+6012 2959037
miloki@gmail.com

JUALAN AMAL KURMA

Sempena kedatangan Ramadhan yang penuh barakah SEKOLAH RENDAH (A) SERI MELATI dengan kerjasama KORAHMAH http://www.korahmah.blogspot.com/mengadakan jualan amal kurma . Kurma diperolehi dari pembekal utama di Pulau Pinang. Semua keuntungan jualan akan dimasukan ke tabung pembinaan bangunan baharu yang dimulakan pada 3hb.Ogos 2010. Adalah diharapkan ibubapa pelajar, orang ramai atau syarikat koperat dapat membantu kami “membantu, membeli sambil menderma” demi masa depan pendidikan Islam anak-anak kita. Kurma yang dipek juga sesuai disedekahkan kepada orang lain untuk berbuka puasa.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.
Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.
Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma mengandungi glucos (spt.glucolin)antara makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga . Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
“Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.


KURMA BERTANGKAI UTIQA RM12/pek 500gm


KURMA BERTANGKAI NOOR RM11/pek 500gm


KURMA BERTANGKAI SODAT RM11/pek 500gm

KURMA MADU SEDAGHAT BAM RM9.00/pek 600gm

MARIAMI GRED A RM 8.00/pek 250gm


KURMA MESIR RM5.00/pek 450gm

Maklumat lanjut sila hubungi
ISHAK BIN OSMAN (012-5672603)
Sekolah Rendah (A)Seri Melati
Perkampungan Tunjung,
02400,Beseri Perlis.
tel:04-9381289

Sumber :- Srimmatri.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share on Facebook

Leave A Comment