Isu MH17 : 71 mayat tertinggal

Isu MH17 : 71 mayat tertinggal

20140731-191006-69006904.jpg

Baki puluhan mayat penumpang pesawat penerbangan MH17 yang belum dikutip sejak dua minggu lalu di lokasi pesawat itu ditembak jatuh berhampiran bandar Donetsk, Ukraine terus menjadi tanda tanya.

Difahamkan 227 mayat mangsa dari keseluruhan 298 mangsa sudah dibawa keluar dari lokasi nahas sebelum diterbangkan ke Amsterdam, Belanda pada Rabu minggu lalu.

Keadaan baki mayat mangsa itu dipercayai semakin mereput berikutan ia terdedah kepada cuaca panas melebihi 35 darjah celsius sejak lebih 14 hari lalu, sekali gus menyukarkan tugas pengumpulan.

Portal media news.com.au dipetik berkata, kegagalan pasukan penyelamat membawa keluar baki mayat kesemua penumpang MH17 akibat pertempuran berterusan antara tentera Ukraine dan pemberontak pro- Russia di bandar Donetsk sejak Ahad lalu.

Malah, tentera pemberontak dikesan menggunakan serangan roket darat ke darat sekali gus menjadikan situasi pertempuran semakin sengit antara kedua-dua pihak.

Selain itu penggunaan roket dan senjata berat di lokasi kejadian diyakini merosakkan lagi bukti dan keadaan mayat mangsa.

Jurucakap Kementerian Kehakiman Belanda berkata, pasukan penyiasat Belanda dan Australia tidak dapat meninggalkan Donetsk untuk menuju ke lokasi kejadian di timur Ukraine bagi meneruskan tugasan.

Seramai 26 penyiasat dan polis tentera Belanda bersama 11 penyiasat Australia menunggu di Donetsk sementara menanti masa sesuai menyambung tugas siasatan.

Kebimbangan itu berasas susulan kenyataan Ketua Polis Belanda, Gerard Bouman yang mendakwa pihaknya tidak dapat memastikan bilangan sebenar jumlah mayat penumpang MH17 yang belum ditemui.

Beliau mendakwa peluang membawa keluar semua mayat mangsa dari lokasi kejadian dianggap tidak begitu baik.

Menurutnya, Australia mungkin dapat membawa bersama sepasukan polis bersenjata untuk melindungi misi kemanusiaan untuk mencari baki mangsa pesawat MH17 di lokasi kejadian.

Speaker Parlimen Ukraine Oleksandr Turchynov berjanji kepada Menteri Luar Australia, Julie Bishop dan Menteri Luar Belanda Frans Timmermans bahawa parlimen akan memberi persetujuan itu apabila mereka kembali bersidang.

Sebaik saja persetujuan ditandatangani, Australia akan menyediakan pasukan bersenjata untuk mengiringi kumpulan forensik tidak bersenjata Australia, Belanda dan Malaysia untuk tiba ke lokasi nahas sebaik pertempuran di kawasan itu reda.

Buat hari keempat berturut-turut, kumpulan forensik gagal ke lokasi nahas MH17 di kawasan dikuasai pemberontak di bandar Donetsk.

Pihak berkuasa merasakan ia terlalu berisiko sekiranya mereka cuba memasuki bandar itu sekali lagi tanpa bantuan pasukan bersenjata walaupun pihak Ukraine dan pemberontak memberi jaminan jalan masuk ke situ selamat.

Pasukan penyiasat kini terkepung di tengah-tengah pertempuran di bandar Donetsk iaitu bandar yang dijadikan ibu kota bagi Republik Rakyat Donetsk.

Masih terdapat cebisan mangsa di lokasi nahas, juga barang peribadi milik penumpang MH17 yang menjadi maklumat penting yang mungkin memberi jawapan bagaimana pesawat itu terhempas pada tengah hari 17 Julai lalu.

Walaupun terdapat pemantauan daripada Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) untuk berunding supaya tentera Ukraine dan pemberontak memberi akses penuh, permintaan untuk membenarkan mereka melalui jalan itu tidak diendahkan.

Oleh Murni Wan Omar, Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz am@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Baki berpuluh mayat penumpang pesawat MH17 yang masih belum dikutip sejak dua minggu lalu di lokasi pesawat itu ditembak jatuh berhampiran bandar Donetsk, Ukraine, terus menjadi tanda tanya.

Difahamkan sebanyak 227 mayat mangsa dari keseluruhan 298 mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi nahas sebelum diterbangkan ke Amsterdam, Belanda pada Rabu minggu lalu.

Keadaan baki mayat mangsa itu dipercayai semakin mereput berikutan ia terdedah kepada cuaca panas melebihi 35 darjah celcius sejak lebih 14 hari lalu sekaligus menyukarkan tugas pengumpulan.

Portal media news.com.au dipetik berkata, kegagalan pasukan penyelamat membawa keluar baki mayat kesemua penumpang pesawat MH17 berpunca akibat pertempuran berterusan di antara tentera Ukraine dan pemberontak pro Russia di bandar Donetsk sejak Ahad lalu.

Malah tentera pemberontak dikesan menggunakan serangan roket darat ke darat sekaligus menjadikan situasi pertempuran semakin sengit antara kedua-dua pihak.

Selain itu penggunaan roket dan senjata berat di lokasi kejadian diyakini akan merosakkan lagi bukti dan keadaan mayat mangsa.

Jurucakap Kementerian Kehakiman Belanda berkata, pasukan penyiasat Belanda dan Australia tidak dapat meninggalkan Donetsk untuk menuju ke lokasi kejadian di timur Ukraine bagi meneruskan tugasan.

Seramai 26 penyiasat dan polis tentera Belanda bersama 11 penyiasat Australia terpaksa menunggu di Donetsk sementara menanti masa sesuai untuk menyambung tugas siasatan.

Kebimbangan itu berasas susulan kenyataan Ketua Polis Belanda, Gerard Bouman yang mendakwa pihaknya masih tidak dapat memastikan bilangan sebenar jumlah mayat penumpang MH17 yang belum ditemui.

Beliau mendakwa peluang membawa keluar semua mayat mangsa dari lokasi kejadian dianggap tidak begitu baik.

Menurutnya, Australia mungkin dapat membawa bersama sepasukan polis bersenjata untuk melindungi misi kemanusiaan untuk mencari baki mangsa pesawat MH17 di lokasi kejadian.

Speaker Parlimen Ukraine, Oleksandr Turchynov berjanji kepada Menteri Luar Australia, Julie Bishop dan Menteri Luar Belanda Frans Timmermans, bahawa parlimen akan memberi persetujuan itu apabila mereka kembali bersidang.

Sebaik saja persetujuan ditandatangni, Australia akan menyediakan pasukan bersenjata untuk mengiringi kumpulan forensik tidak bersenjata Australia, Belanda dan Malaysia untuk tiba ke lokasi nahas sebaik pertempuran di kawasan itu reda.

Buat hari keempat berturut-turut, kumpulan forensik gagal ke lokasi nahas MH17 di kawasan dikuasai pemberontak di bandar Donetsk.

Pihak berkuasa merasakan ia terlalu berisiko sekiranya mereka cuba memasuki bandar itu sekali lagi tanpa bantuan pasukan bersenjata walaupun pihak Ukraine dan pemberontak memberi jaminan jalan masuk ke situ selamat.

Pasukan penyiasat kini terkepung di tengah-tengah pertempuran di bandar Donetsk iaitu bandar yang dijadikan ibu kota bagi Donetsk People’s Republic.

Masih terdapat cebisan mangsa di lokasi nahas, juga barang peribadi milik penumpang MH17 yang akan menjadi maklumat penting yang mungkin akan memberi jawapan bagaimana pesawat itu terhempas pada tengah hari 17 Julai lalu.

Walaupun terdapat pemantauan daripada pihak Pengawasan Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) untuk berunding supaya tentera Ukraine dan pemberontak memberi akses penuh, permintaan untuk membenarkan mereka melalui jalan itu tidak diendahkan.

Sumber : Hmetro.com.my

Share on Facebook

Leave a Comment