Maut angkara madu kelulut

Maut angkara madu kelulut

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

KEADAAN mayat Mohd. Fakrul yang tersepit di celah pokok pukul lima.
Advertisement

PENDANG – Keterujaan dua sahabat untuk mengambil madu kelulut di dahan pokok pukul lima di kawasan tanah perkuburan lama Kampung Asam Jawa, Padang Pusing di sini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat dihempap dahan itu dalam kejadian lewat petang kelmarin.

Lebih tragis dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mayat Mohd. Fakrul Rozi Zainodin, 27, ditemui dalam keadaan tersepit di celah cabang pokok pukul lima dalam ketinggian kira-kira lima meter.

Sebelum kejadian, Mohd. Fakrul dan rakannya yang hanya dikenali sebagai Amran berusia 20-an dikatakan memanjat pokok pukul lima kerana mahu mengambil sarang kelulut di salah satu dahan pokok itu.

Pokok pukul lima itu berketinggian kira-kira 15 meter dan madu daripada sarang kelulut yang mahu diambil kedua-dua sahabat itu dikatakan boleh dijual dengan harga RM150.

Seorang kenalan mangsa, Mat Saad Puteh, 57, berkata, sebelum menemui ajal, arwah Mohd. Fakrul menghubunginya dan bertanyakan lokasi mana yang ada sarang kelulut.

“Saya beritahu satu sarang kelulut dilihat ada di sebatang pokok di kawasan perkuburan lama di Kampung Asam Jawa sebelum arwah dan rakannya sampai ke lokasi tersebut pukul 7 malam.

“Pada masa itu, saya juga berada di lokasi dan melihat dua rakan itu naik ke atas pokok pukul lima menggunakan tangga sebelum menebang dahan setinggi kira-kira 15 meter yang mempunyai sarang kelulut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Mat Saad berkata, selepas beberapa minit menggunakan mesin penebang, dahan pokok itu patah namun tersangkut pula di satu dahan lain.

Kata Mat Saad, melihat keadaan dahan yang tersangkut itu, kedua-dua sahabat itu membuat keputusan untuk menebang satu lagi dahan bagi melepaskan dahan yang ada sarang kelulut tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0911&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3Cxzs88mh
Hakcipta terpelihara

Share on Facebook

Leave a Comment