Luahan Hati Seorang guru

NI copy paste ayat cgu EMMET FAYZAL dr grup guru KGM.. Yg menjawab isu guru punca murid ponteng”…. mmg power & terbaikkkk ..
(Perlukah soal ini dimedia massakan? Saya rasa kita guru dah faham akan peraturan berpakaian kerana dah diterangkan kod etika berpakaian. Saya rasa nak tingkatkan minat pelajar melalui penampilan golongan guru paling terkehadapan…lihat lah di sekolah tudung bawal berlip lap dan tudung faredda berlapis lapis pun dah dipakai…persoalan gaya dan teknik mengajar….selama 3 tahun dalam maktab tak kan keluar mengajar macam kayu pembaris je? 5 tahun dalam IPG tak kan keluar jadi robot.? Berapa peratus murid ponteng guna alasan “saya pergi shopping complex dan cybercafe waktu sekolah sebab Cikgu mengajar macam robot…cuba la mengajar macam Johan Raja Lawak kan best”
Dulu zaman saya jadi murid…”personaliti ” guru saya lagi dasyat berbanding sekarang. Puan Leong mengajar saya hanya pakai baju satu kaler dan dua kaler sahaja. Kasut sendal…beg raga rotan…cermin mata macam Puan Hew cerita Kampong Boy. Suara menjerit jerit..Ustaz Saidon dulu datang guna mengajar guna motor buruk je. Kalau mengajar murid silap sebut sahaja penampar hinggap kat pipi. Mata terjegil jegil macam nak telan orang. Cikgu Aziz Othman…kalau mengajar…tak pakai pun abm…cuma buku ilmu hisab yg 3 inci tebal tu aja…itulah buku wajib dibawa…kalau tak bawa…diganti dgn buku dia….bukan sebagai rujukan kami….tapi buku tu hinggap kat belakang badan kami…rasa nak gugur paru paru…Sir David Paul…cukup susah nak dgr suara dia…. Kalau nak diibarat kayu…saya rasa kayu pun boleh mengeluarkan bunyi…(kalau diketuk di gergaji) tapi Sir David mmg jarang bersuara…kalau bercakap hanya perlu sahaja…kalau marah memadai dgn renungan…semua murid diam macam jumpa malaikat maut.
Tapi takde pulak kami nak monteng. Kalau ponteng pun duduk dalam rumah…duduk dalam kolong…bila waktu sekolah dah habis baru kami balik sama….soal ponteng ni tak perlukan babitkan guru…saya dapat guru yang TAHAP KEGANASANNYA sangat tinggi. Tapi saya sayang guru saya dan berdoa agar mereka diberi balasan baik…walaupun mereka sudah tiada.
Berbalik pada senario sekarang…APA LAGI MURID NAK?
Guru kamu dtg bukan naik kapcai….tapi naik BEEMER, ZR, koman koman pun kalau kat kayell tu naik ninja kot.
Kalau berkereta guru kamu naik alphard, wish, vios, city….tak cantik lagi ke? Baju Seluar cikgu pun jenama hebat…bukan beli kat kedai HARI HARI… Kasut sukannya nike adidas…bukan macam cikgu azmi tahun 80an pakai golden cup…
Ok teknik mengajar….guru sekarang diHARAM guna rotan loji…kalau guru guru saya dulu mengajar murid sekarang boleh kosong satu sekolah sebab ponteng takut nak kesekolah. Guru sekarang kena ajar secara psikologi….jadi pemudahcara…kalau tak pandai cikgu duduk sebelah ajar sampai dapat….sampai kena isi eviden yg membuktikan murid pandai. Guru sekarang tak boleh marah marah sebab kata kata boleh jejaskan psikologi murid….zaman saya dulu BODOH BAHLUL BIUT BANGANG…biasa je..
Guru sekrang memgajar guna LCD…laptop…aktiviti luar…ajar pj mesti main sama murid…tukar baju sukan…bukan macam dulu…cikgu duduk kantin murid main bola…tapi kami tak ponteng pun!
KESIMPULANNYA tak payah lah nak keluar surat khabar rendahkan martabat guru dengan isu picisan seperti ini. Kalau murid ponteng sebab diri sendiri yang MALAS…bukan sebab personaliti guru.
Saya harap cukuplah nak burukkan guru kalau rasa semua salah cikgu….suruh je mak bapak bukak sekolah sendiri…ajar anak sendiri.
Sekian
Doa buat semua bekas guru guru ku yang hebat…agar bahagia didunia dan akhirat.
Tanpa guru saya pun tak jadi manusia bergelar guru sekarang
#modebengang )

Share on Facebook

Leave a Comment