VCD : Fatwa Yusuf al-Qaradhawi Tentang LIWAT !!

Liwat II: VCD fatwa Yusuf al-Qaradhawi diedar

Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

Cakera padat yang bertajuk “Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim” telah diterbitkan oleh Women’s Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf – yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia – menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

“Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya),” kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik”

Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

“Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka… Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua,” kata Anwar.

Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

“Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita,” katanya.

Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

“Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali,” katanya.

Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

“Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar,” katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

“Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang”.

Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.

Sumber :- Malaysiakini.com

Semut OOoO Semut !!!


Semut OOOOOoOOOooO Semut…..

Date : 8 Mac 2010
Time : Rehat
Place : Sebelah Bangunan Makmal Komputer Sk Oran Perlis
Info : pagi tadi .. time rehat.. sempat omaQ tgk ada budak tahun 4 sedang menangkap semut… semut itam tanah… mmg garang semut nie.. kalau silap tangkap mmg kene gigit.. omaQ pon tak sure pasai apa budak budak nie kusyuk sangat tangkap semut semut nie.. maybe nak buat umpan mengail or nak bagi anak ikan belaan depa makan kot… walaupon nampak simple.. tapi mmg menarik.. dengan ketekunan yang mereka tunjukkan.. alangkah indahnya kalau dalam sesi P&P berjalan.. mereka ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada guru yang mengajar.. insyaAllah.. ramai la budak Sk oran dapat cemerlang dalam Pelajaran.. InsyaAllah.. omaQ akan buktikan dalam masa terdekat ini.. Sk Oran akan seimbang dalam semua bidang .. sama ada akedemik.. kokurikulum.. dan kurikulum.. AMin!!!!


Sesi mengempur lubang semut !!


Jolok jangan tak jolok!!


Permulaan yang baik…


Kusyuk sampai gambar dirakam pon tak perasan pada mulanya .. :)

Nasi Goreng Udang Batu 2

Nasi Goreng Udang Batu 2


Udang goreng tepung… nyam nyam..

Date : 4 Mac 2010
Time : 6.00 p.m
Place : Kedai Tok Wi CHar Kowteaw Batu 2
Info : Petang Khamis ari tu.. masa ondaway omaQ and family nak ke kangar beli barang.. sempat omaQ singgah di Batu 2… buat apa situ? apa lagi.. pekena nasi goreng udang tepung la… zaujah omaQ iaitu Ummu Fawwaz lapaq.. so singgah la pekena dulu… kat situ mmg terkenal dengan nasi goreng udang.. char koteaw pon fammous la gak.. kalau sapa yang teringgin nak mai.. mai la… mmg layan menu kat situ..


Telur mata kerbau!!! Aum!!!


Nampak mmg sedap. bila dah rasa.. mmg sedap pon…

Minggu PJK 2010


Perasmian Minggu PJK 2010 @ Dataran Oran Perdana

Date : 1 Mac 2010
Time : 8.00 a.m
Place : Dataran Oran Perdana
Info : Minggu Lepas.. sekolah omaQ adakan majlis perasmian MInggu PJK 2010 peringkat sekolah.. so ada la acara senam robik bersama sama pelajar dan warga sk Oran.. kiranya.. pagi tu.. semua pakai baju pj… mmg hari menyihatkan badan … cikgu pratikal iaitu zam dan sahabatnya naim yang incharge dalam sesi senam robik.. alhamdulilah.. majlis berjalan lancar :)


Persembahan murid tahun 4 dengan lagu chicken dance


Zam dan Naim wakil Guru Pratikal yang membuat persembahan senam robik @ Dataran oran Perdana


Ikut semua…1…2…3


Guru – guru pon tumpang sekaki dalam sesi senam robik


Sungguh bertenaga :)


Inilah wajah sekolah dari pandangan hadapan tapak perhimpunan pagi

Utusan Tolak Tulis Bekas MUfti Perlis ..

Utusan tolak tulisan bekas mufti Perlis

Ahkbar Mingguan Malaysia hari ini menolak tulisan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung kaedah menangani pandangan ulama, untuk kolum mingguannya.

Penolakan terhadap tulisan berjudul ‘Ulama dimuliakan atau disucikan?’ itu dibantah bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dalam laman sosial Facebook kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Mengulas perkara itu, Shahidan yang juga anak murid Dr Asri mendakwa, penolakan tersebut dibuat kerana akhbar itu takut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Shahidan juga mempersoalkan tindakan Jakim yang didakwanya mahu ‘gam’ Dr Asri.

Sementara itu, Dr Mohd Asri ketika dihubungi mengesahkan penolakan terhadap tulisannya itu.

Bagaimanapun, beliau enggan berspekulasi lagi berhubung sebab-sebabnya.

“Pada saya itu biasa sahaja, saya hendak tengok dulu apa seterusnya (berlaku pada tulisan yang akan datang),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Diminta menjelaskan intipati tulisan itu, Dr Mohd Asri menjelaskan, beliau menyatakan pendapatnya bahawa pandangan ulama bukanlah sesuatu yang suci, justeru ia boleh sentiasa dinilai.

Bagaimanapun, penyarah agama yang terkenal dengan kelantangannya itu, menegaskan bahawa pandangan ulama, walaupun bukan suci, ia masih perlu dihormati

Sumber :- Malaysiakini.com

Sapa kenai Pemuda ini?

P/s :- Semasa omaQ dok belek belek website sahabat omaQ.. Aramzani nie.. terjumpa plak satu picture yang omaQ kenal orang dalam gambar tu. tapi dimana ya.. bila omaQ ingat balik…. sah.. tak syak lagi.. pemuda ini akan kita ingati jika time masuk gaji!! sebab apa ya? kalau nak tau… tanya la si penunggu harimau kuning ini!! ( suka lepak depan maybank kangar …)

Sumber :- Aramzani.com

Latihan Olahraga 2010


Cikgu Rahmah sedang ajar budak budak starting point

Date : 2 Last Week
Time : 8.00 -10.00 a.m
Place : Padang Sek Keb Oran Perlis
Info : 2 minggu lepas.. sek omaQ adakan latihan untuk peserta olahraga yang bakal mewakili sekolah ke peringkat kawasan.. so guru guru yang terlibat .. pulun trannning budak budak bagi persiapan rapi untuk menempuhi kejohanan tersebut.. alhamdulillah.. semua guru komited dengan tugas yang dipertanggungjawabkan... cikgu Pk baru sek omaQ.. iaitu En Husairi bawa anak dia sama mai tgk budak budak tranning.. kena plak aritu ahad… ada nat oran.. tu yang bawak isteri dan anak anak tu.. welcome tu Oran wahai Pk baru Sk oran !! :)


Get Ready !!!


Sapa tu? Tu la Pk Baru Sk oran… En Husairi dan anaknya :)


Panas nie… tak pa ka.. sat lagi itam plak .. :)


Kak Mah dengan CIkgu Azita dok layan si celik comel nie di tgh padang :)


Anak Ayah!!


COmel tak saya :)

4,000 feet above the Colorado River

4,000 feet above the Colorado River

null

AMANAH SAHAM AKHIRAT

YAYASAN MATRI kearah kesejahteraan generasi pewaris. …
website : http://yayasanmatri.webs.com/

Yayasan Matri telah ditubuhkan sejak tahun 2000 dengan visi untuk mengumpulkan dana yang sah dan syarie secara berterusan dari para dermawan untuk diagihkan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.

Pada 1 hb Okt 2000 pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan permohonan pelepasan cukai kepada Yayasan Matri untuk mengutip derma daripada orang ramai menurut seksyen 44(6) Akta Pendapatan 1967, Ruj.LHDN.01/35/42/51/179-6.4903.No.Warta Kerajaan bil 4.bertarikh:4/1/2001.

klik untuk rujukan:

MISI YAYASAN MATRI

1.Mengumpul dana dan sumbangan derma bagi membantu dan menghayati program penghayatan Islam.

2.Membantu dan membiayai pengurusan dakwah dan tarbiyah Islamiyah.

3.Menerbit dan mmenyebarkan risalah percuma sebagai bacaan untuk mempertingkatkan syiar Islam.

4.Berdakwah dengan mengembangkan ajaran Islam kepada bukan Islam.

5.Membiayai pendidikan sekolah Islam persendirian.

6.menyediakan pusat bimbingan kaunseling remaja dan saudara baru.

7.Membiayai kelas AlQuran.

8.Mengadakan program kebudayaan dan kerohanian kearah pembangunan intelek.

9.Mengadakan biasiswa,bantuan pelajaran,tabung kebajikan,khairat kematian bagi mengurangkan kesusahan mereka yang memerlukan.

10.Mewujudkan ukhuwah Islamiyah dan Ikatansilaturrahim dikalangan warga Matri,ibubapa,anggota masyarakat setempatinstitusi kerajaan dan individu yang menyokong pembangunan serta perpaduan Islam.

AHLI JAWATANKUASA YAYASAN MATRI

Pengerusi: alFadhil Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd. Zain Sila Rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/MATRI_Perlis

Setiausaha: Cikgu Yahya bin Ismail

Setiausaha Eksekutif: En.Alias Long.

AJK: Ustaz Omar Hj.Salleh, Ustaz Abdul hadi Osman, Tn.Hj.Wan Najmi Wan Salim & Dr.Ismail bin Nayan(Klinik Ehsan)

Harapan dan Rayuan.

Yayasan Matri amat mengharapkan sokongan dan kerjasama dari seluruh masyarakat agar dapat mengisi tabung , sekadar yang termampu bagi mengerakkan pelbagai aktiviti dan misi kami. Kami mengucapkan Jazakallah Kahiran Kathiran dan ribuan terima kasih. Hanya Allah sahaja yang akan memberi ganjaran yang sewajarnya di akhirat kelak.

Firman Allah “Hai orang – orang yg beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yg pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat. Dan orang – orang kafir itulah orang – orang yg zalim ” ( Al Baqarah, 2:254 )

Firman Allah : ” Ambillah zakat dari sebagian harta mereka , dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka , dan mendo`alah untuk mereka. Sesungguhnya dia kamu itu ( menjadi ) ketentraman jiwa bagi mereka. Dan Allah (menjadi) ketentraman jiwa bagi mereka, Dan Allah Mendengar lagi Maha Mengetahui “. ( At Taubah, 9 : 103 )

Firman Allah :”Perumpamaan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai pula mengandungi seratus biji pula, Dan ingatlah allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan allah maha luas kurnia dan ilmuNya.”(Al-baqarah:261)

Bagi jiwa-jiwa yang sentiasa mengintai peluang untuk berinfaq atau sedekah ambilah peluang ini semuga sumbangan/penajaan tuan/puan dijadikan SAHAM AKHIRAT, bekalan kita apabila menemui Allah nanti.

Hulurkan sumbangan / infaq tunai / cek/M.O/P.O anda ke akaun MayBank atas nama:

“YAYASAN MATRI”

Akaun Maybank No: 559012000384

atau boleh dihantar ke alamat :

YAYASAN MATRI, Kampung Tunjung, 02400, Beseri, Perlis

Tel: 04-9381155 Faks:04-9382469

email: yayasanmatri@gmail.com

WEBSITE UNTUK INTERNET BANKING/FUND TRANSFER
Maybank2U.com Home

CIMB Islamic

Salinan slip deposit difaks: 04-9382469 /email : yayasanmatri@gmail.com untuk urusan pengeluaran resit rasmi.

Maklumat lanjut hubungi : En.Alias Long (04-9381155)-waktu pejabat.

**** Sekiranya tuan/puan belum berhasrat untuk turut sama menyumbang , kami memohon supaya pihak tuan dapat menyebarkan webs ini kepada rakan-rakan yang lain secara sms / email. Semuga usaha tuan/puan diberkati Allah dan mendapat ganjaran di akhirat kelak. dan ingatlah bila tiba saat kematian yang tak tahu bila entah esok atau lusa…, yang pasti , semua harta kita spt. rumah,saham, kereta, pangkat,isteri,dan anak-anak semuanya akan ditinggalkan….. hanya 3 perkara saja yang kita bawa bersama sebagai bekalan. 1. Amal Sedekah Jariah kita semasa di Dunia. 2.Anak kita yg soleh yang mendoakan kita sentiasa dan 3.Ilmu bermanfaat yg dipergunakan…….Kita tidak boleh kembali ke dunia semula walau sesaat..sesal kemudian tiada gunanya …sama-sama kita renungi *****

sila layari http://yayasanmatri.webs.com/

Suhu @ Perlis 41.7 Celcius !!


CUba tgk kat angka bawah tu… dalam jam omaQ ada kiraan suhu kepanasan sampai 41.7 celcius…

Date : 3 March 2010
Time : 2.45 p.m
Place : Around Kangar
Info : Petang ari tu… masa omaQ nak pi ambik kasut sukan omaQ yang omaQ hantar repair @ Kangar.. sempat omaQ tgk kat Jam tangan omaQ…ada sukatan untuk tgk suhu… so bila omaQ on kan aja.. tudiah aih.. patut la hangat lit lit.. rupanya sampai 41.7 celcius… rasa macam dok kat abu dhabi la plak… kira tak payah pi negara arab la lepas nie.. sapa nak rasa panaih.. mai la perlis.. sama sama menikmati kepanasan duniawi!!! nauzubillah.. mudahan Allah menurunkan hujan bagi mahkluk Allah untuk mendapat manfaat darinya… Amin!!!


Kat mana omaQ snap picture nie..? area federal HOtel kangar

Yang nie plak kiraan dari gerbang pintu kangar


Selamat datang ke perlis !!

.