Peluang Sambung Belajar @ Institut Profesional Baitulmal

silakan pjgkan kpd yg berminat

” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Profesional Baitulmal milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menawarkan Biasiswa Baitulmal kepada pelajar-pelajar Islam lepasan SPM di seluruh Malaysia.

Tujuan Biasiswa Baitulmal ini adalah untuk membantu mereka yang hendak melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi. Pelajar-pelajar daripada keluarga yang berpendapatan RM4000 ke bawah boleh memohon untuk DIKECUALIKAN:
1. Yuran pengajian
2. Diberikan elaun RM3000 1 semester
3. Penginapan Asrama disediakan
** Tertakluk kpd syarat2 yg ditetapkan oleh MAIWP.

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah diploma dalam bidang pengurusan perniagaan, perakaunan, sains komputer dan pra-perdagangan UiTM. Pendaftaran bagi kursus Diploma Usahasama UiTM adalah pada November 2014. Selain itu, program profesional spt LCCI dan CAT juga ditawarkan kpd mereka yg berminat pada Januari 2015.

Untuk pengetahuan semua, IPB juga akan menawarkan Diploma Haji dan Umrah, Diploma Zakat dan Wakaf, Diploma Pengurusan Produk Halal, dan Diploma Muamalat pada awal tahun hadapan.

Sekiranya anda mempunyai anak2 dan saudara-mara yg berminat utk meneruskan pengajian mereka selepas SPM boleh menghubungi IPB yang terletak di Jalan Perkasa, Kampung Pandan, Kuala Lumpur di talian 03-92814054 atau Cik Suraya 013-6761560 untuk keterangan lanjut atau mendaftar secara online www.ipb.edu.my.

Tqvm
Mohon jasa baik semua utk tolong share ke group yg lain..Jasa baik kalian amatlah dihargai..”

Share on Facebook

Leave a Comment