

Alamak… malunya aku.. pakwe aku kene saman la plak.. baru first dating.. dah kantoi kene saman.. peluk tiang aja la aku..
P/s :- Berhati hati.. skrang musim saman menyaman… kerajaan tak daq duit… silap aja.. kene saman la …
]]>
]]>
ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
MOHON KEPADA SEMUA TUTOR DAN PELAJAR, PADA 20 MAC 2010 ADA LAWATAN DARI MQA, PENGARAH OUM PP KEDAH & (berkemungkinan PIHAK BPG).
OLEH ITU MOHON KERJASAMA SEMUA AGAR :
1) KEHADIRAN ADALAH WAJIB, KEDATANGAN AKAN DIAMBIL.
2) DAPAT MENEPATI MASA TUTORIAL ( sebolehnya bersedia 10minit awal dari masa yang di tetapkan.)
3) BERPAKAIAN RASMI.
SEKIAN TERIMA KASIH.
]]>
Lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.
Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri berkenaan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.
Kira-kira seribu lagi petang tadi berkumpul di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.
Mereka bagaimanapun dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbincangan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.
Keputusan itu disambut dengan pekikan “boo” oleh Orang Asli.
Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.
Pakai pakaian tradisional
Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.

Dalam perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang,antaranya berbunyi ‘Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati’, ‘Jangan Hapuskan Akta Kami’ dan ‘Iktirafkan Wilayah Adat Kami’.
Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Perhimpunan hari ini adalah yang kedua seumpamanya, selepas satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.
Kira-kira 2.30 petang, kumpulan tersebut berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri melalui pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.
Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Suud. Kedengaran tepukan gemuruh selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.
Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yok Chopil.

‘Kami tidak berpecah dua’
Memorandum pertama yang diserahkan oleh Majid berkaitan perlantikan senator Orang Asli yang telahpun diserahkan kepada perdana menteri pada 9 Disember tahun lalu.
Bercakap kepada pemberita, Majid berkata kumpulan itu tidak pernah berpecah dua seperti yang didakwa.
Sebaliknya, tambahnya, kumpulan tersebut tiba lewat dan tidak berjaya mengikuti program bersama Shafie di kementerian tersebut.
“Sebenarnya ada kawan saya yang terlewat kerana datang dari jauh. Kalau ikut jadual kita hendak serah memorandum (pada) jam 2.30, (tetapi) dia tak sampai lagi. Ini yang jadi masalahnya. Ini kumpulan yang sama, tak ada berbeza kumpulan,” katanya.

Memorandum kedua yang diserahkan Tijah pula berkaitan bantahan ke atas dasar pemberimilikan tanah Orang Asli.
Sembilan perkara yang digariskan dalam memorandum itu antaranya menyebut, dasar berkenaan diluluskan tanpa melibatkan rundingan dengan masyarakat Orang Asli dan bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan.
Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.
Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.
Menteri: ‘Bukan protes, tapi jalan-jalan di Putrajaya’
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah (bawah) yang juga pengasas Jaringan Kampung Orang Asal Semalaysia berkata, kumpulan Orang Asli yang diketuainya itu tidak sempat hadir di program yang diadakan di kementerian Shafie.
“Masa penyerahan memo tadi saya tidak dengar Datuk Seri Shafie sebut apa-apa jaminan. Saya hanya mampu menekan beliau dan wakil perdana menteri supaya menyampaikan kepada perdana menteri.
“(Saya juga menekan supaya) meneliti memorandum ini dan lupuskan terus dasar pemberimilikan tanah dan teliti tuntutan kami,” katanya.
Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata: “Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan.”
“Yang majoriti ini kumpulan yang jumpa dengan saya tadi. Sebenarnya mereka nak datang, di samping nak menyaksikan penyerahan memorandum ini.
“Mereka juga datang untuk cuti sekolah hendak ambil gambar di Putrajaya sebab mereka cuma tengok Putrajaya dalam televisyen.
Tambahnya, beliau sedia mendengar apa-apa masalah yang dikemukakan oleh masyarakat, khususnya daripada Orang Asli.
“Jika ada sesiapa kata kami mengabaikan atau menidakkan hak mereka, itu tidak benar kerana kita telah menbelanjakan lebih daripada RM400 juta setahun untuk memastikan pendidikan dan prasarana mereka (terjamin).
Sumber :- Malaysiakini.com
]]>
Date : 16 Mac 2010
Time : 5.30 p.m
Place : KMC Kedah
Info : Petang semalam.. Fawwaz dah boeh discharge dari KMC dah.. so Fawwaz dah boleh balik ke rumah.. Alhamdulilah.. keadaan Fawwaz dah beransur baik… kira lepas nie makan ubat antibiotik bagi habis and semua ubat lain tu aja.. minggu depan baru appoitment dengan Dr Razif balik... mudahan Fawwaz sihat kembali macam sediakala hendaknya Amin!!

Collect ubat Fawwaz @ Pharmarcy Counter

Baby : Ahmad Watari Bin Nizul Fadli
Time: 12.25 a.m
Wight : 2.4 kg
Date : 16 Mac 2010
Place : Klinik Mahsuri Jitra Kedah
Info : Sahabat omaQ.. semasa mengajar @ Penang 6 tahun lepas..skrang ni dah boleh anak sendiri.. tahniah omaQ ucapkan.. selamat jadi bapa mithali…

Nizul & Mariah
Muhammad di dalam Vedas dan Purana
Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, pakar bahasa sanskrit di Universiti Prayag, mengatakan Muhammad disebut di dalam kitab-kitab Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran iaitu
1.Narashangsa (yang terpuji),
2.Antim Rishi (Utusan Terakhir),
3.Kalki Avatar (Utusan Akhir zaman)
4.Mamaha dan Ahamiddhi (Muhammad dan Ahmad).
NARASHANGSA
Merujuk kepada ayat-ayat di dalam Vedas contohnya di dalam Amar Kosh bab Manusia ayat 1, Nar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ’manusia’ dan Ashangsa bermaksud ’yang dipuji’. Justeru, Narashangsa bermaksud ’Dia yang dipuji’ dan apabila ini dikaitkan dengan peribadi seseorang, ia melambangkan seorang manusia ’yang terpuji’. Perkataan Narashangsa disebut di dalam semua kitab Vedas, malah semua Mantera di dalam kitab Rig Veda bermula dengan perkataan Narashangsa. Antara bahagian-bahagian di dalam Vedas yang mengandungi perkataan Narashangsa adalah;
+ Rig Veda (1:13:3, 1:18:9, 1:106:4. 1:142:3, 2:3:2, 3:29:11)
+ Sama Veda (mantra nombor 1349)
+ Yajur Veda (29:27, 1:6:4, 1:7:4)
+ Atharva Veda (Canto 20 seksyen 127)
Antara sifat-sifat Narashangsa yang disebut di dalam kitab Atharva veda adalah:
+”He will use camels as his mounts” (Atharva veda 20:127:2)
-(Dia akan menggunakan unta sebagai kenderaannya)
+”He will have twelve wives”
-(Dia mempunyai 12 orang isteri)
+”God will Honour Narshangsa with ten garlands”
-(Tuhan akan memuliakanya dengan 10 kalungan di leher)
+”He will receive a gift of ten thousand coes”
-(Dia akan menerima anugerah 10,000 ekor lembu)
PENJELASAN
Memang diketahui umum, kenderaan yang digunakan oleh Nabi Muhammad adalah unta. Imam Bukhari meriwayatkan, ”Anas meriwayatkan Nabi Muhammad memiliki seekor unta bernama Adhba’ yang tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa pun dalam perlumbaan ketika latihan.
Nabi Muhammad juga mempunyai 12 orang isteri iaitu Khadijah, Sudah, Aishah, Hafsah, Zainab, Juwairiyiah, Zainab binti Jahsy, Ummi Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Safiyah dan Mariah Kopti.
Mengenai 10 kalungan pada leher, Dr. Ved Prakash berpendapat, ia adalah kata-kata simbolik yang melambangkan persahabatan yang rapat. Nabi Muhammad dianugerahkan 10 orang sahabat istimewa yang dikenali sebagai ’yang sepuluh yang terjami syurga’. Mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman, Ali, Talha, Zubair, Saad, Said, Abdul Rahman dan Abu Ubaidah.
Mengenai 10,000 ekor lembu, Dr. Ved Prakash berpendapat, perkataan ’lembu’ di dalam Vedas adalah perkataan metafora yang melambangkan golongan yang baik dan beperketi mulia. Apabila tafsiran ini digunakan bagi menerangkan maksud ayat ’menerima anugerah 10,000 ekor lembu’, ia dapat dikaitkan dengan 10,000 sahabat nabi Muhammad yang menguasai kota mekah bersama-sama dengan beliau pada tahun kelapan Hijrah.
Justeru, apabila peribadi Narashangsa dengan maksud ’yang terpuji’ dikaitkan dengan sifat-sifatnya mempunyai 12 orang isteri, menaiki unta, mempunyai 10 orang sahabat-sahabat terdekat dan 10,000 sahabat-sahabat yang mulia lagi gagah, ia menepati sifat dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.
KALKI AVATAR
Kajian Dr. Ved Prakash Upaddhayaya menunjukkan, perkataan Avatar dalam bahasa Sanskrit bermaksud ”seorang yang akan datang ke dunia”. Perkataan Avatar juga digunakan dengan maksud ”nabi”. Kalki dalam bahasa sanskrit bermaksud ’yang terakhir’. Kalki Avatar apabila dicantumkan berkamsud ’Utusan yang terakhir di dunia’ atau ’Nabi akhir zaman’. Antara sifat-sifat Kalki Avatar seperti yang disebutkan di dalam Purana adalah:
+’O God, with the help of the four Brothers I will destroy the Devil’. (Kalki Purana 2:5)
-(Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan)
+’(He will be born) on the twelth of Madhav (Kalki Purana:2:25)
-(Dia akan dilahirkan pada 12 hari bulan Madhav)
+’(He will be born) in the city of Shambhal’. (Bhagabat Purana 12:2:18)
-(Dia akan dilahirkan di Bandar Shambhal)
+’(His father’s name will be) Vishnu-Yash’. (Bhagabat Purana 12:2:18)
-(Bapanya bernama Vishnu-Yash)
+’(His mother’s name will be) Sumati’. (Kalki Purana 2:4 and 2:11)
-(Ibunya bernama Sumati)
Berpandukan ayat-ayat ini, Kalki Avatar mempunyai empat orang saudara yang akan bersama-samanya menghancurkan ’kali’ atau ’syaitan’. Nabi Muhammad dikurniakan empat orang sahabat kanan dan mereka adalah Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali. Keempat2 sahabat2 ini menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad dan beliau menggelarkan mereka sebagai ’khulafa’ al-Muhdiyin’ iaitu khalifah2 yang mendapat petunjuk. Mereka meneruskan perjuangan Nabi Muhammad demi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kekufuran serta kesesatan pada zaman mereka.
Tarikh lahir Kalki Avatar adalah 12 Madhav dan tarikh lahir Nabi Muhammad adalah 12 Rabiul awal. Tempat lahir Kalki Avatar adalah Shambhal. Di dalam buku Vachaspattam disebutkan, Shambhal adalah kawasan yang mempunyai 60 patung-patung berhala. Dalam bahasa sanskrit, Shambhal mempunyai beberapa maksud iaitu:
+Tempat yang boleh mendatangkan keamanan dan ketenangan
+ Sesuatu yang menarik perhatian orang supaya datang
+ Tempat yang berhampiran dengan air
Shanbhal selari dengan Mekah iaitu tempat kelahiran Nabi Muhammad. Kaabah terletak di Mekah, Di dalam surah Al Baqarah ayat 125, Allah menyatakan mengenai kaabah yang bermaksud ’kami jadikan rumah itu, yakni kaabah, tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat yang aman’. Di situ juga terpancar air zam zam yang tidak pernah kering sejak zaman Nabi Ibrahim hingga hari ini. Pada zaman Jahiliyah, Kaabah dikelilingi patung-patung berhala sebelum Nabi Muhammad memecahkan kesemuanya pada hari Pembukaan Mekah. Pada hari ini, ketika musim haji, ratusan ribu manusia dari seluruh dunia akan berhimpun di sana bagi melaksanakan ibadah haji. Semua ini selari dengan Shambhal kerana ia adalah tempat yang mempunyai sumber air yang tidak pernah kering di samping menjadi tumpuan manusia berkunjung terutamanya jemaah haji serta kawasan yang aman.
Bapa Kalki Avatar bernama Vishnu Yash. Vishnu-Yash dalam bahasa sanskrit bermaksud ’penyembah atau hamba Tuhan’. Ini selari dengan nama Abdullah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’Hamba kepada Tuhan’. Bapa Nabi Muhammad bernama Abdullah.
Ibu Kalki Avatar bernama Sumati. Dalam Bahasa Sanskrit. Sumati bermaksud ’yang bertimbang rasa lagi baik’. Ini selari dengan nama Aminah dalam Bahasa Arab yang bermaksud ’yang baik hati’. Ibu Nabi Muhammad adalah Aminah!.
AHAMIDDHI
Di dalam kitab Veda disebutkan, ’Ahamiddhi has received from His Father the very essence of intelligence. I have received light from Him, i.e Ahamiddhi, who is like the sun’ yang bermaksud, “Ahamiddhi mendapat cahaya kebijaksaan daripada Tuhannya. Aku mendapat cahaya darinya, yakni Ahamiddhi dan dia umpama sinar cahaya matahari’. Ayat-ayat ini diulang-ulang di empat tempat di dalam Vedas iaitu di dalam:
+Sam Veda (Indra, 3 mantra 152)
+Sam Veda (Uttararchik, mantra 1500)
+Rig Veda (8:6:10)
+Atharva Veda (20:9:19)
Perkataan Ahamiddhi ditafsirkan dengan pelbagai tafsiran oleh pentafsir-pentafsir Veda. Walaubagaimanapun, terdapat di kalangan mereka contohnya Sri Bijan Bihari yang langsung tidak mentafsirkan perkataan Ahamiddhi ini dan mengekalkan perkataannya seperti yang asal. Dr.Ved Prakash Upaddhaya berpendapat, tafsiran yang berbeza mengenai perkataan Ahamiddhi memang tidak dapat dielakkan kerana Ahamiddhi bukan berasal daripada Bahasa Sanskrit. Ia adalah nama asing yang lebih menghampir dengan perkataan Arab itu ’Ahmad’!!
MAMAHA
Di dalam Veda juga terdapat kisah mengenai Mamaha. Antara ayat-ayat Veda yang menceritakan mengenai Mamaha adalah yang terdapat di dalam Atharva Veda 20:9:31, ”God will give Mamaha Rishi one hundred gold coins, ten garlands, three hundreds horses and ten thousand coes” yang bermaksud, “Tuhan akan memberikan kepada Mamaha Rishi 100 wang emas, 10 kalungan di leher, 300 ekor kuda dan 10,000 ekor lembu’. Salah satu maksud Rishi adalah ’seorang yang mendapat risalah daripada Tuhan’. Antara sifat2 khusus Mamaha Rishi seperti yang disebutkan di dalam Vedas adalah:
+”Mamaha akan menunggang unta”. (Atharva Veda 20:9:31)
+”Mamaha akan terkenal dengan 10,000 orang pengikut” (Rig Veda 5:27:1)
+”Lagu puji pujian baru selain Vedas akan dilafazkan” (Rig Veda 1:109:2)
Memang diketahui umum, Nabi Muhammad menggunakan unta sebagai kenderaan beliau. Pada kemuncak perjuangan beliau, Nabi Muhammad menguasai kota mekah bersama-sama 10,000 orang sahabat2nya pada tahun kelapan Hijrah. Beliau dikurniakan Quran yang menggantikan dan menyempurnakan semua kitab-kitab terdahulu. Bagi Dr. Ved Prakash, perkataan Mamaha juga tidak berasal daripada Bahasa Sanskrit. Apabila nama ini dikaitkan dengan sifat-sifatnya, ia menepati kisah Nabi Muhammad.
Kesimpulan
Wujudkah seorang tokoh agama di dunia selama ini yang sifatnya menepati semua ciri-ciri ini? Dr. Ved Prakash Upadhayaya di dalam bukunya Muhammad in the Vedas and Puranas berkata, ”Satu hakikat yang terbukti pada hari ini adalah sifat-sifat utusan akhir zaman seperti yang disebut di dalam Vedas, Bible dan kitab agama Budha menepati sifat-sifat Muhammad. Hati saya begitu terangsang
Sumber :- Minda ahad





Date : 16 Mac 2010
Time : 11.00 a.m
Place : Bilik 202 tingkat 2 bangunan lama KMC Kedah
Info : Alhamdulilah.. pagi nie.. demam Fawwaz dah surut… pagi tadi baru buang air besar.. tadi omaQ jumpa Dr Pakar Kanak kanak.. dia cakap.. diaorang akan tgk keadaan fawwaz sampai petang nie..kalau ok.. Fawwaz akan discharge.. so leh la balik umah petang nie.. depent pada keadaan fawwaz.. so far so good… syukur Fawwaz beransur baik..

Abah teman Fawwaz tgh tv

Nampak cikit ceria dari semalam..kalau tak.. monyok aja muka dia semalam

Pagi tadi 14 Mac sekitar jam 9.45 pagi saya mendapat mesej daripada saudara Numan Afifi yang menyatakan bahawa 2 orang sahabat saya Afdholul Rahman dan Suhaib Shaifee mengalami kemalangan. Saya terkejut. Afdaholul cedera ringan dan Suhaib dikatakan cedera parah. Saya sertakan gambar kereta yang mereka naik ( Sumber Gambar daripada Cikgu Saiful Rahman, MATRI, abang kandung kepada Afdholul). Menurut berita yang saya perolehi mereka berlanggar dengan pokok ketika dalam perjalanan pulang ke kem dari Kangar.
Kemas Kini 15 Mac 2010 ( 9.45 pagi)
( Dari makluman yang saya terima daripada sahabat-sahabat di tempat program, kejadian berpunca kerana mereka keletihan dan mengantuk. Dengan izin Allah SWT, mereka berlanggar dengan sebatang pokok.)
Tambahan : Suhaib merupakan seorang pelajar Kolej Teknologi Darul Naim, jurusan Diploma Komunikasi kerjasama KUIS. Kini beliau berada pada semester ke 2. Baru sahaja, selesai Peperiksaan akhir pada minggu lepas.Beliau merupakan salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar KTD 2010 yang baru sahaja dipilih melalui pilihan raya kampus KTD pada bulan lepas.
Afdholul Rahman merupakan pelajar Tingkatan 6 atas atau Marhalah Khassah yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun ini dan beliau juga merupakan ketua pelajar MATRI sesi pengajian 2010.
Semalam, saya baru sahaja bertemu dengan mereka di Kem Pewaris 5 atau ALERT 1 yang diadakan di Bukit Ayer, Perlis. Dan selesai sahaja slot semalam, (Perasmian oleh Presiden Haluan) terus saya pulang ke Kota Bharu. Dan pagi ini, berita yang mengejutkan saya terima dari sana.
Kemas Kini perkembangan terkini 15 Mac 2010, Jam 2.09 pm
Suhaib mungkin akan dipindahkan ke Hospital Penang untuk bertemu dengan Pakar dari Pulau Pinang. Tujuan untuk “makeup fracture” di bahagian kening dan rahang yang rosak.

Keadaan kereta
Terkini, jam 8.30 malam. Suhaib masih berada dalam kritikal. Bebola mata kirinya tercedera dan sedang dibedah. Keadaannya cedera serius dan memerlukan doa daripada sahabat-sahabat sekalian.
(Semoga Allah beri kekuatan kepada kedua ibu bapa dan keluarga serta sahabat handai Suhaib) Kita sama-sama doakan untuk kesejahteraan beliau. InsyaAllah

Bahagian depan kereta remuk teruk

Suhaib Shafiee ( Gambar 2006)
Beliau seorang yang ceria, suka membantu dan sedia berkhidmat untuk menolong sesiapa sahaja di sekitarnya. Ya Allah, bantulah dan rahmatilah sahabatku ini.

Afdholul Rahmn Che Ani ( Duduk berbaju Hijau sebelah kiri)
Sumber :- brohamzah.blogspot.com
]]>