Ikhwan Muslimin anjur bantahan aman Jumaat ini

Ikhwan Muslimin anjur bantahan aman Jumaat ini

KAHERAH 13 Sept. – Kumpulan Ikhwan Muslimin yang berpengaruh di Mesir semalam menyeru satu bantahan diadakan di seluruh negara pada Jumaat ini bagi membantah filem yang menyinggung perasaan umat Islam sehingga mencetuskan serangan berdarah di Libya dan kemarahan rakyat negara ini.

“Ikhwan Muslimin menyeru supaya `bantahan secara aman’ diadakan di luar masjid utama seluruh Mesir pada Jumaat ini bagi mengutuk kesalahan kepada agama Islam dan Nabi Muhammad,” kata Setiausaha Agungnya, Mahmud Hussein dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil menyifatkan kerajaan Amerika Syarikat tidak boleh dipersalahkan dalam penerbitan filem itu namun beliau menggesa Washington mengambil tindakan terhadap penerbit filem tersebut. – AFP/REUTERS

SUmber :- http://www.utusan.com.my

Share on Facebook

Leave a Comment