Sejarah Kesultanan Kedah

//Sejarah Kesultanan Kedah

Sejarah Kesultanan Kedah

Ringkasnya, Kesultanan Kedah dipercayai kesultanan tertua di Malaysia dan juga kesultanan tertua di dunia. Kesultanan Kedah bermula pada tahun 634 dimulai oleh Derbar Raja berasal dari Persia. Baginda memerintah Kuala Sungai Qilah (Kedah) dgn ibu negerinya Langkasuka hingga tahun 1136. Pada tahun 1136, Durbar Raja II ambil alih pemerintahan. Ada juga catatan mengatakan Durbar Raja II bernama Phra Ong Mahawangsa. Baginda memerintah hingga tahun 1179 dan bermula lah pemerintahan beraja di Kedah. Ada juga catatan mengatakan pemerintahan Kedah bermula sejak tahun 330.

Apapun, pemerintahan kesultanan Kedah yang menggunakan darjah Sultan bermula pada tahun 1136 oleh Sultan Mudzafar Shah 1. Ia didorong oleh kehadiran sarjana Islam dari Yemen, Sheikh Abdullah Jaafar Quamiri yang menziarahi Durbar Raja II yang terus memeluk Islam. Baginda digantikan oleh Sultan Mu’adzam Shah (1179-1201) dan seterusnya Sultan Muhammad Shah (1201-1236). Sehinggalah ke hari ini, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah sultan ke 28 memerintah Kedah selepas menggantikan ayahanda baginda, Sultan Badlishah pada tahun 1958 lalu. Almarhum memerintah Kedah selama 59 tahun

Sultan Kedah yang paling lama bertakhta ialah Sultan Muhammaf Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah yang memerintah selama 68 tahun iaitu dari 1710 hingga 1778.

Almarhum Sultan Abdul Halim adalah putera sulung Almarhum Sultan Badlishah. Selain Almarhum, Sultan Badlishah juga mempunyai 3 orang lagi putera iaitu:

– Tunku Abdul Malik

– Tunku Annuar

– Tunku Mahmud Salehudin.

Memandangkan Almrahum Sultan Kedah tidak dikurniakan putera, maka Tunku Abdul Malik dilantik sebagai Raja Muda Kedah hingga baginda mangkat pada tahun 2015 yang lalu. Kemudian, Tunku Mahmud Salahuddin (75 tahun) dilantik sebagai Raja Muda Kedah hingga hari ini. Manakala Tunku Annuar merupakan Pengerusi Majlis Di Raja Kedah hingga baginda mangkat pada tahun 2014.

Dari 4 putera Almarhum Sultan Badlishah, hingga hari ini hanya Tunku Mahmud Salehudin (Raja Muda Kedah) sahaja yang tinggal. Baginda mempunyai 2 orang putera bersama Tengku Maliha Binti Tengku Ariff iaitu:

1. Tunku Sarafudin Badlishah

2. Tunku Shazuddin Badlishah

Almarhum Sultan Abdul Halim mempunyai 3 orang puteri iaitu:

1. YTM Tunku Soraya (Raja Puan Muda Perak)

2. YTM Alamrhumah Tunku Sarinah

3. YTM Tunku Puteri Intan Safinaz

Kali terakhir Kedah menghadapi kemangkatan sultannya serta pemasyuran Sultan adalah 59 tahun lalu iaitu pada tahun 1958.

Sembah takziah diatas kemangkatan DYMM Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Almarhum dan diletakkan dikalangan ahli syurga Nya.

Sumber : whatsapp

Share on Facebook
By | 2017-09-12T14:22:59+00:00 September 12th, 2017|My Artikel|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment