Day 9 Konvoi Skuter Piaggio X9 Malaysia Thailand Kemboja 2012
Bangshi… Pomen Terkenal yng tersohor disepanjang jalan…
Date : 28 Januari 2012
Time : All Day Long
Place : Klong Yai ( Border Thailand – Kemboja) – Bangkok
Distance : 350 km
Info : Hari ke 9 hari tu…. omaQ dan rakan rakan sambung lagi perjalanan dari sempadan kemboja ke bandar bangkok… perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam … tapi dalam pejalanan tu kami menghadapi masalah dengan skuter omaQ.. iaitu tayar omaQ pancit tempat yang sama kali ke 3… so kene la tampung balik.. tapi bila nak tampal pon dah tak leh.. sbb kebocoran yang besar.. kena tampal dengan penampal tayar kereta plak.. so bertahan buat seketika.. bila lain.. tayar tu.. bengkak plak…Allah uji lagi sekali.. terpaksa bawa dengan slow… sampai di bandar Bangkok… malam tu.. kami bermalam di samut sakhon…..
Motor Tuan Aji dibogelkan untuk service koburator
Passport Tuan Lawyer yang selamat menjelajah 3-4 negara
Cop semua negara ada
Prof + Tuan tengah makan
Pekena dulu sup Terbaeeik!!
Pomen ondaway BAngkok ke Hua Hin… isi minyak engine sampai tumpah
Harley… pergh.. layan..
OmaQ tukar tayar baru.. @ Hua Hin ..RM 175 sebuah…
Day 8 Konvoi Skuter Piaggio X9 Malaysia Thailand Kemboja 2012
Alhamdulilah.. happy together…sampai di border Kemboja – Thailand… ye ye.. nak balik dah.. tak sabaq jumpa bini
Date 27 Januari 2012
Time : Morning
Place : Bandar Phnom Penh – Sempadan Koh Kong Combodia – Thailand)
Distance : 300 km
Info : hari jumaat hari tu… omaQ dan rakan rakan sambung perjalanan dari bandar Phnom Penh ke sempadan Combodia iaitu Koh Kong.. ambil masa perjalanan 300 km … perjalanan yang penuh cabaran.. sbb kami terpaksa menunggang motosikal skuter kami dengan laju.. sbb kalau bawa perlahan.. kereta kat sana pandu dengan laju.. akan merbahayakan diri kami balik… jalan yang tiada bahu jalan.. mmg sempit.. ngam ngam untuk sebuah kereta sahaja lalu…. Alhamdulilah.. tak ada perkara yang tidak ingini berlaku.. cuma di pertengahan jalan..kami operate eksos skuter Piaggio X9 abang puzi yang mengalami tembakan eksos yang shahdu… eksos dia bocor… so Abang Shi selaku makenik rasmi kami.. membuat ubah suai untuk memberhentikan bunyi yang sangat merdu tu.. alhamdulilah.. so far berkesan..
Minum Air Nyiok dulu @ Bridge KOh Kong sempadan Thailand – kemboja
Koh Kong Bridge
Santai Time
Sign Board @ Koh Kong
Memotong kenderaan besar
Ubah suai eksos untuk bunti merdu he he he
Makan tembikai sedekah… alhamdulilah.. rezeki musafir di hening lalu
Day 8 Konvoi Skuter Piaggio X9 Malaysia Thailand Kemboja 2012
Date : 27 Januari 2012
Time : Morning
Place : Phnom Penh – Koh Kong (Border Combodia – Thailand)
Info : InsyaAllah.. pagi ini.. kami akan sambung perjalanan dari Bandar Phnom Penh ke border Kemboja – Thailand .. insyaAllah malam nie kalau tak ada apa apa.. kami akan bermalam di Patayya ,, maybe esok akan bergerak ke Hua Hin plak.. then bermalam disana.. then baru balik ke Malaysia.. kap kap sawadikap.. doakan keselamatan kami ..selamat pulang amin…
Day 7 Konvoi Skuter Piaggio X9 Malaysia Thailand Kemboja 2012
Breakdown salah sebuah skuter rider kami .. skuter abang pozi
Date : 26 Januari 2012
Time : All Day Long
Place : Phnom Penh Kemboja
Info : Pada pagi semalam.. kami tak bergerak kemana mana.. hanya berada disekitar bandar Phnom Penh saja.. kami terkandas disini kerana skuter salah seorang rider kami breakdown disini… so kami terpaksa bermalam satu hari lagi di pekan phnom Penh… insyaallah .. pagi ini kami akan sambung perjalanan balik ke Malaysia.. akan menerusi Laluan Koh Kong …..
Kami makan daging Kambing yang dibuat aqiqah
Daging Kambing terbaaeik~~~
Daging Kambing Bakar..
Batu batan yang berharga di jual di Central Market
Day 6 Konvoi Skuter Piaggio X9 Malaysia Thailand Kemboja 2012
Date : 25 Januari 2012
Time : Early Morning
Place : Phnom Penh – Kampong Cham
Info : Pegi semalam.. kami meneruskan perjalanan dari bandar Phnom Penh ke Kampong Cham. untuk melakukan Aqiqah 8 Ekor Kambing…Mr Comanden kami iaitu Mr Hafiz membawa utusan hajat sahabat sahabatnya di Malaysia untuk melakukan Aqiqah di Kemboja.. so misi kami hari ini untuk melakukan korban Aqiqah di Kampung Cham… perjalanan yang mencabar.. ikutilah kisahnya dalam gambaq di bawah ini…
Day 6 Konvoi Skuter Piaggio X9 Malaysia Thailand Kemboja 2012 – Kampong Cham
Date : 25 Januari 2012
Time : Morning
Place : Kampong Cham Combodia
Distance : 123 km Phom Penh – Kampong Cham
Info : Awal pagi ini.. perjalanan kami akan diteruskan dari bandar Phnom Penh ke Kampung Cham ..( Kampung org Islam di Kemboja).. target misi untuk memberi sumbangan kepada penduduk islam di sana….doakan misi kami berjalan…. Amin..
Day 5 Konvoi Skuter Piaggio X9 Malaysia Thailand Kemboja 2012
Date :24 Januari 2012
Time :All Day Long
Place : Koh Kong ( Border Cambodia) – Phnom Penh
Rider : 7 Piaggian + 3 Co Pilot
Weather : Clear
Distance : 350 km
Info : Pagi semalam..kami sambung perjalanan dari sempadan Combodian terus ke Ibu Bandaraya Kemboja.. Phnom Penh…. perjalanan yang mencabar.. naik turun bukit… laluan mengikuti lawan arah… kenderaan menggunakan laluan kanan… laju laju semua kereta disini.. mmg mencabar minda dan ketahan fizikal
Day 4 Konvoi Skuter Piaggio X9 Malaysia Thailand Kemboja 2012
Date : 23 Januari 2012
Time : All Day Long
Place : Bangkok – Sempadan Kemboja
Rider : 7 Rider ( 12 People)
Weather : Sunny Day
Info :Alhamdulilah..2 hari lepas omaQ dan rakan rakan meyambung perjalanan dari Pekan Bangkok ke Sempadan Kemboja mengikuti Utara Kemboja.. nama tempat tu Koh Kong… jarak lebih kurang 400 km dari bangkok…cuaca agak hujan di pertengahan jalan sampai masuk ke Koh Kong sempadan Kemboja…