Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia banyak manfaat – Raja Muda Perlis

kalau ikutkan program ni omaQ kena hadir sebab wakil masjid sirajuddin sama ada imam or juru nikah.. Memandangkan semalam aktiviti kat pejabat full . Kena pantau pertandingan imarah surau utk dihantar ke peringkat kebangsaan sekolah2 di negeri perlis.. Tak dapat la omaQ join 🙁

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia banyak manfaat – Raja Muda Perlis

IMG_6288.JPG
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar bersama para jemputan pada Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia Peringkat Negeri Perlis di Kangar, Perlis, semalam. – UTUSAN/Mohd. Iqman Md. Nor
KANGAR 15 Ogos – Jabatan-jabatan agama Islam di setiap negeri perlu mempunyai sistem pengurusan data berpusat bagi menyimpan maklumat nikah, cerai dan rujuk umat Islam yang diselaraskan di seluruh negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian bagi melicinkan pengurusan kekeluargaan Islam yang ditadbir oleh jabatan berkenaan sejak sekian lama, selari dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan urusan agama Islam di bawah bidang kuasa negeri.

“Dengan terlaksananya sistem ini, ia diharap mampu memberi manfaat kepada umat Islam,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) Peringkat Negeri 2014 di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis, di sini hari ini.

Program berkenaan dijayakan dengan kerjasama kerajaan negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

Menurut baginda, antara manfaat SPPIM ialah memudahkan semakan status pemohon bagi lelaki dan wanita yang ingin melangsungkan perkahwinan.

“Sistem ini memudahkan simpanan dan carian rekod perkahwinan, perceraian dan rujuk individu Islam serta memudahkan proses semakan hubungan nasab untuk penentuan hak pembahagian harta pusaka,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, SPPIM juga dapat mengelak pemalsuan dokumen kerajaan dan mengurangkan birokrasi perkhidmatan.

Selain itu, titah baginda, ia mengurangkan masa memproses kelulusan permohonan kebenaran berkahwin dan pendaftaran perkahwinan, perceraian dan rujuk.

“SPPIM juga dapat membina jaringan dan perkongsian data dengan agensi seperti Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen,” titah baginda.

Sehubungan itu, baginda bertitah, semua pihak terutama Penolong Pendaftar Perkahwinan perlu sentiasa memberi kerjasama erat kepada jabatan agama Islam bagi menjayakan sistem berkenaan serta membantu memberikan penjelasan kepada masyarakat untuk menggunakannya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140816/dn_07/Sistem-Pengurusan-Perkahwinan-Islam-Malaysia-banyak-manfaat—Raja-Muda-Perlis#ixzz3AVpBI7Sn
© Utusan Melayu (M) Bhd

IMG_6287.JPG

Share on Facebook

Leave a Comment