Dr Juanda : Membenci Takdir Menyebabkan Kufur

No Comments »

Membenci Takdir Menyebabkan Kufur

Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis)

Seseorang meminta kepada Allah SWT agar hidupnya berkat dan selamat, lalu Allah SWT memilih untuknya takdir yang terbaik. Tetapi dia marah dan enggan menerima takdir Allah itu, dia berkata: ”Mengapa Tuhan memberiku harta yang sedikit sedangkan saudaraku yang lain kaya raya? Tuhan tidak adil! Na’uzubillah.

Sepasang suami isteri telah lama berkahwin, berbelas tahun menanti kehadiran anak. Sedangkan jiran mereka mempunyai sembilan orang anak perempuan. Akhirnya merekapun dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Ketentuan Allah tiba, bayi mereka meninggal kerana sakit kuat. Sang ayah memandang langit mencari jawapan atas takdir Tuhan, dia berkata: ”Mengapa tidak Engkau ambil anak mereka yang ramai itu, malah anak kami yang seorang jua yang Engkau mahu, di mana keadilan-Mu ya Tuhan? Na’uzubillah.

Membenci takdir boleh membawa kepada kekufuran. Membenci maksudnya marah, tidak suka, menolak, menyatakan tidak puas hati dan yang paling ringan ialah mengeluh tanda tidak selesa. Sebaik-baik orang yang mencinta ialah dia reda dengan perbuatan kekasihnya. Apakah perbuatan Allah SWT semuanya baik untuk makhluk-Nya? Ya! Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya melainkan mereka memilih kezaliman itu sendiri. Ada hikmah di sebalik musibah dan mesti ada kebaikan yang masih tersembunyi bagi mereka yang reda dan sabar. Segala takdir manusia itu berada pada ketentuan ilmu Allah SWT, tiada seorang hambapun mengetahui rahsia takdir Allah SWT.

Kisah di dalam surah al-Kahfi banyak memberi pengajaran kepada diri kita. Kisah tentang ilmu Allah SWT yang dikurniakan kepada Khidr AS, beliau memiliki pengetahuan yang luas tentang qadak dan qadar Allah SWT kepada makhluknya. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari yang mafhumnya: ”Semasa Nabi Musa AS berucap kepada kaumnya, seorang bertanya: Adakah sesiapa di muka bumi ini yang lebih ilmunya daripada tuan? Nabi Musa menjawab: ”Tidak ada.” Lalu ditegur oleh Allah SWT: ”Ada seorang hamba-Ku yang lebih ilmunya daripada kamu.”

Kemudian Nabi Musa menghadap Khidr AS untuk berguru kepadanya. Dalam perjalanan mereka berdua berlaku beberapa perkara pelik yang dilakukan oleh Khidr AS. Yang pertama beliau telah membocorkan perahu milik orang miskin, kedua membunuh seorang pemuda dan ketiga membangun tembok yang hampir runtuh tanpa meminta upah padahal di bandar itu penduduknya amat bengis terhadap mereka berdua. Perbuatan Khidr AS jika dilihat dengan mata kasar amat menggusarkan hati Nabi Musa AS. Beliau sedih dan terkejut menyaksikan perbuatan Khidr AS itu. Musa AS menegur Khidr AS supaya dia menerangkan hikmah di sebalik peristiwa itu. Khidr AS merasa telah sampailah waktu perpisahannya dengan Musa AS. Dia berkata melalui firman Allah SWT yang bermaksud: ”Adapun perahu itu, ia adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut. Oleh itu aku bocorkan dengan tujuan mencacatkannya. Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mahu merampas setiap perahu yang tidak cacat. Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan zalim dan kufur. Oleh itu kami berharap supaya Tuhan menggantikan bagi mereka anak yang lebih baik darinya, yang bersih jiwanya dan mesra kasih sayangnya. Adapun tembok itu, ia dimiliki oleh dua orang anak yatim di bandar itu yang di bawahnya ada harta terpendam dan bapa mereka pula orang yang saleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai suatu rahmat dari Tuhan, dan aku tidak melakukannya menurut pemikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau (Musa) tidak dapat bersabar mengenainya.” Surah al-Kahfi: Ayat 79-82.

Demikianlah rahsia ilmu Allah SWT yang maha luas dan maha dalam. Tiada seorang makhluk pun boleh memahami kesemuanya dengan tepat. Qadak dan qadar Allah SWT itu semuanya baik belaka. Itulah pilihan Allah SWT untuk kita. Hasan al-Basri pernah berkata: Wahai anak Adam, Musa telah menegur Khidr sebanyak tiga kali, sehingga Khidr berkata: ”Inilah saat perpisahanku denganmu.” Itu yang dilakukan oleh Khidr kepada Musa, maka bagaimanakah dengan Tuhanmu yang kamu menentangnya berulang kali dalam sehari? Apakah kamu tidak takut Tuhan akan berkata: Inilah saat perpisahan-Ku denganmu.?”

Sikap yang terbaik adalah akur dan reda atas apa sahaja ketentuannya. Tetapi jangan bersikap menyerah kepada takdir tanpa berikhtiar kerana itu adalah penipuan yang berbahaya. Syarat reda mestilah dengan ikhtiar. Hal ini pernah terjadi pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Beliau dan tenteranya hendak memasuki suatu bandar di Syria. Tetapi tertahan oleh wabak menular yang menyerang bandar itu. Panglima tenteranya, Saidina Abu Ubaidah berkata: Apakah tuan lari dari qadak Allah? Umar menjawab: ”Ya, kita lari dari qadak Allah kepada qadar Allah juga.”

Makna qadak adalah ketentuan yang telah terjadi dan qadar adalah ketentuan yang belum terjadi. Untuk itu ikhtiar adalah wajib bagi mereka yang mengaku reda atas ketentuan Allah SWT. Dan jangan sekali-kali memilih atas apa yang telah Allah SWT pilihkan untuk hidup kita. Sebagaimana sabda baginda SAW yang bermaksud: ”Apabila kamu ditimpa musibah janganlah kamu katakan: ”Sungguh seandainya saya berbuat begini, nescaya akan jadi begini dan begini, tetapi katakanlah: Ini semua ketentuan Allah dan apa-apa yang Dia kehendaki pasti terjadi, sesungguhnya ungkapan ’seandainya’ itu membuka peluang bagi perbuatan syaitan.” Hadis riwayat Imam Muslim.

Sumber :- http://drjuanda.com/

Share on Facebook
Posted on February 2nd 2012 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

Dr Juanda : Wanita Melankolik Cabar Kejantanan Lelaki

No Comments »

Wanita Melankolik Cabar Kejantanan Lelaki

Oleh: Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis)

Salehah masih melayan suara hatinya yang mengadu sakit, airmata berlinangan membasahi selimut tebalnya yang sedari tadi menemani. Ranjang pengantin lama yang semakin bergelora dihempas tsunami. Hatinya kosong, hampa, sendiri mencuba tegar menghadapi kerisauannya. Fikirannya melayang ke hari-hari kelmarin, tahun-tahun lepas, dahulu….ketika itu…..kenangan pahit satu-satu diingat, dibuka, ditatapi dengan pilu peristiwa yang sentiasa menyudutkannya ke satu ruang dalam kehidupan rumahtangga yang dibina bersama suami, dia berasa bukan insan yang penting bagi suami. Adanya aku hanya untuk dimanipulasi, diperguna, dibebankan tanggung jawab tanpa dihargai, jauh sekali memuji. Untuk apakah aku bertahan sepanjang usia perkahwinan ini? Ya untuk menagih cintanya, aku mencintai dan menggilai dirinya. Akhirnya hati Salehah akur dan reda, beginilah kepahitan cinta. Perasaan yang mampu meruntuhkan ego anda, bertekuk lutut di hadapan kekasih. Adakalanya kebencian berkobar-kobar, tapi jauh di dasar hati anda masih menyimpan cinta itu sampai ke mati.

Biasanya wanita cepat terasa hati, benci dan marah apabila suami melakukan suatu kesalahan. Itu pun bergantung kepada jenis-jenis kesalahan yang bergred. Gred A maknanya tak boleh dimaafkan, B pula masih boleh dipertimbangkan dan C, lupakanlah kesalahan yang remeh-temeh itu. Sepanjang ikatan perkahwinan dijalinkan bolehkan anda senaraikan punca-punca konflik yang menggangu jiwa anda?

Semua konflik yang terjadi biasanya tiada lain berpunca dari kurang kesefahaman sikap dan lemah ikatan hati antara suami dan isteri. Selain itu nafkah yang tak telus dan tanggung jawab yang diabai sering kali menjadi bara api yang meranapkan cinta. Semua ujian rumah tangga ini sesungguhnya telah berjaya membentuk siapakah diri kita yang sebenar. Perjalanan rumahtangga yang penuh luka dan likunya menjadi suatu proses mendewasa, mematang dan menyempurna keperibadian anda. Tetapi ramai juga yang terkandas, menyerah kalah oleh permainan nasib dan putus asa. Seperti Salehah, perempuan berjiwa melankolik yang terlalu sensitif, penyedih dan lemah semangat.

Tidak dinafikan sifat halus dan lembut hati menjadi perhiasan seorang wanita, alangkah merbahaya jika mereka tidak memiliki sifat seperti ini. Mungkin dunia ini akan huru hara, ramai anak-anak yang terdera, suami-suami yang cedera dan lelaki-lelaki yang tak gembira. Bagai bumi tanpa hujan, hilang kehidupan tanpa wanita yang penuh kasih sayang. Tapi, jika kelembutan itu terlalu melampau, sensitif gilak (kata orang Sarawak) sampai boleh melemahkan semangat untuk menyahut cabaran, sifat ini sungguh merugikan anda. Kalau sedih kerana konflik bergred B atau C dengan suami jangan korbankan diri anda, untuk apa memudaratkan diri (murung melampau,depresi akhirnya jatuh sakit) sedangkan si dia pun rileks saja. Nanti anda pula yang kelihatan cepat tua sedangkan suami sentiasa ceria dan nampak makin muda. Terimalah ia sebagai satu lumrah kehidupan. Kalau terlalu memberatkan masalah yang remeh dan masih boleh dimaafkan bagaimana pula jika Tuhan mendatangkan bala’ yang lebih besar? Tengoklah keadaan wanita-wanita yang lebih teruk dibelasah secara fizikal dan mental oleh suami-suami dayus di luar sana. Rupa-rupanya anda lebih beruntung berbanding mereka.

Simpanlah air mata anda pada saat yang sesuai dan biarlah airmata itu mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada yang lebih dicintai Allah Taala daripada dua titis, titis airmata kerana takut kepada-Nya dan titisan darah yang tertumpah kerana berjuang di jalan-Nya.” Hadis riwayat al-Tirmizi)

“Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka, mata yang menangis kerana Allah dan mata yang berjaga malam di medan jihad.” (Tirmizi)

Jiwa yang murung dan sedih berlawanan dengan jiwa yang syukur dan redha. JIka anda bersedih sungguh anda telah kurang adab kepada Allah Taala. BAyangkanlah jika seorang anak merajuk kerana tidak diberi apa yang dimahukannya, orang tuanya faham bahawa barang-barang mewah dan berjenama itu boleh membuat anak mereka manja dan tak pandai menghargai nilai wang, tentu saja bila dituruti semua kemahuannya mental anak itu akan menjadi rosak. Anak itu pasti sedih, merajuk, mengamuk dan mungkin lari dari rumah. Mesti anda akan menilai dia sebagai anak yang tidak beradab dan tidak sopan kepada ibu bapanya. Bagaimana pula halnya manusia yang selalu meratapi takdir, sedih dengan ketentuan Allah pada setiap kali diuji. Serba tak puas hati, berkeluh kesah, merajuk, cenderung menuduh orang lain membawa masalah untuk dirinya. Apakah insan sebegini layak disebut sebagai hamba Allah yang redha dan syukur?

Tidak semua yang kita mahu, dapat. Tidak semua yang kita impi jadi nyata, tidak semua suami sempurna, mesti ada cacat celanya sebab dia bukan malaikat. Selagimana dia disebut insan maka dia serba lemah dan cacat. Tengok suami orang nampak ok, baik hati, pemurah, tak kedekut, tak cerewet, lambat marah dan cepat sejuk, pemaaf, suka tolong buat kerja rumah, manakala suami anda kebalikannya. Anda mesti sedih, cuba nak bandingkan dengan orang lain. JAnganlah menilai apa yangnampak dimata dan didengar dari mulut orang lain saja boleh jadi ada pemalsuan dalam cerita-cerita itu. Yang penting adalah anda harus menerima suami apa adanya dengan segala kelemahan itu, mesti ada kelebihan yang lain yang anda sukai daripada keperibadiannya. Kemudian tidak sesekali putua asa untuk menasihati dan memberi galakan kepada suami supaya memperbaiki kelemahan dirinya.

Sumber :- http://drjuanda.com/

Share on Facebook
Posted on February 1st 2012 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

My Video : Syeikh Hussein Yee : Adab Umat Islam Memberi Ucapan Sempena Perayaan Orang Belum Islam

No Comments »


My Video : Syeikh Hussein Yee : Adab Umat Islam Memberi Ucapan Sempena Perayaan Orang Belum Islam

Share on Facebook
Posted on January 23rd 2012 in My Sunnah, My Tazkirah, My Video

My Video : Apakah Maksud Sebenar Keramat, Mukjizat Maunah Dan… – Dr Juanda

No Comments »

My Video : Apakah Maksud Sebenar Keramat, Mukjizat Maunah Dan… – Dr Juanda

Share on Facebook
Posted on January 20th 2012 in My Sunnah, My Tazkirah, My Video

My Sunnah : Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi’e Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi’e

1 Comment »

165 – Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi’e
Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi’e

By : http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Pendapat:

1 – Amalan mensedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati adalah tidak tsabit dari sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

2 – Pahala bacaan al-Qur’an yang disedekahkan kepada orang yang telah mati adalah tidak sampai.

Penjelasan:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

أَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى (٣٨) وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

Terjemahan: Bahawasanya seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia tidak mendapat selain apa yang telah diusahakannya. (Surah an-Najm, 53: 38-39)

وَمَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ إِنْ هُوَ إِلا ذِكْرٌ وَقُرْآنٌ مُبِينٌ (٦٩) لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا

Terjemahan: Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan. Supaya dia (Muhammad) memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup. (Surah Yaasiin, 36: 69-70)

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Terjemahan: Setiap diri bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukannya. (Surah al-Muddatsir, 74: 38)

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Terjemahan: Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Surah al-Baqarah, 2: 286)

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلامٍ لِلْعَبِيدِ

Terjemahan: Sesiapa yang mengerjakan amal yang soleh, maka amal tersebut adalah untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang melakukan kejahatan (dosa), maka itu adalah atas dirinya sendiri dan tidaklah Tuhanmu menganiaya hambanya. (Surah Fushilat, 41: 46)

وَمَا تُجْزَوْنَ إِلا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Terjemahan: Kamu tidak akan diberi balasan melainkan apa yang telah kamu usahakan. (Surah as-Saffat, 37: 39)

مَنْ كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُ وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلأنْفُسِهِمْ يَمْهَدُونَ

Terjemahan: Sesiapa yang kafir, maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya dan sesiapa yang beramal soleh, maka amal tersebut adalah untuk diri mereka sendiri. (Surah ar-Ruum, 30: 44)

فَالْيَوْمَ لا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَلا تُجْزَوْنَ إِلا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Terjemahan: Maka pada hari kiamat tiada seorang pun yang dianiaya dan tidak dibalas kepada kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan. (Surah Yasin, 36: 54)

Penjelasan Para Ulama Bermazhab Syafi’e:

Berkenaan ayat 38-39 surah an-Najm, di antaranya al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah berkata di dalam tafsirnya:

وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى أي: كما لا يحمل عليه وزر غيره، كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه. ومن وهذه الآية الكريمة استنبط الشافعي، رحمه الله، ومن اتبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم؛ ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء، ولم ينقل ذلك عن أحد من الصحابة، رضي الله عنهم، ولو كان خيرا لسبقونا إليه، وباب القربات يقتصر فيه على النصوص، ولا يتصرف فيه بأنواع الأقيسة والآراء

Terjemahan: “Firman Allah (maksudnya: Dan sesungguhnya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) selain daripada apa yang telah mereka usahakannya). Di sini bermaksud:

Iaitu sebagaimana seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain, maka begitu jugalah bahawa seseorang itu tidak akan mendapat ganjaran (pahala) melainkan dari apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini, Imam asy-Syafi’e bersama para ulama yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur’an tidak akan sampai hasil sedekah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha dia sendiri. Atas sebab itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah mensyari’atkan kepada umatnya (supaya menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang mati) dan tidak juga pernah menyukai atau memberikan petunjuk kepada mereka sama ada dengan nash (dalil yang jelas/terang) dan tidak juga dengan isyarat serta tidak dinukilkan dari walau seorang pun sahabat (bahawa mereka pernah mengirimkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan tersebut baik, sudah tentu para sahabat telah mendahului kita di dalam mengamalkannya. Dan di dalam permasalahan ibadah, ianya hanya terbatas (terhenti) berdasarkan dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas (analogi) atau pendapat-pendapat (pemikiran) tertentu.”

Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Azhim, 7/465. Juga sebagaimana yang dinukilkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Ahkamul Jana’iz, 1/174.

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan berkenaan perkataan Ibnu Katsir di atas (katanya):

وما ذكره ابن كثير عن الشافعي رحمه الله تعالى هو قول أكثر العلماء وجماعة من، الحنفية كما نقله الزبيدي في (شرح الاحياء) 10 / 369

Terjemahan: Apa yang disebutkan oleh Ibnu Katsir dari asy-Syafi’e rahimahullah tersebut adalah merupakan pendapat majoriti ulama dan sekelompok pengikut mazhab Hanafi, sebagaimana yang dinukilkan oleh az-Zubaidi di dalam Kitab Syarah al-Ahyaa’, 9/369. (Lihat: Syaikh al-Albani, Ahkamul Jana’iz, 1/174)

Perkataan Imam asy-Syafi’e rahimahullah:

فأعلم رسول الله مثل ما أعلم الله من أن جناية كل امرئ عليه كما عمله له لا لغيره ولا عليه

Terjemahan: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memberitahu sebagaimana yang diberitahu oleh Allah, bahawasanya dosa setiap orang adalah untuk kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya yang juga buat dirinya sendiri dan bukan untuk kecelakaan orang lain.

Lihat: Ikhtilaful Hadis, 1/538, (باب استقبال القبلة للغائط والبول), Maktabah Syamilah.

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:

وأما قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعى أنه لا يصل ثوابها إلى الميت وقال بعض أصحابه يصل ثوابها إلى الميت

Terjemahan: “Ada pun berkenaan bacaan al-Qur’an maka yang masyhur di kalangan mazhab asy-Syafi’e bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati dan sebahagian sahabat berpendapat sampai pahala bacaan kepada si Mati.”

Kemudian beliau menjelaskan lagi:

وكل هذه المذاهب ضعيفة ودليلهم القياس على الدعاء والصدقة والحج فانها تصل بالاجماع ودليل الشافعى وموافقيه قول الله تعالى وأن ليس للانسان الا ما سعى وقول النبى صلى الله عليه و سلم اذا مات بن آدم انقطع عمله الا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Terjemahan: “Dan semua mazhab-mazhab tersebut (yang membolehkan menghadiahkan pahala kepada orang mati – Penulis) adalah jelas lemahnya, dan dalil yang mereka gunakan untuk membolehkan (amalan sedekah pahala kepada si mati) hanyalah qias yang diqiaskan dengan doa, sedekah dan haji. Maka sesungguhnya ianya tidak sampai secara ijmak (kesepakatan ulama). Dan dalil asy-Syafi’e serta mereka yang mengikutinya adalah (ayat al-Qur’an): (Sesungguhnya tidaklah ada yang diperolehi oleh setiap manusia, kecuali apa yang telah diusahakan). “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): 1 – Sedekah jariah, 2 – ilmu yang bermanfaat dan 3 – anak yang soleh yang mendoakannya”.”

Lihat: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 1/90.

Di dalam kitab yang sama, beliau meletakkan sebuab bab bernama:

باب وصول ثواب الصدقة عن الميت إليه

Terjemahan: Bab Sampaikah Kepada Mayat (pahala) Sedekah Yang Diberikan Atas Namanya.

Kemudian beliau menjelaskan:

والمشهور في مذهبنا أن قراءة القرآن لا يصله

Terjemahan: Dan yang masyhur di dalam mazhab kami (Mazhab asy-Syafi’e) adalah pahala bacaan al-Qur’an itu tidak sampai pahalanya (kepada si mati).

Lihat: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 7/89-90.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah berkata:

الْمَيِّتُ لَا يُقْرَأُ عليه مَبْنِيٌّ على ما أَطْلَقَهُ الْمُتَقَدِّمُونَ من أَنَّ الْقِرَاءَةَ لَا تَصِلُ إلَى الْمَيِّتِ لِأَنَّ ثَوَابَهَا لِلْقَارِئِ وَالثَّوَابُ الْمُتَرَتِّبُ على عَمَلٍ لَا يُنْقَلُ عن عَامِلِ ذلك الْعَمَلِ قال تَعَالَى وَأَنْ ليس لِلْإِنْسَانِ إلَّا ما سَعَى وَوُصُولُ الدُّعَاءِ وَالصَّدَقَةِ وَرَدَ بِهِمَا النَّصُّ فَلَا يُقَاسُ عَلَيْهِمَا إذْ لَا مَجَالَ لِلْقِيَاسِ في ذلك فَاتَّجَهَ قَوْلُهُمْ أَنَّ الْمَيِّتَ

Terjemahan: “Mayat tidak boleh dibacakan al-Qur’an ke atasnya sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Qur’an pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari amalan yang mereka telah usahakannya sendiri.”

Lihat: Ibnu Hajar al-Haitami, al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, 2/26.

Al-Hafiz Ibnu Katsir di dalam Tafsirnya sekali lagi:

كما لا يحمل عليه وزر غيره، كذلك لا يحصل من الأجر إلا ما كسب هو لنفسه

Terjemahan: Sebagaimana tidak dipertanggungjawabkan dosa orang lain, begitulah juga seseorang itu tidak mendapat ganjaran melainkan apa yang telah dia kerjakan (usahakan) sendiri.

Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim, 7/465.

Juga:

أن النفوس إنما تجازى بأعمالها إن خيرًا فخير، وإن شرًا فشر، وأنه لا يحمل من خطيئة أحد على أحد

Terjemahan: Sesungguhnya manusia itu hanya menerima balasan berdasarkan amalnya, jika baik, maka baiklah balasannya dan jika buruk, maka buruklah balasannya dan bahawasanya seseorang itu tidaklah menanggung dosa bagi seseorang yang lain.

Lihat: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim,3/384.

Click here to read more.. »

Share on Facebook
Posted on January 18th 2012 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

Kuliah Hj Shamsuri Januari Jitra Kedah 2012

No Comments »

Kuliah Hj Shamsuri Januari Jitra Kedah 2012


Ustaz Hj Shamsuri tgh memberi kuliah

Date : 17 Januari 2012
Time : 6.00 p.m
Place : Masjid Bandar Darulmana Jitra Kedah
Info : Petang semalam.. omaQ dan rakan rakan seceramah.. pi dengar Ustaz Hj Shamsuri yang hadir bagi kuliah hadithnya @ Masjid Bandar Darulaman Jitra Kedah…omaq tumpang Cikgu Ady yang selalu ajak ke kuliah Ust Hj Shamsuri.. semalam.. omaQ dengan rakan rakan iaitu Abang Kadir.. Cikgu Own… kami berempat bertolak dari kangar.. arau – jitra… omaQ tinggal kereta Mini omaQ @ MAsjid Jejawi Sg Adam.. sbb nak tumpang Cikgu ady @ Jejawi.. then.. baru pi ambik rakan lain @ Arau.. Alhamdulilah.. ramai gak yang hadir dengar kuliah hadith semalam tu.. ondaway balik ke Perlis.. sempat kami singgah area padang Perahu Jitra.. makan kat kedai yang famous.. nasi goreng Puyuh.. mmg terbaeeik.. :)


Nasi Goreng Burung Puyuh Terbaaaeik!!!

Kuliah Hj Shamsuri Januari  Jitra Kedah 2012 Kuliah Hj Shamsuri Januari  Jitra Kedah 2012 Kuliah Hj Shamsuri Januari  Jitra Kedah 2012 Kuliah Hj Shamsuri Januari  Jitra Kedah 2012 Kuliah Hj Shamsuri Januari  Jitra Kedah 2012 Kuliah Hj Shamsuri Januari  Jitra Kedah 2012
Share on Facebook
Posted on January 18th 2012 in My Event, My Info, My Kuliah, My Tazkirah

Diskusi Tokoh: Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA Tokoh Sepanjang Zaman.

No Comments »

20120116-174504.jpg

Jabatan Mufti Perlis akan menganjurkan Diskusi Tokoh: Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA Tokoh Sepanjang Zaman.

Tarikh: 16 Januari 2012 (Isnin)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis

Muslimin & muslimat dijemput hadir.

Share on Facebook
Posted on January 16th 2012 in My Info, My Perlis, My Sunnah, My Tazkirah

Dr Juanda : Bahana Melakukan Maksiat

No Comments »

Bahana Melakukan Maksiat

Mengapakah al-Quran banyak menyebutkan tentang kisah-kisah pelbagai kaum yang berakhir dengan kehancuran? Ia adalah supaya manusia sentiasa beringat bahawa segala bentuk kejahatan itu adalah warisan kehancuran yang mesti ditinggalkan. Jenayah homoseksual merupakan peninggalan kaum Nabi Lut, kesombongan dan kezaliman adalah budaya Firaun, manakala gaya hidup bermegah-megah dan melampau telah dipelopori oleh kaum Nabi Hud. Penolakan terhadap seruan iman pula telah berlaku semenjak diutuskan Nabi Adam AS seterusnya berlanjutan hingga kerasulan Muhammad SAW.

Orang yang merasa dirinya suci kadang-kadang memandang orang lain dengan pandangan hina. Mereka sepatutnya memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas mukabumi ini yang terlindung dari kejahatan dirinya sendiri melainkan para Nabi dan Rasul-Nya. Kerana aura kejahatan itu merebak di setiap sudut dan ruang dalam kehidupan sehari-hari. Hanya orang beriman saja yang boleh selamat, iaitu mereka yang memiliki sikap sentiasa berjaga-jaga dan waspada terhadap amal perbuatannya yang mudah dicemari oleh unsur-unsur kejahatan.

Sepertimana sikap Umar bin al-Khattab RA yang amat berhati-hati dengan gangguan kejahatan pada dirinya sendiri. Beliau bertanya kepada seorang sahabat: “Apakah yang dimaksudkan dengan takwa?” Sahabat menjawab: “Pernahkah kamu melewati satu jalan yang dipenuhi duri-duri yang tajam? Pasti kamu akan berhati-hati melaluinya supaya tidak terpijak duri-duri itu. Begitulah keadaan orang yang bertakwa, dia sentiasa beringat dan menjaga dirinya dari kejahatan dan maksiat yang boleh membahayakan iman.”

Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan manusia. Abdullah bin Abbas pernah berkata: “Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk.” Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati.

Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk bertarung melawan kejahatan dan bersabar melakukan kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari dua kutub yang saling tarik menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran dan pergerakan kita setiap hari. Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa dalam hati dan peribadi? Kita memerlukan kejujuran untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di atas?

Kegelapan di dalam hati

Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! Begitulah keadaan orang yang akhirnya menganggap kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud: ”Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. (Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)

Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu bermula dari melakukan yang kecil. Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.

Begitu pula penipu kelas jerung sememangnya telah terbiasa melakukan penipuan kelas bilis, sedikit demi sedikit hingga tidak terasa bahangnya dosa dan maksiat yang telah sebati dalam jiwanya. Betapa pentingnya kita menjaga perkara-perkara yang kecil kerana ia boleh membesar secara senyap. Dosa besar bermula dari melakukan dosa kecil. Semua ini menyumbang kepada kegelapan di hati. Bagaimana mungkin rahmat Allah SWT jatuh di hati yang gelap, kotor dan busuk. Melainkan dengan ketentuan-Nya siapapun boleh diselamatkan jika Allah Taala berkehendak.

Kegelapan di wajah

Pelaku maksiat sentiasa diikuti oleh bayang-bayang dosa dan rasa bersalah. Hatinya tidak tenang, wajahnya pula menyimpan kesusahan dan kegelisahan. Walaupun di hadapan orang ramai semua itu boleh disembunyikan tetapi dia akan sampai pada tahap tidak boleh menyembunyikan aibnya lagi. Ketika itu Allah Taala telah menyingkap hijab dirinya dan terbukalah segala cacat cela di hadapan manusia. Jika pandangan orang telah menghina dan memburukkan diri kita akibat perbuatan kita sendiri maka kita tidak akan mampu menampakkan keceriaan dan seri pada wajah. Yang tinggal hanya kesedihan, rasa bersalah dan gelisah akibat maksiat yang merendahkah maruah diri sendiri.

Sempitnya rezeki dan kebencian orang lain

Ummul Mukminin Aisyah RA pernah menuliskan surat kepada Khalifah Muawiyah RA yang berisi: “Ketahuilah orang-orang yang telah melakukan maksiat kepada Allah, maka orang-orang yang memujinya berbalik akan mencelanya.”

Seorang pemimpin negara seperti Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan RA sentiasa menjadi tumpuan rakyatnya. Oleh itu Aisyah RA berwasiat agar sentiasa sang khalifah menjaga hubungannya dengan Allah Taala dan jangan sekali-kali bermaksiat kepada-Nya kerana perbuatan maksiat itu akan mempengaruhi setiap keputusan sang khalifah dalam mentadbir negara. Seterusnya memberi kesan kepada rakyat, adakah mereka memuji atau membencinya?

Tiada seorangpun manusia yang suka melihat kejahatan berleluasa. Sekecil apapun kejahatan tetap kejahatan dan membawa bala kepada orang lain. Seperti seorang muslim yang melihat muslim lain meletakkan keretanya di tepi jalan yang mengganggu jalan kenderaan lain akan merasa benci dengan perbuatan saudaranya itu. Kejahatan bermula dari perkara yang kecil, akhirnya membawa kepada kejahatan lain. Pertengkaran dan buli di atas jalanraya boleh terjadi dan akhirnya menumpahkan darah.

Bagaimana pula orang yang dibenci itu boleh bermuamalat dengan orang lain, sedangkan peniaga yang berakhlak buruk tentulah akan dijauhi. Begitu pula dengan orang yang suka menahan rezeki saudaranya, apatah lagi mendengki, ibarat mahukan milik orang lain, yang di tangan sendiri pasti akan terlepas. Tiada keberkatan dalam rezekinya dan dia kehilangan kasih sayang daripada saudara-saudaranya seiman.

Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki’ (salah seorang guru al-Syafie) dalam untaian syairnya:

”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku;
beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat;
Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya;
sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”

Sumber :- http://drjuanda.com

Share on Facebook
Posted on January 16th 2012 in My Artikel, My Tazkirah

Dr Abdullah Yassin : Ananiy (Selfish)- Merosakkan Iman

No Comments »

Dr Abdullah Yassin : Ananiy (Selfish)- Merosakkan Iman

by Abdullah Yasin

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ ( رَوَاهُ لبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ ) Daripada Anas Bin Malik RA daripada Nabi SAW sabdanya : Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga dia mencintai saudaranya (seagama) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. ( HR Bukhari dan Muslim )

Pengajaran Al-Hadis :

1. Persaudaraan antara muslim dengan muslim lain bagaikan adik beradik kandung. Allah SWT berfirman : ( إِنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ ) : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. ( Al-Hujurat : 10 ) . Menurut Ulama Tafsir : Allah SWT menggunakan istilah ( إِخْوَةٌ ) : yang makna asalnya Saudara Kandung. Maksudnya : Hubungan persaudaraan antara muslim dengan muslim lain lebih kuat kerana memiliki iman yang sama, walaupun berlainan suku dan bangsa, jika dibandingkan dengan adik beradik kandung tetapi berlainan agama, ataupun satu suku dan warganegara tetapi berlainan agama. Jadi persaudaraan kita sebenarnya lebih kokoh dengan muslim Afrika, muslim China, muslim India, muslim Turkey, muslim Korea dan lain-lain. Lebih-lebih lagi tentunya dengan muslim Thailand, Singapore, Brunai, Kamboja dan Indonesia, sebab mereka bukan saja se-Iman, se-Islam tetapi juga serumpun Melayu.

2. Sudah menjadi fitrah atau naluri setiap manusia sangat mencintai atau menyayangi dirinya sendiri. Dalam hadis sahih diatas Rasulullah SAW menafikan kesempurnaan iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seagama sama seperti dia mencintai atau menyayangi dirinya sendiri. Contohnya : Jika kita suka dihormati oleh orang lain, maka kita juga mesti pandai menghormati orang lain ; Kita suka jika orang lain menepati janji, maka kita juga mestilah menepati janji jika berjanji. Demikian sebaliknya : Jika kita benci orang lain mungkir janji kepada kita, maka kita janganlah mungkir janji kepada orang lain. Demikian seterusnya. Namun terdapat segelintir umat Islam, malahan dari kalangan mereka rajin menuntut ilmu agama dan banyak mengetahui tentang Al-Quran dan Al-Hadis, justeru berbuat dan bersikap bercanggah dengan apa yang mereka ketahui. Contoh : Cukup sensitive dan mudah tersinggung jika rakannya mungkir janji atau tidak menjaga perasaannya, tetapi dia sendiri tidak menjaga sensitivity dan perasaan orang lain. Cukup marah jika harapannya dihampakan, tetapi tidak kisah menghampakan harapan orang lain.

3. Orang yang minta dijaga perasaannya tetapi tidak pandai menjaga perasaan orang lain, inilah yang disebut dalam istilah Arab dengan “ Ananiy “ ( أَنَـــانِيٌّ ) : dari perkataan Ana : Aku. Jadi orang tersebut terlalu kuat “ Keakuannya “ ; Golongan inilah yang selalu dipanggil “ Selfish “. Rasulullah SAW menafikan kesempurnaan iman orang tersebut. Dengan istilah lain : Sifat Selfish dapat merusakkan keimanan seseorang. Rasulullah SAW pernah menyebut dalam sebuah hadis : Orang yang beriman itu bagaikan satu diri, jika ada bahagian anggota badannya sakit maka seluruh badannya akan merasa sakit. Oleh itu, ustaz ingin menasihatkan para jamaah : Amalkanlah ilmu yang kamu miliki. Pepatah Arab menyebut : Ilmu yang tidak diamalkan bagaikan pokok tanpa buah. Malahan diriwayatkan : Allah SWT akan menyiksa orang yang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya lebih dahulu daripada orang-orang yang jahil. Itulah rahasianya : Kita mohon dalam surah Al-Fatihah agar dijauhi Allah daripada ( المَغْضُوبِ عَلَيْهِم ) lebih dahulu daripada ( الضًّآلِّيْن ) kerana orang yang dimurkai adalah orang yang mengetahui tetapi tidak mengamalkannya, sedangkan orang-orang yang sesat adalah kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan. Na’uudzu Billahi Min Dzaalik.

Sumber :- Facebook Dr Yassin

Share on Facebook
Posted on January 15th 2012 in My Artikel, My Tazkirah

My Video : Sebab turunnya surah Al-Kahfi

No Comments »

My Video : Sebab turunnya surah Al-Kahfi

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on January 15th 2012 in My Sunnah, My Tazkirah, My Video