My Resipi : Ikan Yu Masak Kunyit

Ikan Yu Masak Kunyit


Gambar Hiasan

* sesuai dimakan bersama nasi putih

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 2 ekor ikan yu yang sederhana besar
* 2 sudu makan chili giling
* 3 ulas Bawang Merah ( ditumbuk halus)
* 2 ulas Bawang Putih ( ditumbuk halus )
* 1 inci Halia & Lengkuas ( ditumbuk halus )
* 2 sudu besar tepung kunyit
* 1 batang serai (dititik)
* 1 sudu kecil serbuk kari
* 1 keping asam gelugur
* garanm & serbuk perisa

Cara-cara

1. Rebuskan ikan Yu selama 10 minit bagi membuangkan kulit ikan Yu yang ada berpasir sedikit.
2. Lepas itu basuhkan ikan tersebut dan potong ikut sesuka hati anda
3. Tumiskan bahan- bahan diatas bersama asam gelugur sampai naik bau.
4. Lepas itu masukkan serbuk kunyit & kari ..biarkan sekejap
5. Kemudian masukkan ikan dan sedikit air, pastikan air tidak terlampau banyak.
6. Lepas itu masukkan garam dan serbuk perisa.
7. Biarkan selama 10 minit dan biarkan kuahnya nampak pekat sedikit.
8. Selepas itu bolehlah di angkat dan dihidangkan bersama nasi putih yang panas…

Sumber :- http://www.myresipi.com

Share on Facebook

Leave a Comment