+6012 2959037
miloki@gmail.com

Kaedah Talaqqi Musyafahah

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.

Talaqqi

Talaqqi pada bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.
Talaqqi pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir
Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut )

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah

Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.

Objektif

Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
Membaca dengan betul dan fasih.
Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Ciri-Ciri
1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid mengikut)
8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10. Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan. Guru menulis di papan tulis.
11. Pemulihan – dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di papan gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.
12. Penilaian – guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa ayat. Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.
13. Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu berikutnya.

Sumber :- http://bicarahamba.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share on Facebook

Leave A Comment