Kecemasan Gelombang Haba Jika Suhu Capai 40 Darjah Celsius

Kecemasan Gelombang Haba jika suhu capai 40 darjah Celsius

Kecemasan Gelombang Haba Jika Suhu Capai 40 Darjah Celsius
Kecemasan Gelombang Haba Jika Suhu Capai 40 Darjah Celsius

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengisytiharkan “Kecemasan Gelombang Haba” di kawasan yang mencapai suhu melampau melebihi 40 darjah Celsius selama atau melebihi tujuh hari dalam tempoh cuaca panas dan kering yang berpanjangan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, selain itu, sesi persekolahan akan ditangguhkan di kawasan yang terbabit jika suhu melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu berterusan. Beliau berkata, perkara itu adalah antara garis panduan yang dipersetujui Kabinet pagi tadi bagi menangani kepanasan melampau yang melanda negara ketika ini. Wan Junaidi berkata, bagi tahap amaran pertama iaitu suhu melebihi 37 darjah Celsius, Jabatan Meteorologi akan mengeluarkan amaran gelombang haba dan ketika itu, semua aktiviti pelajar di luar bangunan dan sukan ditangguhkan, selain menasihatkan orang ramai supaya menghadkan aktiviti luar terutama bagi warga emas dan kanak-kanak. “Bagi tahap amaran kedua iaitu suhu melebihi 37 darjah Celsius selama lebih 72 jam dan peningkatan suhu berterusan, tindakan bagi amaran pertama akan diteruskan, selain menangguhkan sesi persekolahan dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi membincangkan tindakan kecemasan bagi menangani cuaca panas melampau berpanjangan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Wan Junaidi berkata, Kabinet juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Gelombang Haba yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan semua agensi yang berada di bawah jawatankuasa itu akan melaksanakan semua pelan tindakan berkenaan. Katanya, satu mesyuarat teknikal akan diadakan Isnin ini bagi memperhalusi lagi pelan tindakan berkenaan dan membincangkan pelan tindakan tambahan. PEKERJA pemasangan kabel melakukan kerja dalam keadaan cuaca panas di kawasan Chuping yang merekodkan suhu setinggi 39 darjah Celcius berikutan fenomena El Nino. – Foto Ezairi Sham
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/134851?m=1

Share on Facebook

Leave a Comment