Lawatan Jemaah Nazir untuk New Deals (Bai’ah Guru Besar )

Lawatan Jemaah Nazir ke Bekas Sek lama omaQ.. Sk Oran semalam

Date : 26 Januari 2011
Time : Sepanjang hari
Place : Sek Keb Oran Mata Ayer Perlis
Info : Semalam omaQ pi ke Sekolah Oran untuk siapkan kerja kerja yang belum siap.. kebetulan ada Jemaah Nazir mai melawat ke Sek lama omaQ tu.. Lawatan tu dibuat kerana untuk memantau New Deals… (Bai’ah Guru Besar ) kerana Sek Oran mendapat markah SKPM tertinggi dan result UPSR lonjakan yang memberangsangkan… so kalau Sk Oran dipilih untuk mendapat New Deals tu.. Guru Besar akan dapat RM 7500 tak silap omaQ.. then 2 guru akan dapat RM 1500 seorang.. dan guru guru serta staff lain dapat RM 900 tak silap omaQ…. mmg bertuah la kalau menang.. mudahan Allah memberi kemenangan kepada SK Oran.. kerana guru gurunya yang dedikasi dalam melakukan tugasan dalam P&P dan semua hal pengurusan Sekolah.. Amin!! ( Kalau menang.. omaQ pon tumpang sekaki.. sbb anugerah ini utk tahun 2010… omaQ masih disekolah tersebut tahun lepas 🙂


Semasa lawatan Jemaah berakhir untuk pulang…

Bai’ah pengetua perlu post mortem

Oleh WAHID HASHIM
pendidikan@utusan.com.my

KITA semua tahu bahawa para pengetua dan guru besar menjalankan tugas mereka dengan bermatian-matian – mahu menjadi lebih kreatif dan inovatif seperti mana yang diminta oleh kerajaan, serta memenuhi harapan ibu bapa supaya anak-anak mereka cemerlang dalam pendidikan.

Sekalung tahniah kepada pengetua dan guru besar kerana sebagai pentadbir dan pengurus, mereka sentiasa berada di barisan hadapan untuk menakhodai bahtera pendidikan yang sentiasa bertukar haluan mengikut badai semasa.

Bagi yang berfikir seperti pengurus, mereka lebih cenderung untuk mendahului zamannya dan yang lain mengikut, tetapi bagi pengetua dan guru besar yang berfikiran seperti pentadbir, mereka hnaya melakukan tugasan sepertimana yang diarahkan.

Di bawah Program Transformasi Kerajaan, Bidang Keberhasilan Pencapaian Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA), maka telah digariskan dengan jelas peranan guru besar dan pengetua – dalam memastikan pembangunan sekolah, sumber manusia dan pentadbiran serta penyampaian diurus tadbir dengan berkesan dan baik.

Salah satu perkara yang menarik perhatian ialah janji kerajaan untuk memberi ganjaran kewangan dan bukan kewangan kepada guru besar dan pengetua yang mengatasi prestasi tertentu, iaitu skor Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) lebih daripada 90 serta sasaran literasi dan numerasi (LINUS).

Memang guru dan pengetua yang menujukkan prestasi mengagumkan layak menerima ganjaran kerana usaha berganda yang mereka telah lakukan.

Namun begitu, adakah amalan memberi ganjaran kewangan kepada pengetua dan guru besar merupakan kaedah yang terbaik?

Isu ini menjadi ribut dalam cawan sejak kebelakangan ini kerana habuan yang diberi itu menjadi persoalan moral dalam kalangan pengetua sendiri.

Salah satu persoalan yang ditanya ialah sama ada perlu pengetua diberi ganjaran kewangan kerana ia mungkin akan memberi kesan negatif dalam jangka masa yang panjang kepada pengetua dan budaya kerja keseluruhan sekolah secara yang kolektif.

Apa yang dipersoalkan oleh pengetua ini ialah sama ada tugas yang dilakukan ialah tugas hakiki, tambahan atau kerja kolektif. Ramai yang menganggap tugas memajukan sekolah merupakan kerja hakiki yang menjadi fardu dan wajib kepada sesiapa sahaja yang bergelar pengetua atau guru besar sekolah – tanpa mengharap balasan. Memadai diberikan kenaikan gred dan gaji.

Kedua, apa yang dibimbangkan ialah cara pemberian ganjaran. Ada pengetua yang bimbang ganjaran akan tertumpu kepada sekolah yang pencapaian sudah mencecah 90 peratus keputusan akademik sahaja – khususnya sekolah yang sudah sememangnya cemerlang.

Mungkin sekolah yang ‘teruk’ pencapaian akademiknya, walaupun mengalami kenaikan sehingga 30 peratus masih belum dikira layak menerima ganjaran kerana masih belum setanding dengan guru besar atau pengetua di sekolah yang sudah sedia cemerlang tadi.

Terdapat juga pengetua atau guru yang tersalah anggap konsep ganjaran dan hukuman ini umpama memperkenalkan konsep ‘hire and fire’. Hal ini kerana dinyatakan di bawah Pelan dan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan bahawa kira-kira 10 peratus yang berprestasi tercorot akan dikenal pasti berdasarkan kepada skor komposit yang terendah.

Golongan ini akan diberi latihan dan bimbingan dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi. Jika usaha ini tidak efektif, maka tindakan seperti pemindahan dan persaraan pilihan akan diambil.

Perkara ini dilihat menekan kerjaya mereka, khususnya yang berada dalam kawasan ‘hitam’.

Di Britain, memberi ganjaran kepada pendidik merupakan amalan yag dilaksanakan sekian lama, dan ditarik semula beberapa tahun yang lalu kerana ada kesan negatif jangka panjang.

Antara kesan negatif tersebut ialah pengetua dan guru besar menganggap ganjaran itu kononnya hak hakiki mereka, bukan satu bentuk sagu hati.

Justeru, apabila sekian lama menunggu dan tidak mendapat ‘hak hakiki’ itu, mereka mula berasa ‘putus asa’ dan memberi tanggapan negatif terhadap kerajaan.

Sebelum kita memutuskan untuk meneruskan cadangan ini, eloklah dibuat post mortem dan difikirkan alternatif lain – khususnya apabila guru akan dibenarkan berpolitik.

Tabik cikgu!

Sumber :- Utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm


Barisan Staff Sk Oran bergambar bersama Jemaah Nazir Perlis

Share on Facebook

Leave a Comment