omaQ @ Kuala Lumpur

No Comments »

Date : 21 – 23 Mei 2011
Time : All Day Long
Info : Kuala Perlis – Sg Kapar Meru – Bandar Puteri Klang – Kuala Lumpur – Nilai shopping – Kajang – Putrajaya – Homestay Kajang/ bangi – KUIS Bangi – Perlis
Place :P etang semalam omaQ dan famili mentua bergerak ke kl.. untuk hantar anak saudara sambung study @ KUIS Bangi Selangor… omaQ bertolak jam 7.00 petang semalam… then sampai di umah sepupu @ Taman Sg Kapar Selangor jam 1 pagi… so pagi nie akan pusing umah sanak saudara area kajang dan bandar puteri klang.. then ronda kl.. petang nie shopping @ Nilai… malam plak lepak kajang or satay kajang.. or lepak umah sepupu hanim @ Putrajaya.. tengah malam lepak umah homestay Bang chaq booking.. esok pagi.. daftar anak Bang chak ( Along ) @ Kuis.. then . dah selesai.. boleh balik ke Perlis….

Share on Facebook
Posted on May 22nd 2011 in Uncategorized

Isu Video Seks : ‘Kami tidak takut didakwa’

No Comments »

‘Kami tidak takut didakwa’

KUALA LUMPUR 19 April – Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.

“Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

“Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

“Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya,” jelas beliau.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.

Sumber : Utusan.com.my

Posted By Blackberry for WordPress

Share on Facebook
Posted on April 20th 2011 in My Artikel, My Politik, Uncategorized

New Nikon D5100

No Comments »

New Nikon D5100

Hot on the heels of the new Canon cameras that were released earlier this year, Nikon have pulled some punches of their own, releasing the brand new Nikon D5100. Nowadays, when it comes to the world of DSLRs, one has to use the phrase “brand new” with a pinch of salt, then most of the time the camera in question is nothing but an incremental upgrade of its predecessor.

At first glance the Nikon D5100 is just that. Retaining the articulating screen of the D5000 (side instead of bottom hinged now), the D5100 also slaps in a 16.2MP DX CMOS Sensor with the capability to record HD video with autofocus. The D5100 also has 11 AF Points, 4 FPS shooting speed and has a decent ISO range of 100 – 6400 (25600 expanded).

Aside from a host of physical changed, where it stands out is in the new “Night vision” feature, letting you shoot images at 102400 ISO, allowing you to have your own one night in Paris, as well as a host of other effects modes including HDR, previously not included in the D5000. The D5100 also supports the new ME-1 microphone, which mounted on the hotshoe allows for better quality sound to go with your spiffy new 1080p video. This addresses the age old problem of hearing the damn autofocus when you’re trying to shoot video because the mic on older cameras are just terrible.

No word on official availability and localised pricing, but from the stateside news sites, we are looking at under US$1000 for the camera which is not anything surprising. We’ll have more news for you when we get it from Nikon Malaysia in the near future.

(Source: DPReview)

Posted By Blackberry for WordPress

Share on Facebook
Posted on April 9th 2011 in Uncategorized

Bumi Berubah Ke Zaman Ais

No Comments »

Bumi berubah

Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru

BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.
Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.
Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.

Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.

Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.

Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini.
Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.

“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.

“Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.

“Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.

Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.

Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.

“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.

“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.

Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.

Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.

Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.

Lima bandar zon gempa

Gempa bumi Jepun minggu lalu turut mendedahkan risiko yang boleh dialami bandar berpenduduk padat terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di sepanjang garisan gelinciran.

Berikut lima bandar raya paling berisiko dilanda musibah dahsyat disebabkan kedudukannya yang mana tiga daripadanya di Amerika Syarikat.

# Tokyo, Jepun

Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.

# Istanbul, Turki
Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.

Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa.

# Seattle, Amerika Syarikat
Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa.

# Los Angeles, Amerika Syarikat
Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.

# San Francisco, Amerika
Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku.

INFO: Definisi

# Gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.

# Tsunami: Perkataan Jepun bermaksud ‘ombak pelabuhan.’ Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.

Sumber :- http://www.bharian.com.my

Share on Facebook
Posted on March 24th 2011 in Uncategorized

Risiko keracunan radiasi global

No Comments »

Risiko keracunan radiasi global

KEROSAKAN reaktor nuklear di Fukushima, Jepun yang mula membebaskan bahan radioaktif ke udara pada minggu ini bukannya kemalangan pertama melibatkan loji tenaga nuklear dunia dan mungkin bukan yang terakhir.

Walaupun telah banyak langkah pencegahan diambil, namun akhirnya benteng konkrit loji tersebut tewas di tangan alam semula jadi selepas gempa bumi dan tsunami membadai perairan negara itu, Jumaat lalu.

Sungguhpun begitu, angka kematian yang dijangka jauh melangkaui 10,000 orang akibat bencana alam ini nampaknya tenggelam di sebalik bayangan bencana loji nuklear Chernobyl pada 1986.

Letupan kuat loji nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan 32 orang terbunuh akibat kesan langsung keracunan radiasi sementara 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif akibat bahan radioaktif tersebar ke udara sehingga ke barat Eropah.

Jika perkara sama berlaku di Jepun, bencana yang jauh lebih besar melibatkan pencemaran dan keracunan bahan radioaktif bakal menimpa semua bentuk hidupan di rantau Pasifik, mungkin juga seluruh dunia.

Bagaimanapun, kemungkinan itu disanggah Setiausaha Jawatankuasa Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kesan Radiasi Atom, Malcolm Crick dengan alasan loji di Chernobyl dahulu tidak mempunyai sistem keselamatan moden terkini.

Crick juga mendakwa Chernobyl menjadi padang jarak padang tekukur disebabkan loji tersebut sedang beroperasi ketika letupan berlaku seterusnya memudahkan penyebaran bahan radioaktif ke udara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) buat masa ini melaporkan risiko kejadian di loji Fukushima ke atas kesihatan manusia masih rendah tetapi 140,000 penduduk di sekitar zon bencana telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut Profesor Fizik Perubatan, Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ng Kwan-Hoong, penduduk dunia akan didedahkan kepada dua jenis bahan radioaktif jika loji nuklear itu meletup iaitu Caesium-137 (Cs-137) dan Iodine-131 (I-131).

“Cs-137 dengan separuh hayat (half-life) 30 tahun, larut dalam air dan toksik (kepada hidupan) walaupun pendedahan dalam jumlah kecil. Selepas masuk ke dalam badan, bahan ini akan merebak, terutamanya berkumpul dalam otot.

“I-131 pula mempunyai separuh hayat lapan hari dan boleh diserap melalui makanan yang tercemar. Bahan ini akan terkumpul di dalam kelenjar tiroid kerana diserap seperti iodin biasa,” jelasnya.

Tambahnya, secara biologi (dalam badan) Cs-137 akan mula mengurai selepas 70 hari sementara penguraian I-131 pula membebaskan radiasi yang boleh merosakkan kelenjar tiroid serta meningkatkan risiko kanser tiroid dalam jangka panjang.

Bagaimanapun, bukan sahaja warga Jepun dan penduduk negara jirannya cemas memerhatikan situasi di Fukushima, malahan rakyat Malaysia sendiri gempar apabila khidmat pesanan ringkas (SMS) mendakwa pencemaran radiasi akan sampai ke perairan kita mula disebarkan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah memberi jaminan pembebasan bahan radioaktif di Jepun akan dipantau secara rapi melalui alat pengesan radiasi di Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai sementara kebanyakan pintu masuk negara juga dilengkapi pengimbas radiasi.

Namun, persoalan yang bermain di fikiran semua pihak kini adalah tentang sebaran bahan radioaktif melalui udara kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dirasakan selepas gejala keracunan mula timbul.

Orang ramai di negara ini sebenarnya tidak perlu panik dengan kebarangkalian tersebut kerana jika berlaku bencana kebocoran bahan radioaktif yang teruk, ia pasti dapat dikesan lebih awal dan akan diumumkan kepada penduduk seluruh dunia terutamanya penduduk Jepun yang tinggal berhampiran tempat kejadian.

Pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa juga akan memaklumkan kepada orang ramai tentang langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mengelak atau mengurangkan kesan pendedahan bahan radioaktif ke atas diri dan keluarga.

Click here to read more.. »

Share on Facebook
Posted on March 17th 2011 in Uncategorized

Usung Rumah @ Kg Sena Perlis

No Comments »

Click here to read more.. »

Share on Facebook
Posted on March 15th 2011 in Uncategorized

Hebahan : Wacana PLM 2011 & SUPERB 2011

No Comments »

Hebahan : Wacana PLM 2011 & SUPERB 2011

Nantikan Program Tahunan untuk Lepasan MATRI

Wacana PLM 2011

Kali ini kita berhimpun, bermahabah dan bermesra mengeratkan silaturahim di Pantai Timur

Kota Bharu, Kelantan.

Maklumat lanjut – boleh layari :

www.plm.matri.edu.my

Share on Facebook
Posted on March 8th 2011 in Uncategorized

Majlis Perlancaran Desa Harumanis @ Padang Pauh Perlis 2011

No Comments »


Majlis Perlancaran Desa Harumanis @ Padang Pauh Perlis 2011

Date : 5 Mac 2011
Time : 9.00 p.m
Place : RUmah JKKK En Azmi Padang Pauh Perlis
Info : Selepas omaQ pi tgk MTB CHallenge 2011 @ Batu Pahat… sempat omaQ pusing ke rumah Cikgu Azmi Padang Pauh… sbb rumahnya dijadikan tempat perasmian Harum Manis Desa 2011 .. tak silap omaQ MB Perlis akan mai rasmi tgh hari tu.. kira ramaila gak penduduk kampung yang hadir di majlis tersebut…. Jom kita pakat pakat tanam Harum Manis :)


Pokok Harum Manis :)


Cikgu Azmi dan Penduduk Kampung Padang Pauh Perlis


Pendaftaran


Pameran pon ada


Orang Ramai yang turut hadir

Share on Facebook
Posted on March 6th 2011 in Uncategorized

Mesin Rumput @ Padang Pauh Perlis

No Comments »

Mesin Rumput @ Padang Pauh Perlis

null
Aku dan Mesin rumput x dapat dipisahkan :)

Date : 27 Februari 2011
Time : 9.00 a.m
Place : Rumah Bonda Cikgu Gayah @ Padang Pauh Perlis
Info : Pagi Ahad yang lepas..sebelum omaQ pi ke Aloq Setaq beli barangan dan susu Fawwaz secara borong….sempat omaQ mesin rumput di belakang rumah mak omaq… kat belakang tu ada la sikit kebun kecil.. tanam pokok Dokong..pokok Kelapa.. then ada tapak tanah kosong.. stanby untuk kak Syakirah nak buat rumah… so mmg semak la sikit kawasan situ.. omaQ pon melakukan amukan kecil kecilan dengan mesin rumput disekitar kawasan tanah yang terbiar tu …nak perabis mesin rumput tu.. dan la keluar peluh jantan :) he he he

null
Misi bermula dengan bismilah


Amukan bermula disebelah kiri tanah terbiar


Rumah mak teh Zainab yang kelihatan dihujung tanah terbiar belakang umah bonda Cikgu Gayah

null
Setelah melakukan amukan… ini la hasilnya :)

null
Pandangan belakang umah Bonda CIkgu Gayah

Share on Facebook
Posted on March 2nd 2011 in Uncategorized

Perhatian: Nasihat dari Pihak POLIS !!

No Comments »

MAKLUMAT PENTING Dari POLIS.

Forwarded msg:
Msg penting utk semua golongan wanita yg nak pergi ke tempat kerja, ke sekolah, kolej seorang diri..Jika ada terjumpa seorang kanak2 menangis d jalanan & menunjukananda alamat tempat tinggalnya & meminta anda membawanya ke alamat tersebut tolong bawa dia ke balai polis yg berhampiran..tidak kira apa pun yg terjadi,jangan sesekali pergi ke alamat tersebut.. ini adalah taktik terbaru satu kumpulan yg ingin merompak, menculik dan merogol. Pls fwd 2 all ur loved ones so they can inform friends n family members.
(From: ASP RAHMAN IPD KOTA SETAR}

Posted from WordPress by BlackBerry.

Related Posts with ThumbnailsShare on Facebook
Posted on March 1st 2011 in Uncategorized