada Allah”, sedang kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah-lah yang lebih berhak untuk kamu takuti. Maka tatkala Zaid Telah mengakhiri keperluan terhadap Istrinya (menceraikannya), kami kawinkan kamu dengan dia[1] supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (mengawini) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu Telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya [2], dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi”.
Lihatlah hikmah daripada pernikahan ini yang ianya datangnya daripada arahan Allah. Sebab itulah Zainab bte Jahsyin berbangga dengan pernikahan ini dan ianya menjadi satu-satunya aset termahal beliau kerana dinikahkan oleh Allah daripada atas langit. Dalam soheh Bukhari dinyatakan bahawa Zainab berbangga ke atas isteri-isteri Nabi yang lain dan berkata; “Kamu semua dikahwinkan oleh ahli keluarga masing-masing, sedangkan aku dikahwinkan oleh Allah daripada atas langit yang tujuh”. Dengan pernikahan Nabi ini, maka terbatallah beberapa hukum jahiliyyah dan persepsi buruk mereka kerana Nabi telah menikahi bekas isteri kepada anak angkatnya. Maha suci Allah yang tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
Hikmah Sosial & Kemasyarakatan;
Ini dapat dilihat daripada perkahwinan Nabi dengan Aisyah yang merupakan anak kepada Abu Bakar as-Siddiq. Insan yang paling banyak menyumbang kepada agama Allah. Yang paling banyak membantu baginda dari semua segi sehinga tidak mampu dibalas oleh Nabi. Kemudian pernikahan Nabi dengan Hafsah binti Umar al-Khattab. Pernikahan ini amatlah menggembirakan Abu Bakar dan Umar yang masing-masing menawarkannya kepada baginda. Dengan pernikahan ini juga menjadikan hubungan kekeluargaan semakin erat dikalangan kabilah Quraish yang terkenal. Ini secara langsung menjadikan hati orang-orang kafir Mekah semakin hampir terhadap dakwah Nabi. Demikianlah pernikahan Nabi dengan anak perempuan Abu Sufian yang mana Abu Sufian ketika itu masih kafir. Apabila sampai khabar berita itu kepada Abu Sufian, beliau tidak membantahpun, bahkan memujinya sedangkan beliau ketika itu amat memusuhi Nabi. Ini kerana mereka mengetahui bahawa nabi muahammad adalah insan yang mulia, bertanggungjawab bahkan sangat jujur (al-amin) seperti diakui sendiri oleh kafir Quraish sebelum perutusan Nabi.
Perkahwinan ini menjadi kebanggaan kepada bapa-bapa mertua Nabi. Menjadi kemulian kepada mereka dan secara langsung menguatkan hubungan mereka secara nasab dan perbesanan. Justeru hikmahnya dapat diketahui melalui hikmah social dan amatlah salah jika perkahwinan ini hanya dikaitkan dengan nafsu semata-mata. Amatlah silap, biadap bahkan menjadi kafir jika Nabi dipersendakan dengan sebab perkahwinan baginda yang ramai ini. Semua yang dilakukan oleh Nabi ini telah mendapat keredhoaan Allah, maka siapakah anda untuk mempertikaikan? Bahkan para Anbiya’ sebelum baginda dikalangan Bani Israel lebih banyak bilangan isteri mereka berpuluh kali ganda berbanding Nabi Muhammad. Umpamanya Nabi Sulaiman, mengapakah tidak timbul prejudis terhadap beliau menurut pandangan orientalis? Jelaslah bahawa kedengkian mereka terhadap islam dan Nabi menjadikan mereka mencari-cari kelemahan tertentu yang kononnya boleh menjadi umpan bagi memesongkan akidah umat islam.
Hikmah Politik;
Perkahwinan seringkali menjadi penyumbang kepada perubahan banyak pihak. Sekurang-kurangnya ianya memberi kesan samada positif mahupun negetif kepada hidup seseorang. Sebab itu islam melarang wanita mengahwini golongan kafir dan membenarkan muslimin mengahwini kafir ahli kitab. Ikatan individu terhadap sesuatu kaum melalui pernikahan menjadi kuat, permusuhan menjadi kurang, dan hati semakin terbuka untuk menerima sesuatu pandangan. Demikian diterimanya dakwah Nabi oleh kaum arab jahiliyyah yang sangat kasar tabiatnya. Lihatlah bagaimana kehebatan siasah @ politik Nabi dalam menjalankan tugas dakwahnya.
Mari kita lihat beberapa contoh perkahwinan Nabi yang melibatkan hikmah politik. Sebagai contoh, perkahwinan Nabi dengan Juwairiyah bte al-Harith. Bapa Juwairiyah adalah ketua kaum bani al-Mustoliq. Juwairiyah ini telah ditawan bersama ahli keluarganya setelah tewas dalam peperangan. Maka beliau datang kepada Nabi meminta supaya dibebaskan daripada menjadi tawanan kaum muslimin dengan meminta bantuan kewangan daripada Nabi. Nabi telah menawarkan kepada Juwairiyah untuk membayar pampasan baginya dan mahu menikahi dirinya. Juwairiyah telah menerima lamaran tersebut dan bersetuju menjadi isteri baginda. Tatkala para muslimin mengetahuinya mereka berkata; “Besan kepada Nabi dibawah tawanan kita?”. Maka mereka membebaskan semua tawanan yang punya hubungan persaudaraan dengan Juwairiyah yang jumlah mereka 100 keluarga. Akhirnya mereka semua memeluk islam setelah melihat penghormatan muslimin terhadap keluarga tersebut. Rujuk kisah ini dalam sunan Abi Daud no 3429 “Bab Fi Bai’e Makatib…”. Lihatlah ketinggian politik Nabi yang akhirnya menjadi sebab kepada keislaman mereka!
Demikianlah juga hal pernikahan Nabi dengan Sofiah binti Huyai yang merupakan anak kepada seorang pembesar Yahudi Khaibar (Huyai bin Akhtob). Hal yang sama juga berlaku dalam kes pernikahan Nabi dengan anak Abu Sufian bernama Ramlah yang kematian suaminya. Ramlah telah memeluk islam ketika di Mekah dan berhijrah ke Habsyah. Disanalah suaminya meninggal dunia yang menyebabkan Ramlah binti Abu Sufian keseorangan dibumi asing. Apabila Nabi mendapat khabar, lalu baginda menghantar surat kepada Najasyi untuk menikahinya. Betapa gembiranya Ramlah apabila dimaklumkan hal itu oleh Najasyi, kerana Ramlah mengetahui bahawa pasti dia dipaksakan kepada kafir jika kembali ke Mekah dan tinggal bersama keluarganya.
Pernikahan ini menjadi sebab kepada kurangnya seksaan terhadap umat islam di Mekah. Ianya juga telah melunakkan hati golongan kafir Bani Umayyah kepada islam disebabkan ikatan perkahwinan ini. Demikianlah diantara hikmah-hikmah pernikahan baginda melebihi 4 orang dalam satu-satu masa. Ianya didasari niat dakwah. Ianya adalah dengan keizinan Allah dan ianya adalah kemulian kepada Nabi yang Allah mengharamkan orang islam menikahi isteri-isteri Nabi setelah kewafatan baginda pada tahun 10 Hijrah.
Diantara maklumat terpenting yang wajar diketahui ialah, semua isteri-isteri Nabi adalah janda kecuali Aisyah bte Abu Bakar sahaja. Ini menjadi bukti jelas bahawa perkahwinan Nabi adalah didasari oleh iman, sifat rahmah, memelihara akidah, tarbiyah, siasah, dan lain-lain lagi maslahat umum melibatkan umatnya. Wallahu a3lam.
[1] Maksudnya: setelah habis Eddahnya.
[2] Yang dimaksud dengan Orang yang Allah Telah melimpahkan nikmat kepadanya ialah Zaid bin Harisah. Allah Telah melimpahkan nikmat kepadanya dengan memberi taufik masuk Islam. Nabi Muhammadpun Telah memberi nikmat kepadanya dengan memerdekakan kaumnya dan mengangkatnya menjadi anak. Ayat Ini membuktikan bahwa harus bagi umat islam mengawini bekas isteri anak angkatnya.
sumber–hafiz basir
Anak bekas mufti dituduh mengajar tanpa tauliah
March 2nd, 2010. Published under My Info, My Sunnah. No Comments.
Anak bekas mufti dituduh mengajar tanpa tauliah

Anak bekas mufti Perlis Fathul Bahri Mat Jahaya dituduh mengajar agama tanpa tauliah selepas ditahan ketika berceramah di sebuah sebuah pusat pengajian agama di Kuala Pilah semalam.
Fathul Bahri, 30, yang dituduh bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah 2003 Negeri Sembilan mengaku tidak bersalah dan dan mohon dibicarakan.
Mahkamah Rendah Syariah memutuskan, kes tersebut akan dibicarakan pada 5 April depan.
Ketika dihubungi Malaysiakini selepas prosiding tersebut pagi tadi, Fathul Bahri mengesahkan tangkapan dan pendakwaan terhadapnya itu.
“Saya sekarang ini dalam proses mendapatkan khidmat peguam bagi menangani kes ini,” katanya yang kini berkhidmat sebagai penasihat agama di sebuah pusat perubatan terkenal di ibu negara.
Menceritakan pengalannya ditangkap pada kira-kira 11.30 malam tadi, Fathul Bahri berkata, beliau ketika itu sedang menyampaikan ceramah – berhubung topik Maulidur Rasul, akidah dan perpaduan umah – di Maahad Ittiba Sunnah, berhampiran dengan Jalan Seremban-Kuala Pilah.
Katanya, selepas sejam mengajar, sekumpulan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan anggota polis – sekurang-kuranya 30 orang – hadir dan menghentikan program tersebut.
Gagal pohon tauliah di Selangor
Suasana menjadi kecoh seketika apabila sebahagian pelajarnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, tambahnya.
Selain Fathul Bahri, JHEAINS turut dilaporkan menahan tiga lagi lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun atas tuduhan bersubahat.
Dalam tangkapan semalam, Fathul Bahri dan kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk soal siasat.
Jika disabitkan bersalah, Fathul Bahri dan tiga lelaki tersebut boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.
Pada 12 November tahun lalu, isu kegagalan permohonan tauliah Fathul Bahri dan enam lagi sarjana Islam di Selangor terkemuka pernah ditimbulkan dalam seidang DUN di negeri itu oleh wakil rakyat Hulu Kelang Saari Sungib.
Perkara tersebut dikaitkan banyak pihak dengan pendekatan ‘Wahabi’ yang didakwa digunapakai golongan tersebut. Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagaimanapun dilaporkan menafikan tanggapan tersebut.
Fathul Bari berkelulusan sarjana muda dalam bidang pengajian hadis di Universiti Madinah, sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan.
Beliau kini sedang menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur.
Sumber: http://malaysiakini.com
Ustaz Fathul Bari Ditangkap Mengajar tanpa Tauliah!!!
February 28th, 2010. Published under My Info, My Sunnah. 17 Comments.
Ustaz Fathul Bari Ditangkap Mengajar tanpa Tauliah!!!

Date : 28 Februari 2010
Time : 11.30 a.m
Place : Kuala Pilah Negeri Sembilan
Info : Malam sat sat.. omaQ terima sms dari sahabat sunnah omaQ…Zawani bagi tau yang ustaz Fathul Bari kene tahan di kuala Pilah sbb mengajar tanpa tauliah…

Maklumat Dari Facebook : Ust fathul bari diantara pakar hadis seleps Dr radhi dan Dr asri , golongan muda pembela hadis , nilai ilmu sebegini hebat namun disebabkan mempertahankan adat temurun punya amalan , mereka mengambil jalan tangkap menangkap ..jika anda iaitu JAKIM DAN JAIS ingginkan penyatuan , mari berdiri dan berdebat secara ilmiah , biarpun amalan debat tidaklah… sebahagian dari sunnah , namun debat atas menjelaskan kebenaran disebalik pengkhianatan Tangkap menangkap adalah harus , mari berdebat …hamba rasa mereka gementara untuk berdebat kerana kebanyakkan yang berkerja di Jakim hanyalah lepasan SPM
Perarakan Maulidurrasul: Ini bukan cara mencintai nabi
February 15th, 2010. Published under My Info, My Sunnah. No Comments.
( Petikan Email warga omaQ.org)
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Saya ada membaca tulisan seorang sahabat yang mendedahkan fakta isu perarakan MaulidurRasul yang dikatakan dibatalkan di Pulau Pinang.
Saya jarang menulis isu politik di sini, tetapi jika dilihat akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan sangat suka memainkan isu sebegini.
Jika sebelum ini isu kalimah Allah digembar-gembur, kali ini isu MaulidurRasul.
Selagi mana umat Islam menjadi umat yang jahil, pemalas untuk mengkaji Islam melalui sudut wahyu, selagi itulah umat Islam akan diperbodohkan oleh umat Islam yang lain dan bukan Islam sudah pastinya.
Oleh kerana kemalasan mengkaji Islam, dan kejahilan yang teramat sangat, kita melenting apabila isu nama Allah timbul. Disebabkan kejahilan, dan sudah dibiasakan bertaqlid buta kepada tradisi datuk nenek, kita melenting apabila isu perarakan Maulidurrasul dibatalkan timbul.
Umat Islam terus diperbodohkan. Kita menjadi sensitif kepada isu-isu yang tidak patut diperbesarkan, tetapi kita membiarkan banyak masalah akidah umat berleluasa.
Di sini saya pastekan satu tulisan seorang sahabat yang membongkar isu sebenar di sebalik pembatalan perarakan Maulidurrasul:
Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana membatalkan perarakan Maulidur Rasul Peringkat negeri seperti yang dilaporkan dalam Utusan. Sekadar ingin memetik pandangan “anak imam” ini yang menyatakan:
“Sambil mempersoalkan tindakan itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng nampaknya mula mempraktikkan satu sikap baru iaitu mereka enggan mendukung cita-cita serta hasrat yang membabitkan kepentingan umat Islam.”
Saya jadi terpinga-pinga dengan kenyataan ini. Sejak bila perarakan Maulidur Rasul menjadi satu “kepentingan umat Islam” Lebih memeranjatkan lagi kenyataan dangkal dari bekas Perdana Menteri dalam Malaysia Insider yang ingin saya petik sebagai berkata:
“Abdullah (gambar), yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.
“Pandangan sebegitu tidak sepatutnya ada dalam fikiran kerajaan negeri sebab Maulidur Rasul adalah sambutan yang tiap-tiap tahun diadakan, perayaan yang aman dan tidak menjadi perayaan yang mencetuskan apa-apa yang tidak baik,” katanya kepada pemberita di IKIM di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini.”
Kemudian Dr Mohd Puad Zarkashi pula dipetik sebagai berkata:
“Maulidur Rasul adalah satu sambutan yang amat penting bagi umat Islam, untuk mengingati Rasulullah (SAW). Jikalau mereka mahu membatalkannya kerana takut akan terjadinya demonstrasi, maka ia adalah satu pandangan yang amat sempit,” katanya kepada Bernama di Rengit hari ini.
Saya merasakan sekiranya benar kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini, ia bukan satu yang pelik. Ini kerana dalam rekod Sambutan Maulidur Rasul ketika di zaman Barisan Nasional memerintah juga tidak menganjurkan perarakan. Dari tahun 2003-2005 rekod JAIPP menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengajurkan perarakan Maulidur rasul. Mungkin Pak Lah lupa bahawa ketika itu beliau merupakan Perdana Menteri dan negeri kelahirannnya ini tidak menganjurkan perarakan maulidur rasul. Pada tahun 2003 sambutan Maulidur rasul diadakan di Sekolah Menengah Teknik Bukit Minyak, SPT tanpa perarakan maulidur rasul. Pada tahun 2004 sambutan maulidur rasul telah diadakan di Dewan Muhibbah, Sungai Dua Butterworth, Seberang Perai Utara tanpa perarakan. Pada tahun 2005 sambutan Maulidur Rasul diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaaan Mutiara Impian, Seberang Perai Selatan tanpa perarakan. Kenapa sekarang apabila kerajaan negeri khabarnya tidak menganjurkan perarakan menjadi isu pula? Ia jauh lebih pelik kerana kini UMNO tanpa sebarang keraguan akan menggunakan apa juga isu semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.
Semalam EXCO Agama Pulau Pinang melaporkan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai niat untuk tidka mengajurkan perarakan maulidur rasul tetapi akan meneruskan perarakan tersebut. Ketua Menteri ketika di dalam ceramah pula mencabar Timbalan Perdana Menteri itu untuk ikut serta dalam perarakan maulidur rasul yang akan diadakan nanti.
Sekiranya pihak kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sekalipun itu bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ini kerana Maulidur Rasul bukan sekadar perarakan! Perasaan cinta dan kenal rasul tidak terbit hanya dengan berlarak ke hulu ke hilir. Tetapi yang menjadikan kita mencintai rasul adalah apabila kita mengenali rasul, memahami dan mengambil pengajaran (ibrah) dari perjuangan ar-Rasul.
Untuk pengetahuan, kerajaan Pulau Pinang pada tahun ini akan mengajurkan satu majlis ilmu khas untuk menimbulkan perasaan cinta kepada rasul dengan Majlis Bacaan Kitab Sirah selama 2 hari. Kitab yang akan digunakan adalah Syamail Muahamad karangan Imam Turmizi.
Saya jarang ingin melahirkan kekecewaan saya. Tapi kali ini saya ingin menyatakan dengan jelas perasaan kecewa saya terhadap rakan-rakan yang kononnya bersama saya berjuang untuk menegakkan sunnah. Tidak sedikit pun saya mendengar atau membaca kenyataan keras dari rakan-rakan yang menolak pandangan jumud dari pihak Pak Lah, Dr Fuad ataupun Muhyiddin Yassin mengenai perarakan maulidur rasul. Saya merakamkan di sini bahawa perjuangan dakwah sunnah tidak boleh berpihak kepada mana-mana pihak. Jika keberanian menegur hanya untuk sesetegah kelompok maka tidak berguna lagi kita mengatakan kita mengikut jejak langkah Salafus Soleh..berapa ramai di kalangan mereka tegas dengan pendirian dan ada dikalangan mereka yang menemui syahid hanya kerana ketegasan mereka mempertahankan apa yang mereka yakini sebagai kebenaran.
oleh Abu Hasif
Saya petik kembali tulisan saya sebelum ini berkaitan isu ini:
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Membaca berita kebelakangan ini, melihatkan isu keagamaan dan perkauman asyik dimainkan media.
Hari ini membaca berita tentang isu perarakan Maulid Nabi dibatalkan.
Ini sendiri menunjukkan kebodohan umat Islam [atau barangkali ada orang Islam yang cuba membodohkan umat Islam]. Melenting tak tentu pasal.
Perarakan Maulid Nabi yang bukan ajaran Islam tu, bahkan sebahagian Ulama’ mengharamkan sambutannya, sibuk nak dipertahankan seolah-olah perkara itu adalah ajaran Islam.
Apakah ini cubaan memecah belahkan rakyat majmuk Malaysia.
Punya banyak masalah umat Islam yang kita bisukan, tiba-tiba hal yang tak ada kaitan dengan ajaran Islam ini kita sibuk nak pertahankan.
Kadang-kadang terfikir mereka yang sejak kebelakangan ini sibuk menjadi hero Islam, berdemo ke sana sini, cakap berapi-api, apakah mereka ini wajah-wajah yang memenuhkan masjid-masjid Allah?
Mungkin kalau umat Islam nak melenting, antara isu yang patut ialah apabila kuliah-kuliah di masjid-masjid dihalang.
Masjid-masjid ditadbir oleh bukan ‘orang masjid’, muka payah nampak di masjid, tetapi dapat jawatan tadbir masjid.
Duit masjid diguna untuk mencantikkan masjid, bina menara, tetapi bila nak minta duit tu untuk buat program-program dakwah sangat susah nak dapat.
Lagi… Berpuluh-puluh benda yang patut umat Islam protes, tapi isu pembatalan perarakan Maulid Nabi itu tiada sebab untuk diprotes kerana ia bukan ajaran Islam, bukan sunnah Nabi, bahkan sebahagian ulama’ mengharamkan sambutan hari lahir nabi.
Cinta Nabi ialah dengan mempelajari sunnahnya, mengamalkannya, dan menyebarkannya. Bukanlah cinta Nabi untuk melenting tidak tentu pasal, lalu hanya memalukan Islam dan Nabi yang membawanya.
Forum Perdana: Kalimah Allah
February 11th, 2010. Published under My Event, My Sunnah. No Comments.

Kuala Lumpur, 7 Feb 2010:- Forum Perdana: Kalimah Allah yang disertai oleh Dr Mohd Asri bersama-sama Ustaz Nasarudin Hasan dan Dato’ Dr Chua Jui Meng semalam membincangkan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam di Malaysia yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Forum yang bermula pada jam 9.30 malam itu diadakan dalam rangka untuk mencari satu jalan penyelesaian dalam membentuk keharmonian di kalangan agama di Malaysia selain untuk memperoleh pandangan dari golongan bukan Islam.
Dr Mohd Asri memberikan ulasan bahawa Islam secara dasarnya tidak menegah orang selain Islam untuk menyebut nama Allah. Katanya lagi, hal ini sudah dibincangkan secara menyeluruh di dalam Islam dan tiada wujud larangan dalam Islam untuk menghalang orang bukan Islam menyebut nama Allah, bahkan wujud berbagai dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang menyebut bahawa orang bukan Islam sejak dari dahulu lagi telah menggunakan atau menyebut kalimah Allah di dalam percakapan mereka.
Tindakan untuk mengharamkan penggunaan kalimah Allah ini bagaikan telah mewujudkan satu situasi yang bertentangan dengan apa yang dirincikan oleh al-Quran, dan untuk membenarkannya seratus peratus pula barangkali akan menimbulkan satu kekeliruan serta membangkitkan satu keadaan yang boleh mencabar sensitiviti umat Islam. Sedangkan apa yang sepatutnya berlaku adalah perlu diwujudkan satu garis panduan dalam mewujudkan sesuatu yang selari dengan apa yang disuruh oleh agama.
Tegasnya lagi, perbezaan antara orang Islam dan kafir bukanlah isu nama tuhan, akan tetapi pada tauhid dan syirik. Dan tiada sepatutnya timbul kekeliruan dalam beraqidah walaupun nama Allah digunakan oleh orang Kristian kerana ilmu aqidah yang ada pada umat Islam sepatutnya mampu membezakan Allah yang digunakan oleh umat Islam dan perbezaan oleh orang Kristian.

Ustaz Nasarudin Hasan dalam mengulas isu ini mengatakan bahawa masyarakat perlu membuka pintu diskusi dalam membincangkan serta menyelesaikan isu ini secara terhormat. Katanya, masalah seperti ini memerlukan satu ruang dialog di antara agama terutamanya bagi mengelakkan berlakunya ketegangan di dalam negara ini.

Sementara itu, Dato’ Dr Chua pula menegaskan bahawa perkara ini – penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam – sudah lama berlaku, dan sepatutnya tiada polemik yang timbul akibat perkara ini. Apa yang diperlukan adalah penyelesaian secara harmoni dan bijaksana.

Secara tuntas, forum semalam bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh non-Muslim di Malaysia, namun perlulah diwujudkan satu garis panduan yang sebenar dalam melenturkan semula isu ini.
Pengajian Aqidah : Kitab Usul Tsalatsah
February 5th, 2010. Published under My Event, My Sunnah. No Comments.

Date : 7 Februari 2010
Time : 11.30 a.m
Place : Masjid Putra Kangar Perlis
Penceramah : Ustaz Abu Islam Fathul Bari Mat Jaya
Info : hari Ahad nie ada pengajian Aqidah.. mmg bagus dan baik untuk kita ikuti… pahami Aqidah dahulu baru beramal… mengenal Allah dengan lebih dekat… baru kita tahu siapakah diri kita yang sebenarnya… ikuti kupasan dari kitab Usul Tsalatsah oleh ABu Islam

Masjid Syed Putra Kangar Perlis
Muzakarah Pakar : “Terjemahan God Sebagai Allah “
January 25th, 2010. Published under My Event, My Sunnah. No Comments.
Kenyataan Media
Muzakarah Pakar : “Terjemahan God Sebagai Allah:
Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya”
Kami telah dijemput sebagai mewakili parti masing-masing dan individu dalam Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada 21 Januari 2010. Laporan beberapa akhbar harian pada 22 Januari 2010 telah menyatakan sebagai berikut :
“Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada ‘God’ tidak tepat.
Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia”.
Apa yang tidak dinyatakan di dalam laporan berkenaan ialah pendirian konsisten kami bahawa :
1. Penggunaan kalimah nama ”Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam, dengan bersumberkan dalil Al Quran dan As Sunnah serta pandangan ulama muktabar.
2. Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.
3. Berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu. Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini. Oleh itu, satu garispanduan penggunaannya perlulah diwujudkan.
Kami juga ingin menyatakan bahawa sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah, dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan diakhir sesi muzakarah berkenaan.
Kenyataan Media oleh Tiga Panel Muzakarah Pakar :
Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Dr Mohd Nur Manuty
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mantan Mufti Perlis
22 Januari 2010
SUmber :- drmaza.com
SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)
January 15th, 2010. Published under My Sunnah, My Tazkirah. No Comments.
SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.
Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari
Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.
Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Cara Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )
Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Niat solat Gerhana, Takbir.
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
Sumber :- al-qayyim.net



