Kemalangan Maut Hari Raya : 1 Maut 4 Cedera Utan Aji Kangar Perlis

Mati dipercayai terbabit lumba kereta haram


SubahanaAllah.. Dasyat gak aksident yang berlaku di Utan Aji Kangar Perlis ini

KANGAR: Seorang lelaki maut, manakala empat yang lain cedera termasuk dua parah dalam satu kemalangan jalan raya dipercayai berpunca daripada aktiviti lumba kereta haram di kilometer 3, Jalan Raja Syed Alwi, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 malam selepas dua kereta masing-masing jenis Proton Satria dan Proton Putra dikatakan berlumba antara satu sama lain, terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain.
Berdasarkan maklumat, Proton Putra itu dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina tetapi gagal sebelum bergesel dengan kereta terbabit, menyebabkan Proton Putra melambung dan menghempap sebuah kereta jenis Hyundai Matrix yang datang dari arah bertentangan.
Pemandu kereta Proton Putra, Kamal Qausar Omar, 24, tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang berada di tempat duduk penumpang pula dilapor parah.

Turut parah, pemandu kereta Hyundai Matrix, seorang lelaki berusia 18 tahun yang dikatakan baru pulang dari tadarus Al-Quran, selepas tersepit pada bahagian tempat duduk pemandu. Seorang lagi penumpang dikatakan hanya cedera ringan.

Sebuah lagi kereta yang dilapor berlumba bersama Proton Putra berkenaan dikatakan turut melambung selepas merempuh benteng longkang, sebelum terjunam ke dalam longkang yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi rempuhan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika ditemui berkata, Proton Satria dan Proton Putra berkenaan dikatakan memecut laju ke arah pusat bandar, manakala Hyundai Matrix yang dinaiki dua pemuda yang baru pulang dari bertadarus Al-Quran pula dari arah Kangar menuju Utan Aji.


Sampai jatuh dalam longkang nie..terpacak lagi.. isk isk… laju sungguh tgk cara nie…

null
Aku Terbang !!!


Nauzubillah Hinimzaliq….


Diserondol sampai tayar tetanggal…


Inalilahiwainailaihirajiun…


Batang pokok pon leh patah.. mmg laju.. ramai orang kata laju..la nie dok saja la…

Sumber :- BHarian.com.my

Gambar Ehsan : Email Shamilo ( Wartawan Sambilan omaQ.org)

Share on Facebook

COMMENTS

  • […] omaQ.org » Blog Archive » Kemalangan Maut Hari Raya : 1 Maut 4 … […]

  • someone

    jap2, nk tanye.. 2 org yg naek kreta Hyundai Matrix tuh name dy ape??

    sepertinye, ku knl.. pls espond ok?? tQ byk2..

  • hamba allah

    mcm sy dgr.. xtau nk pecaya yg mn satu.. race la.. polis kejar la.. polis kejar dr peneng la.. em harap2 kita semua xbrsubahat dgn dosa fitnah.. mangsa yang terlibat masih hidup (penumpang kereta putra dan satria)… hnya mereka tahu kebenarannya.. knp xtny mereka? knp mmbuat tomahan, fitnah kpd mereka..itukan dosa..

  • hamba allah

    apa yang saya tahu pemandu kereta Nissan yg cuai.. melintas dgn melulu.. xbaik kita mengaibkan org yang dh meninggal dunia, kasihan kpd keluarga mangsa mendengar fitnah kpd anaknya.. sepatutnya kita menyiasat dan mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan cerita yang xbetul @ shubhah @ fitnah ustaz.. racing di jln raya mgkn kita lihat di dlm filem tp xda org nk race d situ dh tau bahaya.. mungkin mereka cuma memandu laju bukan racing..

  • insan

    apa yang saya tahu pemandu kereta Nissan yg cuai.. melintas dgn melulu.. xbaik kita mengaibkan org yang dh meninggal dunia, kasihan kpd keluarga mangsa mendengar fitnah kpd anaknya.. sepatutnya kita menyiasat dan mendapatkan kepastian sebelum menyebarkan cerita yang xbetul ustaz.. racing di jln raya mgkn kita lihat di dlm filem tp xda org nk race d situ dh tau bahaya.. mungkin mereka cuma memandu laju bukan racing..

  • saya dah sembang dgn pemandu nissan…. mmg mereka dikejar polis… mungkin boleh difikirkan kereta itu melulu masuk… dia nampak lampu kereta…. dia tak sangka mereka nih tgh berlumba ( atau memandu dgn laju) memalam bulan ramadhan plak tu… ada ka org nak berlumba??… masuk ja… tiba2 kereta dia digesel dr belakang… yg dia sedar kereta td sudah pun kesebelah dan bunyi dentuman…. dlm masa yg sama polis juga ada dibelakang…. (cepat betul polis sampai?) mmg diorang dikejar….. buat keluarga pemandu yg meninggal… al-fatihah utknya… pemandu tu sekadar memenuhi impian “pemilik kereta” yg duit berkepuk-kepuk… nak menunjuk-nunjuk di hari raya dgn kereta ‘laju’ nya….. dia cuma membantu kawan….. mengeratkan hubungan insan…. salahnya ‘pemilik’ kereta tu mengambil kesempatan ke atas allayarham pemandu pada masa yg salah…. nak setting kete… carik masa lain laa…. bulan posa jugak….

  • simpati

    keta putra n satria 2 BKN penjenayah yg SGT DIKEHENDAKI polis m’sia@interpol smpai polis hambat x ingt..dlm paper x tulis pn polis yg hambat..pelik gk..awt x wt statement kata polis hambat depa sbb depa 2 race..?hurmmmmmm…….

Leave a Comment