Sunnah : Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

No Comments »

Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah….

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika ‘punch card’ di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ‘office hour’ dengan meng’ular’. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ‘claimn’ untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin.”

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut)

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juta sebaliknya

*****Fikir fikirkan lah….setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam

Dan banyak lagi….Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?

Sumber :- Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on April 10th 2012 in My Artikel, My Sunnah, My Tazkirah

Islamic : Pasukan peronda cegah maksiat di Aceh

No Comments »

Pasukan peronda cegah maksiat di Aceh


SEORANG anggota polis peronda pencegah maksiat memeriksa kad pengenalan satu pasangan yang belum berkahwin di Banda Aceh kelmarin.

BANDA ACEH – Anggota-anggota polis pencegah maksiat di sini melakukan rondaan dengan menaiki trak dan kenderaan lain bagi memastikan penduduk beragama Islam tidak melakukan perbuatan yang menyalahi ajaran agama itu.

Mereka akan menghampiri pasangan yang dilihat berdua-duaan dan memberi nasihat kepada mereka supaya pulang ke rumah.

Aceh merupakan sebuah wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang syariah.

Terdapat 1,000 anggota polis itu yang dikenali sebagai Wilayatul Hisbah di sini.

Pada minggu lalu, seorang wanita memakai tudung dengan tergesa-gesa manakala satu pasangan kekasih yang menaiki motosikal beredar di sebuah kawasan di tepi pantai apabila melihat anggota-anggota peronda Wilayatul Hisbah menghampiri mereka.

Namun, satu pasangan kekasih lain yang bersembunyi di belakang sebuah batu besar ditahan oleh anggota-anggota polis itu.

“Adakah kamu sudah berkahwin?” soal seorang anggota polis tersebut yang bermisai tebal.

Pasangan kekasih itu kemudian menggelengkan kepala mereka.

“Perbuatan ini tidak dapat diterima di Aceh. Kita mempunyai undang-undang syariah di sini. Pergi pulang sekarang,” kata anggota polis tersebut selepas memeriksa kad pengenalan pemuda dan gadis itu. – AFP

Sumber :- Kosmo.com.my

Share on Facebook
Posted on April 10th 2012 in My Info, My Tazkirah

Sunnah : Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

No Comments »

Sunnah : Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Sabda Rasulullah SAW:

“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)

“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)

Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut

Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.

Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami anda menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami anda.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic.

Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah A-li’Imraan 3:191)

Wallahu’alam….

SUmber :- Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on April 10th 2012 in My Artikel, My Tazkirah

7 Sunnah Rasulullah

No Comments »

7 Sunnah Rasulullah

Sumber : Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on April 10th 2012 in My Artikel, My Info, My Tazkirah

Info : MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

No Comments »

“MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W”

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

Sumber :- Facebook Warga omaQ.org

Share on Facebook
Posted on April 9th 2012 in My Artikel, My Info, My Tazkirah

20 Faedah Kelebihan Sedekah !!

No Comments »

20 Faedah Kelebihan Sedekah !!

Dengan mengemukakan ratusan dalil daripada al-Qur’an dan hadith sahih, Syeikh Ali Ibn Muhammad al-Dahhami dalam karangannya al-Sadaqatu Fada’iluha wa Anwa’uha menyenaraikan faedah sedekah kepada 20 kelebihan utama seperti berikut:

1.Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah
2.Sedekah dapat menghapuskan dosa
3.Sedekah merupakan pelindung daripada api neraka
4.Orang yang bersedekah dipayungi oleh sedekahnya pada Hari Kiamat
5.Sedekah dapat mengubati penyakit-penyakit fizikal
6.Sedekah boleh merawat penyakit-penyakit hati / psikospiritual
7.Sedekah menolak berbagai-bagai jenis bala
8.Seorang hamba Allah itu akan mencapai hakikat al-Birr (kebaikan) hanya dengan sedekah
9.Orang yang bersedekah setiap hari akan didoakan balasan yang baik oleh malaikat, akan tetapi sebaliknya kepada orang yang enggan bersedekah
10.Harta orang yang bersedekah diberkati oleh Allah
11.Tidak akan tertinggal harta kepada pemiliknya melainkan harta itu daripada kumpulan harta yang disedekahkan
12.Allah melipat-gandakan pahala kepada orang yang bersedekah
13.Orang yang bersedekah akan masuk ke syurga daripada pintu khusus yang dinamakan Pintu Sedekah
14.Apabila terkumpul amalan sedekah, bersama puasa sunnat, mengiringi jenazah dan menziarahi orang sakit pada satu hari, maka dijanjikan balasan syurga
15.Sedekah dapat melapangkan dada, melega dan mententeramkan hati
16.Apabila orang yang bersedekah juga orang yang berilmu, maka dia berada pada kedudukan paling utama di sisi Allah
17.Rasulullah menempatkan orang kaya yang rajin bersedekah seperti al-Qur’an yang rajin dibaca
18.Sedekah di jalan Allah bersama-sama dengan pengorbanan nyawa merupakan penunaian janji antara seorang hamba dengan Allah dan menyempurnakan ikrar yang dibuat oleh hamba tersebut
19.Sedekah merupakan bukti kebenaran iman seorang hamba Allah
20.Sedekah dapat membersihkan harta dan mengikis kotoran yang menghinggapi harta akibat perbuatan sia-sia, sumpah, dusta dan kelalaian

Sumber :- http://teratakrahmat.blogspot.com

Share on Facebook
Posted on April 9th 2012 in My Artikel, My Tazkirah

Kutbah Jumaat Perlis 6 April 2012 : Haram Pecah Amanah

No Comments »

KHUTBAH JUMAAT NEGERI PERLIS (6 April 2012 M / 14 Jamadil Awal 1433 H) – HARAM PECAH AMANAH

HARAM PECAH AMANAH

6 April 2012 M / 14 Jamadil Awal 1433 H

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ، لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya mengingatkan diri saya dan para jemaah sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan memperkatakan khutbah bertajuk:”Haram Pecah Amanah”.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Manusia ialah hamba Allah SWT yang diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Tugas khalifah begitu luas yang meliputi segala aspek kehidupan umat manusia. Tugas ini adalah amanah. Bagi membolehkan kita melaksanakan amanah yang begitu berat, maka Allah SWT menurunkan Al-Quran dan Rasul-Nya agar dijadikan rujukan dan panduan untuk kita mentadbir alam ini. Justeru, sebagai khalifah, kita diwajibkan mentaati segala peraturan dan panduan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan semua manusia dan seluruh alam.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 27:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.

Ayat ini merupakan perintah larangan Allah SWT yang ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan berilmu supaya jangan mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya. Orang yang melakukan pecah amanah disifatkan sebagai seorang yang munafik, sepertimana sabda Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Al-Bukhari, yang bermaksud : “Antara tanda orang munafik ialah apabila diberi amanah dia mengkhianatinya”.

Al-Imam Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya menyebut mereka yang pecah amanah sebagai bersifat munafik pada perbuatan dan merupakan dosa besar serta bakal mendapat kemurkaan Allah SWT .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Ketahuilah bahawa Nabi Muhammad SAW telah menunaikan amanahnya sebagai penegak agama, penyelamat ummah, pembela orang-orang lemah, dan pendidik masyarakat. Baginda juga bertindak sebagai ketua keluarga, ketua negara dan sebagai pemimpin seluruh alam.

Rasulullah SAW memperingatkan kita agar memelihara dan bertanggunjawab ke atas setiap amanah yang dipikul oleh setiap manusia, sebagaimana sabdanya:

Maksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai orang yang kamu pimpin. Imam yakni ketua kerajaan ialah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami ialah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita ialah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Setiap kamu ialah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”.

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Islam amat menitikberatkan aspek kepimpinan yang berkualiti dan menjadi contoh kepada seluruh masyarakat di dunia ini. Sesungguhnya umat Islam amat beruntung kerana mempunyai seorang tokoh maksum untuk dijadikan panduan dan tauladan dalam merealisasikan asas kepimpinan ini iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda ialah contoh yang dikagumi oleh seluruh umat Islam, bahkan disanjung tinggi oleh para cendekiawan dunia. Hal ini kerana baginda telah menunjukkan kebolehan yang hebat dan luar biasa dalam memimpin negara, masyarakat dan keluarga.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,

Sesungguhnya menjadi seorang pemimpin bukanlah satu peluang untuk mendapatkan kuasa, pangkat, pengaruh politik, harta dan wang ringit semata-mata. Bahkan tugas memimpin merupakan amanah dan tanggungjawab kepada Allah SWT yang amat berat. Oleh itu, Rasulullah SAW melarang umatnya meminta-minta atau berebut-berebut untuk dipilih menjadi pemimpin kecuali kita dipilih dan dilantik. Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Muslim :

يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ لاَ تَسْأَلِ الإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ أُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا

Maksudnya: Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah engkau meminta-minta jawatan (hendak menjadi pemimpin) kerana jika engkau menjadi pemimpin kerana berminta-minta, maka tanggungjawabmu akan dibebankan ke atas bahu kamu seorang. Dan jika engkau dipilih tanpa permintaan, engkau akan dibantu dalam tugasmu.

Mengikut pemerhatian, tahap melaksanakan amanah dalam kalangan anggota masyarakat pada hari ini agak merisaukan. Banyak tanggungjawab diabaikan sama ada yang berkaitan dengan Allah SWT atau sesama manusia. Kita dapat melihat ramai dari kalangan individu kita yang mengabaikan solat, memandang remeh kewajipan berzakat, dan bakhil untuk mengeluarkan sedikit harta untuk bersedekah. Ramai juga dalam kalangan kita, ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga, hingga menyebabkan anak-anak diabaikan. Betapa banyak kes anak-anak yang lari dari rumah yang dilaporkan oleh pihak berkuasa. Gejala sosial semakin menjadi-jadi, penagihan dadah, penyalahgunaan daun ketum, seks haram diluar nikah, dan kecurian berlaku di mana saja.

Amanah dalam menguruskan sektor awam dan swasta pada masa kini juga perlukan perhatian mendalam. Banyak laporan berkaitan kejadian pecah amanah, penyelewengan kuasa, rasuah, membuang masa, dan sebagainya. Begitu juga dilaporkan penyelewengan permit subsidi diesel dalam kalangan nelayan, penyelewengan petrol dan minyak masak yang diseludup serta dijual kepada warga luar yang tidak berhak. Perbuatan yang terkutuk ini jika berleluasa akan merugikan rakyat dan negara. Demikian juga amanah dalam kalangan pemegang-pemegang jawatan yang lain dalam masyarakat, pertubuhan kebajikan, parti politik, masjid, surau, institusi dan sebagainya, jadikan jawatan itu sebagai peluang untuk menambah pahala dengan menunaikan amanahnya, bukannya jawatan itu menjadi punca menambah dosa dan menempah api neraka akibat amanah yang diabaikan.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Al-Bukhari, yang bermaksud ; “Apabila telah hilang amanah maka tunggulah saat kehancurannya. Baginda ditanya lagi ;Bagaimanakah amanah itu hilang?. Baginda menjawab; Apabila sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya”.

Justeru, mimbar menyeru semua jemaah, marilah sama-sama kita menghayati prinsip ikhlas, bertanggungjawab, sentiasa beramanah, jujur, berdisplin dan mengutamakan kualiti serta kesempurnaan dalam setiap tugasan yang diamanahkan.

Ingatlah jika kita mengkhianati amanah yang diberikan nescaya kita akan dimurkai Allah SWT serta sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain. Jika sekiranya kita terlibat dalam penyelewengan dan penipuan, maka rezeki yang kita perolehi adalah haram, makanan dan minuman adalah haram, pakaian yang dipakai juga haram kerana datang dari sumber yang haram dan ia pasti menempah tempat di dalam neraka. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah An-Nisaa ayat 58:

Click here to read more.. »

Share on Facebook
Posted on April 7th 2012 in My Artikel, My Tazkirah

Dr Juanda : Kahwin terpaksa, Punca Suami kata tak cinta

No Comments »

Kahwin terpaksa, Punca Suami kata tak cinta

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Cinta merupakan suatu proses pembelajaran semulajadi yang mesti dilalui setiap insan. Dalam perkahwinan, setiap pasangan dituntut untuk belajar bagaimana membuat pasangannya jatuh cinta setiap hari. Tetapi malangnya, mereka hanya menunggu bilakah si dia berubah dan mahu mencintaiku sepenuh hati sedangkan diri sendiri tidak pernah mempersoalkan apakah telah bersedia berubah supaya pasangannya bertambah sayang.

Adakalanya seseorang bosan dengan pasangan dan akhirnya berani menyatakan bahawa dirinya tidak lagi mencintai pasangannya itu. Alangkah mudahnya melafazkan tak cinta lagi walaupun telah lahir zuriat yang ramai dan berpuluh tahun menikah. Ada beberapa punca yang menyebabkan suami rasa bosan dan berani menyatakan ‘tak cinta lagi’ kepada isteri.

1. Suami miang, mabuk cinta kekasih baru

Kes seperti ini sering dihadapi ekoran trend masyarakat yang bebas bergaul dan kurang ikatan agama. Ramai yang melihat keadaan sebegini berlaku di mana-mana tetapi adakah kita mahu mengambil pelajaran? Punca lelaki curang bukan hanya kerana masalah yang ditimbulkan dalam rumah saja bahkan ramai yang mengaku isteri mereka baik-baik belaka tetapi godaan di luar sana terlalu hebat. Semua lelaki punya nafsu yang boleh meletup-letup jika tidak dikawal dengan bimbingan tangan isteri. Seharusnya isteri faham bagaimana menutup mata suami daripada pandangan liar wanita lain, bagaimana pula menjaga hati suami supaya tidak berpindah ke hati wanita lain.

Tetapi kebanyakan wanita merasa tak adil jika mereka saja yang bertungkus lumus menjaga hati suami sedangkan suami tak mahu membalas dengan perbuatan serupa dan setimpal. Perasaan seperti ini hanyalah mainan emosi anda sahaja, sedangkan batu yang keras akhirnya akan tembus oleh kelembutan air yang menitik di atasnya. Inikan pula hati seorang suami, jika tak cukup setahun untuk dia berubah tunggulah sehingga detik berlalu dengan harapan yang memuncak. Selagimana suami anda seorang manusia, hatinya pasti berada dalam genggaman Allah Taala. Jangan berhenti berusaha dan berdoa, jangan menyerah kalah untuk membuat suami bertambah cinta.

2. Kahwin terpaksa

Ramai juga yang menjadi mangsa akibat proses perjodohan yang dirancang keluarga, teman atau saudara. Tak kurang yang dipaksa oleh keadaan. Peliknya jika ada masalah timbul, mereka yang bertungkus lumus menyatukan dua jiwa ini dijadikan kambing hitam. Bukankah mereka hanya memberi jalan sedangkan keputusan terakhir itu jatuh di tangan kedua-dua pasangan? Pelik sungguh, menyalahi takdir yang sudah terjadi seolah-olah membangkang perbuatan Tuhan! Jangan salahkan orang jika anda dan pasangan saling membenci. Bahkan ada yang poligami dengan alasan dulu kahwin pertama itu pilihan orang lain, kahwin kedua pilihan hati sendiri. Kalaulah begitu, masa melafazkan akad nikah dulu yang duduk menggenggam tangan tok kadi tu tak ikhlas ke, yang membuntingkan bini hingga berbelas anak pun tak ikhlas juga, yang merayu-rayu minta layanan seks tu tak ikhlas lah ye! Alahai lelaki, berjuta alasan boleh dicari, namun ianya tetap tidak dapat menyembunyikan fakta-fakta itu dari hidup anda.

3. Tak tahu apa yang dimahu pasangan

Anda pasti bertanya-tanya mengapa pasangan anda pendiam, suka menyimpan perasaan, tak berterus terang dan sukar diajak berkomunikasi dengan baik. Kalau dah meletup kemarahannya barulah anda tahu rupa-rupanya si dia masih punya perasaan. Diam bukan bermakna suami tak sensitif tapi memang pun dia tidak berapa mahir dalam teknik komunikasi bersama pasangan. Isteri yang suka bersembang jangan merasa tak dihargai jika suami tak layan. Mungkin itu sudah menjadi sikapnya yang semulajadi, melainkan jika suami tiba-tiba berubah diam saja dan menunjukkan gerak geri yang berbeza daripada biasa. Isteri kena ambil tahu, kaji selidik dan menyiasat mengapa perubahan itu terjadi pada suami. Jika masalahnya berpunca daripada isteri, dia mesti meminta maaf dan bersedia menerima tunjuk ajar suami. Kadang-kadang masalah itu remeh pada pandangan isteri justeru berat pada perasaan suami.

Di sinilah pentingnya berbicara dari hati ke hati, boleh jadi apa yang kita rasa tidak sama dengan perasaan suami atau sebaliknya. Kalau kedua-duanya tidak memahami satu sama lain, inilah yang menjadi punca suami hilang kepercayaan kepada isteri dan akhirnya hilang juga rasa cinta sedikit demi sedikit.

4. Mementingkan diri sendiri

Kalau suami bermasalah, lantaklah suka hati dia! Janji anak-anak baik, aku bayak duit, kerja bagus, pangkat besar, emak bapa sayang, kawan-kawan ramai!

Kata-kata sebegini adakah ikhlas dari hati anda? Ataukah sekadar mahu menghibur jiwa anda yang sakit? Bolehkah dengan fahaman sebegini semua masalah akan selesai dengan baik? Semuanya tak akan selesai sampai akhirnya anda akan melihat siapakah yang menjadi mangsa keadaan ini. Apakah suami, isteri atau anak-anak yang akan menjadi korbannya. Putus asa kepada pasangan bermakna anda putus asa kepada Allah SWT. Carilah jalan keluar sebelum masalah menjadi rumit, padamkan api yang kecil cepat-cepat sebelum berubah menjadi lautan api yang melahap rumahtangga anda! Selesaikan sekarang juga sebelum terlambat, buat semakan dan perbaikan cinta anda kepadanya.

Sumber :- DrJuanda.com

Share on Facebook
Posted on April 5th 2012 in My Artikel, My Tazkirah

Relationship Between Man And Women

No Comments »

Relationship Between Man And Women

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya

lebih manis apabila segala perbuatan tersebut dilakukan selepas nikah ♥

Parempuan : Awk.. Kenape awk tak penah ajak sy tengk wayang atau keluar jalan2 macam pasangan lain?

Lelaki : Saje..

Perempuan : Saje ke atau awk malu nk kuar ngan sy?

Lelaki : Mana ada.

Perempuan : Kenape kita tak penah gayut malam2 macm pasangan lain?

Lelaki : Sebab sy nak jimat kredit..

Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kwn sy panggil kekasihnya ”sayang” tapi awk tak pernah pun panggil saya ”sayang”?

Lelaki : Geli la perkataan tu.. Nak termuntah..

–> Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat2 kekasihnya.. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej…

Lelaki : Sy tak penah ajak awk kuar tngk wayang ngn jalan2 sbb nanti bila kita dah kahwin, awk takkan rasa boring nak kuar ngan sy dan sy nak saat tuh nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup sy.. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan? Mcm2 boleh terjadi kan? Sy tak nak gayut ngn awk mlm2 bukan sebab sy nk save kredit ke ape tapi sy tak nak diri sy hanyut dengar suara merdu awk.. Biarlah sy mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya sy akan lebih menghargainya.. Sy tak panggil awk sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah sy panggil awk ”sayang” bila kita jadi suami isteri nanti kerana awk takkan rasa bosan mendengarnya dan dpt menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan.. Sy sangat mencintai awk dan sy janji suatu hari nanti awk akan merasai ape yg orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata ” terima kasih bakal suamiku.. Aku amat menyintaimu.. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yg sah”

Share on Facebook
Posted on April 4th 2012 in My Info, My Tazkirah

Dr Juanda : Mengapa hajat kita tidak menepati kehendak Allah?

No Comments »

Mengapa hajat kita tidak menepati kehendak Allah?

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Seorang kanak-kanak akan meminta apa saja yang disukai kepada ibunya. Ibu yang penyayang pula menuruti saja kemahuan si anak yang merupakan anak tunggal. Jiwa anak yang lemah dan serba tidak mengetahui baik dan buruk sentiasa menuntut diberi kepuasan demi menenteramkan hawa nafsunya. Ibunya pula tidak pernah menolak permintaan si anak. Anda pasti boleh meneka bagaimana hasil didikan dan jagaan seorang ibu yang kurang ilmu dan lemah perasaan ini?

Cuuba kaitkan kejadian ibu dan anak ini dengan keadaan diri kita sebagai hamba kepada Allah Taala. Kadang-kadang kita menghembus nafas yang panjang sambil mengeluh dan menyiksa diri sendiri jika apa-apa kemahuan hati tidak dapat diperolehi. Seperti anak kecil yang merajuk tidak dibelikan gula-gula. Dia tidak tahu makanan itu boleh menyakiti giginya. Begitu pula halnya dengan hamba-hamba Allah. Ilmu yang ada pada akal mereka tidak sampai kepada ketinggian ilmu Allah SWT. Apa yang hawa nafsu mereka kata sedap sebenarnya tidak menurut ilmu Allah Taala. Orang beriman hendaklah akur dengan kehendak Allah seraya berkata: ”Kami mendengar dan kami taat”. Sebuah realisasi rasa keimanan yang menggugurkan segala pilihan manusia. Mengapa kemahuan kita sering bertentangan dengan kehendak Allah Taala?

1. Menunjukkan ilmu manusia tidak mungkin menceroboh batas ilmu Allah Taala. Setiap malam kita berdoa meminta hajat yang diidamkan tetapi tak pernah hajat itu menjadi kenyataan. Jodoh yang diharap tak kunjung datang, rezeki yang dikejar berlari lebih laju dari langkah kaki kita. Kadang-kadang keselamatan yang diminta tetapi musibah pula terpaksa ditanggung. Semua itu menunjukkan rahsia ilmu Allah telah menutupi akal fikiran manusia yang waras. Di sebalik pilihan Allah itu terdapat hikmah yang tak mungkin dicapai akal. Mungkin keadaan seperti sekarang ini lebih baik untuk agama dan akhirat kita. Jika semua yang kita mahu dapat dimiliki, boleh jadi kita akan mengalami kelalaian, takbur dan lupa diri sehingga memudaratkan agama kita. Teori tokoh sains Islam terkenal, Profesor Harun Yahya tentang sains yang menguatkan akidah menyatakan: ”Tidak ada sekecil apapun peristiwa dalam hidup ini terjadi secara kebetulan. Hidup dan nasib nampak kelihatan tidak teratur, misteri, hebat dan kontradik, namun setiap elemennya adalah merupakan sistem keteraturan daripada sebuah reka bentuk holistik yang sempurna. Ini adalah fakta penciptaan yang tidak dapat disangkal.”

Di dalam keserabutan antara keuntungan dan kerugian, nikmat dan siksa, sakit dan sihat, miskin dan kaya, iman dan kufur, semuanya itu berjalan sesuai senario yang Maha Pencipta untuk menggembeling jiwa manusia menjadi tangguh dan bermutu. Semua yang terjadi pada diri kita adalah baik belaka kerana ia adalah pilihan Allah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita jalani. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kenapa Engkau tidak mengabulkan doaku wahai Tuhan?

Hal inilah yang membuatkan Nabi Ayyub AS hanya memilih pendekatan bertasbih memuji Allah SWT ketika ditimpa musibah sakit tenat dan malu meminta kurniaan kesembuhan kerana baginda tidak pasti, adakah kesembuhan itu baik untuk agamanya ataukah sebaliknya. Al-Quran menceritakan hal ini dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”. (Surah al-Anbiya ayat 83)

Sebagai seorang Nabi mengapa baginda tidak terus meminta: Ya Allah, sembuhkanlah aku? Kerana keyakinannya kepada pilihan Allah, menyebabkan baginda tidak berani memilih untuk dirinya sendiri.

2. Allah Taala akan mengabulkan segala hajat di akhirat, yang tertangguh semasa di dunia.

Mengapa bersedih jika cita-cita kita tak kesampaian? Mungkin Tuhan akan mengabulkan permintaan kita itu di akhriat nanti. Mungkin dunia tidak sesuai untuk mewujudkan apa yang menjadi keinginan kita. Jika kita disuruh memilih, yang mana lebih bernilai di antara kemewahan di dunia atau akhirat? Adakah sama perhiasan dan wanita, kedudukan dan ketinggian darjat semasa di dunia dengan di akhirat? Jika insan yang memilih kenikmatan dunia berbanding balasan di akhirat mengetahui perbezaannya nescaya dia akan memuntahkan segala kenikmatan dunia dari dalam perutnya.

Ketika Rasulullah SAW terjumpa bangkai kambing yang telah busuk dan menjijikkan, baginda bersabda untuk mengajar kita tentang rahsia kehidupan yang mafhumnya: Demi Allah, sesungguhnya dunia ini lebih hina pada pandangan Allah daripada bangkai ini bagi kamu.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah Taala berjanji di dalam Al-Quran bagi sesiapa yang memilih akhirat dengan firman-Nya yang bermaksud: ”Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat kelak.” Surah al-Syu’arak ayat 20.

Rugi sungguh jika semua hajat di dunia terus dimakbulkan oleh Allah Taala, kerana di akhirat nanti tidak tersisa sedikitpun untuk dinikmati. Yang mana pilihan anda?

3. Apa saja takdir yang dibenci merupakan balasan kejahatan diri sendiri yang disegerakan di dunia. Kita tak mahu sakit, muflis, tersiksa dengan persekitaran dan hidup merana. Tetapi Allah Taala takdirkan kita mengalami semua itu, mengapa? Kerana Allah SWT menghendaki supaya kita tidak mengalami itu semua di akhirat nanti. Betapa susahnya menaruh sangka baik kepada Allah Taala. Biarlah musibah itu menjadi kafarah atas dosa-dosa kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ”Tiada seorang muslim menderita keletihan, penyakit, kesusahan hati, hingga duri tajam yang meunusuk dan mengganggunya, melainkan semua itu akan menjadi penebus bagi dosa-dosanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cuba anda bayangkan, jika anda tidak pernah sakit, susah dan merana. Mesti anda merasa diri anda sempurna dan tidak berdosa. Padahal ramai manusia yang tenggelam dalam zon keselesaan, cuai dan tidak waspada terhadap kejahatan dirinya sendiri. Dengan datangnya musibah, setidak-tidaknya anda mengingati Allah SWT dan bergantung harap hanya sahaja kepada-Nya, bukan sama sekali kepada makhluk-Nya yang boleh membawa kepada syirik dan musnah ganjaran akhiratnya. Namun ramai manusia yang beranggapan bahawa musibah itu kerana kutukan Allah SWT atau sebab ’tulah’ kejahatannya kepada orang lain. Bukankah lebih baik kita menerima musibah di dunia daripada menderita siksaan akibat musibah di akhirat?

Akhirnya sampailah kita kepada pengetahuan tentang esensi dengar dan taat, reda dan akur atas pilihan Allah Taala ke atas diri kita. Rasulullah SAW memuji umatnya yang telah sampai ilmunya kepada ketinggian ini. Melalui sabda baginda yang bermaksud: ”Sangat mengagumkan keadaan seorang mukmin, segala sesuatu untuk dirinya adalah baik. Tidak mungkin terjadi sedemikian melainkan ke atas orang mukmin sahaja. Jika mendapat nikmat dia bersyukur, jika menderita kesusahan dia bersabar.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Begitulah memandang sesuatu dengan sudut pandang Allah SWT, memikirkan sesuatu dengan bersandar kepada rahsia ilmu Allah SAW. Jawablah dengan hati yang reda dan penuh ketenangan serta keyakinan; Ya Allah! Kami dengar dan kami patuh atas segala pilihan-Mu, wahai Tuhanku.

Sumber :- DrJuanda.com

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on April 4th 2012 in My Artikel, My Tazkirah