Date : 16-17 November 2008
Place: Umah Cikgu Mat and Che Gayah
Info : 2 hari lepas akak omaQ iaitu Kak Kin and Family balik ke Perlis dari johor setelah ambik anak dia orang Kat Sek Alam Shah And Star Ipoh.... so dia orang terus la balik ke Perlis.... dia orang balik ziarah ayah and mak.. kebetulan plak 24/11/08 dia orang nak berangkat menunaikan Haji di Mekkah... omaQ doakan agar Allah permudahkan urusan haji mereka amin..!!
Date : 19 November 2008 (rabu)
Place : Wazer Akbar office @ Alor Setar Kedah
Time : [b]3.00 p.m
Info : esok omaQ ada appointment bersama lawyer omaq @ Aloq Setaq Kedah.. nak bincang pasai aksident pada 12.12.05 dulu... lusa ada appoitment kat mahkamah Aloq Setaq plak.. so 2 hari ber aloqsetaq kan diri la nampaknya.. kwang. kwang... kwang.. ape apepon.. omaQ harap warga omaQ.org doakan agar omaQ selamat selesai dan menang dalam perbicaraan kes kemalangan tempoh hari....
Date : 21 -23 November 2008 ( Jumaat - Ahad )
Place : Padanq Matsirat Langkawi Kedah
Info : ujung minggu nie omaQ bercuti cuti malaysia di Langkawi... bukan pi makan angin.. but pi makan kenduri kawin.... umah saudara sebelah isteri omaQ kat Langkawi .. adik beradik sebelah arwah mak dia... orang panggil makan kenduri.. so kene le hadiri and raikan betui kan.. that salah satu tanggungjawab kita sesama manusia , lebih lebih lagi sesama Islam..
Date : 18 November 2008
Place : Area Kubang Pasu (Perkampungan berhampiran Dewan Wawasan ) Jitra Kedah
Time : After Subuh
Info : pagi tadi Don ( Farizul ) sms omaQ bagi tau.. yang ayah sahabat kami iaitu ayah kepada Are (Faizul adha b. Hj Mahadi) telah kembali kerahmatullah selepas subuh.. mudahan Allah mencucuri rahmat keatas rohnya Al Fatihah
Date : 16 November 2008
Place : Rumah Ayah Hashim @ Kuala Perlis
Info : omaQ lepak makan laksa kat umah mentua omaQ di kuala perlis.. anak saudara omaq ainun.. balik dari penang.. so memang meriah aaa suasana umah ayah hashim ari tu..
] ~My cute anak saudara Ainun~
~"Apa laaa Pakteh omaQ nie jelen lidah" .... said Ainun~
Postby omaQ on Mon Nov 17, 2008 10:38 pm
Kisah tiga Abdul dalam Umno Perlis
BERITA dari Perlis, mengenai perlantikan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad sebagai Penasihat Menteri Besar Perlis tidak mendapat apa-apa komen dari media massa, walaupun ia seakan-akan satu berita besar yang perlukan diberikan perhatian.
Perlis adalah negeri paling kecil di Malaysia. Keluasannya mungkin sama besar dengan kawasan Parlimen Hulu Selangor sahaja. Tetapi, keadaan politiknya cukup menarik untuk diperkatakan.
Maklumlah, ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melantik bekas MB Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim sebagai Penasihat Ekonomi Koridor Utara, MB Perlis, Dato' Seri Md Isa Sabu pula melantik bekas Menteri Kabinet menjadi penasihatnya.
Berlawan-lawan melantik. Yang Perdana Menteri ?buang?, MB Perlis kutip, yang 'istana Perlis' buang, Perdana Menteri pula kutip.
Nasib baik, MB Perlis tidak melantik seorang lagi bekas Menteri Kabinet, Dato' Seri Azmi Khalid menjadi Penasihatnya juga, kerana Azmi juga 'dibuang' Perdana Menteri, sebaik sahaja dia menang semula kerusi Parlimen Padang Besar.
Lebih menarik, Md Isa turut mengumumkan, Radzi akan menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri - mungkin untuk membantunya 'dalam hal-hal' tertentu di mana Shahidan Kassim akan turut berada di situ.
Md Isa sebenarnya pernah menjadi 'pegawai' kepada Radzi ketika Radzi menjadi Timbalan Menteri dahulu, dalam era Tun Dr Mahathir.
Ketika Md Isa tidak ada kerja, Radzi ambil dia bekerja dengannya dan sekarang, bila Md Isa Nampak Radzi tidak ada kerja, Md Isa pula mengambil Radzi bekerja dengannya.
Cuma, ketika Radzi melantik Md Isa sebagai 'setiausaha', Md Isa pula melantik Radzi sebagai 'penasihat'. Nama jawatan mungkin berbeza, tetapi itulah juga 'kerjanya'.
Tidak pula diketahui, macam mana bayaran dibuat, samada dibayar elaun atau gaji kepada Radzi, kerana jarang betul mendengar bekas Menteri dilantik menjadi 'penasihat' kepada Menteri Besar.
Perlis sebenarnya sebuah negeri kecil, yang hasil buminya juga tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pentadbiran.
Namun, walaupun ia negeri kecil, tetapi ramai juga yang mendapat jawatan dalam kerajaan negeri dan pusat.
Suatu ketika dahulu, dua Menteri Kabinet datangnya dari Perlis, di samping Presiden Senat, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.
Permusuhan Md Isa dengan Shahidan bermula sebaik sahaja Md Isa mengangkat sumpah menjadi MB, ketika Perdana Menteri memberikan tauliah kepada Shahidan di Kuala Lumpur.
Date : 16 November 2008
Time : Lepas Asar
Place : Rumah mentua omaQ @ Kuala Perlis
Info : selepas omaQ ambik " bantai Ucuk" yang baru balik dari Sabah di Airport Penang... omaQ tido dirumah pak mentua.. yang menariknya... pok nie... dia hanya makan ikan yang di rebus dengan asam keping and dimasukkan sedikit garam..kalau daq.. jangan harap la nak makan.... hehe.. bukan main memililh lagi pok nie bila nak pelahap.. mengalahkan orang la plak itulah keistimewaan pok yang comel!!
Dear brother/sister in Islam,
You are cordially invited to attend this programme:
MALAYSIA DISCOVERY TRIP 1429/2008
Lectures by:
Sheikh Yusuf Estes (Texas, USA)
[http://www.islamtomorrow.com/]
HISTORICAL JESUS AND HIS MESSAGE Saturday, 15 November @ 8.15pm -----------------------------------------------
OPENING BRIDGES WITH CHRISTIANS, MUSLIMS & JEWS:
Message of Cooperation Sunday, 16 November @ 8.15pm -----------------------------------------------
PRIESTS, PREACHERS AND MINISTERS ENTERING ISLAM:
Truth Revealed at Last! Monday, 17 November @ 8.15pm
-----------------------------------------------
Venue: Caring Society Complex,
Jalan Utama, 10460 Penang
Map: Kompleks Masyarakat Penyayang @ Google Map
-----------------------------------------------
COMMON SENSE AND ISLAM – Can They Be Used In The Same Sentence?
Tuesday, 18 November @ 8.00pm
Venue: DK G31
Universiti Sains Malaysia,
MINDEN Penang
-----------------------------------------------
All are welcome.
Free entrance and parking.
Quality books and audio-visual materials will be on sale.
-----------------------------------------------
For Sheikh Yusuf's programme in Kuala Lumpur (23-29 Nov 2008), refer to the link below:
http://www.al-nidaa.com.my
-----------------------------------------------
Brought to you by IPSI [http://www.ipsi.com.my/]
in collaboration with other organisations.
Kindly forward this notice to your friends, colleagues and acquaintance
Penggunaan BI dalam UPSR 2008 belum membanggakan - Kesatuan Guru
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini tidak boleh dirumuskan bahawa murid-murid sudah boleh menerima Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kerana jurang perbezaan mereka di luar bandar dengan bandar masih besar, demikian menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia Mohd Sabri Mohd Arshad.
Katanya, sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan.
"Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, Melayu atau Inggeris, ini memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," katanya ketika dihubungi.
Beliau juga yakin, peratusan murid yang menggunakan Bahasa Inggeris masih lagi tahap yang rendah bagaimanapun keputusan itu disambut baik.
Dalam melaksanakan PPSMI, beliau menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.
"Sekarang ini pembelajaran BI untuk darjah satu hingga tiga hanya lapan waktu sahaja manakala empat hingga enam ada tujuh waktu sahaja, kelas ini perlu diperbanyakkan dan sukatan pula diperluaskan seperti mewujudkan kelas komunikasi dalam BI dan juga bahasa-bahasa lain termasuklah Bahasa Arab," katanya.
Sabri juga melahirkan kebimbangan kerana guru-guru yang ada tidak diberi intensif untuk memantapkan Bahasa Inggeri mereka sedangkan ramai di kalangan mereka tidak boleh menguasai bahasa itu.
"Guru-guru ini ada kemahiran tinggi dalam matematik dan sains tetapi mereka kurang menguasai Bahasa Inggeris, menyebabkan terpaksa mengajar dalam dua bahasa sekali gus ia membuang masa," katanya.
Menurut kerajaan, UPSR kali ini membuktikan pelaksanaan PPSMI sejak 2003 tidak menjejaskan prestasi murid, walaupun jumlah murid yang memperoleh 5A menurun tetapi murid mendapat 4A meningkat manakala calon gagal berkurangan. - mns_