Dr Juanda : Membenci Takdir Menyebabkan Kufur

No Comments »

Membenci Takdir Menyebabkan Kufur

Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis)

Seseorang meminta kepada Allah SWT agar hidupnya berkat dan selamat, lalu Allah SWT memilih untuknya takdir yang terbaik. Tetapi dia marah dan enggan menerima takdir Allah itu, dia berkata: ”Mengapa Tuhan memberiku harta yang sedikit sedangkan saudaraku yang lain kaya raya? Tuhan tidak adil! Na’uzubillah.

Sepasang suami isteri telah lama berkahwin, berbelas tahun menanti kehadiran anak. Sedangkan jiran mereka mempunyai sembilan orang anak perempuan. Akhirnya merekapun dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Ketentuan Allah tiba, bayi mereka meninggal kerana sakit kuat. Sang ayah memandang langit mencari jawapan atas takdir Tuhan, dia berkata: ”Mengapa tidak Engkau ambil anak mereka yang ramai itu, malah anak kami yang seorang jua yang Engkau mahu, di mana keadilan-Mu ya Tuhan? Na’uzubillah.

Membenci takdir boleh membawa kepada kekufuran. Membenci maksudnya marah, tidak suka, menolak, menyatakan tidak puas hati dan yang paling ringan ialah mengeluh tanda tidak selesa. Sebaik-baik orang yang mencinta ialah dia reda dengan perbuatan kekasihnya. Apakah perbuatan Allah SWT semuanya baik untuk makhluk-Nya? Ya! Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya melainkan mereka memilih kezaliman itu sendiri. Ada hikmah di sebalik musibah dan mesti ada kebaikan yang masih tersembunyi bagi mereka yang reda dan sabar. Segala takdir manusia itu berada pada ketentuan ilmu Allah SWT, tiada seorang hambapun mengetahui rahsia takdir Allah SWT.

Kisah di dalam surah al-Kahfi banyak memberi pengajaran kepada diri kita. Kisah tentang ilmu Allah SWT yang dikurniakan kepada Khidr AS, beliau memiliki pengetahuan yang luas tentang qadak dan qadar Allah SWT kepada makhluknya. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari yang mafhumnya: ”Semasa Nabi Musa AS berucap kepada kaumnya, seorang bertanya: Adakah sesiapa di muka bumi ini yang lebih ilmunya daripada tuan? Nabi Musa menjawab: ”Tidak ada.” Lalu ditegur oleh Allah SWT: ”Ada seorang hamba-Ku yang lebih ilmunya daripada kamu.”

Kemudian Nabi Musa menghadap Khidr AS untuk berguru kepadanya. Dalam perjalanan mereka berdua berlaku beberapa perkara pelik yang dilakukan oleh Khidr AS. Yang pertama beliau telah membocorkan perahu milik orang miskin, kedua membunuh seorang pemuda dan ketiga membangun tembok yang hampir runtuh tanpa meminta upah padahal di bandar itu penduduknya amat bengis terhadap mereka berdua. Perbuatan Khidr AS jika dilihat dengan mata kasar amat menggusarkan hati Nabi Musa AS. Beliau sedih dan terkejut menyaksikan perbuatan Khidr AS itu. Musa AS menegur Khidr AS supaya dia menerangkan hikmah di sebalik peristiwa itu. Khidr AS merasa telah sampailah waktu perpisahannya dengan Musa AS. Dia berkata melalui firman Allah SWT yang bermaksud: ”Adapun perahu itu, ia adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut. Oleh itu aku bocorkan dengan tujuan mencacatkannya. Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mahu merampas setiap perahu yang tidak cacat. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan zalim dan kufur. Oleh itu kami berharap supaya Tuhan menggantikan bagi mereka anak yang lebih baik darinya, yang bersih jiwanya dan mesra kasih sayangnya. Adapun tembok itu, ia dimiliki oleh dua orang anak yatim di bandar itu yang di bawahnya ada harta terpendam dan bapa mereka pula orang yang saleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai suatu rahmat dari Tuhan, dan aku tidak melakukannya menurut pemikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau (Musa) tidak dapat bersabar mengenainya.” Surah al-Kahfi: Ayat 79-82.

Demikianlah rahsia ilmu Allah SWT yang maha luas dan maha dalam. Tiada seorang makhluk pun boleh memahami kesemuanya dengan tepat. Qadak dan qadar Allah SWT itu semuanya baik belaka. Itulah pilihan Allah SWT untuk kita. Hasan al-Basri pernah berkata: Wahai anak Adam, Musa telah menegur Khidr sebanyak tiga kali, sehingga Khidr berkata: ”Inilah saat perpisahanku denganmu.” Itu yang dilakukan oleh Khidr kepada Musa, maka bagaimanakah dengan Tuhanmu yang kamu menentangnya berulang kali dalam sehari? Apakah kamu tidak takut Tuhan akan berkata: Inilah saat perpisahan-Ku denganmu.?”

Sikap yang terbaik adalah akur dan reda atas apa sahaja ketentuannya. Tetapi jangan bersikap menyerah kepada takdir tanpa berikhtiar kerana itu adalah penipuan yang berbahaya. Syarat reda mestilah dengan ikhtiar. Hal ini pernah terjadi pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Beliau dan tenteranya hendak memasuki suatu bandar di Syria. Tetapi tertahan oleh wabak menular yang menyerang bandar itu. Panglima tenteranya, Saidina Abu Ubaidah berkata: Apakah tuan lari dari qadak Allah? Umar menjawab: ”Ya, kita lari dari qadak Allah kepada qadar Allah juga.”

Makna qadak adalah ketentuan yang telah terjadi dan qadar adalah ketentuan yang belum terjadi. Untuk itu ikhtiar adalah wajib bagi mereka yang mengaku reda atas ketentuan Allah SWT. Dan jangan sekali-kali memilih atas apa yang telah Allah SWT pilihkan untuk hidup kita. Sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud: ”Apabila kamu ditimpa musibah janganlah kamu katakan: ”Sungguh seandainya saya berbuat begini, nescaya akan jadi begini dan begini, tetapi katakanlah: Ini semua ketentuan Allah dan apa-apa yang Dia kehendaki pasti terjadi, sesungguhnya ungkapan ’seandainya’ itu membuka peluang bagi perbuatan syaitan.” Hadis riwayat Imam Muslim.

Sumber :- http://drjuanda.com/

Share on Facebook
Posted on February 2nd 2012 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

Dr Juanda : Wanita Melankolik Cabar Kejantanan Lelaki

No Comments »

Wanita Melankolik Cabar Kejantanan Lelaki

Oleh: Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis)

Salehah masih melayan suara hatinya yang mengadu sakit, airmata berlinangan membasahi selimut tebalnya yang sedari tadi menemani. Ranjang pengantin lama yang semakin bergelora dihempas tsunami. Hatinya kosong, hampa, sendiri mencuba tegar menghadapi kerisauannya. Fikirannya melayang ke hari-hari kelmarin, tahun-tahun lepas, dahulu….ketika itu…..kenangan pahit satu-satu diingat, dibuka, ditatapi dengan pilu peristiwa yang sentiasa menyudutkannya ke satu ruang dalam kehidupan rumahtangga yang dibina bersama suami, dia berasa bukan insan yang penting bagi suami. Adanya aku hanya untuk dimanipulasi, diperguna, dibebankan tanggung jawab tanpa dihargai, jauh sekali memuji. Untuk apakah aku bertahan sepanjang usia perkahwinan ini? Ya untuk menagih cintanya, aku mencintai dan menggilai dirinya. Akhirnya hati Salehah akur dan reda, beginilah kepahitan cinta. Perasaan yang mampu meruntuhkan ego anda, bertekuk lutut di hadapan kekasih. Adakalanya kebencian berkobar-kobar, tapi jauh di dasar hati anda masih menyimpan cinta itu sampai ke mati.

Biasanya wanita cepat terasa hati, benci dan marah apabila suami melakukan suatu kesalahan. Itu pun bergantung kepada jenis-jenis kesalahan yang bergred. Gred A maknanya tak boleh dimaafkan, B pula masih boleh dipertimbangkan dan C, lupakanlah kesalahan yang remeh-temeh itu. Sepanjang ikatan perkahwinan dijalinkan bolehkan anda senaraikan punca-punca konflik yang menggangu jiwa anda?

Semua konflik yang terjadi biasanya tiada lain berpunca dari kurang kesefahaman sikap dan lemah ikatan hati antara suami dan isteri. Selain itu nafkah yang tak telus dan tanggung jawab yang diabai sering kali menjadi bara api yang meranapkan cinta. Semua ujian rumah tangga ini sesungguhnya telah berjaya membentuk siapakah diri kita yang sebenar. Perjalanan rumahtangga yang penuh luka dan likunya menjadi suatu proses mendewasa, mematang dan menyempurna keperibadian anda. Tetapi ramai juga yang terkandas, menyerah kalah oleh permainan nasib dan putus asa. Seperti Salehah, perempuan berjiwa melankolik yang terlalu sensitif, penyedih dan lemah semangat.

Tidak dinafikan sifat halus dan lembut hati menjadi perhiasan seorang wanita, alangkah merbahaya jika mereka tidak memiliki sifat seperti ini. Mungkin dunia ini akan huru hara, ramai anak-anak yang terdera, suami-suami yang cedera dan lelaki-lelaki yang tak gembira. Bagai bumi tanpa hujan, hilang kehidupan tanpa wanita yang penuh kasih sayang. Tapi, jika kelembutan itu terlalu melampau, sensitif gilak (kata orang Sarawak) sampai boleh melemahkan semangat untuk menyahut cabaran, sifat ini sungguh merugikan anda. Kalau sedih kerana konflik bergred B atau C dengan suami jangan korbankan diri anda, untuk apa memudaratkan diri (murung melampau,depresi akhirnya jatuh sakit) sedangkan si dia pun rileks saja. Nanti anda pula yang kelihatan cepat tua sedangkan suami sentiasa ceria dan nampak makin muda. Terimalah ia sebagai satu lumrah kehidupan. Kalau terlalu memberatkan masalah yang remeh dan masih boleh dimaafkan bagaimana pula jika Tuhan mendatangkan bala’ yang lebih besar? Tengoklah keadaan wanita-wanita yang lebih teruk dibelasah secara fizikal dan mental oleh suami-suami dayus di luar sana. Rupa-rupanya anda lebih beruntung berbanding mereka.

Simpanlah air mata anda pada saat yang sesuai dan biarlah airmata itu mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada yang lebih dicintai Allah Taala daripada dua titis, titis airmata kerana takut kepada-Nya dan titisan darah yang tertumpah kerana berjuang di jalan-Nya.” Hadis riwayat al-Tirmizi)

“Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka, mata yang menangis kerana Allah dan mata yang berjaga malam di medan jihad.” (Tirmizi)

Jiwa yang murung dan sedih berlawanan dengan jiwa yang syukur dan redha. JIka anda bersedih sungguh anda telah kurang adab kepada Allah Taala. BAyangkanlah jika seorang anak merajuk kerana tidak diberi apa yang dimahukannya, orang tuanya faham bahawa barang-barang mewah dan berjenama itu boleh membuat anak mereka manja dan tak pandai menghargai nilai wang, tentu saja bila dituruti semua kemahuannya mental anak itu akan menjadi rosak. Anak itu pasti sedih, merajuk, mengamuk dan mungkin lari dari rumah. Mesti anda akan menilai dia sebagai anak yang tidak beradab dan tidak sopan kepada ibu bapanya. Bagaimana pula halnya manusia yang selalu meratapi takdir, sedih dengan ketentuan Allah pada setiap kali diuji. Serba tak puas hati, berkeluh kesah, merajuk, cenderung menuduh orang lain membawa masalah untuk dirinya. Apakah insan sebegini layak disebut sebagai hamba Allah yang redha dan syukur?

Tidak semua yang kita mahu, dapat. Tidak semua yang kita impi jadi nyata, tidak semua suami sempurna, mesti ada cacat celanya sebab dia bukan malaikat. Selagimana dia disebut insan maka dia serba lemah dan cacat. Tengok suami orang nampak ok, baik hati, pemurah, tak kedekut, tak cerewet, lambat marah dan cepat sejuk, pemaaf, suka tolong buat kerja rumah, manakala suami anda kebalikannya. Anda mesti sedih, cuba nak bandingkan dengan orang lain. JAnganlah menilai apa yangnampak dimata dan didengar dari mulut orang lain saja boleh jadi ada pemalsuan dalam cerita-cerita itu. Yang penting adalah anda harus menerima suami apa adanya dengan segala kelemahan itu, mesti ada kelebihan yang lain yang anda sukai daripada keperibadiannya. Kemudian tidak sesekali putua asa untuk menasihati dan memberi galakan kepada suami supaya memperbaiki kelemahan dirinya.

Sumber :- http://drjuanda.com/

Share on Facebook
Posted on February 1st 2012 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

My Video : Syeikh Hussein Yee : Adab Umat Islam Memberi Ucapan Sempena Perayaan Orang Belum Islam

No Comments »


My Video : Syeikh Hussein Yee : Adab Umat Islam Memberi Ucapan Sempena Perayaan Orang Belum Islam

Share on Facebook
Posted on January 23rd 2012 in My Sunnah, My Tazkirah, My Video

My Video : Apakah Maksud Sebenar Keramat, Mukjizat Maunah Dan… – Dr Juanda

No Comments »

My Video : Apakah Maksud Sebenar Keramat, Mukjizat Maunah Dan… – Dr Juanda

Share on Facebook
Posted on January 20th 2012 in My Sunnah, My Tazkirah, My Video

My Sunnah : Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi’e Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi’e

1 Comment »

165 – Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi’e
Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi’e

By : http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Pendapat:

1 – Amalan mensedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati adalah tidak tsabit dari sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

2 – Pahala bacaan al-Qur’an yang disedekahkan kepada orang yang telah mati adalah tidak sampai.

Penjelasan:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

أَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى (٣٨) وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

Terjemahan: Bahawasanya seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia tidak mendapat selain apa yang telah diusahakannya. (Surah an-Najm, 53: 38-39)

وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ (٦٩) لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا

Terjemahan: Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan. Supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup. (Surah Yaasiin, 36: 69-70)

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Terjemahan: Setiap diri bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukannya. (Surah al-Muddatsir, 74: 38)

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Terjemahan: Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Surah al-Baqarah, 2: 286)

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلامٍ لِلْعَبِيدِ

Terjemahan: Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh, maka amal tersebut adalah untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang melakukan kejahatan (dosa), maka itu adalah atas dirinya sendiri dan tidaklah Tuhanmu menganiaya hambanya. (Surah Fushilat, 41: 46)

وَمَا تُجْزَوْنَ إِلا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Terjemahan: Kamu tidak akan diberi balasan melainkan apa yang telah kamu usahakan. (Surah as-Saffat, 37: 39)

مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلأنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ

Terjemahan: Sesiapa yang kafir, maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh, maka amal tersebut adalah untuk diri mereka sendiri. (Surah ar-Ruum, 30: 44)

فَالْيَوْمَ لا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلا تُجْزَوْنَ إِلا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Terjemahan: Maka pada hari kiamat tiada seorang pun yang dianiaya dan tidak dibalas kepada kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan. (Surah Yasin, 36: 54)

Penjelasan Para Ulama Bermazhab Syafi’e:

Berkenaan ayat 38-39 surah an-Najm, di antaranya al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:

وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى أي: كما لا يحمل عليه وزر غيره، كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه. ومن وهذه الآية الكريمة استنبط الشافعي، رحمه الله، ومن اتبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم؛ ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء، ولم ينقل ذلك عن أحد من الصحابة، رضي الله عنهم، ولو كان خيرا لسبقونا إليه، وباب القربات يقتصر فيه على النصوص، ولا يتصرف فيه بأنواع الأقيسة والآراء

Terjemahan: “Firman Allah (maksudnya: Dan sesungguhnya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) selain daripada apa yang telah mereka usahakannya). Di sini bermaksud:

Iaitu sebagaimana seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain, maka begitu jugalah bahawa seseorang itu tidak akan mendapat ganjaran (pahala) melainkan dari apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini, Imam asy-Syafi’e bersama para ulama yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hasil sedekah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha dia sendiri. Atas sebab itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah mensyari’atkan kepada umatnya (supaya menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang mati) dan tidak juga pernah menyukai atau memberikan petunjuk kepada mereka sama ada dengan nash (dalil yang jelas/terang) dan tidak juga dengan isyarat serta tidak dinukilkan dari walau seorang pun sahabat (bahawa mereka pernah mengirimkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan tersebut baik, sudah tentu para sahabat telah mendahului kita di dalam mengamalkannya. Dan di dalam permasalahan ibadah, ianya hanya terbatas (terhenti) berdasarkan dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas (analogi) atau pendapat-pendapat (pemikiran) tertentu.”

Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Azhim, 7/465. Juga sebagaimana yang dinukilkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Ahkamul Jana’iz, 1/174.

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan berkenaan perkataan Ibnu Katsir di atas (katanya):

وما ذكره ابن كثير عن الشافعي رحمه الله تعالى هو قول أكثر العلماء وجماعة من، الحنفية كما نقله الزبيدي في (شرح الاحياء) 10 / 369

Terjemahan: Apa yang disebutkan oleh Ibnu Katsir dari asy-Syafi’e rahimahullah tersebut adalah merupakan pendapat majoriti ulama dan sekelompok pengikut mazhab Hanafi, sebagaimana yang dinukilkan oleh az-Zubaidi di dalam Kitab Syarah al-Ahyaa’, 9/369. (Lihat: Syaikh al-Albani, Ahkamul Jana’iz, 1/174)

Perkataan Imam asy-Syafi’e rahimahullah:

فأعلم رسول الله مثل ما أعلم الله من أن جناية كل امرئ عليه كما عمله له لا لغيره ولا عليه

Terjemahan: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberitahu sebagaimana yang diberitahu oleh Allah, bahawasanya dosa setiap orang adalah untuk kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya yang juga buat dirinya sendiri dan bukan untuk kecelakaan orang lain.

Lihat: Ikhtilaful Hadis, 1/538, (باب استقبال القبلة للغائط والبول), Maktabah Syamilah.

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:

وأما قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعى أنه لا يصل ثوابها إلى الميت وقال بعض أصحابه يصل ثوابها إلى الميت

Terjemahan: “Ada pun berkenaan bacaan al-Qur’an maka yang masyhur di kalangan mazhab asy-Syafi’e bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati dan sebahagian sahabat berpendapat sampai pahala bacaan kepada si Mati.”

Kemudian beliau menjelaskan lagi:

وكل هذه المذاهب ضعيفة ودليلهم القياس على الدعاء والصدقة والحج فانها تصل بالاجماع ودليل الشافعى وموافقيه قول الله تعالى وأن ليس للانسان الا ما سعى وقول النبى صلى الله عليه و سلم اذا مات بن آدم انقطع عمله الا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Terjemahan: “Dan semua mazhab-mazhab tersebut (yang membolehkan menghadiahkan pahala kepada orang mati – Penulis) adalah jelas lemahnya, dan dalil yang mereka gunakan untuk membolehkan (amalan sedekah pahala kepada si mati) hanyalah qias yang diqiaskan dengan doa, sedekah dan haji. Maka sesungguhnya ianya tidak sampai secara ijmak (kesepakatan ulama). Dan dalil asy-Syafi’e serta mereka yang mengikutinya adalah (ayat al-Qur’an): (Sesungguhnya tidaklah ada yang diperolehi oleh setiap manusia, kecuali apa yang telah diusahakan). “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): 1 – Sedekah jariah, 2 – ilmu yang bermanfaat dan 3 – anak yang soleh yang mendoakannya”.”

Lihat: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 1/90.

Di dalam kitab yang sama, beliau meletakkan sebuab bab bernama:

باب وصول ثواب الصدقة عن الميت إليه

Terjemahan: Bab Sampaikah Kepada Mayat (pahala) Sedekah Yang Diberikan Atas Namanya.

Kemudian beliau menjelaskan:

والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله

Terjemahan: Dan yang masyhur di dalam mazhab kami (Mazhab asy-Syafi’e) adalah pahala bacaan al-Qur’an itu tidak sampai pahalanya (kepada si mati).

Lihat: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 7/89-90.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah berkata:

الْمَيِّتُ لَا يُقْرَأُ عليه مَبْنِيٌّ على ما أَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُونَ من أَنَّ الْقِرَاءَةَ لَا تَصِلُ إلَى الْمَيِّتِ لِأَنَّ ثَوَابَهَا لِلْقَارِئِ وَالثَّوَابُ الْمُتَرَتِّبُ على عَمَلٍ لَا يُنْقَلُ عن عَامِلِ ذلك الْعَمَلِ قال تَعَالَى وَأَنْ ليس لِلْإِنْسَانِ إلَّا ما سَعَى وَوُصُولُ الدُّعَاءِ وَالصَّدَقَةِ وَرَدَ بِهِمَا النَّصُّ فَلَا يُقَاسُ عَلَيْهِمَا إذْ لَا مَجَالَ لِلْقِيَاسِ في ذلك فَاتَّجَهَ قَوْلُهُمْ أَنَّ الْمَيِّتَ

Terjemahan: “Mayat tidak boleh dibacakan al-Qur’an ke atasnya sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Qur’an pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang mereka telah usahakannya sendiri.”

Lihat: Ibnu Hajar al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, 2/26.

Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya sekali lagi:

كما لا يحمل عليه وزر غيره، كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه

Terjemahan: Sebagaimana tidak dipertanggungjawabkan dosa orang lain, begitulah juga seseorang itu tidak mendapat ganjaran melainkan apa yang telah dia kerjakan (usahakan) sendiri.

Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim, 7/465.

Juga:

أن النفوس إنما تجازى بأعمالها إن خيرًا فخير، وإن شرًا فشر، وأنه لا يحمل من خطيئة أحد على أحد

Terjemahan: Sesungguhnya manusia itu hanya menerima balasan berdasarkan amalnya, jika baik, maka baiklah balasannya dan jika buruk, maka buruklah balasannya dan bahawasanya seseorang itu tidaklah menanggung dosa bagi seseorang yang lain.

Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim,3/384.

Click here to read more.. »

Share on Facebook
Posted on January 18th 2012 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

Diskusi Tokoh: Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA Tokoh Sepanjang Zaman.

No Comments »

20120116-174504.jpg

Jabatan Mufti Perlis akan menganjurkan Diskusi Tokoh: Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA Tokoh Sepanjang Zaman.

Tarikh: 16 Januari 2012 (Isnin)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis

Muslimin & muslimat dijemput hadir.

Share on Facebook
Posted on January 16th 2012 in My Info, My Perlis, My Sunnah, My Tazkirah

My Video : Sebab turunnya surah Al-Kahfi

No Comments »

My Video : Sebab turunnya surah Al-Kahfi

Share on Facebook
Posted on January 15th 2012 in My Sunnah, My Tazkirah, My Video

Dr Juanda : Tanda pasangan ikhlas mencinta

No Comments »

Tanda pasangan ikhlas mencinta

Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis )

Suatu hari anda ditanya oleh pasangan, “Awak sayang saya ?” Hati si dia memang unik dan sulit dimengerti. Takkanlah saya tak sayang awak, anak-anak yang tujuh orang tu tak boleh jadi bukti ke? Sebenarnya apa yang anda telah capai bersama pasangan sekarang ini masih jauh dari matlamat perkahwinan. Jangan berpuas hati dulu dengan kebahagiaan kini, bahkan anda mesti sentiasa berwaspada, boleh jadi anda berdua kurang ikhlas mencinta.

Keikhlasan boleh luntur sedikit demi sedikit kerana sikap negatif masing-masing. Hari-hari dalam perkahwinan bagaikan melihat jatuhnya ‘snow ball’ yang mengutip satu-satu insiden buruk yang dilakukan kedua-dua pasangan. Bola salji itu semakin hari semakin besar dan akhirnya menghancurkan segala yang dibina. Tiada lagi keikhlasan mencintai satu sama lain, masing-masing telah berputus asa dan membiarkan sikap-sikap buruk pasangan menghantui diri.

Akibat hilang keikhlasan, hidup jadi tak berkat. Kasih sayang semakin luntur, hati anda menjerit: Suamiku tak sayang lagi atau isteriku tak cinta lagi. Pelik tapi benar, ada isteri yang menyuruh suami mencari yang baru semata-mata kerana malas melayan kerenah suami. Ada pula suami yang bosan hidup bersama lantas memisahkan diri dari keluarga, menyibukkan diri dengan kerjaya, tak mahu terlibat dengan urusan isteri dan anak yang selalu menyusahkan kononnya. Perkahwinan itu memang masih wujud tapi tidak bahagia, hilang kemanisannya, menanti pecah dan terbelah.

Oleh itu setiap pasangan mesti meneliti hati masing-masing, adakah masih wujud keikhlasan dalam mencintai? Berikut tanda-tanda ikhlas dalam perkahwinan.

1. Cinta dan benci kerana Allah SWT

Keikhlasan mesti dijaga, disemai dalam hati dan jangan dibiarkan mati. Suami dan isteri yang ikhlas berusaha mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah. Mereka mengambil berat tentang ‘konsep kahwin untuk ibadah’. Misalnya ketika melayan kerenah suami bukan kerana anda sayangkannya atau takut dia mencari yang lain, tetapi dengan niat kerana mahukan keredaan Allah. Suami yang memberi nafkah pun beriktikad bahawa Allah yang mewajbkannya memberi hak isteri, apabila dia menyimpan apa yang menjadi hak isteri maka dia telah berkhianat kepada Allah SWT. Dosa dan pahala hendaknya menjadi wali percintaan sepanjang masa. Mereka takut mengkhianati pasangan kerana takut kepada Allah SWT. Mereka saling menghormati dan menjaga hati kerana Allah, oleh sebab itu Allah menyatukan hati keduanya.

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Anfal ayat: 63)

2. Susah atau senang, cinta tak berubah.

Susah atau senang, sihat atau sakit, bahaya atau bahagia dijalani bersama dengan reda. Kadang-kadang apa yang kita anggap suatu keberuntungan boleh jadi membawa musibah begitu juga sesuatu yang pada pandangan mata kasar adalah musibah namun ia membawa nikmat pada akhirnya. Semasa susah, suami dan isteri berganding bahu menggalas cabaran untuk berjaya. Apabila sudah berjaya, masing-masing berubah sikap. Suami mula mencari cawangan baru, isteri pula mengada-ngada dengan perangai OKB (orang kaya baru).

Kalau diuji dengan kemiskinan mereka bersabar tetapi jika diuji dengan kekayaan jarang yang mampu bersabar. Ramai yang luntur iman jika hidup senang dan kembali ingat Tuhan apabila hidup susah. Al-Quran telah merakamkan seksaan bagi kaum yang bermaksiat ketika hidup dipenuhi kesenangan.

“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan serta merta. Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (Surah Al-An’am ayat: 44)

Susah atau senang hati mereka tidak pernah berubah, membajai cinta dengan iman dan takwa kepada Allah SWT.

3. Berdua atau sendiri, tetap setia.

Pernahkah anda melihat seorang suami yang dihadapan isteri nampak alim, berbudi bahasa lagi bersopan. Tetapi apabila dia bersendirian barulah nampak belangnya, buas nafsunya bak buaya darat. Isteri pun apa bezanya, jika bersama suami suka memuji tetapi di belakang suami selalu mengeji, mengaibkan perangai suami dalam majlis gossip sana-sini.

Namun, bagi pasangan yang ikhlas tiada sifat munafik dalam diri mereka. Jika bersama semaraklah cinta, sendirian pun menggebu-gebu rindu di jiwa. Semakin lama terpisah semakin membeku kejujuran dalam hati mereka. Jujur dan setia kepada pasangan hanya dapat dibuktikan oleh orang yang merasai kehadiran Allah SWT. Dimana saja dia berada sesungguhnya Allah Maha Melihat, malaikat mencatat dan kitab sentiasa mengira hitungan pahala dan dosa.

Berdua atau sendiri tidak selamat tanpa hati yang merasai pengawasan Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, baik lelaki mahu pun perempuan yang mereka lakukan di atasnya. Bumi mengatakan: Dia telah berbuat begini dan begitu pada hari ini dan hari itu. Inilah yang diberitakan bumi.” (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)

Semua di sekeliling kita menjadi saksi apa yang dikata oleh lisan, dirasa oleh hati, difikir oleh akal dan dihembus-hembuskan oleh hawa nafsu.

Sumber :- Drjuanda.com

Share on Facebook
Posted on December 30th 2011 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

My Sunnah : Program Kem Ibadah Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011

No Comments »

My Sunnah : Program Kem Ibadah Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011


Alhamdulilah.. program berjalan dengan lancar

Date : 18-20 Disember 2011
Time : All Day Long
Place : Masjid Titi Tok Bandar Kangar Perlis
Info : Minggu lepas telah diadakan Program Kem Ibadah Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011.. alhamdulilah.. ramai yang join.. terutamanya.. pelajar menengah.. seramai lebih kurang 250 pemuda pemudi yang hadir untuk pengisian Program Kem Ibadah menurut sunnah… mudahan Allah memberi keazaman dan iltizam serta semangat cintakan Islam melalui sunnah yang jelas dan tepat kepada para peserta yang hadir.. InsyaAllah…


Ramai pelajar yang hadir…


Mudahan akan terbina generasi yang beriman dan bertaqwa.. Amin..

Program Kem Ibadah  Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011 Program Kem Ibadah  Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011 Program Kem Ibadah  Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011 Program Kem Ibadah  Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011 Program Kem Ibadah  Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011 Program Kem Ibadah  Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011 Program Kem Ibadah  Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011 Program Kem Ibadah  Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011 Program Kem Ibadah  Tashfiyah dan Tarbiyah Perlis 2011
Share on Facebook
Posted on December 22nd 2011 in My Event, My Perlis, My Sunnah

KHUTBAH JUMAAT NEGERI PERLIS ( 16 DECEMBER 2011 / 20 MUHARRAM 1433 ) ISLAM MENGUTAMAKAN KESIHATAN JASMANI DAN ROHANI

No Comments »

KHUTBAH JUMAAT NEGERI PERLIS ( 16 DECEMBER 2011 / 20 MUHARRAM 1433 )
ISLAM MENGUTAMAKAN KESIHATAN JASMANI DAN ROHANI

( 16 DECEMBER 2011 / 20 MUHARRAM 1433 )

Sidang jumaat yang berbahagia,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah, dengan mentaati segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya, kita bersyukur kepada Allah kerana kita dapat hidup dengan aman dan damai. Mudah-mudahan dengan nikmat tersebut kita dapat melaksanakan ibadat kepada Allah serta menjadi seorang mukmin yang berjaya didunia dan diakhirat. Sidang jumaat yang dikasihi sekalian,Tajuk khutbah kita pada hari ini ialah “ ISLAM MENGUTAMAKAN KESIHATAN JASMANI DAN ROHANI ”

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Islam adalah agama yang amat menitikberatkan kesejahteraan manusia termasuklah dalam menentukan tahap kesihatan diri . Gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang. Pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya. Perkembangan penyakit kronik di negara kita amat membimbangkan. Sebagai contoh, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada masa ini terdapat 1.3 juta pengidap kencing manis di negara kita dengan nisbah setiap 10 orang terdapat seorang berpenyakit kencing manis. Untuk mengawal keadaan ini ke arah mengekalkan prestasi kesihatan yang lebih baik, maka Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam

pengambilan makanan dan minuman , sepertimana firman Allah subhanahuwataala didalam surah Al-Araaf ayat 31 :

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.

Muslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya menggamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani:

عَلِّمُوْا أَوْلَادَكُم السِّبَاحَة وَالرِّمَايَة وَرُكُوْب الخَيْلِ

Mafhumnya: ““Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.”

Ini adalah seruan yang jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Pepatah Melayu ada menyebut: “Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang Sihat.”

Justeru, gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci dengan berwudhuk dan membersihkan badan. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya amalan berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.

Selain amalan berwudhuk, solat fardhu lima waktu dan solat sunat (nawafil) yang lain juga berkeupayaan memberi ketenangan dan mengawal tekanan hormon dalam badan manusia. Solat yang khyusuk mampu memberi kesegaran kepada anggota badan dan membina kecergasan minda. Solat yang khyusuk adalah solat yang sempurna yang melibatkan tumpuan penuh fizikal dan hati kepada Allah SWT. Dalam usaha mencapai hakikat khyusuk ini, maka kita hendaklah bermula dari amalan mengambil wudhuk dengan sempurna, melaksanakan solat dengan cermat dari segi bacaan, qiyam, rukuk, iktidal, sujud, thoma’ninah serta memahami isi bacaan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’aarij ayat 19-20 :

Maksudnya: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat kedekut. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang.”

Click here to read more.. »

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on December 16th 2011 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah