+6012 2959037
miloki@gmail.com

Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)

Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) berasaskan web bertujuan untuk merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid dengan lebih teratur, baik dan berkesan.

SSDM membenarkan penggunanya yang terdiri daripada 4 tahap pengguna, iaitu:
i) Sekolah
ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
iii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Modul ini dapat melaksanakan beberapa tugas seperti:

i) Merekod kes-kes salahlaku murid
ii) Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
iii) Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
iv) Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap

Sumber :- apps.emoe.gov.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share on Facebook

Leave A Comment