LELAKI BERKOPIAH ANTARA 25 INDIVIDU DITAHAN TERLIBAT DADAH

/, My Info, My Polis/LELAKI BERKOPIAH ANTARA 25 INDIVIDU DITAHAN TERLIBAT DADAH

LELAKI BERKOPIAH ANTARA 25 INDIVIDU DITAHAN TERLIBAT DADAH

LELAKI BERKOPIAH ANTARA 25 INDIVIDU DITAHAN TERLIBAT DADAH

Pendang, 11 September 2017 – Lagak mencurigakan seorang lelaki berkopiah dan berperwatakan alim memasuki kawasan kebun pisang di Kampung Datuk Syed Ahmad, dekat sini, terbongkar apabila dia antara 25 penagih yang ditahan polis semalam.

Mereka ditahan dalam serbuan Op Tapis Bersepadu di kampung berkenaan dan Kampung Baru Sungai Tiang, Pendang, di sini, antara jam 6 pagi hingga 2 petang.

Lelaki bcrusia 50 tahun itu dipercayai masuk ke port itu pada waktu pagi setiap hari untuk melepaskan gian sebelum melakukan rutin harian mereka.

Ketua Poiis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Fadhil Hashini berkata, enam anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pendang terlibat dalam serbuan tersebut.

Katanya dalam serbuan itu 25 individu diperiksa dan 23 daripadanya ditahan dipercayai positif dadah manakala dua lagi ditahan kerana memiliki dadah.

Sumber : Harian Metro

Share on Facebook
By | 2017-09-12T14:11:59+00:00 September 12th, 2017|My Artikel, My Info, My Polis|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment