Sistem M-bike berjalan lancar Johor – Singapura

Sistem M-bike berjalan lancar

Oleh SHARKAWI LONDING

SISTEM M-Bike di CIQ BSI, Johor Bahru berjalan lancar pada hari pertama pelaksanaannya semalam.
JOHOR BAHRU – Pelaksanaan Sistem Kawalan Sempadan Automatik (M-Bike) bagi mengurangkan kesesakan motosikal yang mula dikuatkuasakan semalam di kedua-dua pintu keluar dan masuk di negeri ini ke Singapura berjalan lancar.
Tinjauan Kosmo! di Bangunan Sultan Iskandar (BSI)
dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini mendapati, kesesakan dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.
Sebanyak 50 laluan keluar dan 50 laluan masuk akan disediakan di BSI manakala di KSAB, terdapat 25 laluan masuk dan 25 laluan keluar yang dibuka untuk kemudahan pengguna.
Secara purata, lebih 60,000 penunggang dan pembonceng motosikal rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura atas urusan kerja menerusi kedua-dua pintu masuk negara itu.
Rata-rata penunggang yang ditemui Kosmo! berkata, mereka menyambut baik pelaksanaan sistem M-Bike kerana berjaya mengurangkan kesesakan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4RYLtkJdT 

Share on Facebook

Leave a Comment