Info Jabatan Kesihatan Negeri Perlis | Wabak Denggi

Info JKN Perlis

Info Jabatan Kesihatan Negeri Perlis | Wabak Denggi
Info Jabatan Kesihatan Negeri Perlis | Wabak Denggi

Mohon ”viralkan” mesej ini di dalam setiap group whatapps anda untuk penduduk negeri Perlis.

INFO 18 JANUARI 2016

1. Kes Denggi terkini:

i.Kg. Bahagia K.Ps ii.RPA Beseri iii.Kg Behor Masjid iv.Kg Berjaya Simpang Empat v.Kg Batu Lima, Kuala Perlis vi.Kg Alor Tampang Beseri vii.Tmn Kangar Kgr viii.Kg Dato Ahmad Musa Simpang Empat

2. Berikut adalah 5 lokaliti wabak aktif :

i. Kg Berjaya Mukim Sanglang (2 kes) ii. Kg Alor Tampang Mukim Beseri (3 kes) iii.Kg Perak Mukim Kuala Perlis (7 kes) iv. Kg Seberang Alor Mukim Kuala Perlis (3 kes) v. RPA Beseri Mukim Beseri (6 kes)

3. Tiga kawasan telah didapati mempunyai indeks pembiakan Aedes yang tinggi dan berpotensi untuk berlakunya kejadian Demam Denggi. Berikut ialah senarai kawasan berkenaan:

i. Kg Bahagia, Mukim Kuala Perlis ii. Kg Behor Masjid, Mukim Kayang iii.Kg Alor Tampang, Mukim Beseri

Mohon gerakkan penduduk untuk gotong royong.

4. Lakukan perkara berikut untuk mengelakkan anda dan keluarga anda mendapat demam denggi.

i. Periksa, bersihkan atau musnahkan bekas air bertakung yang menjadi tempat pembiakkan nyamuk aedes dirumah anda seperti kolah mandi, baldi/timba, pelapik pasu bunga, tayar terpakai, bekas bekas terpakai seperti polisterin, bekas minman plastic dan tin-tin.

ii. Gunakan aerosol pembunuh nyamuk di dalam rumah anda (contoh: ridsect, sheltox dan lain-lain) pada setiap petang diantara 6.00 petang dan 8.00 malam.

iii. Pakai pakaian yang menutup tubuh (baju lengan panjang dan seluar panjang) sekiranya berada diluar rumah pada waktu senja dan awal pagi.

iv. Gunakan repellent b sekiranya berada diluar rumah pada waktu senja dan awal pagi.

Sekiranya anda demam, dapatkan rawatan segera diklinik atau hospital bagi mengelakkan anda mendapat komplikasi demam denggi.

Rawatan awal juga dapat mengelakkan keluarga dan jiran anda dari menjadi mangsa demam denggi yang seterusnya.

Ingat !!! Demam denggi boleh membawa maut. Bertindaklah sekarang. Jika anda tidak peduli, maut sedang menanti.

Share on Facebook

Leave a Comment